Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Jumaat, 13 Mei 2016
Selamat Hari Guru
Dimanapun kita berada
Walaupun bukan di sekolah ternama
Kerja kita tetap sama selagi kita bergelar guru.
Mendidik dan mengajar
Mencurahkan ilmu pada anak-anak didik tercinta
Walaupun di ceruk desa
Walaupun tidak terpilih seperti SBP
Walaupun dirangking paling bawah
Selagi kita bergelar guru
Selagi kerja kita di satu tempat yang bernama SEKOLAH
Usah sangkalkan usaha yang kita curahkan
Usaha kita tetap murni
Kerana kita adalah seorang GURU
SELAMAT HARI GURU
pada semua yang bergelar pendidik..
Jemari menulis lagi
Kadang kala
Harus pentingkan diri sendiri berbanding orang lain
Tapi mampukah aku bersikap demikian..
Hakikatnya diri ini lebih rela demi untuk orang lain
Melihat kegembiraan orang adalah satu yang menenangkan perasaan.
Senyum tak perlu kata apa-apa