Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Ahad, 9 Oktober 2011
Sarapan Pagi Ahad roti jala bersama kurma daging..
Roti Jala
Kurma daging.
Kurma daging nie lebihan semalam yang saya panaskan.
Berambeh Di rumah Cikgu Khatijah..
Anak murid saya Naamah dan Cinthia
Sementara menunggu giliran makan bersembang dulu dengan tuan rumah Cikgu Khatijah..
Cikgu Ana dan Cikgu Zaimash pun hadir sama
Cikgu Lina dengan anak Cikgu Selina,Alya juga namanya
Suami tersayang dah kekenyangan setelah tambah banyak kali.
Rumah Cikgu Khatijah nie dah kosong,maklum dah nak tinggalkan Bumi kenyalang..Saya pulak insyaAllah pasti akan menyusul.
Gambar yang terakam tak berapa elok maklum budak-budak yang ambil..
Antara menu yang dihidangkan di rumah cikgu Khatijah
Ustaz dengan isteri bersama Azib yang kepanasan terpaksa bukakan baju.
Rindukan keropok lekor...sayapun buat sendiri..
Orang Terengganu kalau tidak dikaitkan dengan keropok lekor memangnya tak sah.Begitu juga saya.Rasanya kerepok antara menu yang saya suka.Sejak berjauhan dengan keluarga dan Negeri Terengganu ni terpaksalah berdikari sedikit untuk merasa keropok lekor yang sebenar.
Apa lagi aktiviti saya tengoklah gambar kat bawah ni..hihi
Resepi
1 kg ikan selayang
500 tepung sagu
1 sudu kanji
garam
secubit gula
Cara menyediakan:
1 kg ikan selayang
500 tepung sagu
1 sudu kanji
garam
secubit gula
Cara menyediakan:
- 1. Bersihkan ikan.kemudian asingkan isi dan tulangnya.kemudian kisar ikan atau tumbuk dengan lesung batu.
- Gaulkan ikan dengan tepung sagu dan kanji.Uli sebati dan masukkan garam dan secubit gula.Kalau suka letak perasa ajinomoto tu boleh juga.kalau tak letakpun takpe jugak.
- Sapukan dulang atau papan pengelek dengan tepung sagu agar tidak melekat.Uli memanjang
- Kemudian rebus keropokdi dalam air panas.Apabila keropok telah timbul,itu tandanya sudah masak dan boleh diangkat.
- Angkat dan tuskan airnya.
- potong ikut suka dan goreng kekuningan..
- Kalau nak rasa keropok losong..lepas uli jangan rebus terus goreng je..
Belajar buat Kek Cheese Oreo...dan Kek Horlicks
Kek Cheese Oreo
Kek Horlicks
Akhirnya impian saya nak buat kek sendiri menjadi jugak..Bukannya apa tak tahan dengar komen anak bila saya nak buat kek.terutamanya Alif anak saya yang nombor dua memang jujur dalam kritikan.
Cukuplah sekali
Sekadar renungan....
Sekiranya sahabat pernah melakukan sebarang kesilapan,bersedialah untuk memaafkannya.
Tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya.
Jika kita yang bersalah,janganlah malu meminta maaf daripada mereka.
kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat
Ahad yang mendamaikan
Damainya rasa pagi ini...sempat jugak berbicara dengan rakan-rakan fb..Syukur buka mata jiwa rasa tenang sangat..Hari ini mungkin sedikit kelam kabut sebab pastinya banyak perkara perlu dibereskan maklum hari ini pembantu Kak Diah tak mahu datang.Awal-awal lagi semalam dah bagitau esok hari jadinya ,jadi dia mohon diberi ruang untuk bersama keluarga.Aku dan suami dari malam tadi dah merancang satu kejutan buatnya..Tengoklah jadi ke tak rancangan ni..
Lepas ni nak masuk dapur...emmm apa menu untuk sarapan dia orang ni..Roti jala bersama kari..
yes!!..itu jawapanya..
Dedikasi buat sahabat
Sahabat yang disayangi...
Kanvas kehidupan saya tidak akan berwarna warni tanpa kenangan kita semua
Kepada rakan-rakan yang menganggap saya sahabat kalian,terima kasih yang tidak terhingga atas penghargaan tersebut..
Walaupun kita berada di bawah bumbung langit yang sama,kekangan waktu ada kala membuatkan kita tidak berkesempatan bertemu.
Namun jauh di sudut hati ini, pastinya merindui memori pahit manis yang pernah kita ukirkan bersama..
Doa dan harapan bahagialah hendaknya walau di mana kalian berada..
Langgan:
Catatan (Atom)