Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Jumaat, 9 Mei 2014

Sawi,cili dan kacang panjang hasil tanaman halaman rumah

Inilah hasil kutipan kebun hari ni...hari- hari sekarang ini sayur tidak lagi menjadi masalah bila nak masak je kutip je dihalaman rumah..alhamdulillah sungguh tidak rugi berbudi pada tanah ni...kepuasan yang sukar digambarkan bila hasil titik peluh sendiri menjadi...

Kad hari ibu Dari Aimy

Terharu sungguh bila Aimy tiba- tiba minta tutup mata.dalam hati memang sudah dijangka ..adalah tu sesuatu yang ingin ditunjukkan .dalam hati mesti kad hari guru..tapi bila dia kata buka mata sangkaan ini meleset.rupanya kad ucapan hari ibu yang dia buat di Sekolah..Aimy ni bagi ku seorang yang cukup matang berbeza dengan umurnya yang  baru berusia 5 tahun ni...tiap kali sering menasihatiku agar jaga kesihatan..katanya jangan makan manis nanti kencing manis...kadang - kadang dia sebut buat banyak pahala nanti masuk syurga..bila aku sakit dialah yang akan tanya mak tak sihat k..dan dialah sentiasa menjadi orang yang pertama ucap hari ibu mahupun hari lahir ku...nampak sudah sikap tanggungjawabnya itu..semoga dirimu terus bersikap seperti ini sampai dirimu di alam dewasa..Amin..


CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU SMKDEMAK BARU 2014



CONTOH TEKS  PENGACARA MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU
SMK DEMAK BARU
2014




( Seperti sebelum ini, Teks ucapan dibawah adalah sekadar contoh  yang saya sediakan untuk rakan –rakan guru yang memerlukan bantuan untuk Sambutan Hari Guru ..Tidak ada kaitan langsung dengan apa yang sebenarnya berlaku di SMK Demak Baru.Saya sekadar menggunakan nama-nama yang berkenaan sahaja.)

Siapa yang berkenan tu ambillah ya...tapi hanya satu je...jangan lupa tinggalkan komen ...

kita sama-sama berkogsi idea di sini.. Pantun-pantun yang ada itu saya cipta seadanya..jadi tidak seindah seperti pantun orang lain



PENGENALAN


PERHATIAN .MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI LALUAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU AKAN BERLANGSUNG SEBENTAR LAGI.
TERIMA KASIH
.
 PARA PELAJAR DIINGATKAN BERDIRI KETIKA PERARAKAN MASUK GURU-GURU KE DATARAN SMK DEMAK BARU.

PERARAKAN GURU

RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN,MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA SEMUA GURU-GURU SMK DEMAK BARU

MAJLIS MEMOHON TUAN PENGETUA UNTUK MENABURKAN KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA  DIIRINGI OLEH PENOLONG-PENOLONG KANAN KEPADA BARISAN GURU-GURU YANG DIKASIHI DAN DIRAIKAN.

SEBELUM MAJLIS DITERUSKAN KITA AKAN SAKSIKAN DAHULU PERSEMBAHAN TARIAN DARI WAKIL SETIAP TINGKATAN BERGABUNG UNTUK TARIAN SATU MALAYSIA. 

DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN TARIAN SATU MALAYSIA DI BAWAH BIMBINGAN PN FATHIAH SAINI.

KAPAL NELAYAN MEMBAWA JAMU
ANGIN BERTIUP MENGUBAH ARAH
TINGGI PENGHARGAAN KEPADA JASAMU
SAMA DIRAIKAN DI HARI BERSEJARAH
Ya Rasulullah,dikau guru kami yang teragung,
Sambutan hari guru akan kami sambut,bukan sahaja sebuah penghargaan buat guru-guru kami,bahkan kami sertakan juga buat dikau sebagai guru kepada guru-guru kami...
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA…DAN SELAMAT PAGI


YANG BERUSAHA
CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ,
PENGETUA SMK DEMAK BARU


YANG DIHORMATI
 
EN BUSMAN BIN RAMLI
YANG DIPERTUA PIBG,SMK DEMAK BARU
YANG DIHORMATI,

PN MISIA BINTI HJ ZAIN
PENOLONG KANAN AKADEMIK

YANG DIHORMATI,
 
EN RAZALIE BADAR
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
,
EN SELAMAT BIN MASUNI,
 PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM.
.
EN JAMAL SHUKURI BOLAHASSAN
PENOLONG KANAN  PENDIDIKAN KHAS,
BARISAN PENDIDIK YANG DISAYANGI.
WARGA KERJA  SMK DEMAK BARU
AJK-AJK  PIBG SMK DEMAK BARU.
 BARISAN PENGAWAS DAN RAKAN-RAKAN YANG DIKASIHI SEKALIAN…


.ALHAMDULILLAH LANGIT YANG CERAH TANDA RESTU DARI-NYA ,DAPAT KITA BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MERAIKANKAN INSAN YANG AMAT KITA SANJUNGI DAN HARGAI.. .TIADA KATA SEINDAH BAHASA UNTUK DIGAMBARKAN SESUNGGUHYA 16 MEI TARIKH KERAMAT  SAAT KAMI TUNGGU UNTUK MERAIKANMU….CIKGU.TELAH TERSURAT DAN TERSIRAT BAHAWA TUGAS YANG DIRIMU GALAS GURU SESUNGGUHNYA BEGITU MULIA.

CIKGU YANG DIHORMATI…
 ,KALAU TINGGI GUNUNG EVEREST,TINGGI LAGI BUDIMU
KALAU DALAM LAUTAN ATLANTIK,DALAM LAGI JASAMU CIKGU,
KALAU HARUM BAU KASTURI,HARUM LAGI PERGORBANANMU CIKGU
TERIMA KASIH CIKGU..



NYANYIAN LAGU NEGARAKU/LAGU SEKOLAH

SEBAGAI PEMULA ACARA,MAJLIS KITA PADA HARI INI.DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU DAN DIIKUTI PULA LAGU SEKOLAH DEMAK GEMILANG.

MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

SEMUA GURU DAN PELAJAR DIPERSILAKAN DUDUK.

BACAAN BACAAN DOA
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN
CIKGU….
SEMOGA DIRIMU IKHLAS SELALU MEMBERIKANKU ILMU TANPA JEMU
SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASAMU,MEMBIMBING KAMI MENJADI BERILMU
DOA KAMI SENTIASA MENGIRINGI PERJALANAN HIDUPMU….
DOAKAN JUA KAMI MENJADI INSAN BERGUNA SEPERTIMU…

AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA
KATA DISUSUN UNTUK KEBERKATAN
SEMOGA KEBAIKAN DATANG JUA
DOA TULUS PINTA DILAFAZKAN

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA PADA HAR INI YANG PENUH BERMAKNA IN,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DLAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ IBRAHIM BIN HALING.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMANYA MEMPERSILAKAN.
AMIN ..AMIN YA RABBAL ALAMIN

MAJLS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ IBRAHIM BIN HALING ATAS BACAAN DOA ITU TADI.SEMUGA YANG BAIK KITA MULAI ,YANG BAIK JUA KITA DIDATANGI..


UCAPAN DARIPADA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.

GURU KU TERCINTA…
DIRIMU INSAN YANG BERILMU
YANG DISERAP SEGALA KEMAHIRAN UNTUK MERANCANG DAN MERENCANA MENGIKUT KREATIVITI JUGA INOVASIMU
TERUSKAN KEKREATIFANMU
KERANA INI YANG KAMI HARAP SELALU..
GURU,PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI.

SIDANG MAJLIS SEKALIAN, AGENDA  SETERUSNYA ADALAH MEMBACA PERUTUSAN DARIPADA PENGARAH PENDIDIKAN  MALAYSIA.DENGAN ITU MAJLIS MENJEMPUT EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS  UNTUK MEMBACAKAN TEKS PERUTUSAN TERSEBUT..
 
DEMIKANLAH TADI  TEKS UCAPAN DARIPADA PENGARAH PENDIDIKAN  MALAYSIA. PASTINYA SEGALA NASIHAT DAN AMANAT AKAN MENJADI INGATAN DAN PEDOMAN UNTUK SEMUA.TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU JAMAL SHUKURI BOLHASSAN.

GURU YANG DIMULIAKAN
KARENAH PELAJAR BERMACAM RAGAM
TABAH MENGHADAPI MALAM DAN SIANG
JASAMU GURU TAK DAPAT DIRAKAM
PENYUMBANG KEPADA GENERASI GEMILANG...


UCAPAN MENTERI PENDIDIKAN
SETERUSNYA PULA MAJLIS MENJEMPUT EN SELAMAT BIN MASUNI, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM  UNTUK MEMBACAKAN TEKS UCAPAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN SELAMAT MASUNI .


UCAPAN WAKIL PELAJAR.
  

GURU YANG KUSANJUNGI..
BERHENTI HUJAN TERBIT PELANGI
INDAH DIPANDANG TAK MAMPU DIDEKATI
IKHLAS AJARANNYA KAMI SANJUNGI
BUDIMU GURU DI KENANG SAMPAI MATI


PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT PERWAKILAN KETUA PENGAWAS SELAKU KETUA MURID SMK DEMAK BARU MEWAKILI PARA PELAJAR.IAITU SAUDARA.........................................................UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU. DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARA .......................................... ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.
 

IBARAT LILIN MEMBAKAR DIRI
MENCURAH ILMU KEPADA KAMI
TERIMA KASIH TAK TERPERI
BUDIMU TETAP DIHATI KAMI.



UCAPAN YDP PIBG
PARA HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS MENJEMPUT PULA USTAZ BUSMAN RAMLI YG DIPERTUA PIBG MEWAKILI IBU BAPA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ...................................................... ATAS UCAPAN ITU TADI.


 UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGETUA 

GURU YANG TERCINTA
DIRIMU IBARAT PELITA
MENERANGI KAMI TANPA MEMINTA
KESABARANMU SENTIASA TERUJI
SIKAP KAMI YANG MENJERAT HATI
NAMUN KETABAHAMU CUKUP KAMU KAGUMI..
JASA BAKTIMU KU SANJUNG TINGGI


HADIRIN SEKALIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA 
MEMPERSILAKAN CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID PENGETUA SMK DEMAK BARU
 BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN PERAYAAN
 HARI GURU SMK DEMAK BARU. DIPERSILAKAN .

  CANTIK SUNGGUH SI ANAK KEDIDI,TERIMA KASIH DI UCAPKAN  DI ATAS UCAPAN ITU TADI...SEGALA AMANAT AKAN  KEMAS TERSIMPAN DI HATI.

TUMBUH SELIRAT BUNGA MELATI
MARI DIRENJIS DALAM JAMBANGAN
UCAPAN TERSIRAT SERIBU ERTI
SEMOGA MAJLIS MENJADI KENANGAN

BACAAN IKRAR GURU/NYAYIAN HARI GURU
PEGANG KACA HARUS BERINGAT
BIMBANG TERLUKA SUSAH NANTI
IKRAR DIBACA PENUH SEMANGAT
JANJI TERPATRI DISUDUT HATI


BERALIH KITA KE ACARA SETERUSNYA DENGAN  MENJEMPUT SEMUA GURU KE PENTAS UNTUK BACAAN IKRAR YANG AKAN DIKETUAI OLEH EN SAEII BISUNI .MOHON PARA GURU BERDIRI DI ATAS PENTAS …DAN SELEPAS ITU,KITA AKAN DIPERDENGARKAN DENGAN KELUNAKAN SUARA OLEH PARA GURU DENGAN NYANYIAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA ,LAGU PENDIDIK BUMI KENYALANG DAN BIARKU MENJADI LILIN.
DEMIKIANLAH TADI NYAYIAN BEBERAPA LAGU DARIPADA GURU-GURU YANG KITA SAYANGI.

ACARA PEMOTONGAN KEK

SEKARANG KITA TELAH SAMPAI KE ACARA PEMOTONGAN KEK OLEH PN PENGETUA DAN PEN.-PEN KANAN,MOHON PARA GURU BERSAMA-SAMA  BAGI MENGIRINGI PENGETUA UNTUK ACARA PEMOTONGAN KEK.

MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA PARA GURU DI ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN. KEK ITU TADI ADALAH SUMBAGAN DARI BANK RAKYAT.

PERSEMBAHAN MURID PPKI
PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR SEKALIAN.
DARI TEBU MENJADI GULA
ARENA PERSEMBAHAN MENYUSUL  PULA
DARI PELAJAR GURUPUN ADA
ILMU DIBERI KEKAL SAMPAI BILA-BILA..
BUAT BEKALAN PENUH DI DADA..

 PERSEMBAHAN SKETSA

BAGI MEMERAHKAN LAGI MAJLIS KITA PADA PAGI INI, KITA MULAKAN DENGAN SATU PERSEMBAHAN SKETSA   DARIPADA PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SEBAGAI TATAPAN  KHUSUSNYA UNTUK GURU-GURU YANG DIRAIKAN PADA HARI INI. SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN .

UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEKALIAN,PERSEMBAHAN ITU TADI DI BAWAH PIMPINAN PUAN KAMARIAH KUNGGI DAN PUAN LINA MILI.

SEKALUNG PENGHARGAAN DIUCAPKAN.

PERSEMBAHAN NYAYIAN DARI WAKIL PELAJAR

SETERUSNYA KITA AKA N DIHIBURKAN PULA OLEH ALUNAN SUARA DARIPADA NYAYIAN ADIK..................................DENGAN TAJUK LAGUNYA..............................
BEGITULAH MERDUNYA  ALANUN SUARA OLEH ADIK---------------------............... YANG DIHADIAHKAN OLEH PELAJAR BUAT GURU-GURU YANG TERSAYANG..SEKALUNG PENGHARGAAN TERMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ISTMEWA ITU TADI..

CABUTAN BERTUAH
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
KITA HENTIKAN SEKETIKA ACARA PERSEMBAHAN YANG SETERUSNYA UNTUK MEMBERI LALUAN CABUTAN BERTUAH PULA.DENGAN SEGALANYA HORMATNYA MENJEMPUT PN MISIA HJ ZAIN,PENOLONG KANAN PENTADBIRAN UNTUK MENCABUT LIMA NOMBOR BERTUAH.DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

DIBACAKAN NOMBOR BERTUAH YANG PERTAMA IAITU………………………….


PERSEMBAHAN BADAN PENGAWAS
MAJLIS AKAN DISERIKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN PERSEMBAHAN  PAKAIAN BERAGAM   DARIPADA BADAN PENGAWAS. SAMA-SAMA LAH KITA SAKSIKAN.
.
DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN PERSEMBAHAN PAKAIAN BERAGAM OLEH BADAN PENGAWAS.

PERSEMBAHAN GURU


MAJLIS TIDAK AKAN MERIAH JIKALAU TIDAK DISERIKAN DENGAN PERSEMBAHAN OLEH GURU..DIJEMPUT CIKGU .................................UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU YANG BERTAJUK...............................................
DENGAN INI DIPERSILAKAN…

TERIMA KASIH DIUCAPKAN

PERSEMBAHAN LAGU PUISI


GURU YANG BERHEMAH TINGGI…….
TERIMA KASIH KERANA SABAN WAKTU MENDIDIK KAMI
MELIMPAHKAN KASIH SAYANGMU DENGAN ILMU MU YANG IKHLAS
PADA KAMI PELAJAR YANG MENGHARAPKAN PETUNJUK JALAN BAGI MEMBIDIK HATI YANG GERSANG
MENJADI KUBANG ILMU YANG MERANGSANG
MEMERAH KEKUSUTAN MINDA DENGAN JERNIHAN UBAT SERIBU NASIHAT


PERSEMBAHAN SETERUSNYA PULA ADALAH NYANYIAN LAGU PUISI DARIPADA BEBERAPA ORANG PELAJAR SMK DEMAK BARU.
DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH KEPADA KUMPULAN NYANYIAN PUISI ITU TADI.


PENYAMPAIAN KAD UCAPAN/TANDA HATI KEPADA PENGETUA.





WARGA PENDIDIK,WARGA KERJA SERTA RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN..
ACARA PADA PAGI  YANG BERBAHAGIA INI DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN KAD-KAD UCAPAN HARI GURU DAN TANDA HATI DARIPADA BADAN BERUNIFORM  KELAB DAN PERSATUAN KEPADA  INSAN YANG KITA SAYANGI LAGI KASIHI PENGETUA SMK DEMAK BARU CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID
.
SEBELUM ITU MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT  PENOLONG-PENOLONG KANAN BAGI MENGIRINGI TUAN PENGETUA  KE PENTAS BAGI MENERIMA KAD-KAD DAN TANDA HATI DARIPADA WAKIL SETIAP KELAB DAN PERSATUAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DPERSILAKAN.
DIMULAKAN DENGAN WAKIL DARI 
1.KELAB PENCIPTA ALAM
2.KELAB KOPERASI
3.KELAB KEUSAHAWANAN PPKI
4.PBSM
5.PENGAKAP
6.KRS
7.PERTAHANAN AWAM (KAFA)
8.PERTAHANAN AWAM (KAFA) PENDIDIKAN KHAS
9.PANDU PUTERI
10.PUTERI ISLAM
11.KADET BOMBA
DAN YANG TERAKHIR
12.KADET POLIS.

 PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS SUMBANGAN PIBG
 ANUGERAH DIBERI SEKADAR SUKA HATI
MENJADI SALAH SATU ACARA PERSEMBAHAN
 SEMUA GURU HEBAT DIHATI
SUNGGUH SUSAH MEMBUAT PILIHAN



MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KEPADA BEBERAPA ORANG GURU YANG TELAH BERJAYA MENAMBAT HATI PELAJAR-PELAJAR SMK DEMAK BARU.UNTUK MAKLUMAN ,TELAH DIBUKA SEJAK SEBULAN YANG LALU.SEMUA GURU TELAH DICALONKAN DAN PEMILIHAN TELAH DILAKUKAN OLEH SEMUA PELAJAR DI SEMUA TINGKATAN .UNDI TERTINGGI TELAH TERPILIH DIANGGAP PEMENANG
DIMULAKAN DENGAN
   * Anugerah Guru Paling Rajin.
    * Anugerah Guru Paling Berdedikasi
    * Anugerah Guru Paling Berketrampilan
    * Anugerah Guru Paling Periang
    * Anugerah Guru Paling Prihatin
    *Anugerah Guru Paling Penyayang
    *Anugerah Guru Paling Popular



TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PUAN PENGETUA ATAS PENYAMPAIAN ANUGERAH ITU TADI.

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU-GURU TINGKATAN.
Guru…
Mencurahkan ilmu dengan motivasi
Mengajar dengan penuh dedikasi
Bersabar menabur jasa dan bakti
Mengisi minda yang masih kosong ini
Pengorbananmu ku sanjungi
Menjadi penggerak jati diri
Terimalah sedikit cenderahati
Sebagai tanda kenangan budi


SETERUSNYA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU-GURU TINGKATAN.DIJEMPUT KETUA-KETUA KELAS DISEMUA TINGKATAN MEWAKILI KELAS MASING-MASING UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA ATAU TANDA HATI KEPADA GURU KELAS MASING-MASING.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR SMK DEMAK BARU ATAS TANDA INGATAN ITU TADI..SESUNGGUHNYA..BUDI YANG DTABURKAN OLEH GURU SELAMA INI TAK TERMAMPU UNTUK DIBALAS.. UCAPAN TERIMA KASIH KAMI BUAT CIKGU..SEBENARNYA ADALAH TERLALU KECIL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PENGORBANAN YANG DILAKUKAN OLEH GURU SELAMA INI.

GURU YANG BAIK HATI…..
KAMI INGAT SETIAP MASA
JASA GURU SETIAP MASA
DENGAN TULUS HATI KULAFAZKAN KATA
TERIMA KASIH CIKGU…,




MARILAH SAMA-SAMA KITA UCAPKAN “TERIMA KASIH CIKGU” KEPADA BARISAN GURU YANG KITA  SEMUA SAYANGI INI.

NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU

PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR YANG BUDIMAN.
KITA SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNG MAJLIS,SEBELUM KITA BERSURAI MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYAYIKAN LAGU “IBU PERTIWKU”
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.


PENUTUP

AKHIRKATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI. SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SMK DEMAK BARU KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM SAMBUTAN HARI GURU BAGI TAHUN INI.SESUNGGUHNYA DI SINI DAN HARI INI TERCIPTA SEKALI LAGI MEMORI.MENJADI KENANGAN SUATU KETIKA NANTI..




kalau sudi tinggalkan komen ya....buat semua guru-guru yang pernah mengajar diri ini..SELAMAT HARI GURU CIKGU..JASA DAN BAKTI MU KU KENANG SELALU..

SUKA -SUKA JE CIPTA PANTUN NI...KALAU NAK GUNA AMBILLAH YA.

 
INDAH TERLIHAT LANGIT DISANA

WAKTU PAGI KUNING CAHAYA

CIKGU INSAN YANG BIJAKSANA

KERANA GURU KAMI BERJAYA…



HIDUP INI HARGAILAH MASA

JANGAN BIARKAN IA BERLALU

DIRI MU GURU INSAN BERJASA

AKAN KU KENANG IA SELALU.



SUNGGUH SYAHDU PERTEMUAN DENGANMU

LAMA TERPISAH AKHIRNYA BERTEMU

ILMU DIBERI TANPA JEMU

SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASAMU