Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 17 Ogos 2013

Rajin perlu dicari

 
Betul ke tidak rajin perlu kita cari..bukannya datang dengan sendiri.Semua antara kita ada sifat malas dan juga sifat rajin.
cuma kekuatan itu terletak di bahagian mana.
Tak kiralah kita lelaki ke atau perempuan...nak ke tidak kita nak cari rajin ni..
hari ni rasa nak kongsi sikit bagaimana saya boleh jadi rajin..kalau nak tahu bacalah sampai habis..hahahaha..takde citer nak tulis mulalah nak merapu ni..
saya ni bukanlah kategori yang rajin sangat tapi rajinlah daripada orang yang malas daripada saya hahaha..Sebenarnya terjumpa kat atas buat saya nak copy dan pastekan kat sini nak suruh kawan-kawan sama fikir ..tak nak fikirpun takpe.
mengapa dan bagaimana jadi macam ni kan..
kalaulah saya ada kat situ aduhai migrain confirm datang tiba-tiba..
oh ya nak citer bagaimana rajin datang dalam diri saya.
yang pertama mestilah kerana asuhan mak saya dari kecil..kerana kesusahan bisa membuatkan saya jadi rajin.Mak biasa kejutkan kami seawal subuh..mandi dan buatkan kerja-kerja yang ada.Waktu tu pemikiran saya singkat je..mulalah bibir dan mulut saya asyik berleter sebab bila mak tika tu asyik suruh je saya buat kerja.kesan dari bangun awal pagi bila saya dah dewasa saya memng tak suka tengok orang bangun lewat .pantang saya tengok orang tidur balik selepas subuh..rasa nak marah je,meluat dan macam-macamlah..tapi yelah terkadang simpan dalamhati tak terluah  ..mengharapkan orang lain memahami cara saya. waalaupun pada suami dan anak-anak sendiri.bagi saya sangat sayangkan waktu pagi.Waktu yang amat segar untuk dinikmati..waktu yang amat baik untuk kita duduk bersarapan sambil membuat kerja dan aktiviti dengan anak-anak..Tak susahpun nak buat cuma kalau dah dari kecik tak diajar dan kalau yang jenis suka tidur dari berjaga memang susah nak berubah...kalau bangun pagi bayangkan berapa banyak kerja yang dapat kita lakukan  dengan hati tenang je..sebab minda kita sihat..Bagi yang dah bekeluarga tu ubahlah cara hidup jangan pentingkan masa tidur je..
Selalunya kita tak mampu nak buatkan semua kerja dalam satu masa..itu yang menyebabkan kita stress memikirkan semua nak dilakukan..rilek arr..jgn tension ..buat kerja biar ikhlas walaupun untuk diri sendiri..sebagai untuk memotivasikan kita..kita cuba bayangkan kita ni pereka hiasan dalaman.setiap hari kita perlu mereka hiasan dalaman rumah orang..So kitapun akan cubalah menyusun atur ikut citarasa kita sendiri..pasti cantik kan sebab kita nak jugak jadi seperti Eric Leong tu..pandainya dia hias rumah kita.Bila rumah cantik..kitapun selalu je nak suruh orang datang rumah kita..tanpa segan dan malu..Orang yang suka buat makan-makan kat rumah tu bukan apa..terkadang tu sebenarnya nak tunjuk rumah dia yang cantik dan bersih pada kita..(hahaha) betul k...
Adakalanya betulkan..Kalau lah rumah kita berselerak je..orang sebut nak datangpun kita dah fobia..bukan suka marah adalah lagi kalu orng nak datang secara tertiba-tiba je..Terkadang tu bila tetamu datang masing-masing kalau boleh nak sembunyi suruh seorang je keluar..Bukan apa segan nak tunjuk muka sebab rumah berselerak.Salah siapa..salah kita sendirikan,...
Buatlah kerja sedikit demi sedikit..jangan bertangguh..bab pakaian memng ramai yang malas terutama sekali bila tiba nak lipat baju.itu memang realiti.Terkadang tu bila lipat nak simpan dalam almari itu memng payah..mulalah almari-almari sampingan menjelma..atas sofa penuh baju..tepi dinding..atas meja ruangan-ruangan kosong semua dipenuhi baju..bila dah berlaku macam ni kita semakin malas dan terus malas..sifat yang macam ni dah kira tahap icu..kena rawat betul-betul .tapi memang susahlah..dah tak boleh berubah..kena teruskan kehidupan yang macam ni seadanya.
tapi bukan payahpun kalau nak berubah..mulalah balik lipat sikit-sikit.kemaskan bahagia sofa dulu..kosongkan baju kat situ..cantik dah satu kawasan.kalau kerajinan ada lagi mulakan ruangan-ruangan yang lain pulak..setiap hari kita buat..akan cantiklah rumah kita.nak cantik ni bukan kena tunggu nak dapat rumah besar dulu..rumah batu k..cantik ni subjektif..rumah usang tapi bersih duduk terasa tenang je..tolonglah ya..bagi sapa-sapa yang ada sifat macam ni ubahlah..fikirkan tentang orang lain di sekeliling kita..kalau kita memang jenis duduk sorang kat dalam hutan..takpelah sebab takde orang nak kacau kecuali haiwan-haiwan hutan..paling kurangpun kena kejar dengan gajah dan rimau..hahaha
oh ya..biasakan diri dengan membuat beberapa kerja dalam satu masa.contohnya bila kita bangun pagi..sebelum kita buat sarapan tu ada baiknya kita mesinkan dulu baju-baju kotor..sebelum mandi pulak tu dalam bilik air rajinlah tangan beruskan sikit=sikit lantai ke singki ke dan sewaktu dengannya.kalau cara saya sebelum mandi tu saya cuci dulu baju-baju yang dicuci tangan..sebelum saya bilas baju tu ,...biasanya ada buih-buih sabun basuhan baju kita tadi tu..masa tulah saya ambil peluang berus lantai dan dinding bilik air..kan jimat tu..air sabun boleh kita buat cuci tandas..
bila kat dapur tu..menu masakan kita perlu juaga kita fikirkan.masak lah lauk yang ambil jangka masa yang lama dulu..dalam menunggu masakan kat dapur tu janganlah goyang kaki dan beragan pulak..kalau ada pingang mangkuk yang belum dicuci tu bersihkan lah dulu..pastikan dapur kita sentiasa bersih..lantai jangan biar basah.Barulah aura masakkan kita akan rasa sedap je sebab kita masak dalam keadaan tenang..kih-kih..apatu ..masak dengan penuh kasih sayang..
ada sesetengah kita salah tindakan..biarkan dulu dapur bersepah.pinggang penunh dalam sink..lantai kalau berjalan melekit-lekit padahal waktu masak tu kita boleh buat semua tu.katakan kita goreng ikan,,,masa tu juga kita dapat mog lantai tu...ka n salah satu senaman jugak tu..lap mana-mana yang kena minyak.siap masak siap segala kerja kat dapur..kita kena sentiasa fikir negatif je bila sesuatu yang kita nak buat atau tak nak buat..contohnya kita kena cepatlah cuci dan kemaskan dapur tu..mana tahu kita bimbang berlaku gangguan air atau elektrik kan..kan naya..
memang payah nak jadi rajin ni tapi senang je nak jadi malas kan...
nak jadi rajin ni ko orang kenalah korban masa rehat..dan bersantai ngadap gajet k astro .atau apa2lah..bersantailah bila segala kerja dah siap..barulah kita dapat lelap mata dengan tenang je...
kalau yang suka tidur siang tu tak salah..tapi boleh ubah dengan penuhkan aktiviti sampingan yang berfaedah,...
tanamkan perasaan kita apa yang kita buat tu untuk insan tersayang..buktikan pada dia kita lebih baik dan tak rugi dia pilih kita..jadi kita kena rajinlah sebab rajin nilah yang akan membentuk peribadi kita dalam bayak perkara.sama ada dirumah atau di tempat kerja..
kalau pasal nak rajinkan diri masak..bayangkanlah muka suami dan anak-anak yang kelaparan balik kerja dan sekolah dan nak makan masakan kita..bayangkan jugak kalau beli makanan diluar..bagaimana cara dia orang masak.bayangkan yang negatif seperti orang tu mesti rasa masakan dengan senduk pastu senduk bekas dirasa tu dimasuk balik dalam periuk..bagaimana tukang masak tu..peluh tu mesti meleleh pastu masuk dalam masakan tu jugak.apatah lagi ada setengah yang panaskan balik lauk semalam.sanggup ke kita nak biarkan dia orang makan .jadi kena rajinlah masak..dan yang utama pastikan kita cheff pilihan suami dan anak-anak..
kalau nak rajinkan mengemas rumah ..seeloknya setlah hari-hari untuk sesuatu kerja.katakan hari isnin lapkan aksesosri di atas almari yang kita buat hiasan tu.hari Selasa lap cermin dan almari
hari rabu bersihkan semua bunga yang ada.bukan susahpun sedut dengan vakum je..hari khamis untuk cuci peti ais..dan lain-lain lagi..sekurangnya bila hari minggu kita jalani hidup dengan tenang..bukan semua perkara kita nak buat hari minggu.
nak ubah jadi rajin jugak kita kena selalu berkawan dengan orang-orang yang rajin.korek rahsia bagaimana dia lakukan segala kerja yang sama..yang kita kena buat..cemburulah dengan mereka.insyaAllah kerajinan dia orang akan berjangkit pada kita..begitu juga di tempat kerja elakkan diri berkawan dengan orang malas ni..nanti malas dia berjangkit jugak pada kita .apa tidaknya hari-hari dia basuh kita suruh lawan majikan..
Jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam. Kalau tak mampu bertukar 360 darjah, cubalah dari benda yang paling simple.
jangan tangguhkan apa-apa yang kita telah jadualkan.   sifat rajin itu akan timbul dengan sendiri dalam diri kita.
 

 
-Anak Pantai-

Sarapan pagi Sabtu...(Nasi Lemak Sambal Ikan Selayang)

 Nasi lemak kukus

Sambal tumis ikan selayang..
Bahan-bahannya

1)Ikan Selayang dikukus
 2)20 tangkai cili kering-direndam dengan air panas dan dikisar kering
3)asam jawa sebesar ibu jari-dibancuh dengan sedikit air
4)7 ulas bawang merah kecik-dihiris dan dikisar sederhana halus mengunakan pengisar kering
5)1/2 inchi belacan (kalau tak suka jangan letak)
6)Gula , garam dan secubit serbuk perasa
7) serai

Cara menyediakannya 

1) Panaskan minyak, tumis bawang kisar hingga agak garing-guna api sederhana
2)Tumis cili kisar hingga pecah minyak-tumis agak lama-guna api sederhana
3)Masukkan belacan dan serai -tumis lagi
4)Masukkan air asam jawa-Pastikan mengunakan api perlahan dan sentiasa mengacau hingga sambal menjadi pekat
5) Masukkan lebih kurang dua sudu besar gula-kacau sekejap
6) Masukkan garam dan secubit perasa-seimbangkan rasa
7)Sebelum angkat masukkan ikan selayang

Sarapan sekeluarga pagi sabtu lauk kat atas nilah..nasi lemak Terengganu.
Rupanya anak yang no 4 Aimy ni suka benar dengan nasi lemak..pagi-pagi belum samapi tengahari sudah 3 kali makan..biasalah anak-anak dengan selera yang berbeza..

tulis je...

 
mendung je hari ni
baju yang dijemurpun belum kering..frustlah tak dapat lipat baju hari ni...huh..rajinlah sangat..padahal sejak dua menjak ni sangat malas dah..nipun seminggu orang tak turun kerja kalu tak lagilah goyang kaki kat rumah..sejujurnya aku ni suka buat kerja-kerja rumah ni..happy je rasa,..macam satuu terapi..kalau boleh nak rumah sentiasa kemas dan comel..biarpun tak blh lawan dengan orang yang ada rumah sendiri..duduk rumah sewa macam aku ni buatlah sedaya yang boleh je lah...impian nak duduk rumah sendri tunggu tua lah agaknya..bukannya apa aku ni jenis yang tak boleh nak berpisah dengan suami..ada setengah orang tu sanggup berjauhan dengan suami sebab taknak bertukar sayang sebab dah ada rumah yang besar..ni bagi aku menyumbang kepada suami kita  untuk cari yang lain kan..bagi aku bila dah kawin ni biarlah susah senang bersama kannnnn En Suami..walaupun sekarang ni awak asyik sebut je nak cari lain yang sama saiz dengan saya..tapi baguslah tu sebab baju tu nanti bolehlah orang lain pakai..hahahaha...suka k ni..
saya tahu awak bergurau tapi juga itu memang lahir dari hati awak yg ikhlaskan..biasalah umur dah 40 ke atas ni semua nak mula baru kan..tak salahpun..