Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 11 Jun 2012

Terima Kasih Sang Kuriang....

  • Sang Kuriang kalau surat naik pangkat hehehehee...melepeh .... namo tok naik2...tak dok dlm senarai kih3... Rose dah naik doh mu bila lagi ...nok jadi bos besar ..kih3 ...
    about an hour ago ·  · 1
  • Norzita Mohamed ‎2 th lg dapatlah 48 insyaAllah..sy nak jadi cgu je..tak kejar jawatan kalu tak dah lama sy pohon...cita2 dr kecik nak jd cikgu yg kekal di hati ank2 murid
    20 minutes ago ·  · 2
  • Sang Kuriang 
    Wahai sahabat ku, ramai yg cakap macam tu, sy pun dulu cakap mcm tu jugak, tapi dengar nasihat sahabat mu ini...Sampai kapan kita nak diperintah org, kita sudah punya cukup ilmu untuk menjana kecemerlangan, kita ada sesuatu dalam hati nak l...See More

Wahai sahabat ku, ramai yg cakap macam tu, sy pun dulu cakap mcm tu jugak, tapi dengar nasihat sahabat mu ini...Sampai kapan kita nak diperintah org, kita sudah punya cukup ilmu untuk menjana kecemerlangan, kita ada sesuatu dalam hati nak lakukan perubahan tetapi tidak boleh nak buat sebab ada bos dan bos tak nampak apa yg kita nampak, bila kita pegang jawatan kita boleh laksanakan pelbagai program dan memperkenalkan yg baharu. nanti kita akan sakit hati bila yg lebih muda drpd kita mengarahkan kita buat yg bukan2 yg dalam fikiran kita itu tidak manasabah langsung, Sekarang ni pun sy masih ada kawan2 yg dah senior tak pegang apa-apa jawatan, membebel tak puas hati tentang pelbagai hal, terus fikiran & hatinya membeku, membangkang tak tentu pasal.. Aduuhhh letih memujuk utk tenteramkan nya... Sayangkan PPKI ambil jawatan dan laksanakan, ada ramai kawan di luar sana boleh membantu ..Insya'Allah..Bila ada jawatam kita boleh transferkan pengalaman, melalui pengalaman kita boleh jana perubahan, maka PPKI akan disegani orang..Wallahu'alam.. huhuhuhuhuhuhu ..

Saya sebenarnya bersyukur bertemu dengan seorang kawan di alam maya yang langsung tidak pernah bersua muka namun disebalikknya wujud satu kemesraann...saling mengingati saling berpesan..
Hanya terima kasih yang mampu saya ucapkan kerana persahabatan di alam maya tidak merugikan sesiapa sebaliknya bertambah teman-teman untuk saya berkongsi cerita.
 

Buah Sukun.Oh Buah Sukun


Tengok gambar buah sukun ni...pasti akan teringat pada satu pokok sukun di hadapan rumah.Pokok sukun ni terletak bersebelahan jalan,milik jiran yang aku panggil Kak Selamah.
Sekarang ni anak-anak tak pernah lagi merasa bagaimana rasa buah sukun ni.Berbeza zaman kehidupan aku dulu..Pantang je nampak buah sukun yang tua tu gugur,pasti berlari pergi ambil..Terkadang tu berebut dengan jiran cina sebelah rumah yang ku panggil Mek Yam..
Bila dapat buah tu, mak akan masakkan buah sukun ni sama ada goreng macam tu aje ataupun di celup tepung.Tapi yang aku suka bila disira buah sukun..Ya Allah sedapnya..Meleleh air liur bila teringat buah ni..
Ni adalah buah-buah yang orang-orang susah je tahu bagaimana rasa sedap dia..Yelah nak beli buah limau atau epal masa tu jauh panggang dari api...
Kenangan mengusik jiwa sungguh


Betapa Bernilainya Sebuah Persahabatan

Sungguh tidak dapat dibayangkan kegembiraan  hati ini bertemu dengan kawan-kawan persekolahan.Ada tu terpisah dari tingkatan 3 lagi..Dan ada kawan yang dari sekolah rendah dan menengah seperti Lina..Tetap duduk sekelas hinggalah terpisah ketika di tingkatan 6.Terkabur hajat hati ini apabila satu lagi pertemuan terjadi.Walaupun masanya amat singkat tapi cukuplah untuk terus memastikan persahabatan yang terjalin sekian lama terus mekar dan mekar..Walaupun pantai sentiasa berubah tapi hubungan ini tetap utuh.Terima kasih teman.. pada sebuah pertemuan ini walaupun sedikit terkilan tak sempat bertemu dengan kawan lama Mariam..Apapun semoga selepas ini kita bertemu lagi.
 Lina dan Kak Long
 Shima


 Emi dan Lina
 Anak-anak Emi


 Kenangan kita tercipta di sini

Shopping Raya di KB Mall Kota Bharu

















Tumpat With Love