Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 8 Julai 2015

Imbas balik -Tangan Adam patah


Sebenarnya rasa nak tergugur jantung bila doktor bagitahu tangan adam patah
mak terus rasa berdebar-debar sebab doktor cakap Adam kena bedah
tangan adam perlu di masukkan 2 batang besi.
Syukur alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan selama 2  bulan Adam tidak hadir ke sekolah
lain kali Adam mesti hati-hati
tangan Adam dah tak sempurna...





Tahniah Ery

Tahniah ery hafizi murid PPKI SMK Demak Baru yanv terpilih membuat rakaman untuk hari raya nanti..Semoga PPKI SMK Demak Baru terus cemerlang...
Terima kasih kepada guru pembimbing iaitu Cikgu Kamariah Kunggi dan Cikgu Lina Mili serta YDP pibg Ustaz Busman Ramli merealisasikan ini terjadi.

Luahan Hati Anak Rantau


Image result for gambar raya aidilfitri

Lebih kurang seminggu lagi,umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Sudah pasti sana sini masing-masing berlumba-lumba membuat persiapan agar tahun ini disambut lebih bermakna. ..Rasanya itu semua lumrah mana yang mampu akan menyediakan lebih sedikit dan mana yang kurang mampu akan sambut seadanya tapi tetap juga meriah.

Jemari iin seakan ringan untuk menulis meluahkan rasa hati sebagai seorang anak rantau...duduk berjauhan dengan ibu ayah serta adik beradik bukan itu yang diimpikan .namun kerana sesuap nasi perhijrahan perlu dilakukan.dsebalik nikmat rezeki yang Allah bagi,disebaliknya Allah menarik nikmat bersama insan-insan tersayang.Setahun dua berjauhan mungkin tiada nilai rasa lagi ,namun bagiku yang berjauhan hampir berbelas tahun ini nilai bersama ibu dan ayah serta darah sedaging adalah mahal harganya.ibarat batu permata yang amat berharga.Setiap jam ,detik yang berputar adalah begitu penting ketika bersama mereka.Bertuahnya kalian diberikan nikmat bersama ibu ayah sepanjang masa atau duduk hampir dengan mereka. Tiada perlu berhabiswang ringgit yang banyak untuk menatap wajah mereka. dapat bersama-sama tika mereka mereka sihat tika ibu dan ayah sakit. Tiada berkesempatan merasa itu lagi.Hakikatnya jauh disudut hati suasana semua itu ingin dirasai.

Cukup sedih baru-baru ini,mendengar cadangan pakar bijak pandai mencadangkan untuk berjimat elakkan tahun ini balik kampung.dan bla-bla lagi cadangan yang tak masuk akal.Bagi aku anak rantau.kampung bagiku adalah tempat yang paling cantik untuk aku...sentiasa  merindukan suasana tenangnya kampung halaman dengan desiran angin serta bunyi ombak yang menghempas pantai...Sesekali melihat begitu lentiknya daun nyiur dipukul angin...dan bila waktu senja berjalan di gigi ombak sambil mata menikmati betapa indahnya ciptaan Allah tiada dapat diceritakan dengan kata-kata.Betul kata orang walau secantik mana tempat orang..kg halaman tetap menjadi pilihan.

Sebagai anak rantau ,merasai kehilangan adalah lumrah dan harus bila-bila masa bersedia untuk kehilangan sekali lagi...Justeru itu.mana mungkin kesempatan yang diberikan tidak sesekali dipersiakan..cukuplah selama berjauhan ,begitu ramai insan-insan yang aku sayangi telah pergi tanpa aku menatap wajah mereka untuk kali terakhir...paling menyedihnya hanya mendengar dari panggilan telefon ,sampaikan doa dari kejauhan.Buat diri ini begitu diuji apabila kehilangan insan yang paling dekat iaitu ibu mertua dan ayah tercinta.Pilu melihat wajah  suami apabila mendengar berita pemergian ibu dan tidak sempat melihat dan mencium wajah ibu tercinta.apatah lagi untuk berbakti hingga ke liang lahad jauh sekali,tidak seperti kalian yang diberikan kesempatan untuk berbuat demikian.Begitu juga dengan ku pemergian ayah tercinta pada tahun lepas cukup terkesan di jiwa walaupun hakikat bila berjauhan aku sudah bersedia untuk situasi itu.Tapi sebagai seorang wanita pasti ada lemahnya.Dalam bersiap untuk pulang ,anak bongsu ditimpa kecelakaan yang juga hidup atau mati..akhirnya aku akur takdir itu telah tersurat ayah pergi hanya dapat kutatap di skrin hp.cium wajah ayah  untuk sekian kali hanya di angin lalu.sedih dan pilu bila aku sendiri lupa bila kali terakhir aku cium wajahnya.Ayah pergi tanpa sempat aku memohon maaf atas salap silah ku selama ini.Hingga ke saat ini rasa bersalah sentiasa menghantui jiwa.rasa beruntungnya kalian yang dapat mencurah bakti untuk mereka kali terakhir...Inilah kehilangan yang akan di lalui oleh insan yang berada di perantauan.

Menjadi perantau apatah lagi terpisah lautan dan memerlukan perbelanjaan yang begitu banyak setiap kali ingin pulang ke kampung halaman adalah amat menyukarkan.Tapi bagiku  itu bukan satu isu.biarpun berhutang bergolok gadai selagi mak dan ayah di kampung itulah yang perlu diutamakan.Hakikatnya orang tidak tahu begitu susah hidup jadi anak rantau.Tidak sempat untuk bermewah.duit dan rezeki yang dapat dikumpulkan hanya untuk membeli tiket untuk pulang ke kampung halaman.Pulang semata-mata untuk melihat mak dan ayah mertua gembira dapat menatap wajah anak-dan  melihat telatah cucu-cucu mereka. Melihat mak tersenyum girang .dapat berbual senda dengan darah sedaging adalah satu memori terindah yang tidak mungkin dapat disi oleh kawan -kawan sekeliling.Itulah antara mengapa aku dan anak-anak sentiasa tertunggu-tunggu saat untuk kembali ke kampung halaman..
tahun ini bagiku adalah tahun kedua aku dan keluarga menyambut hari raya yang cukup biasa.tahun lepas kami sekeluarga hanya memakai baju raya tahun sebelumnya.dan tahu ini aku hanya membelikan sepasang baju kurung dan baju melayu untuk anak-anak. Tiada tudung baru ,tiada kasut atau selipar baru.pakailah mana yang ada.cari baju-baju yang boleh dipakai untuk menyambut raya kedua dan ketiga dan seterusnya...ini kerana semua duit kami gunakan untuk membeli tiket kapal terbang.alhamdulillah anak-anak faham dan bagi mereka balik kampunglah paling utama bukan baju raya yang mereka inginkan..paling aku tak boleh terima pendapat balik kampung nak tunjuk barang kemas.jauh panggang dari api untuk aku,malah aku sendiri lebih suka menyimpan barang kemas dari memakainya sebab aku takut orang salah faham ingat kami berduit.biarlah tak pakai pun dan takde cacat celapun tangan jari atau leher tanpa barang kemas ini.bagi aku akan nampak cacat disaat hari raya dan disaatpeluang yang Allah berikan kau persiakan.sanggup tak balik kerana bimbang duit habis.hakikatnya apa yang kita buat adalah sedekah..dan Allah telah janjikan betapa besarnya pahala bersedekah ni apatah lagi buat untuk insan yang paling kita sayang..Bagi mereka yang ada kesempatan pulanglah....pulang lah..mak dan ayah kita sentiasa merindui kita walau tidak mereka luahkan .                                          


Sambutan Aidilfitri untuk tahun ini saat ku tunggu setelah beberapa tahun tidak sempat merasa suasana di petang raya.Selalunya kami terpaksa sampai pada hari raya pertama.Itu kerana mencari tiket yang paling murah.Sekurang-kurangnya aku masih dapat mengucup tangan mak memohon keampunan  atas salah silap selama ini.dapat juga melawat menadah tangan mengirimkan doa di pusara ayah .Walupun orang kata doa di mana-mana pun akan sampai kepada nya namun itu tidak sama..Walaupun ayah dah takde tetap jua melihat puasaranya demi rindu yang tak mungkin hilang.

Tolonglah jangan bagi cadangan yang bodoh ..janganlah melarang kami balik kampung...Siapa yang dah berkeluarga dah menjadi mak atau ayah akan tahulah betapa perasaan rindu itu.betapa pentingnya satu pertemuan. Rasanya sapa-sapa yang ada mak atau ayah  mengakui tiap kali tahu anaknya anak cucu akan pulang,pelbagai persiapan mak ayah kita buat.cari makanan kegemaran dan apa sahaja yang menjadi kesukaan kita akan mak ayah cuba sediakan.itu yang kurasa.Walau pun mak tak bercerita tapi naluri seorang anak itu dapat juga merasa.Pernah aku cuba menguji mak.kami tak balik dan jauh suara mak kedengaran menyebut tidak mengapalah nak buat macamana..seminggu selepas itu aku khabarkan kami akan pulang terus jelas suara ceria dicorong telefon..sanggupkah aku nak membuatkan mak sedih lagi..oh tidak....orang kata kalau tak mampu hulur wang ringgit mengembirakan hati mereka sudah cukup memadai...

Sememangnya jiwa tidak sabar menunggu saat pulang.Cuti yang paling best bagi aku bukan ke Paris, bukan ke Bali atau lain -lain tempat yang ada.Cuti paling best aku adalah Kampung Batu Rakit yang sentiasa terpahat di hati..Selagi mak dan ayah mertuaku masih ada itulah pendirian kami...siapa yang dapat menafikan masakan mak kita yang paling sedap.siapa yang nak menafikan urutan dan belaian tangan maklah yang mendamaikan saat kita sakit.gelak tawa darah sedaging yang paling kelakar dan segala-galanya tentang mereka menjadi satu kenangan terindah tiap kali bersua..Di kampung juga mengajar aku manusia.kasih sayang dan cubaan hidup yang menyukarkan.justeru mana mungkin untuk kita lupakan pada kg halaman tercinta.
 
Sungguh ,bila berjauhan begini dan sejak mula berjauhan ,aku mula rindu saat -saat dulu.tika bulan Ramadan .pelita buluh.bunga api.tanglung. berjalan kaki ke masjid solat terawih bersama orang -orang tua kat kg tu,  membuat biskut raya hingga hangit ,itu  semua cukup aku rindukan. tiba-tiba aku tersenyum dapat kad raya dari seseorang..dan berlumba-lumba menampal kad-kad raya d dinding rumah dan bawah meja..(.lupakan kisah itu..)

Percayalah tugas terbesar kita sebagai manusia ini yang menumpang di bumi allah hanya satu...iaitu mencari redha Allah.

Redha orang tua kita samalah dengan redha Allah. bukan wang ringgit yang mereka harapkan pada anak yang mereka kandung sembilan bulan tapi kasih sayang dan perhatian kita sebagai anak-anak...
dan pulang berhari raya adalah satu hadiah terbesar untuk mereka kerena mengembirakan mereka..

Dari luahan hati insan yang bergelar Anak Pantai-