Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 2 November 2015

Hidup ini tidak seindah yang disangka
Kalau kenikmatan yang kau nikmati saat ini tidak dihargai..

Ketentuan

Andainya kau tersedar
Mengapa aku kini sepi
Jawapannya mesti kau tahu
Lari dari kebiasaan
Awalnya amat sukar
Akhirnya indah yang dirasa
Perit akan manis akhirnya
Sering menjadi titipan tiap insan
Itulah kenyataan
Roda berputar tidak semestinya sentiasa dibawah.
Akan tiba saat berada di atas ..
Mendung tak selamanya
Kerana pasti ada sinarnya.
Tiap perbuatan mesti ada perbalasan
Tiap yang terkesan pasti ada puncanyanya
Berhentilah melakonkan watak demi watak
Kerana kemenangan telahpun kau raih
Dari airmata insan lain kau ukirkan senyum dihati..
Namun hukum karma..
Akan terjadi jua..

Biarkan bintang menjadi teman
Jadikan malam ku ini terang....