Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 25 Oktober 2016

Aturcara Pentadbiran Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM /Kokurikulum 2016

TENTATIF

Aturcara Majlis:

0800 pagi                              :               Pendaftaran
0830 pagi                              :               Raptai
1000 pagi                              :               Tetamu mengambil tempat
10.30 petang                        :               Ketibaan VIP dan kawalam kehormat
                                                :               Nyanyian Lagu NegaraKu
                                                                                Bacaan Doa
                                                                :               Ucapan Pengetua
                                                                :               Ucapan Perasmian Tetamu Kehormat
                                                                :               Persembahan 1 
                                                                :               Penyampaian Anugerah Kecemerlangan                     
                                                                :               Persembahan 2
                                                                :               Penyampaian Anugerah Kecemerlangan
                                                                :               Jamuan Makan Tengahari
                1.00 petang                          :               Bersurai

















ATUR CARA PENTADBIRAN
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
HEM DAN KOKURIKULUM
2016


TARIKH                                : 25 OKTOBER 2016  (SELASA)
MASA                                    : 10.30 – 1.00 PETANG
TEMPAT                               : DEWAN JUARA,SMK KAMPONG JAWA
TETAMU KEHORMAT      : ASP MOHD SUKRI BIN AYOP,
  PEGAWAI PENYIASAT KANAN JENAYAH IPD KLANG SELATAN


BIL
MASA
PERGERAKAN/ AKTIVITI
TINDAKAN
1
10.00 am
Ucapan perhatian kepada tetamu:

PENGUMUMAN:
“Mohon perhatian !   Mohon perhatian !
Hadirin dan hadirat dengan segala hormatnya dipersilakan mengambil tempat masing-masing. Mohon hadirin menukar mod telefon bimbit anda ke mod senyap atau mod getaran supaya majlis tidak terganggu.

Juruacara
JK Protokol
AJK peralatan

2
10.30 am
- Ketibaan tetamu jemputan 
AJK Penyambut tetamu
3
10.30 am
Pengumuman:

“Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Inspektor Sollehudin bin Zakaria  , Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Klang Selatan, yang diiringi masuk oleh Yang  Berbahagia , En Muhammad Bin Hashim , YDP PIBG SMK Kampong Jawa serta Tuan Haji Muhammed Nashan b Singgan , Pengetua SMK Kampong Jawa dan para Tetamu Khas yang lain.Hadirin dipohon berdiri”







Sambutan
AJK persembahan

AJK Protokol
4
10.35 am
VIP , YDP PIBG dan Pengetua sampai ke tempat duduk
(Pastikan tetamu tidak duduk)

Pengumuman

“Sidang hadirin ! nyanyian lagu Negaraku akan berkumandang sebentar lagi.”

Nyanyian lagu Negaraku berkumandang dan dinyanyikan oleh bersama tetamu serta hadirin

Majlis dipersilakan duduk

Pengumuman

“terima kasih atas nyanyian itu tadi dan sidang  hadirin dipersilakan duduk .
Setelah semua hadirin duduk

Pengumuman:

Duduk bersama satu tujuan
Indah majlis gilang gemilang
Mohon doa kupohon Tuhan
Semoga majlis peroleh keberkatan.

Bagi memberkati perjalanan acara pada pagi ini , marilah sama-sama kita menadah tangan kehambaan dengan penuh keinsafan,semoga Allah memberi ruang dan peluang bagi kelancaran majlis pada hari ini. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Al-Fadil  Ustaz Mohamad Rashid Bin  Mohamad Salleh untuk memimpin bacaan doa.  Dipersilakan .”

Setelah tamat bacaan doa, Ustaz Mohamad Rashid b. Mohamad Salleh akan beredar dari tempat  juru acara.

Pengumuman

Amin, Amin Ya Rabbal Alamin……Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz  Ustaz Mohamad Rashid di atas bacaan doa itu tadi.

Sambutan
Siaraya
Ajk Protokol
5
10.45 pm
Juruacara memulakan majlis
Juruacara memberikan kata alu-aluan

Kata alu-aluan juruacara:

Dalam bercakap bersopan santun
Dalam susah tuntun menuntun
Dalam senang santun menyantun           
Mulia anak sempurna akhlak
Mulia tua sempurna agama
Mulia Bahasa berbudi Bahasa
Mulia majlis tertib aturcara.

Bismillahir rahmanir rahim ,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam  Sejahtera dan salam SMK Kampong Jawa terus maju.

Adat kita menyambut tetamu
Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan di dahulu.

Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya mengalu-alukan kehadiran ;
1.  Yang Berbahagia Inspektor Sollehudin bin Zakaria , Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Klang Selatan
2. Yang Berbahagia En Muhammad b Hashim , YDP PIBG SMK Kampong Jawa
2. Yang Berusaha Tuan Haji Mohammed Nashan b Singgan, Pengetua SMK Kampong Jawa
3. Yang Dihormati Pn Noraziah Binti Mohamad Nor, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kampong Jawa
4. Yang Dihormati Pn Puziah Binti Tuban, PenolongKanan Hal Ehwal Murid SMK Kampong Jawa
5.Yang Dihormati Tn Hj Muzikir bin Muhamad, PenolongKanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa
6. Yang Dihormati Pn Normala binti Misman, PenolongKanan Pendidikan Khas SMK Kampong Jawa
7. Yang Dihormati En Amir Syaifuddin b Abdul Majid, Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa
6.Para tetamu jemputan ,
 para  penerima anugerah  yang diraikan serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian .”
Terlebih dahulu, majlis merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih,terutama kepada Yang Berbahagia Inspektor Sollehudin bin Zakaria , Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Klang Selatan dan semua hadirin di atas kesudian meluangkan masa ,bersama-sama kami dalam menjayakan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa untuk  2016.

Kait kelapa  kukur kelapa
Ubi dikupas dibuat pengat
Kehendak hati tak terlupa
Kerana budi tuan sudah terpahat.

“Sidang hadirin , pada pagi yang penuh barakah ini bersamaan 25 Oktober 2016 ,warga SMK Kampong Jawa berasa amat bertuah kerana dapat menjayakan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa untuk  2016 . Majlis ini sesungguhnya amat bersesuaian dengan misi sekolah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segala aspek sahsiah rohani serta jasmani.
 Untuk pengetahuan semua, ini merupakan majlis edisi ke -4 selepas buat julung kalinya dijayakan pada tahun 2013 secara bersama antara unit HEM dan Kokurikulum. Hasil cetus idea Tuan pengetua, maka terbentuklah satu kerjasama antara unit Hem dan kokurikulum dalam pengelolaan Majlis Anugerah kecemerlangan HEM dan Kokurikulum pada tahun 2016.                                                                            
Pada pagi ini , murid-murid SMK Kampong Jawa yang menunjukkan ketokohan dalam pelbagai bidang mencakupi sahisiah, kepimpinan, keperibadian, sukan dan kokurikulum  akan diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan pihak sekolah. Bukan itu sahaja, jasa ibu bapa dan masyarakat yang banyak membantu memajukan sekolah juga tidak dilupakan.”
Juruacara
6
11.00 am
Ucapan Pengetua SMK Kampong Jawa

Pengumuman:

Hadirin  yang dihormati sekalian ,meneruskan acara pada hari ini, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan   Yang Berusaha Tuan Haji Mohammed Nashan b Singgan , Pengetua SMK Kampong Jawa merangkap Pengerusi Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum  SMK Kampong Jawa Tahun 2016 , untuk menyampaikan Ucapan Alu-Aluan .   Dengan segala hormatnya dipersilakan .”

Setelah selesai ucapan alu- aluan Pengetua

Pengumuman:

WAALAIKUMMUSSALAM WBT .
Terima kasih kepada  Yang Berusaha Tuan Haji Mohammed Nashan b Singgan , Pengetua SMK Kampong Jawa atas ucapan itu tadi.



7
11.10 pm

































(Gong diminta bersedia untuk dibawa masuk)

Ucapan perasmian

Pengumuman:


Sidang Hadirin yang dihormati

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada perasminya..

“Kini , sampailah pula masanya untuk kita mendengar ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM Dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa tahun 2016.
Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Berbahagia Yang Berbahagia inspektor Sollehudin bin Zakaria
 , Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Klang Selatan untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya akan memukul gong sebanyak 3 kali sebagai simbol rasminya majlis pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.”
Setelah habis ucapan,

Pengumuman:
Majlis menjemput  Yang Berbahagia En Muhammad Bin Hashim serta Yang Berusaha Tuan Haji Mohammed Nashan Bin Singgan ke pentas untuk sama-sama merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa 2016.


VVIP memukul gong sebanyak 3 kali

Setelah selesai pukulan gong:

Pengumuman:

“Majlis dengan perasaan terhutang budi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Inspektor Sollehudin bin Zakaria , En Muhammad Bin Hashim serta Yang Berusaha Tuan Haji Mohammed Nashan Bin Singgan kerana merasmikan majlis pada pagi ini .”

Bunga selasih di atas jerami
Harum melati di atas batas
Terima kasih ucapan kami
Dari hati yang tulus ikhlas





AJK persembahan

AJK Protokol






















Persembahan koir

Pengumuman:

Dari kota setia ke negeri Perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan dikir barat menyusul memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati

“Sidang hadirin ,  majlis pada pagi ini akan diserikan dengan persembahan khas  iaitu persembahan dikir barat dari murid-murid Tingkatan 3 SMK Kampong Jawa .
Sama –sama kita saksikan.”

Setelah Persembahan koir
Terima kasih kepada murid-murid tingkatan 3 yang membuat persembahan sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian,kumpulan dikir barat itu tadi adalah di bawah bimbingan  Puan Roslina Binti Daldiri dan En Amirul Aizat”.








8
11.20 am
SLOT 1:

Penyampaian anugerah
Ø  Kehadiran penuh
Ø  Sahsiah terpuji


Pengumuman:
Sidang hadirin yang dihormati,


Berkebaya batik berwarna merah
Diserikan dengan permata berlian
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran.

 kini tibalah saat yang dinantikan , Penyampaian Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa Tahun 2016 . Sebanyak 2 kategori anugerah akan disampaikan meliputi Anugerah Kehadiran Penuh dan Anugerah Sahsiah terpuji.
Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang berusaha, Tuan Haji Mohammed Nashan Bin Singgan diiringi oleh Yang dihormati Pn Noraziah Binti Mohd Nor untuk ke pentas utama bagi menyempurnakan penyampaian anugerah. 

Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah Kehadiran Penuh. Penerima anugerah ini ialah ....................................
.......................................................................................................
Hadirin yang dihormati, kejayaan akademik seseorang itu pastinya  kerana disulami dan diisi juga dengan nilai moral,adab tertib,insaniah dan kerohanian .
Selanjutnya ,  Anugerah Sahsiah terpuji . Penerima anugerah ini diberikan kepada ...............................................................................................................

Tahniah kepada penerima-penerima anugerah.



Setelah selesai penyampaian anugerah:

Pengumuman:

Sebagai tanda ucapan terima kasih dipersilakan Yang Dihormati Pn Noraziah Binti Mohd Nor untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohammed Nashan Bin Singgan, Pengetua SMK Kampong Jawa.



Majlis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga  kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohammed Nashan Bin Singgan dan  Yang Dihormati Pn Noraziah Binti Mohd Nor kerana telah sudi menyampaikan anugerah.

Setelah selesai penyampaian anugerah:

Penyampaian anugerah
Ø  Lonjakan Sahsiah
Ø  Pengurusan Kelas Cemerlang
Ø  Pengurusan Buku Jadual Kedatangan Murid Cemerlang
Ø  Kelas mencapai kehadiran tertinggi
Ø  Kelas terbersih dan terceria 2016
Ø  Anugerah murid cemerlang (unit-unit)
Ø  Anugerah kelab/ persatuan cemerlang
Ø  Anugerah kelab/permainan cemerlang
Ø  Anugerah pengurusan kokurikulum cemerlang
Ø  Anugerah pencapaian tertinggi 2016
Pengumuman:

Sidang hadirin yang dihormati,
Yang alim menjadi iman
Yang bijak menjadi pemimpin
Yang arif menjadi hakim
Yang cemerlang kita hargai dan raikan.

 Penyampaian Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa Tahun 2016 diteruskan. Sebanyak 10 kategori anugerah akan disampaikan meliputi 5 dari unit HEM dan 5 dari unit Kokurikulum.
Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berbahagia En Muhammad Bin Hashim diiringi oleh  Yang Dihormati  Tuan Haji Muzikir Bin Mohamad untuk ke pentas utama bagi menyempurnakan
penyampaian anugerah. 
Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah Lonjakan Sahsiah.
 Penerima anugerah ini ialah ....................................
........................................................................................................

Selanjutnya , Anugerah Pengurusan Kelas Cemerlang. Anugerah ini diberikan kepada kelas yang berjaya diurus dari segala aspek seperti aspek pengurusan papan kenyataan, pengurusan buku kawalan kelas, serta kebersihan. Penerima anugerah ini diberikan kepada ...............................................................................................................

Selanjutnya , Anugerah Pengurusan Buku Jadual Kedatangan Murid Cemerlang. Anugerah ini diberikan kepada kelas yang berjaya diurus dari aspek Buku Jadual Kehadiran Murid. Penerima anugerah ini diberikan kepada .................................................................................................................

Berikut ialah penyampaian Anugerah Kelas mencapai kehadiran tertinggi. Anugerah ini diberikan kepada kelas yang berjaya mencapai peratus kehadiran 90 peratus dan ke atas sepanjang tahun 2016. Penerima anugerah ini diberikan kepada..........................................

Seterusnya , penyampaian Anugerah Kelas terbersih dan terceria 2016. Anugerah ini diberikan kepada kelas yang kerap mendapat anugerah kelas terbersih dan terceria mingguan. Anugerah ini diberikan kepada.................................................................


Hadirin yang dihormati, berikut pula ialah penyerahan anugerah yang melibatkan unit Kokurikulum.
Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah murid cemerlang (unit-unit). Anugerah ini diberikan kepada murid-murid yang cemerlang mengikut unit uniform, kelab/persatuan dan sukan/permainan. Penerima anugerah ini ialah .................................................................................................................

Selanjutnya , Anugerah kelab/ persatuan cemerlang. Anugerah ini diberikan kepada kelab atau persatuan yang mempunyai pencapaian tertinggi dan diurus dengan cemerlang. Penerima anugerah ini diberikan kepada ...............................................................................................................

Selanjutnya , Anugerah sukan/permainan cemerlang
. Anugerah ini diberikan kepada kelab permainan yang mempunyai pencapaian tertinggi dan diurus dengan cemerlang. Penerima anugerah ini diberikan kepada ...............................................................................................................

Berikut ialah penyampaian Anugerah pengurusan kokurikulum cemerlang. Anugerah ini diberikan kepada unit yang berjaya mempunyai pencapai tertinggi, pengurusan buku laporan serta penglibatan yang tinggi dalam aktiviti dalam mahupun luar sekolah. Penerima anugerah ini diberikan kepada..........................................

Seterusnya , penyampaian Anugerah pencapaian tertinggi 2016
. Anugerah ini diberikan kepada murid yang mempunyai penglibatan dan pencapaian sekurang-kurang peringkat kebangsaan. Anugerah ini diberikan kepada
AnugerahTokoh Murid  Kokurikulum kategori Lelaki
 Sebelum itu dibacakan sedikit biodata penerima anugerah ini
Dilahirkan pada 2 Januari  2000 di kampong Jawa ,Klang. Merupakan anak bongsu  dari 3 orang adik beradik .pendidikan pertama beliau di Tadika Islam Bahagia dan seterusnya di Sk Kampong Jawa.
Sejarah penglibatan,beliau mula melibatkan diri KRS semenjak di sekolah rendah.
Johan kawad kaki peringkat sekolah.Di peringkat daerah ditauliahkan pangkat Sarjan pada tahun 2015 dan
ditauliahkan pangkat Staf Sarjan pada tahun 2016 dan rangking ke 7 daripada 35 orang.
Di peringkat negeri ditauliahkan pangkat Pegawai waran 1 dan rangking ke 22 daripada 35 orang.
Di peringkat kebangsaan pula,naib johan kraf perkhemahan dan tempat ketiga Orientaring (Kompas).
 Penerima anugerah AnugerahTokoh Murid  Kokurikulum kategori Lelaki diberikan kepada Muhammad Shahril Amry Bin Rosnan.
Seterusnya  AnugerahTokoh Murid  Kokurikulum kategori Wanita
Berikut adalah biodata penerima anugerah

Dilahirkan pada 6 Mac 1999 di Hospital Bersalin Pakar Razif,Klang, Selangor. Merupakan anak kedua dari tiga  orang adik beradik .pendidikan pertama beliau di Pra Sekolah SK Kampong Jawad  dan Sk kampong Jawa
Sejarah penglibatan beliau :
Naib johan pertandingan kawad kaki Pasukan badan beruniform peringkat sekolah ( Kadet Pertahanan Awam)
Naib Johan Pertandingan Explorace Kadet Pertahanan Awam  Peringkat kebangsaan zon tengah 2016.
Johan Keseluruhan Pertandingan Explorace Kadet Pertahanan Awam  Peringkat kebangsaan zon tengah 2016

Penerima anugerah AnugerahTokoh Murid  Kokurikulum kategori Wanita  diberikan kepada Wan Umairah Binti Hairie.

.........................................................................................................................................................
Majlis mengucapkan sekalung tahniah kepada penerima-penerima anugerah.


Sebagai tanda ucapan terima kasih dipersilakan Yang Dihormati Tuan Haji Muzikir Bin Muhamad Nor untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia En Muhammad Bin Hashim

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Muhammad Bin Hashim dan  Yang dihormati Tuan Haji Muzikir Bin Muhamad kerana telah sudi menyampaikan anugerah.



Persembahan 2 :
Penyampaian anugerah


Pengumuman:

Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah kalian kami meminta,
Persembahan khas kami tampilkan.

“Sidang hadirin ,  majlis penyampaian anugerah pada pagi ini berehat sebentar bagi memberi laluan kepada persembahan sajak oleh saudari Nur Zalikha Binti Kamarulzaman dari tingkatan 3 Bagus di bawah kelolaan Pn Roslina Binti Daldiri dan En Amirul Aizat

Setelah selesai persembahan:

“ Demikianlah persembahan yang penuh bertenaga daripada saudari Nur Zalikha Binti Kamarulzaman SMK Kampong Jawa”


9
12.00 pm
SLOT 2:

Penyampaian anugerah

Ø  Anugerah tokoh kokurikulum kelas pendidikan khas
Ø  Anugerah murid harapan 
Ø  Anugerah khas juri ikon sukan
Ø  Anugerah olahragawan sukan
Ø  Anugerah tokoh murid kokurikilum
Ø  Anugerah tokoh guru kokurikulum
Ø  Tokoh pengawas
Ø  Tokoh presiden
Ø  Pengurusan unit hem cemerlang /terbaik



Pengumuman:

Sidang hadirin yang dihormati, penyampaian Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum SMK Kampong Jawa Tahun 2016 diteruskan. Sebanyak 9 kategori anugerah tertinggi bagi unit HEM dan Kokurikulum.
Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berbahagia Inspektor Sollehudin bin Zakaria  diiringi oleh Yang Dihormati Pn Puziah Binti Tuban untuk ke pentas utama bagi menyempurnakan penyampaian anugerah. 
Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah tokoh kokurikulum kelas pendidikan khas. Anugerah tertinggi murid murid PPKI diberikan kepada murid yang mempunyai pencapaian sekurang-kurangnya peringkat negeri.
Sebelum itu dibacakan sedikit biodata penerima anugerah ini


Dilahirkan pada 8 Disember 2001 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Merupakan anak keempat dari lima orang adik beradik .pendidikan pertama beliau di Tabika Bukit Naga dan seterusnya di Sk Bukit Rimau dan kini di PPKI SMK Kampong Jawa.
Sejarah penglibatan,beliau mula melibatkan diri dalam acara bowling padang semenjak sekolah rendah lagi.
Pada 22 April hingga 24 April 2016 ,beliau terlibat dengan Program Pencarian Bakat Anjuran Belia dan sukan negeri Selangor iaitu Program Italent dan Itrain.
Pada 2 Ogos hingga 12 Ogos 2016 menyertai sukan paralimpik Malaysia yang di adakan di Kuching Sarawak kali ke 18.  Dan dianugerahkan penghargaan khas semua negeri atas kesungguhan yang ditunjukkan.

 Penerima anugerah ini ialah Nurul Syafika Binti Safrisal
........................................................................................................

Selanjutnya , Anugerah murid harapan. Anugerah ini diberikan kepada murid yang berumur 15 tahun ke bawah yang mempunyai potensi yang cemerlang di masa akan datang.
Sebelum itu dibacakan sedikit biodata penerima anugerah ini

Penerima anugerah ini diberikan kepada ..........................................................................................

Berikut ialah penyampaian Anugerah khas juri ikon sukan.  Berikut ialah biodata penerima anugerah. Berikut adalah biodata penerima Anugerah Khas juri ikon sukan.

Dilahirkan pada 5 Mei 2000 di Klinik Pakar wanita Razif Norana ,Klang, Selangor. Merupakan bongsu  dari 4  orang adik beradik .pendidikan pertama beliau di Pra Sekolah Kg Jawa dan seterusnya di Sk Telok Menegon.
Sejarah penglibatan,beliau ,mewakili negeri Selangor dalam sukan pelayaran,Regata Perlis-johan Kategori Perempuan.Johan Perempuan bawah 18 tahun di MSSS.Tempat ketiga kategori perempuan bawah 18 tahun di MSSM.Tempat ke 4 di SUKMA 2016.dan juga terlibat  jemputan selama 10 hari Latihan Sukan Olimpik 2016 di pusat Latihan Kebangsaan Langkawi.
 Anugerah  Khas juri Ikon Sukan diberikan  kepada Nurnajwa binti Ramly.
..........................................


Seterusnya , penyampaian Anugerah olahragawan sukan dan olahragawati . Anugerah ini adalah anugerah tertinggi dalam bidang sukan.
Berikut adalah biodata penerima anugerah Olahragawan Sukan

Dilahirkan pada 2 Jan 1999 di Klang, Selangor. Merupakan anak ketiga dari tujuh  orang adik beradik .pendidikan pertama beliau di Pra Sekolah Sri Murni Andalas dan seterusnya di Sk Kampong Jawa 1 kini di  SMK Kampong Jawa.
Sejarah penglibatan,beliau ,mewakili daerah Klang dalam sukan olahraga,Naib Johan lumba jalan kaki 10km MSSD 2016.Naib Johan lumba jalan kaki MSS Selangor 2016.Naib Johan lumba jalan kaki di kejohanan SUKSES Sukan Selangor


 majlis menjemput penerima anugerah olahragawan sukan Muhammad Harith Bin Hazlan

Selanjutnya , Anugerah tokoh guru kokurikulum. Guru merupakan watak utama dalam pembentukan sahsiah seseorang murid. Berikut adalah biodata penerima-penerima anugerah.
Insan yang dimaksudkan ialah .......................................................................................

Seterusnya , penyampaian Anugerah tokoh pengawas. Tidak dinafikan, tugas seorang pengawas sebagai seorang pembantu guru amat mencabar.
Sebelum itu dibacakan sedikit biodata penerima anugerah ini

Anugerah ini diberikan kepada................................................................................................

Berikut ialah penyampaian Anugerah tokoh presiden. Tidak dinafikan semua presiden telah memberikan khidmat yang cemerlang.
Sebelum itu dibacakan sedikit biodata penerima anugerah ini

 Anugerah tokoh presiden ini diberikan kepada................................................................................................

Selanjutnya , Anugerah Pengurusan unit hem cemerlang /terbaik. Anugerah ini diberikan kepada unit yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam aspek pengurusan sepanjang tahun 2016. Anugerah ini diberikan kepada ........................................................................................................

Majlis merakamkan ucapan tahniah kepada penerima-penerima anugerah.

Setelah selesai penyampaian anugerah:

Pengumuman:

Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga , dipersilakan Yang dihormati  Pn Puziah Binti Tuban untuk menyampaikan cenderahati kepada  Yang Berbahagia inspektor Sollehudin bin Zakaria

Dan seterunya ,dipersilakan tuan untuk menerima cenderahati

Demikianlah adat kehidupan
Orang berbudi kita berbahasa
Tidak mungkin terbalas budi
Walau emas sebungkus diberi
Cuma harapan di dalam dada
Tanda mata sudi diterima
Tanda ingatan moga kekal selama.

Majlis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga  kepada Yang Berbahagia nspektor Sollehudin bin Zakaria
dan Yang dihormati  Pn Puziah Binti Tuban kerana telah sudi menyampaikan anugerah.






Pengumuman:

Hadirin sekalian,

Delima selasih indah tersingkap
Hantaran bengkalis seri cahaya
Terima kasih tidak terungkap
Lantaran majlis lancar jaya.

Merdu bertingkah alunan suara
Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan diminta.


Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang perjalanan majlis ini

Burung tekukur terbang rendah
Terbang bersama si burung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai..


Dengan ini maka berakhirlah sudah Majlis Penyampaian anugerah Kecemerlangan HEM dan kokurikulum SMK Kg Jawa untuk sesi 2016. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi menghadiri majlis ini dan ucapan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Diharap anugerah ini merupakan batu loncatan kepada semua pihak dalam meningkatkan prestasi dalam semua bidang.


Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Yang Berbahagia inspektor Sollehudin bin Zakaria, En Muhammad Bin Hashim,   Yang Berusaha,Tuan Haji Mohammed Nashan b Singgan serta tetamu khas untuk menikmati jamuan di bilik jamuan.

Sekian, wabilla hi taufik wal hidayah, assalamualaikum wbt.



11
1.00 pm
Majlis bersurai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!