Kali ni terasa ingin menulis pasal kakak-kakak dan adik perempuan.Nak imbas balik pasal dia orang ni.Syukur sangat sebenarnya diberikan dan dilahirkan dalam keluarga yang ramai bilangan adik beradik.Saya ni anak ke 5 dari 10 orang adik beradik.3 kakak dan 3 orang adik perempuan.Sorang abang dan 2 orang adik lelaki.
Sememangnya saya akui antara kami adik beradik sangat mesra alam.Gurau senda sentiasa menemani hari-hari bersama kami.Justeru terasa ingin memahatkan memori-memori indah bersama mereka di dalam blog yang amat saya sayangi ini.
Kak Long atau panggilan Ina ,kakak sulung saya..bagi saya dia seorang cukup sensitif..tapi seorang yang amat mudah menghulurkan bantuan apabila adik-beradik yang lain dalam kesusahan.Dia seorang kakak bagi saya amat bertanggungjawab pada adik-adik termasuk saya.Kenangan Kak Long menjaga saya ketika saya terlantar sakit selama seminggu di rumah dia,masih saya ingat dan akan saya simpan sampai mati.Kak Long juga sentiasa memberikan baju-baju nya yang cantik untuk saya semata-mata ingin melihat saya comel..Kenangan lucu saya ketika bersama Kak Long adalah ketika saya mencari bangunan mahkamah untuk mengisi borang mengangkat sumpah.Terdududk Kak Long gelakkkan saya kerana melihat saya bertanya seorang anggota polis pasal bangunan mahkamah tu kerana saya salah bangunan.Saya sedar kebluran saya selalu buat orang gelak.Kak long..sesungguhnya diri ini amat menghormati dirimu..menyayangimu..Cuma tak terluah dengan kata-kata.
Kakak saya yang nombor 2,saya panggil Kak Aya.Dia seorang kakak bagi saya amat tabah dengan ujian demi ujian yang menimpa hidup.Bagi saya Kak Aya amat memahami diri saya,sporting dan mudah kesian pada adik-adik.Pengorbanan Kak Aya bekerja selepas darjah 6 amat saya bangga.Sanggup membiarkan diri susah semata-mata demi melihat emak gembira.Kenangan bersama Kak Aya..banyak.Dia tempat saya mencurahkan isi hati ,berkongsi perasaan tika remaja.Sentiasa menghulurkan wang buat saya ketika saya belajar di U dulu.Walaupun saya menolak tapi Kak Aya tetap memberikannya .Kak Aya...saya tetap akan ingat cubitan Kak Aya hingga kini seakan masih terasa lantaran saya ambil barang KaK Aya.(Nak sebut kan kat sini malu..)HIhi..Apa boleh buat kemiskinan keluarga kita memaksa saya ambil barang Kak Aya..Tolong maafkan saya..Nak suruh ganti balikpun berapa ..cakap je.Apapun Kak Aya ...saya sayang Kak Aya..saya kagum dengan ketabahan yang Kak Aya lakukan itu.
Kak Jan ,kakak saya yang nombor 3.Sangat rapat dengan saya.Kerana susah senang saya semasa di rumah dulu bersama Kak Jan.Pergorbanan Kak Jan berhenti sekolah sangat ternilai dan tak terbalas oleh saya ,kerana Kak Jan lakukan itu untuk adik-adik.Walaupun dalam hati saya faham betapa sunyinya jiwa Kak Jan tika itu daripada teman-teman.Waktu saya di alam persekolahan,Kak Jan lah yang masakkan untuk kami.Kak Jan seperti pembantu dalam menjaga adik-adik yang kecil,Kak Jan terpaksa membantu mak dan menguruskan rumah tangga.Kenangan kita terlalu banyak untuk di tuliskan..Yang pahit saya dengan Kak Jan setahun tidak bertegur sapa ..lepas tu kita tak bergaduh lagi hingga kini.Kak Jan lah teman saya dulu.Pernah saya ingat Kak Jan sentiasa membantu saya mengulangkaji pelajaran dengan cuba untuk buat mak faham.Mana mungkin saya juga lupakan ketika KakJan kelaparan gara-gara menghantar saya ke universiti dulu..Kesian Kak Jan.Dan yang paling saya hargai ,Kak Jan berikan saya tanah untuk saya buatkan rumah buat Mak.Terima Kasih Kak Jan.Sesungguhnya dirimu teman yang paling rapat yang kita sentiasa kongsi perasaan suka duka kita..
Adik perempuan saya yang pertama,saya panggil La je..Sayangnya dia tidak bersama kami sepenuh masa kerana tinggal di rumah nenek saudara.Dulu amat rapat dengan saya ,sentiasa bertandang ke rumah ketika belum kawin..anak-anak saya amat rapat dengan La..Namun,,kenapa kini ada sedikit jarak yang memisahkan.Entah dimana silapnya..
Ja..adik perempuan saya yang nombor 2.sangat degil dan selamba orangnya.Sangat suka lihat mak berleter,,Bagi saya,Ja ni katalah apa sahaja pun tetap tak terasa hati.Macam takde perasaan.Saya hargai jugak adik saya ni..pernah bersama dengan saya di Putrajaya dulu.Setahun lebih lah jugak menjadi pengasuh Adam.Sebelum dapat kerja yang dipegang sekarang.Tapi yang saya geram sikit dengan dengan dia ni..Malasnya..kerja rumah susah sangat nak buat..alasan penat kerja...
Adik saya yang bongsu..Ida.Tak tahulah sekarang tubuh semakin berisi ke tak sebab makan hati.Saya akui dia banyak diuji dalam bentuk perhubungan.Kesian dia..kerana seseorang dia menjadi mangsa.Harapan biarlah dia kuat hadapi ini semua.Dapat pengajaran dimana sesebuah perhubungan itu perlu ada pengkongsian..pengorbanan bersama.Ida ni manja dan sangat sensitif orangnya,Tapi sangat rajin membantu mak..Saya juga tak lupa ..jasa Ida sanggup tinggal di rumah saya membantu saya di saat saya kesusahan.Apapun Ida ,jangan terlalu sress gila memikir kan kerja yang masih belum ada..Bersabarlah menunggu insan yang akan hadir dalam hidupmu yang betul-betul sayangkan dirimu.
Terima kasih Kak Long,Kak Aya,Kak Jan,La,Ja dan Ida..kerana kalian teman ,adik beradik yang amat baik untuk diri ini.Semoga kemesraan terus tercipta antara kita adik beradik sampai bila-bila.