TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG
SMK DEMAK BARU
24 Mac 2012
DEWAN AUDITORIUM DBKU
KUCHING.
PENGUMUMAN KETIBAAN.
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat …………………………….. diiringi oleh dif-dif kehormat.
LAGU NEGARAKU
Majlis dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku..Hadirin dan hadirat sekalian diminta berdiri dan bersama –sama menyanyikan Lagu Negaraku yang diiringi oleh kumpulan Koir sekolah SMK Demak Baru.
Terima kasih atas nyayian sebentar tadi.Hadirin dipersilakan duduk.
Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
Sudi Tuan ke majlis kami.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Yang Berhormat
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
Yang Berhormat
Dato Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
,Adun Semariang merangkap penaung PIBG SMK Demak Baru .
Yang Berusaha
Yang Dipertua PIBG SMK Demak Baru
En Hj Busman Bin Ramli dan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Demak Baru sesi 2010/2011.
Yang Berusaha
Yang Berusaha
En Rambli Hj Hasbi
Pengetua SMK Demak Baru dan barisan pentadbir
Pengetua SMK Demak Baru dan barisan pentadbir
Yang Dihormati lagi dikasihi,
guru-guru, ibu bapa , para hadirin seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Demak Baru 2012.Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah ,penuh cemerlang dan membawa makna kepada kita semua
Bagi pihak ahli jawatankuasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2012.
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Demak Baru 2012.Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah ,penuh cemerlang dan membawa makna kepada kita semua
Bagi pihak ahli jawatankuasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2012.
Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang berkesempatan hadir pada hari ini.Pastinya pertemuan pada hari ini bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran membina ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan bagi anak-anak dan seterusnya.menjulang nama SMK Demak Baru sama ada di bidang kurikulum,kokurikulum mahupun sahsiah pelajar .
BACAAN DOA
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Badrul Hisyam bin Majid memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Badrul Hisyam bin Majid atas bacaan doa itu tadi.
Hujan gerimis lebat di hulu
Haba di muara terasa nyaman
Bacaan doa sudah berlalu
Menyusul kini arena persembahan
PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
Hadirin sekalian,
Seterusnya kita akan disajikan dengan tayangan multimedia yang memaparkan segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dan PIBG sepanjang tahun 2011 hingga kini.
Marilah kita sama-sama saksikan.
Untuk makluman hadirin sekalian,tayangan multimedia sebentar tadi telah disediakan oleh En Jamaludin Juni dengan kerjasama semua warga SMK Demak Baru. Terima kasih dan tahniah diucapkan.
PERSEMBAHAN PELAJAR PPKI
Majlis seterusnya amat istimewa kerana ianya akan dipersembahkan oleh seorang pelajar istimewa PPKI yang cemerlang dalam PMR baru –baru ini dengan mendapat keputususan 1A 6B 1C. Beliau juga merupakan juara bertahan dalam pertandigan khat dan hafazan peringkat sekolah.Beliau juga merupakan johan dalam Pertandingan Bercerita Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak.Di persilakan adik QaamarulIzat untuk menyampaikan sebuah sajak yang bertajuk…………………………….
Terima kasih diucapkan kepada Adik Qamarul Izat atas penyampaian sajak itu tadi.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Berat Sama di pikul
Ringan sama dijinjing
Kita umpama aur dengan tebing
Kita umpama aur dengan tebing
itulah yang ibaratkan
Ibubapa dan guru saling perlu memerlukan.
Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi
Ibubapa dan guru saling perlu memerlukan.
Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi
Jika kita bersatu hati.
UCAPAN ALUAN
Bukan keris tanpa ulunya
Bukan majlis tanpa ucapannya.
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha En Rambli Hj Hasbi , Pengetua SMK Demak Baru merangkap Penasihat PIBG SMK Demak Baru untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.
Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha En Rambli Hj Hasbi, Pengetua SMK Demak Baru. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Pergi ke kedai membeli gula
Gula di bawa berhati-hati
Yang Dipertua kami mempersila
Ucapan diberi kita hayati.
UCAPAN YDP PIBG
Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Naib Yang DiPertua PIBG SMK Deamak Baru, Yang Berusaha En Hj Busman bin Ramli untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan..
Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG SMK Demak Baru , En Hj Busman bin Ramli. Terima kasih diucapkan.
UCAPAN PENAUNG PIBG
Ular lidi menyusur rotan,
Menyusur jatuh ke dalam paya
Banyak budi puan semaikan
Semoga tumbuh menyinar dunia.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berhormat Dato Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ,Adun Semariang merangkap penaung PIBG SMK Demak Baru untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang Berhormat Dato Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali atas ucapan sebentar tadi.Sememangnya SMK Demak Baru sesungguhnya terhutang budi dengan kesungguhan dan komitmen yang telah diberikan oleh Yang Berhormat
UCAPAN PERASMIAN
Menjemput Dato’ untuk berdiri,
Memberikan ucapan kepada kami
Kepada Dato’ ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami
Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat Dato ……………………………………………………………………………… bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Demak Baru 2012.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.
Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan kasih merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato ………………………………….,
kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.
PENYAMPAIAN CENDERAHATI
Orang berbudi,
Kita berbahasa.
Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berhormat Dato Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ,Adun Semariang merangkap penaung PIBG SMK Demak Baru untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Dato ………………………………………………………….Majlis mempersilakan.
Orang berbudi,
Kita berbahasa.
Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berhormat Dato Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ,Adun Semariang merangkap penaung PIBG SMK Demak Baru untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Dato ………………………………………………………….Majlis mempersilakan.
.
Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG SMK Demak Baru 2012. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato……………………. dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.
Majlis dengan ini menjemput Yang Berhormat Dato dan para tetamu jemputan khas diiringi Pengetua, Yang Berusaha En Rambli Hj Hasbi, untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik Jamuan.Dipersilakan.
Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera..
Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG SMK Demak Baru 2012. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato……………………. dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.
Majlis dengan ini menjemput Yang Berhormat Dato dan para tetamu jemputan khas diiringi Pengetua, Yang Berusaha En Rambli Hj Hasbi, untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik Jamuan.Dipersilakan.
Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera..
Majlis kita berhenti untuk seketika.Majlis akan disambung selepas jamuan ini.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,
SELEPAS KUDAPAN
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,
SELEPAS KUDAPAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Selamat kita berhimpun sekali lagi di Dewan Auditorium untuk Mesyuarat Agong Tahunan PIBG,SMK Demak Baru 2012.
Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG SMK Demak Baru akan dipengerusikan oleh Yang DiPertua PIBG SMK Demak Baru,En Hj Busman Bin Ramli. Majlis mempersilakan En Busman untuk menyampaikan kata aluan.
UCAPAN PENASIHAT
Seterusnya majlis mempersilakan En Rambli bin Hj Hasbi,Pengetua SMK Demak Baru untuk menyampaikan ucapan .Majlis mempersilakan.
(Selesai mesyuarat dan pemilihan)
CABUTAN BERTUAH
Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan acara yang ditunggu-tunggu…iatu acara cabutan bertuah. Untuk itu dipersilakan En……………… untuk menyempurnakan acara.
Sebelum kita akhiri majlis kita pada malam ini mewakili barisan jawatankuasa pelaksana majlis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sudi memeriahkan majlis.
NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU.
Kita sudah berada di hujung majlis.Diminta semua hadirin dan hadirat semua berdiri untuk bersama-sama menyanyikan Lagu Ibu Pertiwiku..
Sekian Terima kasih..dan jumpa lagi.
Terima kasih ...izinkan saya menggunakannya di majlis mesyuarat Agong sekolah kami.
BalasPadamAmbillh cgu saya izinkan
PadamAssalamualaikum...cikgu saya mohon izin untuk menggunakan teks juruacara tersebut..terima kasih moga ilmu ini mendapat keberkatan dari Illahi...amin..
PadamAssalamualaikum cikgu..sy mnta izin utk menggunakan teks ini utk mjlis PIBG sek sy..terima kasih atas ilmu yg diberikan..
PadamAssalamualaikum cikgu..saya ingin memohon jasa baik cikgu utk membenarkan saya menggunakan teks ini sms agm pibg di sek saya..tq atas perkongsian ibi...
PadamGunakan lah ya.saya doakan semoga segalanya berjalan lancar
PadamAssalamualaikum Cikgu., Mohon guna teks pengacara majlis ini untuk saya jadikan panduan ..
Padamsilakan..semoga segalanya berjalan lancar
Padamayat yang sangat bagus...tahniah...saya juga mohon izin untuk majlis mesyuarat agong pibg sekolah saya.terima kasih.
BalasPadamTerima kasih..ambillah cikgu dengan ikhlas hati saya izinkan..semoga segalanya berjalan lancar
Padamayat yang cantik. Tahniah.... Saya minta izin ceduk sikit ayat dan pantun untuk majlis saya petang ni.... Maaf dah ambil dulu baru minta...
BalasPadamAmbillah..memang saya ikhlas membantu..semoga segalanya berjalan lancar ya.
PadamThanks..sy gne utk majlis pjumpaan tabika kemas..fb nurraihana ridzwan
BalasPadamambillahy cgu
BalasPadamTahniah, perkongsian ilmu yang baik. Mohon izin dari saudari untuk saya gunakan sebahagian dari teks ini. terima kasih banyak.
BalasPadamterima kasih...ambillah sekiranya dapat membantu
Padamtq
BalasPadamTahniah...bagus.Mohon izin dari pihak puan untuk tujuan rujukan saya.Terima kasih saya ucapkan atas perkongsian ilmu ini.
Padamye..mana yg dapat membantu tu ambillah ya :)
PadamTERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN YE..MOHON IZIN WAT RUJUKAN..DIN KLIA..
BalasPadamboleh sgt2..terima kasih kerana mengunjungi blog ni
Padamterima kasih dan tahniah.. minta izin untuk saya gunakan ye..
BalasPadamsama2 terimakasih kerana mengunjungi blog saya
Padamterima kasih atas ayat2 yg indah ini. sy ambil utk majlis perasmian sekolah saya...tqvm..
BalasPadamAmbillah cikgu mana2 yang dapat membantu tu ya.
Padamsaya memohon supaya dapt menggunakan text ini untuk melaksanakan majlis.
BalasPadamdoa dan harapan saya semoga segalanya berjalan lancar
PadamTk bnyak2 atas perkongsian bhn ini..amat membantu kami yg memerlukan
BalasPadamAlhamdulillah semoga segalanya berjalan lancar
Padamcikgu.. saya mohon jasa baik untuk guna teks ni bagi majlis sek saya minggu depan.. terima kasih.. jasa cikgu hanya Dia yang mampu membalasnya..
BalasPadamdipersilakan cikgu ...harap sedikit sebanyak melancarkan majlis cikgu
PadamTerima kasih cikgu, saya ambil juga bait-bait ayata yang cantik dan menarik
BalasPadamsilakan....terima ksih kerana sudi berkunjung blog ni
PadamSANGAT PUITIS ISI DAN KATA2NYA...izinkan sy menggunakanya ya. tq.. semoga semua diberkatiNYA
BalasPadamterima kasih ...silakan kalau dapat membantu ya...selamat maju jaya
PadamAssalamualaikum cikgu,
BalasPadamterima kasih kerana menulis, hasil nukilan dan ilmu yang cikgu kongsikan kepada kami ini amat saya hargai.Cikgu, saya ingin meminta izin cikgu untuk mengambil contoh teks juruacara dan pantun di blog ini. Semoga Allah sentiasa meluaskan rahmatNya kepada cikgu atas usaha murni cikgu berkongsi ilmu dan juga kepada semua yang dekat dihati cikgu...ameen.
waalaikumussalam...terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yang tak seberapa ni..mana-mana yg dapat membantu tu ambillah ya..yg baik jadikan ikutan dan sebaliknya pula jadikan panduan...dan pengajaran...semoga kita sama2 dirahmati..Ilahi
Padammohon guna untuk mesy pibg sekolah saya.Tq.
BalasPadamDipersilakan cikgu..semoga segalanya berjalan lancar
BalasPadamAssalamualaikum... Saya minta izin utk mencedok skrip puan ini.. Terima ksih.
BalasPadamwaalaikumussalam...ambillah semoga ianya dapat membantu
PadamSalam... Saya mohon keizinan puan untuk menggunakan teks ini sebagai rujukan... Kerap kali diminta mengacarakan majlis-majlis di sekolah... Mungkin boleh mempelbagaikan teks ucapan sedia ada...
BalasPadamTerima kasih
silakan jika dapat membantu..
PadamSalam. Terima kasih di atas perkongsian ini.
PadamTahniah kerana berjaya menjadi pengacara. Tetapi mohon menegur beberapa perkara yang selalu dilakukan tetapi sebenarnya merupakan kesalahan yang kita terlepas pandang. Harap sudi terima sebagai teguran dan panduan.
BalasPadam1) Skrip Pengacara bukan teks ucapan pengacara.
2) Mesyuarat Agung bukan Mesyuarat Agong.
3) Lagu Negaraku dengan diringi oleh Kumpulan Koir SM.. bukan dengan diketuai oleh kumpulan koir.
4) Ucapan aluan sepatutnya oleh YDP PIBG bukan Pengetua kerana ini adalah program PIBG.
5) Ucapan perasmian bukan ucaptama.
6) Sepatutnya tugas puan sebagai pengacara selesai selepas menjemput tetamu minum. Kerana selepas itu bukan lagi majlis perasmian, itu adalah mesyuarat, biarkan YDP sahaja yang teruskan.
Semoga puan terima ini sebagai teguran, tiada niat lain sekadar berkongsi pengalaman.
Terima Kasih.
alhamdulillah terima kksih byk2 sebab membetulkan apa yg saya tidak tahu...saya pun bukan arif dalam emcee ni mengikut je contoh2 org jgk...saya suka..dengan cara en.kita sama2 kongsi ilmu .dan saya terima untuk saya jdkan panduan di masa2 akandatang :)
PadamTerima kasih banyak. Izinkan saya mencedok idea dari skrip puan. Semoga Allah s.w.t membalas budi baik puan
BalasPadamdipersilakan ya...mana yang boleh membantu tu ambillah sebagai panduan..selamat maju jaya saya doakan
Padamteks terbaik...izinkan saya untuk menggunakan apa2 yg patut di majlis sekolah saya esok ya..tqvm...
BalasPadamWow.... saya suka pemilihan patah kata dalam teks ini.... Mohon izin untuk digunakan dalam meeting esok... Thanks in advance ya!
BalasPadamTerima kasih :)
PadamSalam perkenalan dari sy...mohon kebenaran utk gunakan contoh teks ini dgn sedikit penambahan..esok ptg sekolah sy akan bermesy PIBG dan sy selaku MC..:)
BalasPadamSEMOGA SEGALANYA BERJALAN LANCAR...
Padamayat yg puitis dan sungguh menarik..izinkan saya mengambil contoh utk majlis pibg sekolah saya tima kasih
BalasPadamsILAKAN CIKGU...SELAMAT MAJU JAYA SAYA DOAKAN ...SEMOGA SEGALANYA BERJALAN LANCAR
PadamwARGH!!! HEBAT... Bukan tanggungjawab mudah jadik "Pendidik" apatah lagi Pendidikan Khas, kena insan yang betul2 mulia macam cikgu ni. Arrr, kat stu aku nampak kehalusan dan ketulusan hati cikgu ni melahirkan (sparkling) kemulusan bait2 indah. wARGHHHH! Tabik + teruskan keindahan & pjuangan sbg pendidik... smga hepi bsama abg n anak2 tu har3... Adios! Slm
BalasPadamEh..kembang hidung kena puji ni..apapun terima kasih kerana sudi bertandang ke blog memori searng guru..cgu khas n lain sikit..kena menjiwai anak2 murid kena merasa sama duni amereka barulah kita dapat menyelami apa perasaan mereka..bagi saya kerana merekalah punca rezeki saya.kerana mereka menjadikan saya seorang guru..terima kasih daun keladi..harap jgn jemu berkunjung lagi ya.
Padamtahniah... skrip yang menarik, izinkan saya mencedok serba sedikit utk mesyuarat sekolah saya
BalasPadamambillah cikgu...dgn ikhlas hati saya izinkan
PadamTertarik menarik izinkan mengambil sedikit ayt dan pantun yg mnarik utk dijadikan pautan dlm teks juruacara saya. Terima kasih di atas ilmu yg dicoret.
BalasPadamAmbillh cgu..semoga segalanya berjalan lancar
BalasPadamSkrip yg menarik...mohon kebenaran untuk mencedok sedikit.
BalasPadamambillh sy izinkan semoga segalanya berjalan lancar
Padamsangat menarik........mohon kongsi teks dan pntun cikgu utk majlis sekkolah
BalasPadamambillah cikgu
Padamsy ingin kongsi text ne cz sy d tugaskan utk jd mc kt kolej . tima kc :)
BalasPadamYa silakan semoga segalannya berjalan lancar
Padammenarik..mohon share pantun dan ayat.terima kasih
BalasPadamye..silakan
Padamhahaha. sory terpaknsa search. kena sediakan teks untuk perasmian jentera kedua universiti kami. search2 yang ni jumpa.mohon guna :)
BalasPadamya..silakanlah ya
PadamTeks yang menarik mohon izin guna..tq
BalasPadamSilakan cgu
Padammohon izin untuk memetik beberapa ungkapan yang ada....terima kasih.
BalasPadamSilakan ....mana yg baik tu ambil lah ya
BalasPadamsalam.mohon izin mengutip idea....makasih
BalasPadamYe slilakan ..semoga dapat idea yg blh menarik
BalasPadamTeks yg bagus.. Saya mohon izin guna pakai teks ni tuk saya jadi mc di majlis yg akan saya wakilkan nanti...terima kasih ye
PadamSilakan Cikgu...
Padamterima kasih ...teks cikgu sya jadikan panduan....teruslah berkarya bagi membantu kami yang kurang mahir berbahasa...
BalasPadamSama2...terima kasih kerana jadikan blog Cikgu sbg panduan ya
Padammohon share ye cikgu... TERIMA KASIH..
BalasPadamye silakan cikgu
PadamMohon izin untuk menggunakan ayat2 dalam teks...
BalasPadamAs Salam mohon izin share untuk kegunaan Mesyuarat Agung .
BalasPadamwaalaikumussalam...semoga segalanya berjalan lancar
PadamBoleh minta emel cgu tak.. Utk senang sy bertanya...
BalasPadamietafaisal@gmail.com
Padamterima kasih cikgu..saya gunakan teks utk panduan saya ya..
BalasPadam