Pada 28 Mei 2015 yang lalu iaitu hari Khamis.wakil dari Klinik Kesihatan telahpun datang ke PPKI SMK DEMK BARU untuk memberikan taklimat penjagaan gigi kepada murid-murid PPKI.Aktiviti pada hari tersebut ialah penerangan penjagaan gigi serta menunjukkan cara-cara memberus gigi yang betul. Di samping itu juga.murid-murid telah diberikan berus dan ubat gigi percuma kepada semua murid PPKI yang hadir pada hari tersebut
Terima kasih kepada jururawat yang memberikan khidmat dan kerjasama..semoga tahun hadapan berjumpa lagi.
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Ahad, 31 Mei 2015
Taklimat Penjagaan Gigi
Langgan:
Catatan (Atom)