Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Selasa, 28 Jun 2011

Hari Koperasi SMK Kota Samarahan

Pada 25 Jun 2011, Sabtu yang lepas Kelab Keusahawanan PPKI dan Koperasi SMK Demak Baru menerima jemputan untuk membuka gerai jualan di SMK Kota Samarahan.Ini kerana pengetua PN Hajah Juita merupakan bekas pengetua SMK Demak Baru.Ternyata walaupun beliau telah pergi meninggalkan SMK Demak Baru,tetapi ingatan dan komitmen Pn Juita tetap utuh pada SMK Demak Baru.Terima kasih puan.Saya juga nak ucapkan terima kasih pada beliau secara peribadi atas kepercayaan yang tinggi pada saya dan percaya dengan segala kerja yang telah diamanahkan pada saya.Terima kasih daun keladi..

 Cikgu Khatijah,Cikgu Lina ,Saya dan Cikgu Selina..

 Lepak-lepak seketika

 Sempat bergambar kenangan dengan Pn Hajah Juita,Pengetua SMK Kota Samarahan
 Saya dan Cikgu Khatijah..antara yang banyak menyokong aktiviti keusahawanan yang saya lakukan
 Kak Kamariah bersama Ahli koperasi
Baju terpakai saya mendapat 
perhatian..
Hihi..tak sangka