Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Sabtu, 4 November 2017
TEKS PENGACARA MAJLIS HI-TEA SEMPENA IKATAN KASIH JALINAN MESRA SMK KAMPONG JAWA 2017
TEKS PENGACARA MAJLIS HI -TEA SEMPENA IKATAN KASIH JALINAN MESRA SMK KAMPONG JAWA 2017
HOTEL BLUE WAVE SHAH ALAM
4 NOVEMBER 2017
PENGUMUMAN
MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERUSAHA TUAN HAJI MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB PENGETUA SMK KAMPONG JAWA SERTA BARISAN PENTADBIR BERSAMA DIF JEMPUTAN KE DEWAN. HADIRIN MOHON BERDIRI
KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS
BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..SALAM SEJAHTERA
LEMBUT BERSANTUN PUTERI KEDAH
DARI KEJAUHAN MENANAM PADI
ISTIMEWA MAJLIS DIATUR SUDAH
SEMOGA MENJADI KENANGAN YANG ABADI.
INDAH SUNGGUH TASIK CINI
DI TAMBAH SERI PEPOHON ARA
DI PETANG SABTU BERTEMU DI SINI
DI PETANG SABTU BERTEMU DI SINI
IZINKAN KAMI MULAKAN ACARA.
RAMAI ORANG MEMBELI JAMU
JAMU DI BELI SI ANAK DARA
HARI INI KITA BERTEMU
IKATAN KASIH JALINAN MESRA.
YANG BERUSAHA
TN HJ MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB
PENGETUA SMK KAMPONG JAWA.
YANG DIHORMATI
PUAN ANITA BINTI MAD IDRIS
YANG DIPETUA PIBG SMK KAMPONG JAWA
YANG BERUSAHA
PUAN NORAIZAH BINTI MOHD NOR
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK KAMPONG JAWA.
YANG BERUSAHA
PUAN PUZIAH BINTI TUBAN
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SMK KAMPONG JAWA
TUAN HJ MUZIKIR BIN MUHAMMAD ,
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SMK KAMPONG JAWA
PUAN NORMALA BINTI MISMAN
PENOLONG KANAN PPKI SMK KAMPONG JAWA
BARISAN KEPIMPINAN PIBG
KETUA-KETUA BIDANG,KAUNSELOR
RAKAN-RAKAN GURU ,
KAKITANGAN SMK KAMPONG JAWA.
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YANG DIKASIHI SEKALIAN…
BAGI PIHAK JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YANG DIKASIHI SEKALIAN…
BAGI PIHAK JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN
SELAMAT DATANG KE MAJLIS IKATAN KASIH JALINAN MESRA SMK KAMPONG JAWA 2017.
DI MAJLIS YANG PERMAI INI ,MARILAH KITA MEMANJATKAN RASA SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH IZINNYA DAPAT KITA BERKUMPUL DI DEWAN YANG SERBA INDAH INI.
LAMA TERPISAH KINI BERSUA
BERSUA PULA DI TEPIAN TELAGA
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA
SEGALA KERJASAMA AMATLAH BERHARGA..
TUJUAN MAJLIS INI DIADAKAN,PASTINYA MENJADI MEDAN TERAKHIR UNTUK 2017 BAGI KITA UNTUK BERAMAH MESRA SESAMA KITA, DEMI MEMPERERATKAN SILATURRAHIM ANTARA SATU SAMA LAIN SETELAH BERPENAT LELAH DENGAN PENGLIBATAN DALAM PELBAGAI AKTIVITI YANG DIANJURKAN SEPANJANG 2017.
IBARAT PANTUN YANG BERBUNYI
SUNGGUH TINGGI POHON BIDARA
TEMPAT BERTEDUH KELUARGA PAK RAHIM
SAMBIL BERKUMPUL BERAMAH MESRA
MEMPERERATKAN LAGI SILATURRAHIM
SUNGGUH TINGGI POHON BIDARA
TEMPAT BERTEDUH KELUARGA PAK RAHIM
SAMBIL BERKUMPUL BERAMAH MESRA
MEMPERERATKAN LAGI SILATURRAHIM
PERGI BERHUMA DI TANJUNG ROKAN
SEBELUM PULANG MENGAIL IKAN
KEHADIRAN SEMUA KAMI ALUKAN
KECIL TAPAK TANGAN NYIRU KAMI TADAHKAN.
BACAAN DOA
IKAN MERAH DIJUAL DI PEKAN
IKAN MERAH DIJUAL DI PEKAN
SYUKUR GEMBIRA DAPAT SEBALDI
CUACA CERAH TURUT MENGIZINKAN
POHONKAN DOA KE HADRAT ILAHI.
BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PETANG INI,,DIPERSILAKAN AL -FADZIL USTAZ ABDUL RASHID BIN _______________ UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. PADA YANG BUKAN ISLAM SAMA-SAMALAH KITA BERDOA MENGIKUT KEPERCAYAAN MASING-MASING.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA AL FADZIL USTAZ RASYID BIN ________________________ ATAS BACAAN DOA ITU TADI.SEMOGA PERTEMUAN KITA PADA PAGI INI DIPELIHARA DILIMPAHKAN SEPENUH MANFAAT DAN KECERIAAN ,MENAMBAH TAUTAN KEMESRAAN .SERTA BERPISAHNYA KITA NANTI AKAN DIIRINGI DENGAN SERIBU KETENANGAN.
UCAPAN PENGERUSI KELAB BAGUS
SETERUSNYA,MAJLIS DENGAN SEGALA SUKACITANYA MENJEMPUT,EN NASRUL HISYAM ________________________________ SELAKU PENGERUSI KELAB BAGUS SMK KAMPONG JAWA 2017 UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA KATA .
KUPANG REMIS LALA DAN LOKAN,SILAKAN CIKGU NASRUL BERIKAN UCAPAN.
MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA EN NASRUL .
MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA EN NASRUL .
UCAPAN PENGETUA
CANTIK SUNGGUH SONGKET TENUNAN
MENJADI KEBANGGAAN ZAMAN BERZAMAN
MARILAH KITA DENGARKAN PESANAN
PESANAN TUAN PENGETUA JADIKAN PEDOMAN.
MAJLIS SETERUSNYA, DENGAN PENUH TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA, TUAN HAJI MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB PENGETUA SMK KAMPONG JAWA KE PENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN…

TUMBUH SELIRAT BUNGA MELATI
MARI DIRENJIS DALAM JAMBANGAN
UCAPAN TERSIRAT BERIBU ERTI
SEMOGA MAJLIS MENJADI KENANGAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN PENGETUA.SEMOGA DENGAN UCAPAN ITU TADI DAPATMENAIKKAN LAGI SEMANGAT KEPADA WARGA SMK KAMPONG JAWA UNTUK TERUS BERBAKTI PADA TAHUN HADAPAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN PENGETUA.SEMOGA DENGAN UCAPAN ITU TADI DAPATMENAIKKAN LAGI SEMANGAT KEPADA WARGA SMK KAMPONG JAWA UNTUK TERUS BERBAKTI PADA TAHUN HADAPAN.
JAMUAN MAKAN
SIDANG HADIRIN SEKALIAN MASA YANG DITUNGGU TELAH TIBA
SIDANG HADIRIN SEKALIAN MASA YANG DITUNGGU TELAH TIBA
REHAT SEBENTAR DI PULAU RUSA
SAMBIL MENIKMATI AIR NIRA
HIDANGAN TERSEDIA SEENAK RASA
JEMPUTLAH SEMUA MENJAMU SELERA.
BELI IKAN DI PEKAN LIMBONGAN
ANAK IKAN SI ANAK SEMBILAN
LAUK PAUK SEDIA TERHIDANG
JEMPUT HADIRIN UNTUK MENIKMATI HIDANGAN.
UNTUK ITU SEMUA TETAMU DAN YANG BERADA DI DALAM DEWAN UNTUK
UNTUK MENJAMU SELERA. DAN TUAN-TUAN PUAN-PUAN .SUKACITA DIUMUMKAN JAMUAN PETANG INI ADALAH UNTUK KITA.ANDA DIJEMPUT UNTUK TERUS MENJAMU SELERA. DAN PADA PETANG INI KITA AKAN MENGADAKAN CABUTAN BERTUAH .BANYAK HADIAH-HADIAH YANG AKAN BAKAL ANDA BAWA PULANG PADA PETANG INI.ANTARANYA YANG BERADA DI HADAPAN DAN SEBELAH KIRI PENTAS UTAMA.DAN DI AKHIR PROGRAM PETANG INI KITA AKAN MENGETAHUI SIAPAKAH YANG AKAN DI NOBAT TEACHER OF THE DAY.
PERSEMBAHAN
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN DARI RAKAN-RAKAN GURU DAN STAFF YANG MEMPUNYAI BAKAT TERPENDAM.
DENGAN INI MAJLIS MEMULAKAN PERSEMBAHAN DENGAN MENJEMPUT………………………………………UNTUK MENYAMPAIKAN LAGU………………………...DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.
HADIRIN YG DIHORMATI SEKALIAN,
DENGAN INI MAJLIS MEMULAKAN PERSEMBAHAN DENGAN MENJEMPUT………………………………………UNTUK MENYAMPAIKAN LAGU………………………...DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.
HADIRIN YG DIHORMATI SEKALIAN,
CABUTAN BERTUAH 1
HADIRIN SEKALIAN. SAAT YANG KITA TUNGGU-TUNGGU.DI KESEMPATAN INI JUGA,MAJLIS BERBESAR HATI UNTUK MEMBERIKAN HADIAH BAGI ACARA CABUTAN BERTUAH SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA SELURUH HADIRIN DALAM MENJAYAKAN MAJLIS HI-TEA PERDANA PADA PETANG INI.
TUAH AYAM TAMPAK DI KAKI, TUAH KITA SIAPA YANG KENA.
SEBENTAR LAGI KITA AKAN TAHU SIAPA YANG BERTUAH DI KALANGAN KITA. PADA ANDA SEMUA SILA TELITI NOMBOR YANG BERADA DI TANGAN ANDA .
TUAH AYAM TAMPAK DI KAKI, TUAH KITA SIAPA YANG KENA.
SEBENTAR LAGI KITA AKAN TAHU SIAPA YANG BERTUAH DI KALANGAN KITA. PADA ANDA SEMUA SILA TELITI NOMBOR YANG BERADA DI TANGAN ANDA .
BAGI SESI YANG PERTAMA, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA __________________________________ UNTUK MEMBUAT ………. CABUTAN.MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN HADIAH.
DIPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA ____________________________________DIATAS KESUDIAN MENYEMPURNAKAN ACARA CABUTAN BERTUAH SEBENTAR TADI.
SETERUSNYA ACARA CABUTAN BERTUAH DITERUSKAN LAGI DENGAN MEMPERSILAKAN _____________________________________________________________________________________________________UNTUK MEMBUAT _____________CABUTAN DAN SETERUSNYA MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA YANG BERTUAH.
DIPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA ____________________________________DIATAS KESUDIAN MENYEMPURNAKAN ACARA CABUTAN BERTUAH SEBENTAR TADI.
PERSEMBAHAN 2( PENGETUA)
SETERUSNYA, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN YANG MASIH ADA, KITA AKAN DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN YANG CUKUP ISTIMEWA DARIPADA YANG BERUSAHA TUAN HAJI MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB UNTUK MENGALUNKAN LAGU BERTAJUK ____________________________________.
DENGAN INI MAJLIS MEMPERSILAKAN
CABUTAN BERTUAH 2
PERGI KE SEKOLAH DI AWAL PAGI
MELINTAS JALAN BERHATI-HATI
CABUTAN BERTUAH DITERUSKAN LAGI
PENERIMA BERTUAH SABARLAH MENANTI.
ACARA DITERUSKAN LAGI DENGAN CABUTAN BERTUAH SESI KE-2.
BAG I SLOT YANG KEDUA, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA __________________________________ UNTUK MEMBUAT ………. CABUTAN.DAN MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN HADIAH.
DIPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA ____________________________________DIATAS KESUDIAN MENYEMPURNAKAN ACARA CABUTAN BERTUAH SEBENTAR TADI.SETERUSNYA ACARA CABUTAN BERTUAH DITERUSKAN LAGI DENGAN MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA ._____________________________________________________________________________________________________UNTUK MEMBUAT _____________CABUTAN DAN SETERUSNYA MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA YANG BERTUAH.DIPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA ____________________________________DIATAS KESUDIAN MENYEMPURNAKAN ACARA CABUTAN BERTUAH SEBENTAR TADI.
PERSEMBAHAN 3
SETERUSNYA KITA NIKMATI PULA PERSEMBAHAN NYAYIAN DARIPADA …………………………………………………..MAJLIS DENGAN SUKACITANYA DIPERSILAKAN.
KITA SERIKAN LAGI MAJLIS INI DENGAN PERSEMBAHAN………………………………………………….DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.
KITA SERIKAN LAGI MAJLIS INI DENGAN PERSEMBAHAN………………………………………………….DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.
CABUTAN BERTUAH 3
ACARA DITERUSKAN LAGI DENGAN CABUTAN BERTUAH SESI KE-3.DENGAN INI MAJLS MENJEMPUT YANG BERUSAHA __________________________________________________PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID UNTUK MEMBUAT___________ CABUTAN DAN SETERUSNYA MENYAMPAIKAN HADIAH.
DIPERSILAKAN
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA___________________________________________________________________
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA___________________________________________________________________
TERIMA KASIH DIUCAPKAN.SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT ……………………………………………………………………………………………………………DIPERSILAKAN.
UNTUK MAKLUMAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, KITA AMAT BERTUAH KERANA SMK KAMPONG JAWA SENTIASA DIMURAHKAN REZEKI BEGITU JUGA DENGAN MAJLIS PADA HARI INI. HADIAH –HADIAH CABUTAN BERTUAH INI DI SUMBANGKAN OLEH IBU BAPA ,ORANG PERSEORANGAN DAN JUGA SYARIKAT PEMBEKAL PERALATAN.SWASTA.PIBG .SEKALUNG UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MEMBERIKAN SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI.

BUDI TUAN TAKKAN DILUPA
KEKAL TERSEMAT DI SANUBARI
PASTI DIKENANG SENTIASA
SETIAP SUMBANGAN BAKTI DAN BUDI
BAGAI TERUKIR DI ATAS BATU
BAGAI TAKIK PADA KAYU.
TERIMA KASIH DAUN KELADI TAHUN DEPAN SUMBANGLAH LAGI.
TEACHER OF THE DAY
TUAN-TUAN PUAN-PUAN HADIRIN SEKALIAN
TUAN-TUAN PUAN-PUAN HADIRIN SEKALIAN
ADA SATU LAGI ACARA KEMUNCAK IAITU KITA AKAN TENTUKAN SIAPA KAH TEACHER OF THE DAY PADA PETANG INI.
SEBELUM ITU MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA PUAN ANITA MAD IDRIS YANG DIPERTUA PIBG SMK KAMPONG JAWA UNTUK MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN HADIAH. DIPERSILAKAN.
KEPUTUSAN SUDAHPUN BERADA DI TANGAN KAMI. DENGAN INI DIUMUMKAN TEACHER OF THE DAY BAGI KATEGORI GURU PEREMPUAN JATUH KEPADA _______________________________________________
BERIKAN TEPUKAN GEMURUH KEPADA ______________________________________
BERIKAN TEPUKAN GEMURUH KEPADA ______________________________________
TAHNIAH DIUCAPKAN
TEACHER OF THE DAY KATEGORI GURU LELAKI JATUH KEPADA _______________________________________________
BERIKAN TEPUKAN GEMURUH KEPADA ______________________________________
BERIKAN TEPUKAN GEMURUH KEPADA ______________________________________
TAHNIAH DIUCAPKAN
MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIHORMATI PUAN ANITA MAD IDRIS,YANG DIPERTUA PIBG SMK KAMPONG JAWA DIATAS KESUDIAN MENYEMPURNAKAN ANUGERAH SEBENTAR TADI.
PENUTUP
HADIRIN SEKALIAN..DENGAN BERAKHIRNYA ANUGERAH TEACHER OF THE DAY ITU TADI,MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA.SEMOGA MAJLIS INI DAPAT MENGERATKAN UKHUWAH DI KALANGAN KITA UNTUK TERUS MENGAPAI KEJAYAAN DALAM SEMUA BIDANG PADA TAHUN HADAPAN.
SEBELUM MAJLIS MELABUHKAN TIRAINYA ,KAMI MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEANDAINYA KAMI MENERAJUI MAJLIS INI ,TERDAPAT TUTUR DAN UNGKAP BICARA YANG MENYINGGUNG HATI DAN JIWA.SESUNGGUHNYA APA YANG TERBAIK ITU ADALAH DATANGNYA DARIPADA ALLAH SWT DAN YANG SELAINNYA ADALAH KERANA KELEMAHAN KAMI SENDIRI.
JSELESAI SUDAH MAJLIS KITA
GURAU SENDA SEKADAR SAJA
SILAP BICARA MAAF DIPINTA
MOGA BERJUMPA DILAIN MASA
.
PENGHARGAAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA SAMA ADA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MAJLIS INI.

HADIRIN SEKALIAN..
PERGI BERSENAM WAKTU PAGI
PANJANG UMUR JUMPA LAGI
SEKIAN,TERIMA KASIH. SAYA SUDAHI MAJLIS DENGAN WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…
Langgan:
Catatan (Atom)