Selamat pagi dunia..alhamdulillah diberikan keberkatan umur hari ini untuk menikmati udara yang segar di pagi Ahad ini..Sayup kedengaran azan dilaungkan...Betapa Syahdu dan tenangnya mendengar alunan azan,lantas hati mengamit sayu kerana memikirkan aku hambanya yang banyak kekhilafan..Banyak tersasar dari jalanNya...
Hari ini hari yang amat bermakna buat adik bongsuku Ida..kerana petang ini akan menerima segulung ijazah berkat kesungguhannya belajar.Sememangnya bukan senang untuk capai ke akhir garisan.Cabaran ,dugaan..suka duka sentiasa datang silih berganti.Andai tiada kekuatan memang akan tewas di pertahankan jalan..Hanya kekuatan dalam diri menjadi tonggak yang utama.
Kesian Ida...hati tertanya-tanya sedih kah dia di hari bersejarahnya ini..tanpa insan istimewa,kecil hati kah kerana aku tak pulang meraikannya..tentunya dapat merasa harapan hatinya ingin melihat kami semua adik beradik di sisi..Tapi satu yang diri ini bimbangkan mungkinkah sejarah lama berulang..Ayah...mungkin kah kali ini dia mengerti pentingnya kehadirannya dan pentingnya mata dia melihat tika ijazah itu dihulurkan padamu Ida...Apapun dari kejauhan mendoakan dirimu ceria dibalik duka..Jangan biarkan airmata datang tanpa diundang..Hilangkan dulu duka yang ada.Satu kejutan untukmu sejambak bunga dan bear yang kau inginkan tetap kukurimkan...walau tanpa di luar pengetahuanmu...
Terimbas kembali saat diri ini meneruskan perjuangan di menara gading..aku jua seperti mu ida..banyak menuntut kesabaran dan kekuatan untuk sampai ke destinasinya..airmata tika pertama kali menjejakkan kaki di universiti dan airmata juga yang menjadi penamat di universiti...tapi rupanya airmata itu penanda ada sinar kebahgiaan di hadapan yang Allah telah tentukan.Mana mungkin dapat terlupakan saat pertama kali di negeri orang ,aku dan Kak Jan diuji dengan sikap ayah kita..membiarkan kami berdua berlapar tanpa makan dan minum sementara menunggu pendaftaran pada pukul 2.00 petang.Dia hilang entah kemana tanpa memperdulikan kami berdua.masjid ukm menjadi saksi segalanya berlaku..Kau tahu tak perasaan ini ketika itu..sedih dan cemburu melihat ayah dan mak masing-masing yang mengambil berat anak-anaknya...Airmata pertama dah mula mengalir ...Masa pendaftaran pulak nyaris aku tak diterima masuk ida...lantaran dek kegagalan membayar yuran pendaftaran sebelum itu.Alhamdulillah aku diberi peluang dengan syarat bayar walau sedikit pada hari itu jugak..Airmata kedua inilah terus mengalir laju...kecewa dan resah andai aku gagal membayarnya..Saat itu kaki terus melangkah dan berlari mengelilingi Dewan Dektar yang besar itu mencari ayah diantara ribuan manusia kat situ..Malangnya Ayah tak ditemui..Nasiblah ada pengawal keselamatan yang menolongku tika itu .Dalam masa yang sama,kesian Kak Jan yang kelaparan hinggalah lepas Maghrib barulah tekaknya dapat dibasahi air dan burger...Hari pertama ujian getir sudah teruji buat diri ini...Tapi kerana azam yang tinggi kesabaran yang menemani menjadikan diri ini harus kuat dengan dugaan yang seterusnya.
Airmata seterusnya mengalir lagi...Bayangkan kami dikejutkan dengan keputusan JPA dan Kementerian Pelajaran yang tidak akan menaja kami..Lemah dan longlai rasanya disaat itu..Kau tahu dimana diri ini nak dapatkan sumber menampung pengajian ini.Sedangkan untuk ke sini pun sudah berhutang...Nasiblah Yayasan Terengganu memberikan biasiswa...Jasanya memang tak akan kulupa...tapi sedih juga disaat borang biasiswa dibawa pulang untuk disahkan ayah langsung tidak mahu membantu ...Sampai terkeluar dari mulutku agar ayah akan sedar bila aku berjaya nanti dan aku katakan pada ayah jangan minta apa-apa dariku bila berjaya nanti..Bunyinya seakan kasar bagi orang tidak berada dikedudukanku ketika itu..Tapi Alhamdulillah..Allah tidak mengiginkan aku sentiasa menjadi anak yang derhaka.Dia bukakan hatiku dan melapangkan dada menerima ayah seadanya..Kalau tidak pasti aku akan merasa terkilan hingga ke hujung nyawa ku kerana menjadi anak yang terlupa jasa orang tua..
Peganglah kata-kata ini untuk keberkatan hidupmu jua.."biarlah kita berkecil hati dengan mak ayah kita tapi jangan biarkan mak dan ayah kita berkecil hati kerana kita..Apapun yang berlaku siapapun dia ..mak dan ayah adalah insan teramat istimewa yang perlu diagungkan dan berada di satu sudut hati yang amat istimewa.."
Airmata seterusnya sentiasa menjadi teman ...pahit getir hidup keseorangan meneruskan perjuangan hanya Allah sahaja yang mengetahui...Tapi di situlah kita menilai erti sebuah persahabatan yang sejati..Kawan yang ada waktu susah dan dan sentiasa menghulurkan bantuan tika diperlukan akan kita temui..Banyak ujian yang melanda..Tersalah naik bas hingga sampai ke USM Pulau Pinang memang antara yang menguji tindakan yang patut dilakukan..Alhamdulillah pendekatan yang diambil jangan bagitau keluarga jikalau terasa masih selamat..bagitau nanti bila dah sampai UKM nanti..Terkejut mak bila aku maklumkan bas yang aku naiki itu telah tersasar ke USM rupanya..Di UKM juga aku diuji dengan tiga kali kehilangan dompet duit da dokumen nya sekali..Kau bayangkan tika itu untuk meneruskan kehidupan jauh dari keluarga.Terkadang tanpa duit walau seposen ditangan aku menahan lapar..Hanya kawan-kawan yang baik yang sentiasa menghulurkan makanan walau hanya nasi sepinggan.
Setiap malam airmata menjadi teman mengharapkan kesusahan dan keperitan itu dapat diatasi..Belum lagi kepayahan untuk menyiapkan assigment yang diberikan pesyarah.Terpaksa menagih simpati kawan-kawan dan kakak senior untuk pinjamkan komputer..pinjamkan baju untuk apa-apa majlis dengan kawan-kawan,kerana ketika datang ke universiti aku hanya bekalkan 5 pasang baju dan dua helai selendang..Hingga kan pernah berat badan ini menurun ke angka 38kg.Terkejut mak apabila diri ini pulang ke kampung melihat tubuhku yang kurus ni..Kerana selama ini kesusahan yang aku alami banyak di sembunyikan..
Airmata ini juga mengalir laju tika diri ini beraya seorang diri tika aidiladha kerana aku mengambil keputusan untuk tidak pulang beraya lantaran kerja sementara di kilang Bandar Baru Bangi..sedangkan kawan-kawan semuanya balik berhari raya..Tapi demi mencari duit sampingan aku cekalkan hati....
Detik terakhirnya airmata ini mengalir lagi ketika hari konvoku...Dengan jubah yang lambat sampai.dengan ayah yang datang tapi keluar ketika tangan ini menerima ijazah memberikan rasa terkilan...Tapi itulah Allah menguji kita dengan pelbagai dugaan supaya kita menjadi semakin kuat dan matang.
Ida...andai disuatu hari dirimu mendapat kerja nanti.peruntukan bahagian buat mak dan ayah walau susah sekalipun dirimu kerana berkatnya rezeki kita atas doa mak dan ayah.Andai dirimu mencari pasangan carilah pasangan yang boleh menerima mak dan ayah tanpa malu dan segan serta tidak memperdulikan sejarah ayah kita.Itulah pasangan yang akan membahagiakan kita.Kita memilih bukan kerana terlalu cinta tetapi kerana keterbukaannya menerima kita seadanya..