Jalinan Persahabatan Kita

Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Khamis, 24 Jun 2010

Buat teman


Jika suatu waktu kenangan datang menyapa,senyumlah dan berbisiklah bahawa itu adalah keunggulan jalinan hubungan antara kita tidak pernah terputus walau hakikatnya kita tidak seperti dulu...
semoga kebahagian sentiasa menjadi milikmu..

THINKING OF YOU

 


PPKI 6-Ceria

 
PPKI 6 pelajar -pelajar sebahagian besarnya lelaki..Hanya 2 orang perempuan je yang menjadi penyeri..Kelas yang penuh variasi,kenakalan,keriuhan dan sesekali menjadi hantu..Dalam seminggu hanya 2 masa sahaja aku bersama mereka namun ku akui semasa pengajaran dan pembelajaranku jarang sekali mereka ponteng..Semalam hari Rabu mereka dah ingat kan aku hari ini aku ada kelas dengan mereka...
Pengajaran hari ini,Azman telah mendapat ganjaran kerana menjadi pelajar pertama hari ini menyiapkan latihan dengan semuanya betul..Tahniah.Ambil gambar nie pulak setelah pengajaran dan pembelajaran selesai..
Tengoklah Rafidah dengan nyeyaknya tidur dari mula aku masuk mengajar sampai aku keluar..Tapi aku biarkan je dia tidur kerana bila jaga nanti siaplah kakinya merayau entah ke mana..Biar dia tenangkan perasaannya dulu..Yang lain senyum je sampai ke telinga..