Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 30 Januari 2015

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS MALAM JASAMU DI KENANG 2015

UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA MAJLIS MALAM  JASAMU DIKENANG


SMK DEMAK BARU.
HOTEL PEVIEW.KUCHING
 30 JAN 2015

MALAM YANG INDAH PENUH CERIA
PENGHULU HARI YANG  BERBAHAGIA PENUH BERMAKNA
KAMI BAWAKAN KEPADA ANDA “MALAM JASAMU DI KENANG”



BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM 
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.


YANG BERUSAHA
 CIKGU HAJAH FATIMAH  HAMID
PENGETUA SMK DEMAK BARU.



YANG BERUSAHA
PN MISIA HJ ZAIN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN MERANGKAP PENGERUSI KELAB KEBAJIKAN GURU DAN STAF SMK DEMAK BARU






YANG DIRAIKAN
 ,EN SAIE BISUNI
KETUA BIDANG BAHASA


PN RAHMAH AHMAD
……………………………………………..


SERTA

TN HJ JEMAN BIN KHAIRUDIN
BEKAS GURU SMK DEMAK YANG KINI BERTUGAS DI SMK(A) MATANG





.


YANG DIHORMATI
EN BOHARI BOJENG
NAIB YANG DIPERTUA PIBG
SMK DEMAK BARU

EN RAZALIE BADAR
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

EN HJ ALET BIN HJ ALI
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SMK BAKO  
MANTAN PENOLONG KANAN SMK DEMAK BARU

MANTAN GURU-GURU DAN STAF SMK DEMAK BARU

 KETUA-KETUA BIDANG,

RAKAN-RAKAN GURU ,

KAKITANGAN SMK DEMAK BARU.

TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YANG DIKASIHI SEKALIAN…

. BAGI PIHAK JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE MALAM “JASAMU DIKENANG” SMK DEMAK BARU 2015..ALHAMDULILLAH KITA BERTEMU PADA MALAM INI  UNTUK MERAIKAN 2 ORANG WARGA DEMAK YANG BAKAL MENINGGALKAN KITA YANG TELAH BANYAK MENCURAH KERINGAT,MENABUR BAKTI.INSAN  YANG DIMAKSDKKAN INI TAK LAIN, TAK  BUKAN IAITU EN SAEEI BN BISUNI SERTA PN RAHMAH BIN AHMAD.
 ,MALAM INI JUGA  CUKUP BERMAKNA. KERANA KITA DIPERTEMUKAN KEMBALI   DENGAN MANTAN PENOLONG KANAN DAN BEKAS –BEKAS GURU DAN STAF YANG BANYAK MENABUR JASA DAN BUDI DI SMK DEMAK BARU .

PASTINYA MERIAH MAJLIS MALAM INI
BERSAMA INSAN-INSAN YANG PERNAH MENABUR BUDI
SEMEMANGNYA”JASAMU DIKENANG BUDIMU TAK TERBILANG.

SESUNGGUHNYA KEHADIRAN TUAN PUAN KE MAJLIS MALAM PENUH NOSTALGIA INI PASTI MENAMBAH SERI PENUH BERETI,BUAT DIKENANG DIKEMUDIAN HARI..




BACAAN DOA

HADIRIN YANG DIHORMATI,

MENANDAH TANGAN TANDA KERENDAHAN
LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN


BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA DI MALAM YANG PENUH BERMAKNA INI,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DILAFAZKAN OLEH EN NASIR BIN  MORNI.BEKAS GURU SMK DEMAK BARU YANG KINI BERTUGAS SEBAGAI NAZIR .

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN

AMIN AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN


MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA EN NASIR BIN MORNI  ATAS BACAAN DOA ITU TADI.






UCAPAN PENGERUSI KELAB GURU

SETERUSYA SEBAGAI PEMBUKA PERSADA UCAPAN ,MAJLIS DENGAN HORMATNYA MENJEMPUT YANG BERUSAHA PN MISIA HAJI ZAIN  PENOLONG KANAN PENTADBIRAN  DAN MERANGKAP PENGERUSI KELAB KEBAJIKAN STAF DAN GURU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.


MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PN MISIA HJ ZAIN.










UCAPAN PENGETUA


SETERUSNYA DIJEMPUT YANG BERUSAHA  CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.

MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN.


MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH 



UCAPAN PUAN RAHMAH

TUAN-TUAN DAN PUAN –PUAN HADIRIN SEKALIAN

BANYAK DURI PERKARA DURI
TIDAK SAMA DURI MENGKUANG
BANYAK BUDI PERKARA BUDI
TIDAK SAMA BUDIMU SEORANG


SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIRAIKAN PUAN RAHMAH BINTI AHMAD UNTUK MEMBERIKAN SEPATAH DUA KATA .MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN RAHMAH BINTI AHMAD ATAS UCAPAN ITU TADI.



UCAPAN EN SAIE BISUNI


MALAM HARI BERLAGU UNGGAS
MEMECAH KESUNYIAN DI DALAM HUTAN
WALAUPUN TERPISAH TEMPAT DAN TUGAS
BUDIMU TUAN DALAM INGATAN

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG DIRAIKAN  EN SAIE BISUNI . UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN  

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN SAIE BIN BISUNI ATAS  UCAPAN SEBENTAR TADI

SESUNGGUHNYA MUSIM BERTUKAR
TAHUN YANG BERGANTI
TIADA YANG PUDAR DARI HATI KAMI
JARAK HANYA RUANG
PERPISAHAN HANYA WAKTU
ANDAI MEMANG DITAKDIRKAN
PASTI BERTEMU..
TAK TERTULIS DEK KATA-KATA,TAK TERLUKIS DEK PERASAAN BETAPA KAMI DI SMK DEMAK INI AMAT TERHUTANG BUDI DENGAN SEGALA CURAHAN BAKTI YANG TELAH DIBERIKAN SELAMA INI.

TERIMA KASIH DAUN KELADI KALAU BOLEH JANGANLAH PERGI.







PENYAMPAIAN CENDERAMATA/ ACARA PEMOTONGAN KEK

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,MAJLIS SETERUSNYA ADALAH PENYAMPAIAN CENDERAMATA SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN BUAT INSAN YANG KITA RAIKAN PADA HARI INI.

SEBELUM ITU ,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA INGIN MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA , PN MISIA HJ ZAIN,PENOLOG KANAN PENTADBIRAN SMK DEMAK BARU  UNTUK MENGIRINGI YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MAJLIS PENYAMPAIAN TANDA HATI KEPADA YANG DIRAIKAN  PN RAHMAH AHMAD,TN HJ JEMAN BIN KHAIRUDIN,DAN EN SAIEE BIN BISUNI..


DIPERSILAKAN KE PENTAS PN RAHMAH AHMAD UNTUK MENERIMA CENDERAMATA.

SETERUSNYA DIPERSILAKAN TN HJ JEMAN KHAIRUDIN…. PASTINYA WARGA SMK DEMAK BARU TIDAK AKAN LUPA PADA JASA TN HJ JEMAN KERANA MENULIS LIRIK DEMAK GEMILANG YANG PENUH PUITIS SEKALI

TERIMA KASIH SEKALI LAGI DIUCAPKAN.

SETERUSNYA DIPERSILAKAN PULA YANG DIRAIKAN EN SAIE BISUNI,KETUA BIDANG BAHASA ,SMK DEMAK BARU KEPENTAS UNTUK MENERIMA CENDERAMATA KENANGAN






BEGITULAH TADI ,UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAMATA KENANG-KENANGAN.
TERIMA KASIH  DIUCAPKAN KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN HADIAH.


MOHON PN PENGETUA ,PN MISIA SERTA  YANG DIRAIKAN PADA MALAM INI TERUS BERADA DI ATAS PENTAS BAGI ACARA PEMONTONGAN KEK…

DIPERSILAKAN UNTUK SAMA-SAMA  BAGI U[PACARA PEMOTONGAN KEK

TERIMA KASIH SEKALI LAGI DIUCAPKAN.


JAMUAN MAKAN


KEMBANG HARUM SIBUNGA SEROJA
BUAT HIASAN PENYAMBUT TETAMU
TERHIDANG SUDAH JAMUAN DIMEJA
DIPERSILAKAN SEMUA HADIRIN MENJAMU.

UNTUK ITU DIPERSILAKAN HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN UNTUK MENJAMU SELERA.





PERSEMBAHAN

TERBANG BEBAS SI RAMA-RAMA
TERATAI MEKAR DI TENGAH LEMBAH
JAMUAN MALAM DIIRINGI IRAMA
PERSEMBAHAN NYAYIAN TURUT DIPERSEMBAH.

.


HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN DARI RAKAN-RAKAN GURU DAN STAFF YANG MEMPUNYAI BAKAT TERPENDAM.
DENGAN INI MAJLIS MEMULAKAN PERSEMBAHAN DENGAN MENJEMPUT PERSEMBAHAN PERTAMA UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN.



PENUTUP

TIBA WAKTUNYA UNTUK MENYUSUN JEMARI
MEMBUANG SEGALA KERIKIL BERSALUT DIHATI
MAAFKAN KAMI ANDAI ADA SALAH SILAP TANPA DISEDARI
AGAR SAAT PERPISAHAN INI INDAH
BERBUNGA MESRA DALAM JAMBANGAN INGATAN.

 PADA RAKAN GURU DAN STAF  YANG TELAH PERGI MENINGGALKAN KAMI DI SMK DEMAK BARU INI..

JELINGLAH KAMI JIKA RINDU MASIH BERTAMU
SAPALAH KAMI ANDAI MESRA AKRAB BERPADU
SELAMAT BERTUGAS DITEMPAT YANG  BARU
SELAMAT BERSARA MENJADI GURU
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI

 MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA TETAMU DAN HADIRIN YANG SUDI MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS “JASAMU DIKENANG “


DARI MANA ASALNYA USAH DIUSUL
MOLEK BUDINYA MENAMBAT HATI
DUA TIGA BICARA SALAH TERSASUL

JANGAN DISIMPAM DI DALAM HATI