TENTATIF
Aturcara
Majlis:
0800 pagi : Pendaftaran
0830 pagi : Raptai
1000 pagi : Tetamu mengambil tempat
10.30 petang : Ketibaan VIP dan kawalam kehormat
: Nyanyian Lagu NegaraKu
Bacaan
Doa
: Ucapan Pengetua
: Ucapan Perasmian Tetamu Kehormat
: Persembahan 1
: Penyampaian Anugerah
Kecemerlangan
: Persembahan 2
: Penyampaian Anugerah
Kecemerlangan
: Jamuan Makan Tengahari
1.00 petang : Bersurai
ATUR CARA PENTADBIRAN
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
HEM DAN KOKURIKULUM
2016
TARIKH :
25 OKTOBER 2016 (SELASA)
MASA :
10.30 – 1.00 PETANG
TEMPAT :
DEWAN JUARA,SMK KAMPONG JAWA
TETAMU KEHORMAT :
ASP MOHD SUKRI BIN AYOP,
PEGAWAI
PENYIASAT KANAN JENAYAH IPD KLANG SELATAN
BIL
|
MASA
|
PERGERAKAN/ AKTIVITI
|
TINDAKAN
|
1
|
10.00 am
|
Ucapan perhatian kepada tetamu:
PENGUMUMAN:
“Mohon
perhatian ! Mohon perhatian !
Hadirin dan hadirat dengan segala
hormatnya dipersilakan mengambil tempat masing-masing. Mohon hadirin menukar
mod telefon bimbit anda ke mod senyap atau mod getaran supaya majlis tidak
terganggu.
|
Juruacara
JK Protokol
AJK peralatan
|
2
|
10.30 am
|
- Ketibaan tetamu jemputan
|
AJK Penyambut tetamu
|
3
|
10.30 am
|
Pengumuman:
“Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Inspektor
Sollehudin bin Zakaria , Pegawai Penyiasat
Kanan Jenayah IPD Klang Selatan, yang diiringi masuk oleh Yang Berbahagia , En Muhammad Bin Hashim , YDP
PIBG SMK Kampong Jawa serta Tuan Haji Muhammed Nashan b Singgan , Pengetua
SMK Kampong Jawa dan para Tetamu Khas yang lain.Hadirin dipohon berdiri”
|
Sambutan
AJK persembahan
AJK Protokol
|
4
|
10.35 am
|
VIP , YDP PIBG dan Pengetua sampai ke tempat
duduk
(Pastikan tetamu tidak duduk)
Pengumuman
“Sidang hadirin ! nyanyian lagu
Negaraku akan berkumandang sebentar lagi.”
Nyanyian lagu Negaraku berkumandang dan
dinyanyikan oleh bersama tetamu serta hadirin
Majlis dipersilakan duduk
Pengumuman
“terima kasih atas nyanyian itu tadi
dan sidang hadirin dipersilakan duduk
.
Setelah semua hadirin duduk
Pengumuman:
Duduk bersama satu tujuan
Indah majlis gilang gemilang
Mohon doa kupohon Tuhan
Semoga majlis peroleh keberkatan.
Bagi
memberkati perjalanan acara pada pagi ini , marilah sama-sama kita menadah
tangan kehambaan dengan penuh keinsafan,semoga Allah memberi ruang dan
peluang bagi kelancaran majlis pada hari ini. Untuk itu, majlis dengan
sukacitanya menjemput Al-Fadil Ustaz
Mohamad Rashid Bin Mohamad Salleh
untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan .”
Setelah tamat bacaan doa, Ustaz Mohamad Rashid b.
Mohamad Salleh akan beredar dari tempat juru acara.
Pengumuman
Amin, Amin Ya Rabbal Alamin……Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Ustaz Mohamad Rashid di atas bacaan doa itu
tadi.
|
Sambutan
Siaraya
Ajk Protokol
|
5
|
10.45 pm
|
Juruacara memulakan majlis
Juruacara memberikan kata alu-aluan
Kata alu-aluan juruacara:
Dalam
bercakap bersopan santun
Dalam susah
tuntun menuntun
Dalam senang santun menyantun
Mulia anak
sempurna akhlak
Mulia tua
sempurna agama
Mulia Bahasa
berbudi Bahasa
Mulia majlis
tertib aturcara.
Bismillahir
rahmanir rahim ,
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan Salam
Sejahtera dan salam SMK Kampong Jawa terus maju.
Adat kita menyambut tetamu
Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan di dahulu.
Majlis
dengan penuh rasa hormat dan bangganya mengalu-alukan kehadiran ;
1. Yang Berbahagia Inspektor Sollehudin bin
Zakaria , Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Klang Selatan
2. Yang
Berbahagia En Muhammad b Hashim , YDP PIBG SMK Kampong Jawa
2. Yang
Berusaha Tuan Haji Mohammed Nashan b Singgan, Pengetua SMK Kampong Jawa
3. Yang
Dihormati Pn Noraziah Binti Mohamad Nor, Penolong Kanan Pentadbiran SMK
Kampong Jawa
4. Yang
Dihormati Pn Puziah Binti Tuban, PenolongKanan Hal Ehwal Murid SMK Kampong
Jawa
5.Yang
Dihormati Tn Hj Muzikir bin Muhamad, PenolongKanan Kokurikulum SMK Kampong
Jawa
6. Yang Dihormati
Pn Normala binti Misman, PenolongKanan Pendidikan Khas SMK Kampong Jawa
7. Yang
Dihormati En Amir Syaifuddin b Abdul Majid, Penolong Kanan Petang SMK Kampong
Jawa
6.Para
tetamu jemputan ,
para penerima anugerah yang diraikan serta hadirin dan hadirat yang
dihormati sekalian .”
Terlebih dahulu, majlis merakamkan sekalung penghargaan dan
setinggi-tinggi terima kasih,terutama kepada Yang Berbahagia Inspektor
Sollehudin bin Zakaria , Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Klang Selatan
dan semua hadirin di atas kesudian meluangkan masa ,bersama-sama kami dalam
menjayakan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK
Kampong Jawa untuk 2016.
Kait kelapa kukur kelapa
Ubi dikupas dibuat pengat
Kehendak hati tak terlupa
Kerana budi tuan sudah terpahat.
“Sidang hadirin , pada pagi yang penuh barakah ini bersamaan
25 Oktober 2016 ,warga SMK Kampong Jawa berasa amat bertuah kerana dapat
menjayakan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK
Kampong Jawa untuk 2016 . Majlis ini
sesungguhnya amat bersesuaian dengan misi sekolah untuk melahirkan modal
insan yang seimbang dari segala aspek sahsiah rohani serta jasmani.
Untuk
pengetahuan semua, ini merupakan majlis edisi ke -4 selepas buat julung
kalinya dijayakan pada tahun 2013 secara bersama antara unit HEM dan
Kokurikulum. Hasil cetus idea Tuan pengetua, maka terbentuklah satu kerjasama
antara unit Hem dan kokurikulum dalam pengelolaan Majlis Anugerah kecemerlangan
HEM dan Kokurikulum pada tahun 2016.
Pada pagi ini , murid-murid SMK Kampong Jawa yang
menunjukkan ketokohan dalam pelbagai bidang mencakupi sahisiah, kepimpinan,
keperibadian, sukan dan kokurikulum
akan diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan pihak sekolah. Bukan
itu sahaja, jasa ibu bapa dan masyarakat yang banyak membantu memajukan
sekolah juga tidak dilupakan.”
|
Juruacara
|
6
|
11.00 am
|
Ucapan Pengetua SMK Kampong Jawa
Pengumuman:
Hadirin yang dihormati sekalian ,meneruskan acara pada
hari ini, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha Tuan Haji Mohammed Nashan b Singgan , Pengetua SMK Kampong Jawa
merangkap Pengerusi Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa Tahun 2016 , untuk
menyampaikan Ucapan Alu-Aluan . Dengan segala hormatnya dipersilakan .”
Setelah selesai ucapan alu- aluan Pengetua
Pengumuman:
WAALAIKUMMUSSALAM WBT .
Terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohammed Nashan b
Singgan , Pengetua SMK Kampong Jawa atas ucapan itu tadi.
|
|
7
|
11.10 pm
|
(Gong diminta bersedia untuk dibawa masuk)
Ucapan perasmian
Pengumuman:
Sidang Hadirin yang dihormati
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada perasminya..
“Kini , sampailah
pula masanya untuk kita mendengar ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan
HEM Dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa tahun 2016.
Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Berbahagia
Yang Berbahagia inspektor
Sollehudin bin Zakaria
, Pegawai
Penyiasat Kanan Jenayah IPD Klang Selatan
untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya
akan memukul gong sebanyak 3 kali sebagai simbol rasminya majlis pada pagi
ini. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.”
Setelah habis ucapan,
Pengumuman:
Majlis
menjemput Yang Berbahagia En Muhammad
Bin Hashim serta Yang Berusaha Tuan Haji Mohammed Nashan Bin Singgan ke
pentas untuk sama-sama merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan
Kokurikulum SMK Kampong Jawa 2016.
VVIP memukul gong sebanyak 3 kali
Setelah selesai pukulan gong:
Pengumuman:
“Majlis
dengan perasaan terhutang budi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Yang Berbahagia Inspektor Sollehudin bin Zakaria , En Muhammad
Bin Hashim serta Yang Berusaha Tuan Haji Mohammed Nashan Bin Singgan kerana
merasmikan majlis pada pagi ini .”
Bunga selasih di atas
jerami
Harum melati di atas
batas
Terima kasih ucapan kami
Dari hati yang tulus
ikhlas
|
AJK persembahan
AJK Protokol
|
|
|
Persembahan koir
Pengumuman:
Dari kota setia ke negeri Perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan dikir barat menyusul memeriahkan
majlis
Semoga hadirin terhibur di hati
“Sidang hadirin , majlis pada pagi ini akan diserikan dengan
persembahan khas iaitu persembahan dikir
barat dari murid-murid Tingkatan 3 SMK Kampong Jawa .
Sama
–sama kita saksikan.”
Setelah Persembahan koir
Terima kasih
kepada murid-murid tingkatan 3 yang membuat persembahan sebentar tadi.
Untuk makluman
hadirin sekalian,kumpulan dikir barat itu tadi adalah di bawah bimbingan Puan Roslina Binti Daldiri dan En Amirul Aizat”.
|
|
8
|
11.20 am
|
SLOT 1:
Penyampaian anugerah
Ø
Kehadiran penuh
Ø
Sahsiah terpuji
Pengumuman:
Sidang hadirin yang dihormati,
Berkebaya batik berwarna merah
Diserikan dengan permata berlian
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran.
kini tibalah saat yang
dinantikan , Penyampaian Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK
Kampong Jawa Tahun 2016 . Sebanyak 2 kategori anugerah akan disampaikan
meliputi Anugerah Kehadiran Penuh dan Anugerah Sahsiah terpuji.
Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah, majlis dengan berbesar
hati menjemput Yang berusaha, Tuan Haji Mohammed Nashan Bin Singgan diiringi
oleh Yang dihormati Pn Noraziah Binti Mohd Nor untuk ke pentas utama bagi
menyempurnakan penyampaian anugerah.
Penyampaian
anugerah dimulakan dengan Anugerah Kehadiran Penuh. Penerima anugerah ini
ialah ....................................
.......................................................................................................
Hadirin
yang dihormati, kejayaan akademik seseorang itu pastinya kerana disulami dan diisi juga dengan nilai
moral,adab tertib,insaniah dan kerohanian .
Selanjutnya
, Anugerah Sahsiah terpuji . Penerima
anugerah ini diberikan kepada ...............................................................................................................
Tahniah
kepada penerima-penerima anugerah.
Setelah selesai penyampaian anugerah:
Pengumuman:
Sebagai tanda ucapan terima kasih dipersilakan
Yang Dihormati Pn Noraziah Binti Mohd Nor untuk menyampaikan
cenderahati kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohammed Nashan Bin Singgan, Pengetua SMK Kampong Jawa.
Majlis
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Yang Berusaha Tuan Haji
Mohammed Nashan Bin Singgan dan Yang
Dihormati Pn Noraziah Binti Mohd Nor kerana telah sudi menyampaikan
anugerah.
Setelah selesai penyampaian anugerah:
Penyampaian anugerah
Ø
Lonjakan Sahsiah
Ø
Pengurusan Kelas
Cemerlang
Ø
Pengurusan Buku Jadual Kedatangan Murid Cemerlang
Ø
Kelas mencapai kehadiran tertinggi
Ø
Kelas terbersih dan terceria 2016
Ø
Anugerah murid cemerlang (unit-unit)
Ø
Anugerah kelab/ persatuan cemerlang
Ø
Anugerah kelab/permainan cemerlang
Ø
Anugerah pengurusan kokurikulum cemerlang
Ø
Anugerah pencapaian tertinggi 2016
Pengumuman:
Sidang hadirin yang dihormati,
Yang alim
menjadi iman
Yang
bijak menjadi pemimpin
Yang arif
menjadi hakim
Yang
cemerlang kita hargai dan raikan.
Penyampaian Anugerah
Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa Tahun 2016 diteruskan. Sebanyak
10 kategori anugerah akan disampaikan meliputi 5 dari unit HEM dan 5 dari
unit Kokurikulum.
Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah, majlis dengan berbesar
hati menjemput Yang Berbahagia En
Muhammad Bin Hashim diiringi oleh Yang
Dihormati Tuan Haji Muzikir Bin
Mohamad untuk ke pentas utama bagi menyempurnakan
penyampaian anugerah.
Penyampaian
anugerah dimulakan dengan Anugerah Lonjakan Sahsiah.
Penerima anugerah ini ialah ....................................
........................................................................................................
Selanjutnya
, Anugerah Pengurusan Kelas Cemerlang. Anugerah ini
diberikan kepada kelas yang berjaya diurus dari segala aspek seperti aspek
pengurusan papan kenyataan, pengurusan buku kawalan kelas, serta kebersihan. Penerima anugerah ini diberikan kepada ...............................................................................................................
Selanjutnya
, Anugerah Pengurusan
Buku Jadual Kedatangan Murid Cemerlang.
Anugerah ini diberikan kepada kelas yang berjaya diurus dari aspek Buku
Jadual Kehadiran Murid. Penerima anugerah ini diberikan kepada .................................................................................................................
Berikut ialah penyampaian Anugerah Kelas mencapai
kehadiran tertinggi. Anugerah ini diberikan kepada kelas yang berjaya
mencapai peratus kehadiran 90 peratus dan ke atas sepanjang tahun 2016.
Penerima anugerah ini diberikan
kepada..........................................
Seterusnya
, penyampaian Anugerah Kelas terbersih dan terceria 2016. Anugerah ini
diberikan kepada kelas yang kerap mendapat anugerah kelas terbersih dan
terceria mingguan. Anugerah ini diberikan
kepada.................................................................
Hadirin
yang dihormati, berikut pula ialah penyerahan anugerah yang melibatkan unit
Kokurikulum.
Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah murid
cemerlang (unit-unit). Anugerah ini
diberikan kepada murid-murid yang cemerlang mengikut unit uniform,
kelab/persatuan dan sukan/permainan. Penerima anugerah ini ialah
.................................................................................................................
Selanjutnya
, Anugerah kelab/ persatuan cemerlang. Anugerah ini diberikan
kepada kelab atau persatuan yang mempunyai pencapaian tertinggi dan diurus dengan
cemerlang. Penerima
anugerah ini diberikan kepada ...............................................................................................................
Selanjutnya
, Anugerah sukan/permainan cemerlang
.
Anugerah ini diberikan kepada kelab permainan yang mempunyai pencapaian
tertinggi dan diurus dengan cemerlang. Penerima
anugerah ini diberikan kepada ...............................................................................................................
Berikut ialah penyampaian Anugerah
pengurusan kokurikulum cemerlang. Anugerah ini diberikan kepada unit yang
berjaya mempunyai pencapai tertinggi, pengurusan buku laporan serta
penglibatan yang tinggi dalam aktiviti dalam mahupun luar sekolah. Penerima
anugerah ini diberikan kepada..........................................
Seterusnya
, penyampaian Anugerah pencapaian tertinggi 2016
. Anugerah ini diberikan kepada murid
yang mempunyai penglibatan dan pencapaian sekurang-kurang peringkat
kebangsaan. Anugerah ini diberikan kepada
AnugerahTokoh Murid Kokurikulum kategori Lelaki
Sebelum itu dibacakan sedikit biodata
penerima anugerah ini
Dilahirkan pada 2 Januari 2000 di kampong Jawa ,Klang. Merupakan anak
bongsu dari 3 orang adik beradik
.pendidikan pertama beliau di Tadika Islam Bahagia dan seterusnya di Sk
Kampong Jawa.
Sejarah penglibatan,beliau mula
melibatkan diri KRS semenjak di sekolah rendah.
Johan kawad kaki peringkat sekolah.Di
peringkat daerah ditauliahkan pangkat Sarjan pada tahun 2015 dan
ditauliahkan pangkat Staf Sarjan pada
tahun 2016 dan rangking ke 7 daripada 35 orang.
Di peringkat negeri ditauliahkan
pangkat Pegawai waran 1 dan rangking ke 22 daripada 35 orang.
Di peringkat kebangsaan pula,naib
johan kraf perkhemahan dan tempat ketiga Orientaring (Kompas).
Penerima anugerah AnugerahTokoh Murid Kokurikulum kategori Lelaki diberikan kepada
Muhammad Shahril Amry Bin Rosnan.
Seterusnya AnugerahTokoh Murid Kokurikulum kategori Wanita
Berikut adalah biodata penerima anugerah
Dilahirkan pada 6 Mac 1999 di Hospital
Bersalin Pakar Razif,Klang, Selangor. Merupakan anak kedua dari tiga orang adik beradik .pendidikan pertama
beliau di Pra Sekolah SK Kampong Jawad dan Sk kampong Jawa
Sejarah penglibatan beliau :
Naib johan pertandingan kawad kaki
Pasukan badan beruniform peringkat sekolah ( Kadet Pertahanan Awam)
Naib Johan Pertandingan Explorace
Kadet Pertahanan Awam Peringkat
kebangsaan zon tengah 2016.
Johan Keseluruhan Pertandingan
Explorace Kadet Pertahanan Awam Peringkat kebangsaan zon tengah 2016
Penerima anugerah AnugerahTokoh Murid Kokurikulum kategori Wanita diberikan kepada Wan Umairah Binti Hairie.
.........................................................................................................................................................
Majlis mengucapkan sekalung tahniah kepada
penerima-penerima anugerah.
Sebagai tanda ucapan terima kasih dipersilakan
Yang Dihormati Tuan Haji Muzikir Bin Muhamad Nor untuk
menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia En Muhammad Bin Hashim
Majlis merakamkan jutaan terima kasih
kepada Yang Berbahagia En Muhammad Bin Hashim dan Yang dihormati Tuan Haji Muzikir Bin Muhamad
kerana telah sudi menyampaikan anugerah.
|
|
|
|
Persembahan 2 :
Penyampaian anugerah
Pengumuman:
Duduk
sekawan gadis jelita,
Buat
santapan untuk pahlawan;
Tampillah
kalian kami meminta,
Persembahan
khas kami tampilkan.
“Sidang hadirin , majlis penyampaian anugerah pada pagi ini berehat
sebentar bagi memberi laluan kepada persembahan sajak oleh saudari Nur
Zalikha Binti Kamarulzaman dari tingkatan 3 Bagus di bawah kelolaan Pn
Roslina Binti Daldiri dan En Amirul Aizat
Setelah selesai persembahan:
“ Demikianlah persembahan yang penuh bertenaga
daripada saudari
Nur Zalikha Binti Kamarulzaman SMK Kampong Jawa”
|
|
9
|
12.00 pm
|
SLOT 2:
Penyampaian anugerah
Ø Anugerah tokoh kokurikulum kelas pendidikan khas
Ø Anugerah
murid harapan
Ø Anugerah khas juri ikon sukan
Ø Anugerah olahragawan sukan
Ø Anugerah tokoh murid kokurikilum
Ø Anugerah tokoh guru kokurikulum
Ø Tokoh pengawas
Ø Tokoh presiden
Ø Pengurusan unit hem cemerlang /terbaik
Pengumuman:
Sidang hadirin yang dihormati, penyampaian Anugerah Kecemerlangan HEM
dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa Tahun 2016 diteruskan. Sebanyak 9 kategori
anugerah tertinggi bagi unit HEM dan Kokurikulum.
Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah, majlis dengan berbesar hati
menjemput Yang Berbahagia Inspektor Sollehudin bin Zakaria diiringi oleh Yang Dihormati Pn Puziah Binti
Tuban untuk ke pentas utama bagi menyempurnakan penyampaian anugerah.
Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah tokoh
kokurikulum kelas pendidikan khas. Anugerah
tertinggi murid murid PPKI diberikan kepada murid yang mempunyai pencapaian
sekurang-kurangnya peringkat negeri.
Sebelum itu dibacakan sedikit biodata
penerima anugerah ini
Dilahirkan pada 8 Disember 2001 di
Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Merupakan anak keempat dari lima orang
adik beradik .pendidikan pertama beliau di Tabika Bukit Naga dan seterusnya
di Sk Bukit Rimau dan kini di PPKI SMK Kampong Jawa.
Sejarah penglibatan,beliau mula
melibatkan diri dalam acara bowling padang semenjak sekolah rendah lagi.
Pada 22 April hingga 24 April 2016
,beliau terlibat dengan Program Pencarian Bakat Anjuran Belia dan sukan
negeri Selangor iaitu Program Italent dan Itrain.
Pada 2 Ogos hingga 12 Ogos 2016
menyertai sukan paralimpik Malaysia yang di adakan di Kuching Sarawak kali ke
18. Dan dianugerahkan penghargaan khas
semua negeri atas kesungguhan yang ditunjukkan.
Penerima anugerah ini ialah Nurul Syafika
Binti Safrisal
........................................................................................................
Selanjutnya , Anugerah murid
harapan. Anugerah ini diberikan
kepada murid yang berumur 15 tahun ke bawah yang mempunyai potensi yang
cemerlang di masa akan datang.
Sebelum itu dibacakan sedikit biodata
penerima anugerah ini
Penerima anugerah ini
diberikan kepada ..........................................................................................
Berikut
ialah penyampaian Anugerah khas juri ikon
sukan. Berikut ialah biodata penerima anugerah.
Berikut adalah biodata penerima Anugerah Khas juri ikon sukan.
Dilahirkan pada 5 Mei 2000 di Klinik
Pakar wanita Razif Norana ,Klang, Selangor. Merupakan bongsu dari 4 orang adik beradik .pendidikan pertama
beliau di Pra Sekolah Kg Jawa dan seterusnya di Sk Telok Menegon.
Sejarah penglibatan,beliau ,mewakili
negeri Selangor dalam sukan pelayaran,Regata Perlis-johan Kategori
Perempuan.Johan Perempuan bawah 18 tahun di MSSS.Tempat ketiga kategori
perempuan bawah 18 tahun di MSSM.Tempat ke 4 di SUKMA 2016.dan juga terlibat jemputan selama 10 hari Latihan Sukan Olimpik
2016 di pusat Latihan Kebangsaan Langkawi.
Anugerah Khas juri Ikon Sukan diberikan kepada Nurnajwa binti Ramly.
..........................................
Seterusnya , penyampaian Anugerah
olahragawan sukan dan olahragawati . Anugerah ini adalah anugerah
tertinggi dalam bidang sukan.
Berikut adalah biodata penerima anugerah
Olahragawan Sukan
Dilahirkan pada 2 Jan 1999 di Klang,
Selangor. Merupakan anak ketiga dari tujuh orang adik beradik .pendidikan pertama
beliau di Pra Sekolah Sri Murni Andalas dan seterusnya di Sk Kampong Jawa 1
kini di SMK Kampong Jawa.
Sejarah penglibatan,beliau ,mewakili
daerah Klang dalam sukan olahraga,Naib Johan lumba jalan kaki 10km MSSD
2016.Naib Johan lumba jalan kaki MSS Selangor 2016.Naib Johan lumba jalan
kaki di kejohanan SUKSES Sukan Selangor
majlis menjemput penerima anugerah olahragawan
sukan Muhammad Harith Bin Hazlan
Selanjutnya , Anugerah tokoh
guru kokurikulum. Guru merupakan
watak utama dalam pembentukan sahsiah seseorang murid. Berikut adalah
biodata penerima-penerima anugerah.
Insan yang
dimaksudkan ialah .......................................................................................
Seterusnya ,
penyampaian Anugerah tokoh
pengawas. Tidak dinafikan, tugas
seorang pengawas sebagai seorang pembantu guru amat mencabar.
Sebelum itu dibacakan sedikit biodata
penerima anugerah ini
Anugerah ini diberikan
kepada................................................................................................
Berikut ialah penyampaian Anugerah tokoh presiden. Tidak dinafikan semua presiden telah memberikan khidmat yang
cemerlang.
Sebelum itu dibacakan sedikit biodata
penerima anugerah ini
Anugerah tokoh presiden ini diberikan
kepada................................................................................................
Selanjutnya , Anugerah Pengurusan
unit hem cemerlang /terbaik. Anugerah
ini diberikan kepada unit yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam aspek
pengurusan sepanjang tahun 2016. Anugerah ini diberikan kepada ........................................................................................................
Majlis merakamkan
ucapan tahniah kepada penerima-penerima anugerah.
Setelah selesai penyampaian anugerah:
Pengumuman:
Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga ,
dipersilakan Yang dihormati Pn Puziah
Binti Tuban untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia inspektor Sollehudin bin Zakaria
Dan seterunya ,dipersilakan tuan untuk menerima
cenderahati
Demikianlah
adat kehidupan
Orang berbudi
kita berbahasa
Tidak mungkin
terbalas budi
Walau emas
sebungkus diberi
Cuma harapan
di dalam dada
Tanda mata
sudi diterima
Tanda ingatan
moga kekal selama.
Majlis mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Yang Berbahagia nspektor Sollehudin bin Zakaria
dan Yang dihormati Pn Puziah Binti Tuban kerana telah
sudi menyampaikan anugerah.
|
|
|
|
Pengumuman:
Hadirin sekalian,
Delima selasih indah tersingkap
Hantaran bengkalis seri cahaya
Terima kasih tidak terungkap
Lantaran majlis lancar jaya.
Merdu bertingkah alunan suara
Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan diminta.
Bagi
pihak majlis kami menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya tersilap kata
atau tersalah bicara sepanjang perjalanan majlis ini
Burung tekukur terbang rendah
Terbang bersama si burung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai..
Dengan ini maka berakhirlah sudah Majlis
Penyampaian anugerah Kecemerlangan HEM dan kokurikulum SMK Kg Jawa untuk sesi
2016. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi
menghadiri majlis ini dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua penerima
anugerah. Diharap anugerah ini merupakan batu loncatan kepada semua pihak
dalam meningkatkan prestasi dalam semua bidang.
Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Yang
Berbahagia inspektor
Sollehudin bin Zakaria, En
Muhammad Bin Hashim, Yang Berusaha,Tuan
Haji Mohammed Nashan b Singgan serta
tetamu khas untuk menikmati jamuan di bilik jamuan.
Sekian, wabilla hi taufik wal hidayah,
assalamualaikum wbt.
|
|
11
|
1.00 pm
|
Majlis
bersurai
|
|