Hari nie dari pagi lagi duk layan lagu kat THR Gegar pantai Timur..Maklumlah selama ni hari bekerja tak sempat nak layan..kalau hari minggu lak jangan harap berpeluang nak dengar pasti berebut dengan anak nak tengok rancangan kegemaran mereka..
Lagu-lagu yang diputarkan hari nie semua best-best belaka..Seakan aku masih berada di alam remaja..apatah lagi ada lagu pilihan dari pendengar yang memang tangkap syahdu..
Memang layan habislah...apa lagi memori -memori lama datang silih berganti..ada lagu tu terkadang saat ni jua aku nak terbang dapatkan seseorang untuk lepaskan rindu..Ada juga lagu yang mengundang kesedihan..Boleh dikatakan pelbagai rasalah..masam manis semua ada...Sesungguhnya gamitan rindu pada kg halaman tercinta kembali menyapa...