Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 8 Mac 2017

Positif

Dalam keterbatasan waktu ,jemari ini tetap teringin mencatatkan sesuatu.
namun tak tahu apa yang ingin dititipkan..
adakala kita terlalu memikirkan kesempurnaan
kita bimbang jika yang diamanahkan untuk kita laksanakan tidak mencapai kepuasan orang lain
dan kita cuba berusaha,buat bersungguh-sungguh untuk melihat orang lain bahagia
waktu itu kita beri tenaga kita 200%
Kita korbankan masa,wang ringgit dan tenaga demi orang lain
tiba-tiba apa yang kita buatkan itu langsung tidak dihargai
adakah kita akan rasa kecewa
atau patah semangat untuk buat yang terbaik dan terbaik selepas itu
bagi saya
fikir positif je
hati tenang,dan rasa bahagia bila kita buat kita sendiri puas dengan kerja kita
yang penting IKHLASkan diri dalam semua perkara
Allah sentiasa ada bersama kita walaupun terkadang kita terlupa padaNya.

-Anak Pantai-

Biarlah gambar berbicara