Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 29 Julai 2021

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM TAKLIMAT PENGURUSAN SAHSIAH PdPR

 

TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM TAKLIMAT PENGURUSAN SAHSIAH PdPR

HARI :KHAMIS

TARIKH:29.7.2021

MASA:9.00 PAGI

PENGUMUMAN,

Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, mohon Kerjasama murid-murid untuk memastikan microphone sentiasa berada di dalam keadaan tertutup dibuka sekiranya diminta .Juga murid diingatkan tidak mengganggu atau mencelah ketika ucapan berlangsung kecuali apabila sesi taklimat pengurusan tingkahlaku diadakan nanti.

KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

 

BIJI SELASIH BOLEH DIMAKAN

MENJADI PERISA SEDAP TERPERI

SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN

SEMOGA MAJLIS BERTAMBAH SERI.

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.Salam Sejahtera,Salam terus menjulang Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah.

Yang Berusaha Tuan Haji Hishammuddin bin Sirat ,Pengetua SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Pn Nordiana binti Ngaspan,Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa selaku pengerusi program pada hari ini/

Yang Dihormati Puan Anita Bt Idris , YDP PIBG SMK Kampong Jawa

Yang Dihormati Puan Suriana Binti Mohd Zain,Guru Bimbingan dan Kaunseling ,SMK Kampong Jawa ,selaku penceramah pada hari ini.

Yang Berusaha Puan Hajah Norshidah binti Mohd Saad,Penolong kanan SMK Kampong Jawa.

Yang Berusaha Tuan Haji Muzikir , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Eng Hon Li ,Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa

Yang Berusaha Puan Mahani Binti Saad,Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa

Yang Dihormati Puan Faizatul Aimi binti Mustapa , Pengerusi Badan Kebajikan Pendidikan Khas

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran guru-guru, PPM, ibubapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

 

SELAMAT DATANG KE PROGRAM TAKLIMAT PENGURUSAN SAHSIAH PDPR PPKI SMK KAMPONG JAWA 2021.

Pertamanya, marilah kita panjatkan rasa syukur kepada Tuhan dengan izin-Nya dapatlah kita bersama-sama berhimpun menerusi google meet pada pagi yang indah dan bermakna ini untuk menjayakan program  Taklimat Pengurusan Sahsiah PdPR   yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas.SMK Kampong Jawa.  Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu pada pagi ini demi kecemerlangan Pendidikan anak -anak murid PPKI  dan  kita ada 2 anugerah yang akan disampaikan diakhir program ini.

Antara objektif program ini diadakan ialah melahirkan dan membentuk murid berdisplin dan bertanggungjawab serta peka dengan peraturan sekolah .Membentuk keperibadian dan sahsiah mulia dalam kalangan murid PPKI dan juga melatih dan mendedahkan kepada murid tentang pengurusan di dalam segala aspek kehidupan.

BACAAN DOA

Hadirin sekalian,

 

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput En.Muhammad  Faried Shah bin Mohd Nor  untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En.Muhammad  Faried Shah bin Mohd Nor   atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN PK HEM

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis  menjemput dan mempersilakan  Yang berusaha Tuan Haji Muzikir bin Mohammad ,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya majlis dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGETUA

MAKAN NASI DI TEPI BENDANG

BERSAMA TUMIS IKAN BILIS

DATANGLAH AYAHANDA KAMI MENGUNDANG

TAMPIL KE DEPAN MERASMI MAJLIS

Seterusnya,  majlis menjemput Yang Berusaha  Tuan Haji Hishamuddin Bin Sirat , Pengetua SMK Kg Jawa Sekolah Amanah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Taklimat Disiplin ,Pengurusan Sahsiah dan Ketrampilan Diri ,SMK Kampong Jawa.

 

Dengan segala hormatnya majlis dipersilakan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Berusaha, Tuan Pengetua di atas ucapan Perasmian yang disampaikan sebentar tadi.

KERETA SELISIH DI KUALA KEDAH

JALAN SEHALA DI HUJUNG JETI

TERIMA KASIH UCAPAN TERINDAH

ATAS SEGALA JASA DAN BAKTI

 

AIR SUNGAI JERNIH SEKALI

SEJUK TERASA DI JARI JEMARI

TIDAK TERNILAI JASA DAN BERI

TANPA AYAHANDA SIAPALAH KAMI.

 

 

TAKLIMAT PENGURUSAN SAHSIAH PdPR DARIPADA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING,PN SURIANA MOHD ZAIN.

Hadirin yang dimuliakan,

Sebelum tirai ceramah dibuka, suka saya membacakan biodata penceramah kita pada hari ini.

 

1.    Nama diberi  Pn Suriana Mohd Zain.

2.    Beliau  berasal dari  Setiu ,Terengganu.

Sejarah pendidikan beliau ialah pemegang diploma Pendidikan Bahasa Arab di Unisza pada tahun 1999 kemudian melanjutkan pengajian beliau dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Psikologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2004 .Kemudia beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Psikologi ,di Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi  pada tahun 2020.

3.    Beliau merupakan kaunselor sekolah dan mula berkhidmat di sebuah sekolah di Sarawak  .Seterusnya meneruskan bidang perguruan beliau sebagai kaunselor di SMK Kampong Jawa bermula 2006 hingga kini. Beliau mempunyai pengalaman selama 17 tahun dalam bidang kaunseling

 

Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan  Puan Suriana Mohd Zain untuk menyampaikan ceramah  atau taklimat beliau.

 

Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada penceramah motivasi pada hari ini atas ceramah yang sungguh bertenaga tadi.

 

BUKIT BERBARIS BANYAK BATUNYA

DI PADANG DATAR KITA BERTEMU

MAIN GAME ADA WAKTUNYA

KERJAKAN DAHULU PDPR DAN TUGASMU

 

SESI SOAL JAWAB

Hadirin sekalian,

Kini tiba pula ke sesi soal jawab.Sekiranya ada sebarang kemuskilan ibu bapa atau murid-murid bolehlah mengajukan soalan ini kepada penceramah kita pada hari ini.

 

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan murid yang mengajukan pertanyaan sebentar tadi.

 

 

 

PENGUMUMAN ANUGERAH

TAYANGAN MULTIMEDIA SENARAI PENERIMA HADIAH.

(Anugerah Jaguh PdPR bulan Mei dan Bulan Jun)

Siding hadirin sekalian,

Pohon kuini subur di tanjong

Jerami padi berbelak-belak

Nilai murni amalan di sanjung

Asas peribadi insan berakhlak.

 Kini kita tiba ke acara kemuncak iaitu Anugerah Jaguh PdPR bagi bulan Mei dan Jun

Untuk pengetahuan ini ,pemilihan bagi anugerah ini adalah berdasarkan kehadiran terbaik,penglibatan aktif dan menghantar tugasan mengikut ketetapan.

Sebagai makluman kepada para hadirin ,semua penerima anugerah pada hari ini hanya menyaksikan majlis ini melalui pautan google meet,you tube .Sijil  ini akan diserahkan kepada penerima anugerah pada masa yang akan diberitahu kelak.

Air jeruk dalam gelas

Makan roti dengan keju

Niatlah belajar dengan ikhlas

Hanya Allah yang dituju

Bukit berbaris banyak batunya

Di padang datar kita bertemu

Main game ada waktunya

Kerjakan dahulu pdpr dan tugasmu.

Pohon jati tumbuh berjajar

Pandai berpantun orang banjar

Jika kita malas belajar

Cita-cita tidak akan terkejar.

 

Beras putih dalam guni

Panjang ekor ikan pari

Jadilah murid yang berani

Tunjukkan bakat potensi diri.

Kita mulakan dengan penerima Anugerah Jaguh PdPR bagi bulan Mei

(Rujuk Lampiran )

 

Dan seterusnya kita umumkan pula penerima Anugerah Jaguh PdPR bagi bulan Julai.

(Rujuk lampiran )

 

 

 

Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah bagi bulan mei dan Julai.Bagi yang lain jangan sedih dan berputus asa kerana Anugerah Jaguh PdPR bagi bulan Julai akan dipilih setiap kelas lebih daripada seorang.Pastinya murid mengambil peluang ini

Dengan berakhirnya, tayangan multimedia itu tadi ,kita akan berehat seketika untuk Majlis Sambutan Hari Lahir pada pukul 10.30 pagi.

 

 

 

 

 

Unit Kurikulum  Pendidikan Khas  SMK Kampong Jawa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

Semua Pentadbir  

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKKJ

Guru-guru PPKI

Ibu bapa dan pelajar SMKKJ

serta semua pihak terlibat secara langsung / tidak langsung dalam menjayakan Program Motivasi anjuran Panitia Pendidikan moral PPKI.

SESI BERGAMBAR

Dipohon Yang Berusaha Tuan Pengetua serta barisan pentadbir dan penerima-penerima anugerah untuk sesi fotografi.  Majlis mempersilakan.

**Sila buka kamera masing-masing untuk sesi bergambar,

PENUTUP

Kini selesai sudah Program Motivasi.  Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada para jemputan sekalian , atas kesudian menghadiri majlis hari ini.