Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 12 November 2014

Smile ...suka duka

Senyum pengubat  rasa dikala dalam kecewa...
Senyum menyembunyikan seribu makna
Bibir mengukir senyum hati retak seribu..
Di hati tersimpan seribu kelukaan
Cuma pasrah pada dugaan yang melanda
Pasti Allah ingin kurniakan cahaya kebahagian...
Tikam belakang.talam dua muka.duri dalam daging....sprsies yang sama semua itu...cuma kita kita tidak tahu berada dalam kelompok mana

Resepi Kek Coklat Versi Kukus dan Bakar

Kek coklat versi kukus dan bakar..

RESEPI
5 biji telor
3 cwn gula
1 s.b esen vanilla. Semua bahan ni putar smpai halus dah siap + bhn ini pula
3 cwn tpg gandum+ 1 s.b soda bikarbonat+ 1 s.b b.powder .diayak
1 tin susu cair
1 1/2 cwn serbuk koko
1 1/2 cwn minyak masak
1 1/2 cwn air suam
Gaul rata bahan ini
Bakar suhu 150- 1 jam ...@ kukus ..hingga masak

Topping 5-6 s.b susu pkt
3-4 s.b marjerin
2-3 s b serbuk koko
Di masak api kecil

RESEPI APAM BERAS

Apam beras...pertama kali buat alhamdulillah menjadi
2 cawan nasi
3 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula putih
1 1/2 cawan air suam
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno
Caranya:
1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan gula, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam .Bancuhlah malam kukus pukul 5 pagi).
2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
4. Boleh di makan dengan kelapa parut