Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 6 Mac 2011

Contoh Pantun Pujian

flower
Pantun Pujian

Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
gula madu disangka manis
manis lagi senyuman puan

flower 
Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
jatuh ke laut menjadi pulau
flower
Bunga manggar di atas pentas
tuan nampak segar di atas pentas

flower
 
  Dari Melaka ke Kuala Lumpur
Singgah sebentar di Salak Tinggi
Puan sungguh menjadi penghibur
Setelah letih modul digubal teliti
flower
Singgah sebentar di salak tinggi
Menghilang dahaga menghilang penat
puan ibarat ibu mithali
Boleh meniup menyuntik semangat


flower 

Anak tebuan berlima-lima
Hinggap di dahan bunga kemboja
Nasihat tuan sungguh bermakna
Boleh meniup menyuntik semangat

flower
 


Terbang tebuan beringat-ingat
Agar lengan tidak berkesan
Ucapan tuan sungguh menyengat
Menjadi dorongan sempurna tugasan.

flower
Berarak awan di air pasang 
Berhuja-huja nelayan bergegas
Ucapan tuan sungguh merangsang
Meringan kerja menyiap tugas
flower
 Harimau bersinSang Kancil lari
Bergerak buaya melompat tupai
Kami yakin tuan bestari
Buat kerja hingga selesai.
flower


 Rama- rama di pohon meranti
Tempat mainan unggas dan mawas
Sekian lama kami menanti
Ucapan tuan tuntas dan bernas

flower
Ikan gelama si ikan Sengat
Berenang-renang di dalam tebat
Tuan laksana mutiara hikmat
Pemberi dorongan peniup semangat
flower
 Bunga seroja si bunga anggerik
Penghias taman di tepi kolam
Tuan bekerja tak pernah serik
Menyinsing lengan siang dan malam
flower
Anak haruan dijaring pukat
Anak tempua di atas jerami
Walau tuan berjadual ketat
Mampu jua bersama kami
flower

Contoh Pantun Budi

rose
Pantun Budi

Baik bergalas mahupun tidak
Buli-buli bertali benang
Baik berbalas mahupun tidak
Asal budi sama dikenang.

rose
Burung helang burung jentayu
Mengimbau naik ke atas palang
Bunga kembang akhirnya layu
Budi yang baik takkan hilang
rose


Yang kurik itu kendi
Yang merak itu saga
Yang cantik itu budi 
Yang indah itu bahasa
rose


Anak merak bersarang di paya
Anak katik di sawah padi
Emas perak kebesaran dunia
Amal yang baik di bawa mati
rose
cahaya redup menyegar padi
Ayam berkokok mengirai tuah
jikalau hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah

rose

 Anak merpati disambar helang
Terbang ketitir di dalam huma
Hariamu mati meninggalkan belang
manusia mati meninggalkan nama
rose
Anak haruan berlima-lima
Mati ditimpa pungutr berdaun
Budi tuan kami tak lupa
Jadi kenangan bertahun-tahun
rose
Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
hancur badan tulang bercerai
Budi yang baik dikenang juga.

rose 

Hinggap kedidi di hujung tanjung
Meniti-niti di hujung dahan
Tuan berbudi amat disanjung
Semoga menjadi kenangan zaman.

rose 

Ular lidi menyusur rotan
Menyusur jatuh ke dalam paya
Banyak budi tuan semaikan
Semoga tumbuh menyinar dunia.

rose

Anak beruk di tepi pantai
pandai melompat pandai berlari
Biar buruk kain dipakai
Asal hidup pandai berbudi
rose 
Asam kandis dihiris-hiris
Manis-manis rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
lebih manis hati budinya.
rose

Jeruk manis dimakan manis
Manis sekali kulit bijinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya.
rose

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
adik bukan saudarapun bukan
hati tersangkut kerana budi.

rose 
Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mundik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu
rose 

Hendak memetik daun palas
Buah isi buah berangan
Berbudi bukan minta di balas
Hanya untuk kenang-kenangan.

-Anak Pantai- 
 


 


 
 
 

Contoh Pantun Terima Kasih.


Thanking You With Flowers 
Anak raja makan sirih
sekian terima kasih
Thanking You With Flowers 

Bawah batang ada keli
Batang rebah menumpu tanah
Cadangan dibentang jelas sekali
Terima kasih,syabas dan tahniah.

Thanking You With Flowers

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan.
Thanking You With Flowers

Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
menjadi kenangan sepanjang zaman
Thanking You With Flowers

Berkejar-kejaran ombak dilaut
Menyentuh pantai berpasirbersih
Budi tuan disebut-sebut
Kerja selesai dan terima kasih.

Thanking You With Flowers

Bersarang lebah dipohon palas
burung kelicap di pohon selasih
Pengetahuan bertambah penerangan jelas
Majlis mengucapkan terima kasih.

Thanking You With Flowers

Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi tuan menjadi kenangan


Thanking You With Flowers

Terbang selisih siburung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
di lain tahun berjumpa lagi
Thanking You With Flowers

Buah selasih buah kelubi
di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi.


 -Anak Pantai-













 

Teks Pengacara Majlis Pertandingan Pidato


For Whom I m missing lots 
MENGUMUMKAN KETIBAAN ,YANG BERBAHAGIA..........................................................................

tunggu sehingga VVIP duduk di tempat masing-masing.
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHHIWABARKAATUH, SELAMAT PAGI DAN SALAM PERPADUAN,SALAM SATU MALAYSIA.

YANG BERBAHAGIA......................................................................................................

YANG BERUSAHA..........................................................................................................
MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT ZON A DAN B NEGERI SARWAK.

YANG BERUSAHA.............................................................................................................
YANG BERUSAHA,ENCIK....................................................,WAKIL PEJABAT PELAJARAN NEGERI SARAWAK MERANGKAP PENYELARAS JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT ZON A DAN B NEGERI SARAWAK BAGI JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK.

YANG DIHORMATI ,KETUA-KETUA PENOLONG PENGARAH, TETAMU-TETAMU KHAS, TETAMU-TETAMU JEMPUTAN ,GURU-GUTU PENGIRING, PESERTA-PESERTA , TUAN-TUAN, PUAN-PUAN SERTA ADIK-ADIK PELAJAR YANG DI KASIHI SEKALIAN.

ALHAMDULILLAH.
BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN KEIZINANNYA DAPAT KITA BERSAMA-SAMA  MEMERIAHKAN MAJLIS KITA PADA PAGI INI IAITU
PERTANDINGAN PIDATOPERINGKAT ZON B BAGI NEGERI SARAWAK.
DENGAN KESEMPATAN INI,MAJLIS MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG DAN MAJLIS AMAT MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN SEKALIAN DI DEWAN .....................................................................


UNTUK MAKLUMAN HADIRIN,PERTANDINGAN PIDATO ......................................,PERINGKAT ZON B INI TELAH MENERIMA SEBANYAK 14 PENYERTAAN DARI SEKOLAH-SEKOLAH DALAM ZON B YANG TERDIRI DARI BAHAGIAN SAMARAHAN, BAHAGIAN SRI AMAN, DAN BAHAGIAN BETONG.


HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN.
DENGAN HARAPAN SEMOGA MAJLIS KITA PADA PAGI INI AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN AKAN LEBIH DIBERKATI ALLAH SWT,MAJLIS MENJEMPUT ............................................................UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

bacaan doa
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA..............................................UNTUK BACAAN  DOA SEBENTAR TADI.

TUAN-TUAN DAN PUAN=PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN,MAJLIS SETERUSNYA MENJEMPUT YANG BERBAHAGIA..........................................................................................UNTYK MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN. DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA.

ucapan perasmian
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERBAHAGIA...........................DI ATAS UCAPAN PERASMIAN SEBENTAR TADI.

SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT YANG BERUSAHA,......................UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERBAHAGIA..................................
DIPERSILAKAN.

penyampaian cenderahati

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

MAKA DENGAN INI,RASMILAH SUDAH PERTANDINGAN PIDATO ........................,PERINGKAT ZON B NEGERI SARAWAK.

UNTUK TIDAK MELENGAHKAN MASA MAJLIS AKAN DISERAHKAN KEPADA.............................................SELAKU PENGERUSI PERTANDINGAN PIDATO KITA PADA PAGI INI. DIPERSILAKAN TUAN PENGERUSI.

majlis diserahkan kepada pengerusi pertandingan.

selepas majlis diserahkan semula kepada pengacara majlis
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PENGERUSI MAJLIS,........................................

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,SEBENTAR LAGI KITA AKAN DIPERSEMBAHKAN DENGAN NYAYIAN LAGIU-LAGU PATRIOTIK YANG AKAN DIPERSEMBAHKAN OLEH KUMPULAN KOIR ..................................................DUA BUAH LAGU YANG AKAN DISAMPAIKAN IAITU..............................................DAN.......................DIPERSILAKAN.

persembahan koir

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA KUMPULAN KOIR...............................DI BAWAH BIMBINGAN.........................................
SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ,MAJLIS BERBESAR HATI MENJEMPUT YANG BERUSAHA.........................................UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI DARI PIHAK PENGANJUR.DIPERSILAKAN.

DIJEMPUT PENYELARAS PERTANDINGAN PIDATO............................................PERINGKAT ZON A ,DARI JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK, ENCIK...................................................

SETERUSNYA CENDERAHATI KEPADA PANEL HAKIM.
DIJEMPUT EN.......................................
                   EN........................................
                   EN.........................................
DAN           EN.........................................

SETERUSNYA PENYAMPAIAN SIJIL SIJIL PENGHARGAAN KEPADA GURU-GURU PENGIRING .
DIJEMPUT(RUJUK SENARAI )

DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN KEPADA PARA PESERTA.
MENDAHULUI SENARAI DIJEMPUT (RUJUK LAMPIRAN)

SETERUSNYA DI JEMPUT PEMENANG PERTANDINGAN PIDATO................................
PEMENANG TEMPAT KETIGA DIPERSILAKAN.................................................DARI SEKOLAH..........................................................MEMBAWA PULANG WANG TUNAI RM 500 BERSAMA TROFI  ,SIJIL PENYERTAAN DAN SEBUAH KOMPUTER RIBA.

NAIB JOHAN DIPERSILAKAN ADIK..............................................DARI SEKOLAH.......................................................MEMBAWA PULANG WANG TUNAI SEBANYAK RM 750 BERSAMA TROFI,SIJIL PENYERTAAN.SEBUAH KOMPUTER RIBA PERIBADI DAN SEBUAH KOMPUTER UNTUK PIHAK SEKOLAH.

DAN JOHAN PERTANDINGAN PIDATO................................................TAHUN......................
TELAH DISANDANG OLEH ADIK............................................................DARI SEKOLAH..............................................................MEMBAWA PULANG WANG TUNAI RM1000 BERSAMA TROFI,SIJIL PENYERTAAN,SEBUAH KOMPUTER RIBA.SIMPANAN ASB RM 300.SEBUAH KOMPUTER UNTUK PIHAK SEKOLAH.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PEMENANG DAN TAHNIAH JUGA KEPADA PESERTA-PESERTA YANG TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN.TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA..................................................................ATAS PENYAMPAIAN HADIAH ITU TADI.


PARA HADIRIN YANG DIHORMATI.
KINI TIBALAH MASANYA KITA KE KEMUNCAK ACARA BAGI MENYAKSIKAN YANG TERBAIK ANTARA YANG BAIK,YANG TERHEBAT DIANTARA YANG HEBAT.JUSTERU ITU,SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN PIDATO DARIPADA JUARA KITA.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ADIK.................................................JUARA PERTANDINGAN PIDATO................................................................

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI.
KITA TELAHPUN BERADA DIPENGHUJUNG MAJLIS.DIKESEMPATAN INI ,MEWAKILI JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN PIDATO,MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEANDAINYA TERDAPAT KEKURANGAN SEPANJANG MAJLIS INI BERLANGSUNG.

SEKIAN TERIMA KASIH.



 





Teks Pengacara Majlis Kejohanan Olahraga Antara Tingkatan

Roses For You 
Bismillahirrahmanirrahim

YANG BERUSAHA TUAN PENGETUA SMK DEMAK BARU
YANG DIHORMATI BARISAN PENOLONG KANAN, YDP PIBG, RAKAN-RAKAN GURU,IBU BAPA DAN PARA PELAJAR SEKALIAN.

Assalamualaikum wrt wbr, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinnya jua kita semua dapat hadir dan memeriahkan majlisKejohanan Olahraga Antara Tingkatan pada pagi ini.

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA KE KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA TINGKATAN. SMK DEMAK BARU 2008.

SEBENTAR LAGI KITA AKAN MEMULAKAN PERTANDINGAN .MOHON SEMUA PEGAWAI YANG TERLIBAT UNTUK BERSEDIA DI TEMPAT MASING-MASING.

KEPADA SEMUA PESERTA DAN PELAJAR ,ANDA DIKEHENDAKI BERSEDIA DI KHEMAH YANG TELAH DITETAPKAN . 

100M LELAKI 14 TAHUN

 MOHON PERHATIAN KEPADA SEMUA PESERTA BAGI ACARA 100M KATEGORI LELAKI 14 TAHUN,DIMINTA MELAPORKAN DIRI DI KHEMAH PEYELIA PESERTA SEKARANG JUGA.PESERTA-PESERTA BERIKUT IALAH.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

100M LELAKI 14TBH

NAMA-NAMA BERIKUT DIMINTA MELAPORKAN DIRI DI KHEMAH PENYELIA PESERTA BAGI ACARA 100M LELAKI 14 TAHUN.
1.
2.
3.
4.
5.
6.


100M LELAKI 15TBH

PERHATIAN KEPADA SEMUA PESERTA DAN PENGURUS PESERTA BAGI ACARA 100M KATEGORI 15 TAHUN ,ANDA DIMINTA MELAPORKAN DIRI DI KHEMAH PENYELIA PESERTA SEKARANG JUGA.PESERTA-PESERTA BERIKUT IALAH
1.
2.
3.
4.
5.
6.

PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN
ACARA YANG SEDANG BERLANGSUNG SEKARANG INI IALAH ACARA........................................................................................................................................................
SAMA-SAMALAH KITA MEMBERIKAN TUMPUAN DAN SOKONGAN PADA ACARA INI.

PERHATIAN
DISINI DIUMUMKAN KEPUTUSAN ACARA ............................................................

TEMPAT KETIGA DIMENANGI OLEH...........................................
NAIB JOHAN....................................................................................
DAN JOHAN DISANDANG OLEH..................................................

PERHATIAN

SEBENTAR LAGI AKAN DIADAKAN PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PEMENANG ACARA................................................................................................KATEGORI.....................

BAGI MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN HADIAH,MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT .....................................................................................KE PENTAS .DIPERSILAKAN.

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA ..................................................
TEMPAT KETIGA ...........................................
NAIB JOHAN....................................................................................
JOHAN..................................................
SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PEMENANG 
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ....................................................................KERANA MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN HADIAH ITU TADI.

PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN

ACARA SETERUSNYA AKAN BERLANGSUNG PADA PUKUL 10.00 PAGI.KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA TINGKATAN AKAN DIREHATKAN SEKETIKA.
MOHON KERJASAMA PENGURUS PASUKAN DAN PESERTA UNTUK BERSEDIA  PADA ACARAYANG SETERUSNYA.TERIMA KASIH.


PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN

BERIKUT DIUMUMKAN PESERTA ACARA 100M KATEGORI LELAKI BAWAH 18 TAHUN .NAMA YANG AKAN DISEBUTKAN NANTI DIMINTA MELAPORKAN DIRI KE MEJA PENYELIA PESERTA SEKARANG JUGA.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.


HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN

DENGAN BERAKHIRNYA ACARA ........................................ITU TADI ,KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA TINGKATAN AKAN BERHENTI SEKETIKA.
KITA AKAN KEMBALI SEMULA PADA PUKUL 2.00 PETANG NANTI UNTUK ACARA YANG SETERUSNYA SERTA MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN.

MOHON KERJASAMA PENGURUS PASUKAN UNTUK MENDAPATKAN MAKANAN DAN MINUMAN PESERTA DI KHEMAH URUSETIA MAKANAN SEKARANG JUGA.

SEKIAN TERIMA KASIH.