Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 30 Jun 2012

Contoh Teks Pengacara Majlis Penutupan Kejohanan Balapan Dan Padang SMK Demak Baru,Kuching



Teks Pengacara Majlis Penutupan Kejohanan Balapan Dan Padang SMK Demak Baru Kali ke 4.

Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua kontijen masuk ke padang,dan berada di hadapan pentas utama untuk pengacara penyampaian hadiah dan majlis penutupan.
KATA ALUAN
Assalamualaikum dan selamat petang,
Yang Berusaha,
En Rambli bin Hj Hasbi Pengetua SMK Demak Baru,

Yang Dihormati,
Pn Misia Hj Zain , Penolong Kanan Kurikulu.

En Razalie Badar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En Selamat Masuni, Penolong Kanan Kokurikulum,

En Jamal Shukuri Bolhassan, Penolong Kanan PPKI

Wakil-wakil PIBG,
Guru-guru,tuan-tuan,Puan-puan,

Serta para pelajar yang kasihi sekalian.

Alhamdulillah kita telah selesai melaksanakan semua acara sukan pada kejohanan sukan tahun ini.Kepada atlet yang berjaya tahniah diucapkan kepada yang tidak berjaya tahun hadapan cuba lagi.

                                                                    NYANYIAN LAGU NEGARAKU

SEBAGAI PEMBUKA TIRAI,MAJLIS KITA PADA HARI INI.DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU. DAN LAGU SEKOLAH “Demak Gemilang”

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.

BACAAN BACAAN DOA

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA PADA HAR INI YANG PENUH BERMAKNA IN,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DLAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMANYA MEMPERSILAKAN.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

MAJLS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID ATAS BACAAN DOA ITU TADI.




PENYAMPAIAN HADIAH&CENDERAMATA
Hadirin sekalian,
Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pada Kejohanan  Balapan Dan Padang Tahunan kali ini, majlis dengan segala hormat menjemput Yang Berusaha En Rambli Hj Hasbi,Pengetua SMK Demak Baru, dengan diiringi oleh En. Selamat bin Masuni, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK  Demak Baru  untuk menyampaikan hadiah.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Diumumkan pula pemenang bagi pertandingan perarakan perbarisan bagi kategori rumah sukan pada hari ini.
-Johan berjaya dsandang oleh pasukan Rumah___________.
-Seterusnya tempat kedua berjaya digondol oleh pasukan Rumah________.
-Dan tempat ketiga berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah__________.
Hadirin sekalian,

-Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini.
-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Sekolah adalah Adik____________________________.
Untuk makluman semua, beliau telah memenangi acara___________________________________________________
-Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Olahragawan Sekolah pada tahun ini adalah Adik____________________.
Beliau telah meraih pingat__________________________________.
-Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi johan, naib johan, dan tempat ketiga secara keseluruhan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding.
-Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan Rumah____________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.
-Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.
-Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Balapan dan Padang kali ke4 jatuh kepada:
Rumah Sukan__________________________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.
.
- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan Pengetua atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.





UCAPAN PENGETUA
Hadirin dan hadirat sekalian,
Untuk menyempurnakan penutupan kejohanan Balapan dan Padang pada kali ini,ajlis sekali lagi menjeput Tuan Pengetua untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Balapan dan Padang SMK Demak Baru Kali ke.4.
Majlis dengan ini mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
Jemput Pengetua Meneima Bendera Kejohanan.
Seterusnya upacara menurunkan bendera kejohanan,majlis dengan ini menjemput Yang dihormati En Selamat Masuni, Penolong Kanan Kokurikulum untuk mengiringi Yang Berusaha Tuan Pengetua bagi menerima bendera kejohanan.

Umum Upacara Penurunan bendera Kejohanan
Bendera Kejohanan Balapan Dan Padang SMK Demak Baru akan diturunkan sebagai tanda berakhirnya kejohanan kali ke 4 yang penuh bermakna ini.
Untuk itu, majlis menjemput Pasukan Pengakap untuk menurunkan bendera kejohanan,seterusnya di bawa untuk diserahkan kepada tuan pengetua.
Bendera ini akan dikibarkan lagi pada kejohanan kali ke 5 tahun hadapan. InsyaAllah.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan.
PENUTUP
Dengan acara penurunan bendera kejohanan sebentar tadi,maka berakhirlah kejohanan Balapan dan Padang kali 4 Sekolah Menengah SMK Demak Barutahun 2012.
Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-peserta yang berjaya.Kepada yang masih gagal teruskan usaha ,jangan putus asa.
YAKIN BOLEH,ANDA BOLEH DAN SEMEMANGNYA SMK DEMAK BARU BOLEH....inSYaAllah!!
Sebelum  majlis bersurai,marilah sama-sama kita nyanyikan lagu” Satu Murid Satu Sukan”dan “ Ibu Pertiwiku”.
SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TA’ALA WABARAKATUH.

Rabu, 27 Jun 2012

Teks Pengacara Majlis Pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang



  

Teks Pengacara Majlis Pembukaan  Kejohanan Balapan dan Padang SMK Demak Baru kali  ke 4 (27 Jun 2012)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin serta pegawai sukan,guru-guru dan murid-murid sekalian /bagi pihak warga SMK Demak Baru Kuching., kami mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis Kejohanan  Balapan dan Padang kali ke 4 kali ini
)
Diharap tuan tuan dan puan puan berada dalam keadaan selesa di tempat duduk masing-masing di samping ... mengikuti acara-acara yang akan berlangsung dari mula sehingga ke penghujung 
kejohanan ini….terima kasih!
KATA-KATA ALUAN
BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM


Assalamualaikum warahmutullah wth..
Bismillah…segala puji bagi Allah dan salawat ke atas junjungan kita nabi Muhamad saw..

Dengan izin dari Allah subhanahuwaatalaa dapat kita bersama-sama berkumpul pada hari yang indah dan penuh ceria hari ini.
 


Yang Berusaha

Pn Misia Hj Zain
Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati.

En Razalie Badar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Selamat Masuni
Penolong Kanan Kokurikulum

En Jamal shukuri Bolhassan
Penolong Kanan PPKI

En Bolhari Bojeng
Wakil PIBGj

Ketua-ketua bidang,guru-guru ,
Tuan-tuan,puan-puan para hadirin,
Atlit-atlit olahraga dan para pelajar yang dikasihi sekalian.


Kejohanan olahraga SMK Demak Baru 2012 pada pagi ini kita mulakan dengan perbarisan masuk kontigen rumah sukan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berusaha Pn Misia HJ Zain untuk menerima tabik hormat.
Perbarisan masuk kontijen rumah sukan dimulakan dengan MERAH BERANI ,POWER.diketuai oleh Saudara azlan Hipni dengan kekuatan 114 peserta. Pasukan ini dibimbing bersama oleh PN................................rumah merah.
Diikuiti oleh Rumah Biru.”.Biru  MANGKAK “menjadi motto pada tahun ini.Diketuai oleh Saudara Jacson Ak Geoge.dengan kekuatan  peserta seramai 116 orang.Pasukan rumah biru dibimbing oleh ………………………………………

Seterusnya, acara lintas hormat daripada pasukan rumah Kuning . Pasukan ini bermottokan ENGCANG”,diketuai oleh Mohd Nazrin Naziman.dengan kekuatan 112 peserta.Pasukan rumah kuning pula di bimbing oleh…………………………………………….

Akhir sekali Rumah Hijau “,Hijau Pemburu Emas”,diketuai oleh  Saudara Khairul Anuar Bujang dengan kekuatan  110 peserta.
Pasukan rumah hijau telah dibimbing oleh……………………………………………………
*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang berusaha Pn Misia HJ Zain kerana telah sudi menerima lintas hormat


Alhamdulillah ,marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya Jua maka kita diberikan kecergasan fizikal dan mental untuk sama-sama memeriahkan Kejohanan Balapan dan Padang SMK Demak Baru kali ke 4.
NYANYIAN LAGU

Sebagai pembuka tirai ,majlis pada hari ini, dijemput  hadirin dan hadirat yang berada di sini berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu Kebangsaan Lagu Negaku dan di susuli dengan lagu sekolah iaitu Demak Gemilang.
Terima Kasih diucapkan kepada seAmua atas nyanyian itu tadi.

UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEJOHANAN.

Berikut tibalah masanya acara yang dinanti-nantikan iaitu acara menaikkan bendera kejohanan yang akan diketuai oleh Saudara Ibrahim Syariman diiiringi oleh pembawa bendera dari setiap rumah sukan.
 
Demikianlah tadi berakhirnya upacara menaikkan bendera kejohanan SMK Demak 2012.
BACAAN IKRAR KEJOHANAN


Seterusnya majlis pembacaan ikrar kejohanan olahraga kali ke 4 SMK Demak Baru .Untuk itu majlis mempersilakankan Saudara Sevelter bagi  malafazkan ikrar kejohanan.
Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas pembacaan ikrar itu tadi.
UCAPAN
Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn Misia Hj Zain untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang SMK Demak Baru Kali ke 4.
Majlis dengan ini mempersilakan.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Misia Hj Zain atas ucapan perasmian sebentar tadi.
 NYAYIAN SATU MURID SATU SUKAN
Seterusnya marilah sama-sama kita menyanyikan lagu “Satu Murid Satu Sukan”

Terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Seterusya kita akan menyaksikan keberangkatan keluar kontijen rumah sukan.

ACARA BALAPAN
Hadirin sekalian,
Marilah kita beralih ke acara yang dinanti-nantikan ,acara balapan iaitu acara……………………………………………………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Pegawai-pegawai kejohanan yang terlibat didalam acara ini diminta untuk turun ke arena bagi melicinkan perjalanan acara.

(Perjalanan kesemua acara (Spontan).

Hadirin dan hadirat sekalian.
Dengan berakhirnya acara……………………………………..sebentar tadi ,maka berakhirlah sudah kejohanan balapan dan padang untuk hari ini.Kita akan menyambung kembali pada pagi esok.

Sekian ,terima kasih.
 WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TA’ALA WABARAKATUH.

Sabtu, 23 Jun 2012

Anak Murid Paling Kecik...Comeynya!!

Gera betul saya dengan budak kecik ni..Ini adik kepada anak murid saya yang bernama Abang Adam.Satu family datang untuk majlis muafakat SMKDB.Saya ni pantang tengok baby..mesti nak pinjam dan ambil buat main...Nak kata takde anak..anak-anak dah 5 pun...Dah jiwa ditakdirkan dengan budak-budak...macanilah.







Macam-macam gelagat Aimy












Jumaat, 22 Jun 2012

Pertandingan Melukis Mega SMK Demak Baru

 Bersiap sedia dengan keperluan untuk melukis ni...lawaklah..selama ni duk suruh pelajar lukis cantik-cantik..bila nak lukis sendiri baru gelabah..tangan kayu mana boleh melukis kan...
 hajat hati nak bergambar sorang...ramai pulak yang datang...huhu

 Tak habis-habis menganggu cikgu Azwan ni...
 dapat jugak abil gambar sorang je..kih-kih
 Bersama Arfan dan Najib....
 Tunggu masa nak melukis...
 Tak sabar dah pelajar-pelajar ni..


 Sebahagian pelajar PPKI



 Cikgu dan PPM


 Menunggu masa....

 Lukisan macam budak darjah 1..lawak sungguh..




 Jgn gelak tengok lukisan saya ni...
 Kak Dayang yang memang pakar melukis

 Jeng2....siap dah..tiada seni langsung kan....hahahaha