Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 21 September 2014

Resepi Puding Di Raja


Tercapai hajat makan puding di raja...pertama kali mencuba...menu terakhir pagi ni

Resepi
6 biji pisang raja atau pisang mas
Ceri merah atau hijau
Buah prum tapi saya gantikan dengan buah strawberi
Segenggam jala emas
Minyak secukupnya untuk mengoreng pisang
Sedikit gajus digoreng saya gantikan dengan kàcang tanah

Untuk kuah puding
1 tin susu cair
1/2 cawan air
3 biji kuning telur
sehelai daun pandan
1 /2 cawan gula
Esen vanila
Pukul kuning telur dengan air dan susu sejat
Tapis untuk membuang pusat putih telur
Masukkan gula kacau atas api yg kecil bersama daun pandan.masukkan sedikit esen vanila kacau hampir pekat.keluarkan daun pandan apabila sudah masak.

Caranya
Panaskan minyak dan goreng pisang
Gorengkan gajus atau kacang tanah

Resepi jala emas
3biji telur ambil yang kuning sahaja
100gram gula
2 cawan air
1 helai daun pandan

Masukkan air gula dan daun pandan
Masukkan kuning telur dalam bekas roti jala dan jalakan dalam air gula tadi
Angkat guna tapis teh
Toskan seketika lepastu carikkan dengan 2 lidi sate di atas pinggan

Aturkan pisang goreng2 - 3 lapis di dalam mangkuk
Taburkan jala emas
Kemudian aturkan buah prum atau strawberi ceri dan biji gajus
Tuangkan kuah apabila ingin di makan.kuah simpan di dalampeti ais lagi lebih enak rasanya.
Selamat mencuba 💕ikhlas dari cgu ita.
Norzita Mohamed's photo.
Norzita Mohamed's photo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!