Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 14 April 2015

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK DEMAK BARU

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
SMK DEMAK BARU  


1.         CUE:  APABILA PERASMI TIBA…

ANN:  Ketibaan  YANG BERHORMAT DATUK HAJAH FATIMAH BINTI ABDULLAH
Menteri Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga Sarawak
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N.50 Dalat

2.         CUE:  APABILA PERASM  SUDAH TIBA DI TEMPAT                                            DUDUKNYA


ANN:  Hadirin dipersilakan berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku dan lagu sekolah Demak Gemilang.

3.         CUE:  APABILA NYANYIAN SELESAI…

            ANN:  Terima kasih diucapkan. Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah binti Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N.50 Dalat
 dan para hadirin dipersilakan duduk.

4.         CUE:  PERSEMBAHAN PEMBUKAAN…

            ANN:  Sebagai pembuka tirai Majlis pada pagi ini, sukacitanya dipersembahkan                            persembahan Tarian Selamat Datang

            Dipersilakan.

5.         CUE:  APABILA PERSEMBAHAN SELESAI…

ANN:  Terima kasih diucapkan. Persembahan sebentar tadi adalah daripada murid-murid Pendidikan khas dibawah pimpinan Cikgu Kamariah Kunggi


6.         CUE:  KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS…

            ANN:  Bismillahirrahmannirahim
                        Asalamualaikum wrt.
                        Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia dan Salam Terus Menjulang Sarawak




Mencari timba si anak dara
Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

YANG BERHORMAT

DATUK HAJAH FATIMAH BINTI ABDULLAH
Menteri Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga Sarawak
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N.50 Dalat



YANG BERUSAHA
CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID
PENGETUA SMK DEMAK BARU

YANG BERUSAHA
USTAZ BUSMAN BIN RAMLI
YANG DIPERTUA PIBG
SMK DEMAK BARU

WARGA PENDIDIK, MURID- MURID, TUAN- TUAN, PUAN- PUAN
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN

7.         CUE: BACAAN DOA

            ANN:  Tangan ditadah penuh inayah
Majlis dibuka penuh rahmat
Mohon keberkatan serta hidayah
Moga majlis mendapat berkat

Majlis mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Badrol Hisyam Bin Majid untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.


***********(Bacaan Doa)**********


8.         CUE:  SELESAI SAHAJA BACAAN DOA..

ANN:  Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustas Badrol Hisyam Bin Majid atas pimpinan doa sebentar tadi




9.         CUE:  UCAPAN ALUAN PENGETUA

ANN:  Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah Hamid,pengetua SMK Demak Baru untuk  menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

******( Ucapan  yang Berusaha Pengetua)******

10.       CUE:  SELESAI SAHAJA UCAPAN ALUAN PENGARAH…

ANN:  Majlis merakamkan ucapan teriam kasih kepada Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah Hamid,pengetua SMK Demak Baru  atas ucapan sebentar tadi.

11.       CUE:  UCAPAN ADUN N50 DALAT…

ANN:  Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah binti Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak
Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N.50 Dalat
untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya menyempurnakan upacara Menandatangani Plak Perasmian.
Majlis dengan penuh hormat mempersilakan.

***( Ucapan Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Abdullah)***

12.       CUE:  SELESAI SAHAJA UCAPAN ADUN N50 DALAT

ANN:  Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Binti Abdullah  atas ucapan sebentar tadi.

           

13.       CUE:  SELESAI SAHAJA UCAPAN PERASMIAN YB…

ANN:  Dengan ini, dipersilakan Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah Hamid,pengetua SMK Demak Baru  serta tetamu-tetamu kehormat untuk mengiringi  Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Binti Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga SarawakMerangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Dalat, bagi menyempurnakan Majlis Menandatangani Plak Perasmian .............................

******( Upacara Menandatangan Plak Perasmian )******

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Binti Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga SarawakMerangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Dalat, atas kesudian menyempurnakan Majlis Perasmian ................................
           
14.       CUE:  PENYAMPAIAN ANUGERAH

Berkebaya batik warna merah
Diserikan dengan permata belian
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran



Seterusnya kita ke acara seterusnya iaitu acara penyampaian Anugerah kepada para penerima Anugerah pada hari ini.
Dengan ini, dipersilakan Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah Hamid,pengetua SMK Demak Baru  untuk mengiringi  Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Binti Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga SarawakMerangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Dalat, bagi menyempurnakan Majlis penyampaian anugerah kepada penerima anugerah

Majlis dimulakan dengan ANUGERAH MATA PELAJARAN TERBAIK..
DI PERSILAKAN (RUJUK LAMPIRAN)

Seterusnya ANUGERAH KEDUDUKAN DI DALAM KELAS
DIPERSILAKAN  (RUJUK LAMPIRAN )

Seterusnya ANUGERAH KECEMERLANGAN PT3
DIPERSILAKAN (RUJUK LAMPIRAN)

Seterusnya ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM
DIPERSILAKAN (RUJUK LAMPIRAN )

Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah dan terima kasih kepada Yang berhormat kerana sudi menyampaikan anugerah sebentar tadi.


 15.      CUE: PENYAMPAIAN CENDERAHATI

ANN:  Sebagai tanda penghargaan , sekalung budi seuntai kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Hajah Fatimah Hamid,pengetua SMK Demak Baru untuk Menyampaikan Cenderamata Kepada Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Binti Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga Sarawak Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Dalat 


16.       CUE : SELESAI  PENYAMPAIAN CENDERAHATI..

ANN:Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Binti Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga Sarawak Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Dalat Binti Haji Anu atas kesudian berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru untuk  bersua pandang, beramah mesra dan mengungkap bicara melancarkan Majlis Perasmian .....



17.       CUE :PERSEMBAHAN SAJAK
ANN:   Sama-samalah kita saksikan satu sketsa yang akan dipersembahkan oleh muri-murid SMK Demak Baru yang bertajuk Dari Kaki Tangga Ke Menara.

Dengan ini dipersilakan

Demikianlah satu satu sketsa yang menyentuh hati di bawah pimpinan Cikgu Badrul Hisyam Ameran.

Terima kasih diucapkan.




18.       CUE :PERSEMBAHAN NYAYIAN

                        Hadirin dan hadirat sekalian
Seterusnya pula kita akan dihiburkan oleh nyanyian adik Ery Hafizi murid PPKI yang juga merupakan juara Pertandingan Karaoke Pendidikan Khas Negeri Sarawak 2014,dengan tajuk lagunya Kehilangan.

Dengan ini majlis mempersilakan.

Demikianlah tadi begitu penuh perasaan sekali nyanyian adik Ery Hafizi.Majlis mengucapkan terima kasih.







19.       CUE : MAJLIS TAMAT DAN JAMUAN

Hadirin dan Hadirat sekalian,dengan selesainya nyanyian itu tadi maka selesailah sudah majlis kita pada hari ini.

ANN :Mewakili seluruh jawatankuasa, dengan sukacitanya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Binti Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga Sarawak Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Dalat dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan  tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Merdu bertingkah alunan suara
Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan di pinta.

Untuk itu Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Binti Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita Dan Pembangunan Keluarga Sarawak Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N50 Dalat dan dif-dif Jemputan Ke majlis jamuan

Di jemput  Semua tetamu jemputan dan hadirin juga dipersilakan untuk menikmati jamuan  yang telah disediakan....
Selamat menjamu selera..

Akhir kata
Assalamualaikum wbt dan
Salam 1 Malaysia
Sekian wbt

SELESAI MAJLIS TAMAH TAMAH

TETAMU KEHORMAT DAN ROMBONGAN BERANGKAT BALIK

Jumaat, 10 April 2015

Bila vertigo menyerang

5 hari berada dalam cuti sakit sebenarnya buat diri ini tidak begitu selesa.pelbagai rasa difikiran memikirkan orang lain dan anak murid yang ditinggalkan.namun apakan daya bila penyakit ini menyerang...muntah dan pening berterusan..tiada keseimbangan badan.dan ada ketika tidak mampu untuk bercakap dan berjalan.begini rupanya penyakit ini..dan Allah memberi peluang untuk aku merasai dan mengalaminya...