Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Isnin, 19 Julai 2010
Sebenarnya Cinta
Haruskah ku bersimpati pada hati yang sepi..Atau hidup melara ..meranalah jiwa...Pada doa semalam kusandarkan harapan akan menjelma setulus cahaya....
Menu Petang Bersama Pisang Goreng dan Roti Jala
Menu untuk makan petang semalam aku buat pisang goreng.dan roti jala..Apabila tengok ada pisang tanduk yang dibeli kat Pasar Tani teringin pulak nak buat pisang goreng..Rupanya selera benar anak aku makan.Yelah aku guna resepi mak aku..Rasanya belum jumpa lagi goreng pisang yang sedap macam mak buat..
Sambil buat pisang goreng ,satu dapur lagi aku tebar roti jala..Rupanya ada sedikit tepung gandum dalam almari tapi tak banyak.Kesian pada suami dan anak-anak aku buat juga ..Nampak kegembiraan mereka bila lihat aku duk tebar roti jala sambil anakku Adam dan Alif siap sebut lagi kenapa tak buat banyak-banyak,lama dah mak tak buat roti jala.Biasanya roti jala itu digulung tetapi untuk psikologikan anak-anak ,aku lipat menjadi segitiga.Nampaklah seakan banyak.Tapi memang ada rungutan daripada anakku Alif.Kenapa mak tak gulung roti tu..Apapun kubahagia dapat tunaikan hajat mereka.Benarlah kata orang masakan ini boleh menambahkan ikatan kekeluargaan dan kasih sayang.
Langgan:
Catatan (Atom)