Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 18 Jun 2012

Roti :)

Sejak duduk di Kuching ni...inilah antara barang yang tak ketinggalan dibeli dan dibawa  balik ke Sarawak.Roti High 5,Gardenier dan yang sewaktu dengannya.
Semasa diduk di semenanjung dulu tidaklah terasa hebat roti tapi bila dah meninggalkan barulah rasa rindunya dengan roti jenama ni.
Bukan tidak ada langsung dijual di Sarawak cuma harganya sekali ganda lagi dengan harga yang asal.
Kesempatan balik baru-baru ini ,peluang tidak dilepaskan ....borong roti tapi hanya bertahan 3 hari..je sebab diangkut anak-anak..:).

Terengganu To Kuching....Tacing...Tacing!!


















Kertas Kerja Sehari Bersama Disiplin


KERTAS KERJA DASAR

SEHARI BERSAMA  DISIPLIN
SMK DEMAK BARU

1.0 PENDAHULUAN

Menjadi satu lumrah bagi pelajar-pelajar sekolah  untuk menjadi pelajar yang berdisplin, menepati masa dan sentiasa serius dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Namun sejak kebelakangan ini peraturan displin sentiasa diabaikan oleh pelajar-pelajar SMK Demak Baru dan mereka tidak menganggap displin sebagai faktor kejayaan. Dengan menyedari hakikat ini, Ahli Jawatankuasa Disiplin ingin mengadakan sebuah program yang diberi nama ‘SEHARI BERSAMA DISIPLIN 2012’. Semoga dengan program ini maka tercetuslah penggerak dalam diri pelajar agar menjadi seorang pelajar yang berdisplin, bersemangat dan berketerampilan sesuai dengan tuntutan sebagai seorang pelajar yang cemerlang akademik dan sahsiahnya.
2.0 RASIONAL
Berakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek dalam kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup.Segala usaha untuk meningkatkan dan mengukuhkan disiplin seharusnya bermula dari rumah dan diperkukuhkan di sekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menyedarkan pelajar tentang kepentingan disiplin dalam kehidupan sebagai seorang pelajar .
3.2 Melatih pelajar agar dapat mengamalkan kehidupan seharian dengan sifar salah laku disiplin.
3.3 Membentuk keperibadian mulia di kalangan pelajar.                                                             
3.4 Mewujudkan persekitaran harmoni tanpa masalah sahsiah.
3.5 Memberi kesedaran kepada pelajar di peringkat awal lagi sehingga mereka mencapai satu tahap yang dapat menanamkan sikap suka kepada pelajaran.
3.6 Memberi maklumat yang jelas tentang peranan polis,penjara,AADK dan sebagainya yang berkaitan dengan tingkahlaku dan disiplin pelajar.



4.0 NAMA PROGRAM
Nama   -SEHARI BERSAMA DISIPLIN SMK Demak Baru
Tema   - Disiplin Pemancu Kecemerlangan Diri

5.0 – TARIKH DAN TEMPAT PERLAKSANAAN
TARIKH         : 11 Julai 2012
TEMPAT        : Lobi SMK Demak Baru

6.0-KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar SMK Demak Baru



7.0 AJK PELAKSANA PROGRAM
               
     AHLI JAWATANKUASA INDUK  HARI DISIPLIN 2012

Pengerusi          : En Rambli Haji Hasbi                 ( Pengetua )
Naib Pengerusi :         
                         : En Razalie Bin Badar                ( GPK Hal Ehwal Murid)
                         : En Jamal Shukuri Bolhassan     ( GPK Pendidikan Khas)
Setiausaha       : Pn Norzita Mohamed
 Setiausaha 11         : En Mohammad Safwan Alias


AHLI JAWATANKUASA

BIL
TUGASAN/JAWATAN
NAMA GURU
      BIDANG TUGAS
1
P.A Sistem
Pengawas
Menyediakan peralatan dan memastikan ianya mencukupi dan fungsi
Mengemas semula peralatan setelah selesai program

2
Pengerusi Majlis
En Bandah Hasan
3
Jemputan Penceramah
Pn Siti Aminah Abdul Hamid
Menyediakan LCD dan Komputer riba di dewan – dewan kursus.
4
Persiapan Tempat

  En Al Idrus Jais
Menyediakan kerusi
Memastikan kebersihan tempat.
Membuka & mengemas
5.
Jamuan
Pn Norafizah Ibrahim
Menyediakan menu
Menyediakan makanan jamuan VIP / Penceramah



6.
Disiplin
En Mohamad Yusof
Memastikan disiplin murid semasa sesi ceramah
7.
Dokumentasi
En Mohamad Safwan Alias
Mengambil gambar aktiviti program
Membuat dokumentasi program tersebut

8.
 Hadiah/Cenderamata
Pn Norzita Mohamed
Menyediakan hadiah kuiz dan cenderamata penceramah

9.
Kuiz
Pn Raesah Akeng
Menyediakan beberapa soalan yang bersesuaian




8.0 TENTATIF PROGRAM


MASA
PERKARA
MAKLUMAN
7.30 - 8.30
Persiapan tempat
-Di lobi
8.30 - 12.30
Pameran
-Polis
-AADK
-Kesihatan
-Penjara
-Sekolah Pemulihan Pelajar Bermasalah

-Soalan-soalan kuiz disediakan.

-Setiap kelas akan melawat tapak pameran mengikut giliran yang telah ditetapkan.


1.00-2.00Ptg
Rehat



2.30-3.30
Ceramah Disiplin Polis

Di lobi




3.30-4.00
Persembahan
Dataran SMK Demak Baru
4.45
Penyampaian Anugerah Sahsiah
Penyampaian Hadiah Pemenang Kuiz
5.00
Bersurai




9.0 ANGGARAN BELANJAWAN
BIL
PERKARA
JUMLAH
1.
Bayaran Penceramah (RM 100 x2)
RM 200
2.
Hadiah Kuiz (RM5 x 10)
RM   50
3.
Jamuan Penceramah
RM   50

Jumlah
RM 300




9.0 CADANGAN PENCERAMAH
9.1 Penceramah daripada pegawai polis
9.2 Penceramah daripada pegawai penjara




10.0 PENUTUP

Semoga perlaksanaan usaha murni ini mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT. Harapan kami semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur seterusnya berjaya mencapai objektif.
 Penggemblengan dan kerjasama semua pihak amat diharapkan sepanjang program ini dijalankan. Sekian, terima kasih.




Yang menjalankan tugas,

…………………………
(NORZITA MOHAMED)
Setiausaha Disiplin
SMK Demak Baru.