Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 6 Ogos 2010

Biskut oh Biskut

Seronok sungguh buat biskut kat sekolah,sebenarnya buat biskut semperit kali pertama aku buat.
Teringat zaman kecik-kecik dulu,hanya membantu kakak membakar biskut untuk buat tak de peluang.Maklum ditakdirkan dapat ramai kakak jadi aku tak merasalah nak buat sendiri.Tapi ada satu peristiwa yang lucu jugak yang masih aku ingat hingga kini.Aku dan Kak Jan pernah buat biskut semperit nie.Tapi hasilnya baling ke dindingpun biskut tu tak pecah.Entah apa adunan yang Kak Jan letakkan.Akhirnya semua biskut tu menjadi mangsa kami baling dalam tong sampah..
Bersama Kak Dayang dan Ariana.Yang lucunya anak murid aku Ariana yang pandai dulu buat biskut ni dibandingkan dengan aku ..Siapa kata pelajar istimewa kurang segalanya..Adakalanya mereka lebih hebat daripada kita.