Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Rabu, 1 Februari 2012
Aktiviti Terbaru-Kraftangan
Aktiviti pada asalnya untuk suka-suka ,kini menjadikan saya semakin sibuk.Apatahnya tempahan daripada rakan-rakan anak setiap hari saya terima.Nak tolak rasa kesian pulak kat dia orang.Yang lucunya sampai satu keluargapun telah menempah nama daripada saya.Saya kenakan sedikit bayaran sahaja iaitu RM3.00 itupun hanya untuk kos membuatnya sahaja.Saya akui walaupun buat benda ni banyak menggunakan masa saya yang terhad tapi di sudut lain buat hati saya tenang.Saya terpaksa korbankan waktu tidur semata-mata nak buat benda ni tapi saya rasa puas apabila lihat anak saya tersenyum kerana saya berjaya menyiapkan tempahan kawan-kawannya.
Langgan:
Catatan (Atom)