Saat kembali mengenang masa -masa silam ,pastinya diri ini merasakan hidup ini begitu rumit sekali.
Jika tidak kuat, rasanya aku tidak akan menjadi seperti hari ini...
Sememangnya alam kanak-kanak ku tidak seindah seperti kanak--kanak yang lain..pun begitu jauh disudut hati ingin sekali aku kembali ke zaman kanak-kanakku dikelilingi gurau senda,terkadang perkelahian manja adik-beradik..walaupun kemiskinan menghimpit tapi di dalamnya banyak warna warni kehidupan yang ada manisnya.
Hidup dalam serba kekurangan sewaktu zaman kecilku ..membuatkan aku terbiasa dan tidak kisah andaikata dalam satu minggu tidak pernah menjamah ikan atau ayam yang dimasak enak-enak oleh emak.itulah kekebalan kami adik beradik..Nasi putih berlaukkan kicap adalah biasa .terkadang juga sagu yang susah untuk ditelan orang itulah makanan kami.Asal saje dapat mengalas perut dari kelaparan..Arr rasanya anak-anakku sendiri kalau diberikan makanan sagu seperti yang mak masak dulu rasanya tak tertelan dan mungkin hanya sampai dikerongkong dan dimuntahkan balik.
Aku masih ingat makanan yang sedap bila mood ayah baik ayah akan pergi ke laut waktu malam .Pepagi lagi kalau hari tak sekolah aku dan kakak dah ada kat pantai tunggu ayah balik.bukannya apa aku suka sangat sebab dapatlah aku merasa makan sotong atau udang pada hari tu..Sehingga sekarang ini bila aku beli sotong dan udang ..pasti imbauan itu terkenang balik..Betul..aku rindukan saat itu..walaupun aku susah ada satu perasaan yang sukar untuk digambarkan..senang cerita dalam susah ada indahnya..
Sebenarnya dalam diri aku ni,aku ingin menjadi seperti emak yang berjaya mengharungi semua dugaan. mak dah begitu lali dengan kata-kata hinaan orang.Mak begitu tabah melayan karenah ayah..Walaupun mak secara sembunyi sentiasa menitis airmata dibelakang tapi hati ini tau dalam senyum mak derita.Begitulah emak yang aku sayangi..Walaupun aku ingin menjadi seperti emak tapi sikap ku jauh berbeza..Aku seorang yang begitu degil .Tapi kerana kedegilan inilah menjadikan aku seperti hari ini..Degilku bersebab..Aku degil melawan kemarahan mak kerana tidak membantu nya dikedai bila aku balik sekolah..Aku degil kerana tika itu banyak kerja rumah yang aku perlu siapkan..Aku juga degil melawan cakap mak ayah kerana mereka melarangku menyambung persekolahan di tingkatan enam.Aku berkeras kerana aku perlu gapai cita-cita yang kuimpikan selama ini..Alhamdulillah kerana kedegilan ini dapat jua membuat sedikit kesenangan buat mereka..terkadang kedegilan perlu ada juga dalam diri kita demi untuk sebuah kebahagiaan.