Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 11 Mac 2017

Gelagat KKBP Dahlia

Teks Pengacara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Kampon Jawa 2017

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG
SMK KAMPONG JAWA

11 Mac 2017
DEWAN JUARA SMKKJ   `
KLANG

PENGUMUMAN

Assalamualaikum dan selamat pagi

Tuan-tuan dan puan –puan sidang hadirin yang dihormati sekalian, disini ada beberapa pengumuman iaitu
 1.Mesyuarat Agung PIBG kita akan dijalankan pada pukul 10.00 pagi.Mohon kerjasama semua hadirin untuk berada di dalam dewan Juara pada pukul 9.50 pagi.

2.Tuan –tuan dan puan-puan juga dialukan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan yang di adakan di kantin sekolah.

3.Mohon meletakkan kedudukan hp berada di dalam keadaan mod senyap .

4,Majlis Penutup Mesyuarat Agung akan dijalankan selepas Mesyuarat Agung PIBG,justeru itu, besarlah harapan kami tuan-tuan,puan-puan bersama kami sehingga ke penghujung majlis.,.

5.Kerjasama,sokongan daripada tuan-tuan,puan-puan kami ucapkan jutaan terima kasih.
















SESI PERTAMA/MESYUARAT AGUNG PIBG


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..Salam sejahtera.

Tuan- tuan dan puan-puan ,hadirin dan hadirat yang budiman,

Selamat berhimpun  di Dewan Juara untuk Mesyuarat Agung Tahunan PIBG,SMK Kampong Jawa 2017 kali ke 20.



PERSEMBAHAN DIKIR BARAT

Sebelum kita memulakan mesyuarat Agung PIBG kali ke 20 ini, apa kata kita saksikan dahulu persembahan dikir barat daripada murid-murid SMK Kampong Jawa.

Majlis mempersilakan pasukan dikir barat ke pentas untuk membuat persembahan.

Dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan dikir barat daripada murid-murid SMK Kampong Jawa  yang amat berbakat di bawah pimpinan En Amirul Aizat bin Othman dan Pn Hasfariza binti Hamzah.Untuk pengetahuan semua kumpulan dikir barat ini akan memasuki pertandingan di program antarabangsa yang akan berlansung di MSU tidak lama lagi.Dan selepas ini mereka akan ke Desa Muda kerana menerima jemputan membuat persembahan di Kenduri kahwin..








MESYUARAT AGUNG PIBG

Tanpa membuang masa  Mesyuarat Agung PIBG SMK Kampong Jawa kali ke -20 ini  akan dipengerusikan oleh  Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa ,En Muhammad bin Hashim. Majlis mempersilakan Yang Berbahagia  En Muhammad bin Hashim  untuk mempengerusikan mesyuarat pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.














SESI KEDUA-PERASMIAN PENUTUPAN MESYUARAT AGUNG PIBG

PENGUMUMAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

Mengumumkan ketibaan yang berbahagia  Datuk IR Kamaruzzaman bin Johari Ketua UMNO Bahagian Kota Raja (dan Yang berbahagia Datin _____________________________) yang diiringi masuk oleh   Yang Berusaha Pn Noraziah Binti Mohamad Nor, Penolong Kanan Pentadbiran dan akademik SMK Kampong Jawa dan  para Tetamu Khas yang lain

.Hadirin dipohon berdiri.



LAGU NEGARAKU

Sidang hadirin yang dihormati sekalian, 

Majlis perasmian penutup Mesyuarat Agung tahunan kali ke 20 SMKKJ   2017 dimulakan dengan menyanyikan Lagu Negaraku.  Para hadirin diminta  menyanyikan lagu Negaraku bersama –sama.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas nyanyian yang dikumandangkan sebentar tadi.
 
Hadirin dipersilakan duduk.

TARIAN SELAMAT DATANG
Sidang hadirin budiman, sama-sama kita saksikan persembahan tarian selamat datang oleh murid-murid SMK Kampong Jawa.

Demikianlah tadi persembahan tarian oleh murid-murid SMK Kampong Jawa  di bawah pimpinan Puan Suzeliyanti Zainal Abidin.Terima kasih diucapkan.








KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

DALAM BERCAKAP BERSOPAN SANTUN
DALAM SUSAH TUNTUN MENUNTUN
DALAM SENANG SANTUN MENYANTUN
MULIA ANAK SEMPURNA AKHLAK
MULIA TUA  SEMPURNA AGAMA
MULIA BAHASA BERBUDI BAHASA
MULIA MAJLIS TERTIB ATUR CARA




Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di tanah jawa
Ucapan aluan pembuka bicara
Di dewan juara kita bersua.





 Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.Salam Sejahtera,Salam terus menjulang SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah.

Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya mengalu-alukan kehadiran ;

1. Yang Berbahagia Datuk IR Kamaruzaman bin Johari ,Ketua UMNO Bahagian Kota Raja. (kalau ada datin)dan Yang Berbahagia_____________________________________

2. Yang Berusaha Pn Noraziah Binti Mohamad Nor, Penolong Kanan Pentadbiran dan akademik SMK Kampong Jawa
  
3. Yang dihormati  En __________________________ Yang di pertua PIBG SMK Kampong Jawa

4. Yang dihormati En Muhammad b Hashim ,  mantan Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa
5. Yang berusaha Pn Puziah Binti Tuban, PenolongKanan Hal Ehwal Murid SMK Kampong Jawa
7. Tn Hj Muzikir bin Muhamad, PenolongKanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa
8.  En Amir Syaifuddin b Abdul Majid, Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa
9.  Pn Normala bin Misman ,Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa,
10.Barisan AJK  PIBG
11.Barisan ketua bidang.ibu bapa ,guru-guru dan warga SMK Kampong Jawa dihormati
Serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah marilah sama-sama kita  memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi Tuhan Yang Maha Mengetahui kerana dengan limpah kurnianya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita berkumpul di Dewan Juara  dalam Majlis Perasmian  Penutup  Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-20 SMK Kampong Jawa 2017.
Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah ,penuh cemerlang dan membawa makna kepada kita semua


Melayang belatuk di hujung pecan
Diperdu peria makanan di cari
Kehadiran yang berbahagia kami alukan
Majlis ceria bertambah seri.

Bagi  pihak ahli jawatankuasa  serta seluruh warga SMK Kampong Jawa turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada selruh hadirin dan hadirat khususnya  Yang Berbahagia Datuk IR Kamaruzaman bin Johari ,Ketua UMNO Bahagian Kota Raja.  Kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan  Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2017. . Kita berhimpun untuk satu pertemuan keluarga besar, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Jawa kali ke 20  .
Kita bersama bersatu hati membantu SMKKJ  melahirkan  murid cemerlang  dari segi Sahsiah diri ,kurikulum mahupun kokurikulum…Impian tidak akan menjadi kenyataan kalau antara kita tidak sama-sama bergading bahu ,berkorban sedikit masa ,wang ringgit ataupun keringat.

Ibarat kata cerdik pandai “kejayaan akan hanya dimiliki bagi mereka yang bersungguh”`





BACAAN DOA

Anak ayam turun Sembilan
Mati seekor tinggal berlapan
Duduk berdoa kepada Tuhan
Minta Allah jalan ketetapan.

Sidang hadirin  warga dewan yang dimuliakan

Pastinya mengharapkan  majlis kita pada hari ini mendapat redha dariNya, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan pada hari ini berjalan lancar dan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput
 En Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir  untuk  memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

Pergi mengail  ikan haruan
Turut di bawa jala dan pukat
Terima kasih kepada tuan
Doa di pohon semoga berkat.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  
En Wan Mohd Faizal bin Wan Mohd Nasir atas bacaan doa itu tadi




PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Hujan gerimis lebat di hulu
Haba di muara terasa nyaman
Bacaan doa sudah berlalu
Tayangan Multimedia kami  persembahkan




Hadirin  yang dihormati sekalian,
Seterusnya kita akan saksikan persembahan  tayangan multimedia sekelumit nostalgia episod-episod  dalam pelayaran bahtera SMK Kampong Jawa yang  memaparkan segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dan PIBG sepanjang tahun 2016 hingga kini.
Marilah kita sama-sama saksikan.

Untuk makluman hadirin sekalian,tayangan multimedia sebentar tadi telah disediakan oleh En Muhammad Izuuan Roslan dan YM Raja Zulkhairi bin Raja Nong Abdul Rashid juga dengan kerjasama semua warga SMK Kampong Jawa. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa yang menyiapkan persembahan multimedia sehingga Berjaya dipertontonkan dalam majlis yang penuh bermakna ini..



PENGUMUMAN KE PENTAS

Sidang dewan yang budiman,

Majlis pada hari ini diteruskan dengan mempersilakan , Yang Berusaha Pn Noraziah Binti Mohamad Nor, Penolong Kanan Pentadbiran dan akademik SMK Kampong Jawa  untuk menjemput Yang Berbahagia Datuk IR Kamaruzaman bin Johari ,Ketua UMNO Bahagian Kota Raja ,Yang dipertua dan naib pengetua PIBG serta Penolong Kanan Hal ehwal murid  naik ke pentas untuk aturcara seterusnya.


UCAPAN ALUAN PENGETUA ATAU PENOLONG KANAN 1
 Hadirin dan hadirat sekalian.

Tiada hilir tiadalah hulunya
Tiada sempurna  tanpa ucapannya


Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha
  Noraziah Binti Mohamad Nor, Penolong Kanan Pentadbiran dan akademik SMK Kampong Jawa   untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.


Demikian tadi ucapan aluan oleh  Yang Berusaha
 Pn Noraziah Binti Mohamad Nor, Penolong Kanan Pentadbiran dan akademik SMK Kampong SMK Kampong Jawa.. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.



Anak teruna   duduk bersila
Makan pula  berhati-hati
Yang Dipertua kami mempersila
Ucapan diberi kita hayati.

UCAPAN YDP  PIBG

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang dihormati En ________________________________  Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa,  untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan..


Petang hari menanam selasih
Selasih berbunga indah berwarna
YDP PIBG setinggi-tinggi terima kasih
Ucapan diberi penuh bermakna.

Demikian tadi ucapan oleh  Yang DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa ,Yang dihormati  _________________________________________ .  Terima kasih diucapkan.


UCAPAN PERASMIAN
Tuan-tuan –puan –puan hadirin dan hadirat sekalian,

Menjemput  Datuk  untuk berdiri,
Memberikan ucapan kepada kami
Kepada Datuk ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Datuk IR Kamruzzaman bin Johari ,Ketua UMNO Bahagian Kota Raja bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup  Mesyuarat Agung PIBG SMK Kampong Jawa 2017.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.


Majlis   merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan  terima kasih  kepada Yang Berbahagia  Datuk IR Kamaruzzaman bin Johari kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.



PENYAMPAIAN CENDERAHATI DAN SIJIL (AJK PIBG)/PERASMI

Sidang hadirin yang dimuliakan

Bercabang tiga sigunung daik
Di kaki nya subur pohon meranti
Budi luhur di balas baik
Dalam ingatan tersimpul mati

Bukan nilai menjadi ukuran
Namun ingatan itu yang menjadi keutamaan
Sebagai tanda sekalung penghargaan
Terimalah cenderahati ikhlas atas jasa dan budi
Berbakti kepada PIBG SMK Kampong Jawa.


Atur acara seterusnya adalah penyampaian cenderahati dan sijil kepada barisan Ahli Jawatankuasa PIBG  sesi 2016/2017
Untuk menyempurnakan majlis ini,dijemput dan dipersilakan Yang dihormati ____________________________________Yang Dipertua PIBG   SMK Kampong Jawa untuk  mengiringi Yang Berbahagia Datuk  Ir Kamaruzaman bin Johari ,ketua UMNO  Bahagian Kota Raja bagi menyampaikan cenderahati kepada barisan AJK PIBG. Sesi 2016/2017.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan
1.En Muhammad bin Hashim – selaku Yang dipertua PIBG untuk menerima sijil penghargaan dan cenderahati daripada Yang berbahagia Datuk.

Seterusnya dipersilakan
2. En Arojunan A/L Veloo -Naib Yang Dipertua PIBG

3.  En Saidi Bin Daud – selaku  Setiausaha

4.  Cik Wan Mardiana Bt wan Mahmud -Bendahari

      Di persilakan  barisan   AJK IBU BAPA

5.   dipersilakan  En Mohamad Kahir Johari

6.  En Doraisamy A/L Govindasamy
7.  Pn Sabariah Mohd Yusof

8.  Pn Noorleha bt Junid

9. Pn Siti Hayati Ab Rahman

      Dipersilakan pula barisan   AJK GURU

10.   di jemput En Vijayarajan A/L Velu Naidu

11.Cik Tan Hong Peng

12. Pn Shuhaida bt  Shariff

13. Pn Rohaida bt Al

i dan yang terakhir

14.Pn Norzita bt Mohamed

Terima kasih diucapkan kepada  Yang Berbahagia Datuk .


Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan Yang dihormati ____________________________________Yand dipertua PIBG SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan cenderahati  tanda ingatan daripada warga PIBG kepada tetamu istimewa kita pada hari ini.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Ir. Kamaruzaman kerana sudi menyempurnakan majlis sebentar tadi.  

Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Dipertua PIBG.





PERSEMBAHAN NYAYIAN

Kini majlis diteruskan dengan persembahan nyayian daripada tiga orang murid SMK Kampong Jaya iaitu Adik Mohammad ameer Ameruddin bin Zamri,Aidel Azraff bin  Abd Mutalib dan Muhammad Amzar bin Azrifin yang akan mendendangkan lagu bertajuk SEGALANYA.e
Sama- sama kita saksikan.


Demikian lah tadi persembahan nyanyian daripada Adik Mohammad ameer Ameruddin bin Zamri,Aidel Azraff bin  Abd Mutalib dan Muhammad Amzar bin Azrifin

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.








CABUTAN BERTUAH

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan acara yang ditunggu-tunggu…iatu acara cabutan bertuah. Untuk itu dipersilakan  Yang dihormati Pn Puziah Tuban,Penolong Kanan HEM SMK Kampong Jawa untuk membuat 10 cabutan bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para jemputan yang bertuah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati Pn Puziah Tuban kerana menyempurnakan acara sebentar tadi.





CABUTAN HADIAH 2
Hadirin dan hadirat sekalian

Kita teruskan lagi cabutan bertuah pada hari ini.untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput yang dihormati Tn Haji Muzikir bin Mohamed ,Penolong kanan Kokurikulum  untuk membuat 10 lagi cabutan bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada yang bertuah.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati Tn haji Muzikir bin Mohamed kerana menyempurnakan acara sebentar tadi. Tahniah juga kepada penerima cabutan bertuah pada hari ini.

Sebelum kita akhiri majlis kita pada malam ini  mewakili barisan jawatankuasa pelaksana majlis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sudi memeriahkan majlis.


Merdu bertingkah alunan suara
Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta..

Kerjasama tuan puan sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan  indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Kampong Jawa  2017. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia  Datuk dan para tetamu jemputan khas diiringi Pengetua, Yang Berusaha  Tuan Haji Nashan bin Singgan , untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik Kesihatan.Dipersilakan.


Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,