Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 16 Jun 2011

Cili Padi hasil sulung fertigasi


 Saya nie..tukang menyibuk je..
 Lepas ni cili ni perlu dihantar ke kedai usahawan dulu ..dan sayalah taukenya..Hihi jangan marah semua.Apa yang penting PPKI SMK Demak Baru sentiasa cemerlang dan terbilang.InsyaAllah.
nota* 
-Hari ini ada bacaan doa dan bacaan surah Yasin untuk mengiringi pemergian tiga orang pelajar PPKI dan seorang guru ke Athens .Semoga selamat pergi dan pulang membawa kejayaan.

-Hari ini juga diadakan latihan melontar peluru dan cakera serta lompat tinggi bagi persediaan untuk pertandingan di peringkat daerah kuching.

 

Selamat Pagi Dunia...Langkah Pertama harapnya berjaya.

Yellow Flowers 
Selamat pagi dunia...alhamdulillah ,masih diberi kesempatan meneruskan sisa-sisa hidup di alam fana ini..
Pagi yang tenang...walaupun diluar masih lagi kabur dan berbalam..tapi fajar diufuk timur semakin menampakkan diri..dingin..tapi amat tenang..Sayu di hati bila memandang langit tanpa diserikan dengan bulan dan bintang...gelap ...tapi damai.
Inilah hobi saya ..dari di alam persekolahan hingga anak -anak dah separuh..hobi melihat alam waktu dinihari amat saya suka..Tapi tika nie satu yang tak dapat lagi saya buat iaitu menyentuh embun yang berada di atas daun..sambil kaki berjalan mengeliling rumah.Kalau di kampung itulah yang saya lakukan dulu tapi kini hobi itu terpaksa saya tinggalkan seketika yelah keselamatan perlu di jagakan Lebih-lebih lagi tinggal di rantau orang yang sekelilingnya tidak mesra alam..
Sebenarnya melihat dan menikmati suasana tika menanti fajar ni amat bermakna buat saya..Ianya seolah satu terapi buat saya..Bila saya resah,sedih dan dihujani pelbagai permasalahan ,cara inilah yang saya lakukan untuk menenangkan diri saya.Inilah dunia saya..suka kan alam kerana alam seakan mengerti isi hati seseorang..
Hari ini rasanya perjalanan hidup sebagai pendidik seperti biasa cuma kesibukan semakin hari semakin bertambah ,harap saya dapat mengatasi segala yang dipertanggungjawabkan dengan sempurna kerana saya juga insan seperti insan-insan lain yang banyak kelemahan. Terkadang tu tewas juga untuk direntasi..kesabaran hilang,kemarahan memuncak..Terkadang pula sifat tu dapat dielakkan..Pun begitu berada di alam insan-insan istimewa ini banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan,kesabaran dan kasih sayang..tanpa mengira warna kulit  dan suku kaum atau bangsa.umpama anak-anak sendiri yang harus saya jaga sebaiknya..Setiap pagi ,pabila pintu kereta saya dibuka,telinga saya pasti digamit panggilan-panggilan yang pelbagai daripada anak-anak murid saya.."selamat pagi Cikgu" "Cikgu ita,cikgu ita" Mummy,"hai sayang" dan macam -macam panggilan yang saya dengar .Lain murid lainlah pulak panggilannnya.Bergantung tahap kesukaan mereka pada saya.Ini semua merupakan motivasi buat saya untuk lebih menjadi guru yang disayangi mereka.
Oh ya..langkah pertama saya sebenarnya hari ini saya nak cuba tukarkan sedikit perjalanan kehidupan saya.Harapnya saya berjaya.Terkadang kecanggihan IT dalam banyak manfaat yang kita perolehi darinya disebaliknya pula ada kesan yang amat mendalam pada hidup seseorang..komunikasi tanpa sempadan menjadi kan corak hidup seseorang semakin berubah. Saya nak kembali pada masa-masa dulu walaupun kita selalu mendengar jangan menoleh ke belakang..Tapi bagi saya ada perkara tertentu yang menyebabkan kita terpaksa menoleh ke belakang....
Justeru...untuk seketika saya tinggalkan dulu facebook ...walaupun terasa sayang dengan muncul-kembali teman-teman sekian lama tak jumpa tapi disebaliknya banyak melalaikan saya...Ruang masa saya terabai...dan ruang bersama insan-insan kesayangan saya kian sempit..
Azan subuh dah lama berkumandang.Jemari ini harus berhenti menulis..Semoga hari ini Allah memberikan banyak kesabaran dan ketabahan buat saya dalam meniti perjalanan masa.