Ku abadikan sebuah catatan perjalanan kehidupan bersama anak pantai. renyai dan gerimis seakan mengiringi pertemuan seolah turut berduka akan perpisahan kita.. petang itu..di dalam keriuhan kita berbicara sendu..mengucapkan selamat tinggal demi panggilan masa yang bagai mencemburui.. di seberang sana kau melambai.. ku hanya mampu mendakap bayangan..ye perpisahan itu sering terjadi pada makhluk yang bernyawa..sehebat mana pun kita... tidak dapat pergi ke masa lampau..ku mampu hamparkannya pada potret kenangan... bergulung ombak membadai pantai tetap akan pergi jua.....
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Rabu, 14 Januari 2015
Pok Ngoh...pergi mu tidak akan kembali
Pagi ini dikejutkan berita kehilangan bapa saudara yang disayangi...Al Fatihah buat arwah Pok ngoh...😭😭😭😭😭semoga roh arwah dicucuri rahmat.
Sesungguhnya sejak berjauhan dari keluarga satu demi satu aku kehilangan insan tersayang tanpa sempat ku menatap wajah mereka buat kali terakhir...tipulah kalau tiada rasa terkilan dihati...rupanya hujan dari pagi yang mencurah-curah dan kelipan mata ku sebelah kanan semalam betul satu tanda mata akan megeluarkan airmata dan inilah sebabnya...sememngnya aku sangat kalau mata ini berkelip sebelah kanan sebab aku tahu akan berlaku sesuatu yang sedih.bukan sekali dua malah sudah beratus kali..inilah kelebihan yang Allah berikan supaya aku lebih bersedia...
Al fatihah buah insan yang kupanggil Pok Ngoh..
Tiada lagi insan yang akan kuhulurkan duit tiap kali aku menziarahinya..arwah pastinya tersrnyum bila berjumpa dengan tu..senyumannya yang ikhlas tiap kali melihat diri ini buat aku cukup bahagia..
Bersemadilah dengan tenang Pok Ngoh...Aamiin.
Hari Kedua Persekolahan 2015
Hari kedua persekolahan...semangat pagi ini ...bangun dan menyiapkan diri di fikiran ligat berfikir baju apakah yang ingin kupakai pada hari ini.
Hari selasa bermakna aku ada subjek PJK.nak tak nak terpaksa pakai baju sukan dan trek ...inilah pakaian aku benci.tapi tahun ini aku nak buat transformasi diri.
Lupakan benda-benda negatif sebaliknya sematkan setiap perkara dengan andaian yang positif.tak payah nak cari ketensionan sendiri..
So...dengan penuh bersrmangat kaki melangkah dan pada lagi ini walaupun hujan gerimis aku redah je main bola keranjang dengan budak-budak.berpeluh sakan aku dibuatnya..
Sebelum tu aktiviti PJK terpaksa dilakukan di dalam kelas sebab hujan.
Tengahari aku dah tukar baju..aku ni manalah boleh kalau tak pakai baju kurung..itu lebih selesa pada aku..pada orang lain aku tam tahu..yangvpenting aku hidup dengan cara aku walaupun terkadang cara aku ni menyampahkan orang lain
Seronok sungguh hari ini..mengajar Bahasa Malaysia dan Pendidikan Seni pun murid-murid dia sporting je dengan aku..aku pulok sentiasa positifkan diri tunjuk aku happy.usap rambut mereka lontar kan dengan kata- kata sayang ternyata kaedah itu berkesan.
Sebelum terlupa sempat aku kongsi seketul ayam goreng dengan murid aku bernama Nazmer..aku tahu dia suka ayam goreng..bila separuh ayam itu ku bagikan padanya berseri-seri dan bercahaya matanya...satu kepuasan yang tidak terhingga yang aku rasa.
Sebelum rehat pulok tertiba nurul anak murid down syndrom aku tertiba panggil aku untuk ke kantin.kalau kau orang baca apa yang menariknya kan...tapi bagi aku .amat menarim untuk kukenang pada hari ini sebab murid ini amat payah untuk difahami dan untuk aku dekati..tertiba dia menunggu aku untuk ke kantin bersama-sama.itulah yang menariknya.
Petang pulak terpaksa hadiri mesyuarat untuk majlis sambutan maulidur rasul pada hari Jumaat nanti.aku biasalah bahagian protokol...terpaksa jaga banyak bahagian...semoga segalanya berjala lancar..tapi lucunya aku buat perkara yang tak pernah aku buat dalam aku dengar radio senyap..pasang ke telinga sambil-sambil dengar dia orang meting...jangan ikutlah benda macam ini...hanya hari ini aku buang tabiaat kut...