Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 31 Januari 2016

Atur Cara Majlis Perasmian Bangunan Baru PPKI

ATUR CARA
MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BARU PPKI
SMK KG JAWA
17 FEBRUARI 2016
DEWAN JUARA

            7.30 pagi         :           Ketibaan pelajar  dan guru                                       
7.40 pagi         :          Ketibaan ibu bapa
8.00 pagi         :          Ketibaan Pengetua   dan barisan penolong kanan serta
                                      Ketua bidang.
8.05 pagi          :          Nyanyian Lagu Kebangsaan
8.10 pagi          :          Bacaan Doa
8.15 pagi          :          Ucapan alu-aluan 
oleh Pn Normala Binti    Misman    ,Penolong Kanan PPKI SMK KG Jawa.                                                   
                         Ucapan Perasmian
                         oleh  Tuan Haji Mohammed Nashan Bin   Singgan ,Pengetua 

             11.30 pagi       :          Persembahan Nyanyian
 11.45 pagi       :          Penyampaian Hadiah dan cenderamata
             11.50 pagi       :          Lawatan dan Gimik Majlis Perasmian
                                                Sesi Bergambar
             12.30 tgh        :         Jamuan Makan
 01.00 ptg         :        Majlis Bersurai


ATUR CARA PENTADBIRAN MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BARU PPKI SMK KG JAWA


ATUR CARA PENTADBIRAN MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BARU
PPKI SMK KG JAWA.
2016

QUE
MASA
BUTIRAN ACARA
VVIP/INDIVIDU/KUMPULAN
TEKNIKAL
(AUDIO)
CATATAN/TINDAKAN
1.0
6.30 a.m
Persiapan tempat dan urusan teknikal

‘Sound Check’
*Mic Pengacara Majlis dan Mic Ucapan & speaker
*Muzik-muzik ketibaan,Negaraku.

JK PA Sistem & Peralatan
2.0
7.00 a.m
Taklimat Akhir semua AJK oleh Setiausaha Program

Mic
Semua JK Pelaksana
3.0
7.15 a.m
Semakan akhir pergerakan di semua stesen


Semua JK
Stesen:
Pentas
Tempat duduk
Jemputan/ibu bapa/pelajar /guru
Tempat jamuan

VVIP/Jemputan/pelajar
Tempat bangunan baru.
*Air mineral disediakan di meja /tempat duduk VVIP
*Memastikan cenderahati untuk perasmi telah diletakkan pada tempat yang sepatutnya.
*Kumpulan Kompang telah bersedia di tempat masing-masing.

4.0
7.20 a.m
Semua JK berada di tempat masing-masing.


Pengacara majlis /jurugambar telah bersedia di tempat masing-masing.
5.0
7.30 a.m
Agihan semua buku program di tempat duduk
Murid PPKI mengambil tempat masing-masing.


JK Buku Program
*mohon bantuan murid
* Buku Program VVIP diberi semasa VVIP duduk.
6.0
7.40 a.m
Ketibaan para jemputan


JK Sambutan dan Protokol
*Sambutan/protokol perlu berada di depan pintu dewan .
*Sambutan/Protokol perlu mengiringi  tetamu di tempat duduk yang di tentukan.43
JK Jurugambar
7.0
8.00 a.m
Ketibaan Pengetua dan jemputan yang lain
3 orang murid sambut VVIP

2 orang pegang bunga manggar.

Pengerusi majlis.

Semua hadirin berdiri


Muzik Iringan ketibaan
JK Sambutan dan Protokol
P.A Sistem,Jurugambar,
Pengerusi Majlis,
*Pengacara majlis umum ketibaan
* Usher /penyambut tetamu bawa VVIP ke tempat duduk.
* Buku Program beri VVIP.
8.0
8.05 a.m
Nyanyian Lagu Negaraku
Semua hadirin berdiri

Muzik lagu Negaraku
JK P.A Sistem & Pengerusi Majlis.
*Pengacara Majlis umum semua berdiri dahulu sebelum duduk.
*Semua murid PPKI nyanyi kuat dan bersemangat.
*Pengacara Majlis mengumumkan bacaan doa selepas nyanyian.
9.0
8.10 a.m
Bacaan Doa
En
Mic aras mulut
Pengacara Majlis,Bacaan Doa & Peralatan
*Peralatan membetulkan Mic.
10.0
8.15 a.m
Ucapan Alu-aluan Penolong Kanan PPKI PN Normala Misman

Ucapan Pengetua SMK KG Jawa
*Pn Normala Misman


*Tn Haji Mohamed Nashan Singgan

Mic aras mulut
Pengacara Majlis,
JK Sambutan Protokol
*Selesai bacaan doa Pengacara majlis mempersilakan Penolong Kanan PPKI untuk menyampaikan ucapan .
*Usher mengiringi ke pentas dan balik ke tempat duduk.

*selesai ucapan Pn Normala,Pengacara Majlis mempersilakan pengetua untuk menyampaikan ucapan perasmian.
11.0
11.30 a.m
Persembahan Murid
-Nyanyian Solo
(Masalah Penglihatan)
Murid PPKI
Mic
JK Persembahan
-Mengurus murid masuk dan keluar pentas.
JK P.A Sistem
-CD lagu
* Pengacara majlis mempersilakan  murid PPKI membuat persembahan nyanyian.
JK Peralatan
-Periksa mic dan kedudukan murid.
12.0
11.45 a.m
Penyampaian Cenderamata
*Tn Haji Mohamed Nashan Singgan

*Pn Normala Misman


Selesai murid membuat persembahan,Pengacara majlis menjemput penolong kanan PPKI untuk menyampaikan cenderamata kepada pengetua.

JK Cenderamata
Pastikan *cenderamata yang diberi di ambil balik
JK Sambutan dan Protokol.
Pengerusi Majlis.
Jk Sambutan dan Protokol

*Usher tunjukkan arah murid-murid berbaris di sepanjang laluan ke bangunan baru

*Pengacara majlis memaklumkan acara seterusnya adalah lawatan dan gimik perasmian di bangunan baru.


13.0
11.50 a.m
Gimik (Bangunan Baru)
*Tn Haji Mohamed Nashan Singgan

*Pn Normala Misman

Murid PPKI
Pasukan Kompang
Pembawa bunga manggar
Kompang dipalu
*Usher menerangkan sedikit tentang gimik perasmian.
14.0

Lawatan di Bangunan Baru



15.0
12.30 p.m
Jamuan


JK Jamuan
-Sudah dalam keadaan bersedia dengan semua jenis jamuan.
*usher akan menunjukkan arah bagi jamuan VVIP dan jemputan.

16.
1.00 p.m
Bersurai


*JK Sambutan /Protokol mengiringi tetamu pulang.

Dengan ingatan tulus ikhlas buat kalian yang memerlukan


SEKIAN TERIMA KASIH



Disediakan oleh
Norzita Mohamed
Guru
PPKI SMK Kg Jawa

Rabu, 27 Januari 2016

Kertas Kerja Program Transisi ke Kerjaya PPKI SMK KG JAWA (2)






PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI 
(BERMASALAH PEMBELAJARAN)
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa





KERTAS CADANGAN
PROGRAM TRANSISI KE KERJAYA
MURID BERKEPERLUAN KHAS

TARIKH : 4/ 1 – 25/11/2016



PROGRAM TRANSISI KE KERJAYA
PROGRAM PENDIDIKANKHAS INTEGRASI
(BERMASALAH PEMBELAJARAN)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPONG JAWA, KLANG

1.0 PENGENALAN
Pendidikan khas merupakan salah satu saluran penting untuk membantu golongan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (MBKMP) menghadapi cabaran dalam pembelajaran sehinggalah memasuki alam pekerjaan (Nasri, Hamzah & Udin, 2010). Untuk mencapai matlamat menyediakan Murid Berkeperluan Khas ke arah kerjaya, mereka yang berada di Program Pendidikan khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKI) sekolah memerlukan program transisi secara berterusan untuk menyediakan mereka ke arah berdikari. Program transisi perlu terdiri daripada gabungan aktiviti seperti aktiviti pengenalan kepada keperluan murid secara individu, pengenalpastian pilihan dan minat murid, kemahiran menerima dan melaksanakan arahan, pengalaman komuniti dan perkembangan perkerjaan untuk membantu mereka mencapai objektif tersebut (Williams-Diehm & Lynch, 2007).
Program transisi sekolah ke kerjaya bagi murid BPKMP dibentuk berasaskan dengan latihan vokasional di sekolah menengah teknik dan vokasional dan dirancang dengan lebih spesifik kerana mengambil kira keupayaan dan kebolehan individu berkeperluan khas (Hamdan, 2003). Terdapat lima perkara yang menjadi kunci kejayaan dan amalan transisi ke arah kerjaya murid berkeperluan khas (MBK) iaitu sekolah, kesediaan pengalaman kerja, perkembangan kedewasaan dan kepimpinan, penglibatan ibu bapa dan aktiviti berkaitan (Blackmon, 2007). Kajian Tang(2004) menunjukkan MBK boleh memperolehi kemahiranpra vokasional melalui program transisi.

2.0       RASIONAL
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kebenaran daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa bagi menjalankan Program Transisi Ke Kerjaya di Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa. Program transisi ke kerjaya mempunyai matlamat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas, iaitu melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif

3.0 OBJEKTIF PROGRAM TRANSISI KE KERJAYA
Menyediakan satu program sebagai usaha yang berterusan untuk
1.    Memenuhi syarat sebagai sebahagian daripada subjek Kemahiran Hidup bagi menyediakan MBK dengan alam pekerjaan.
2.    Memperkembangkan bakat dan potensi murid berkeperluan khas dalam bidang kemahiran kerjaya.
3.    Membekalkan kemahiran asas vokasional terutamanya kepada murid pendidikan khas yang berpotensi untuk bekerja.
4.    Menyemai nilai keyakinan dan semangat kendiri yang tinggi dalam diri murid berkeperluan khas.
5.    Membina individu yang patuh dengan disiplin dan arahan ke arah mendapatkan  pekerjaan.

4.0       KUMPULAN SASARAN
25 orang MBK dari PPKI(BP) SMKKJ yang berumur 16 tahun ke 19 tahun.
 
5.0       CADANGAN PENGISIAN PROGRAM TRANSISI MURID BERKEPERLUAN KHAS PPKI SMKKJ TAHUN 2016

Fasa 1:           Mengkaji, menetapkan jenis/ aktiviti yang sesuai untuk dijalankan sebagai pengisian Program Transisi MBK PPKI SMKKJ.
Cadangan penghasilan dan penjualan bahan-bahan berikut di waktu rehat PPKI dan aliran perdana pada setiap hari/ hari Selasa dan Khamis.  
a)    Menjual ais krim
b)    Menjual barang-barang keperluan murid
c)    Menghasil dan menjual makanan (bun, pizza)  
d)    Penghasilan dan penjualan cendawan tiram kepada guru-guru dan
Fasa 2:           Pendedahan kepada kemahiran-kemahiran yang perlu untuk              bekerja.
Fasa 3:           On the Job training
Fasa 4:           Penilaian dan penambah baikan program

MINGGU
TAJUK
PEMBELAJARAN/
KEMAHIRAN

CATATAN
Minggu 1
4/1 -8/1



Minggu 2
11/1 -15/1
·         Pengenalan kepada projek keusahawanan PPKI


Minggu 3
18/1 -22/1
·         Kenalpasti kumpulan sasaran


Minggu 4
25/1 -29/1
·         Kenalpasti maklumat tentang barang yang sesuai dijual – membuat perbandingan

PROJEK JUALAN DIJALANKAN
Minggu 5
1/2 -5/2
·         Kenalpasti maklumat tentang barang yang sesuai dijual – membuat perbandingan

Minggu 6
6/2 -12/2
CUTI TAHUN BARU CINA
Minggu 7
15/2 -19/2
·         Kenalpasti sumber bekalan - menyenaraikan

PROJEK JUALAN DIJALANKAN
Minggu 8
22/2 -26/2
·         Kenalpasti sumber bekalan - membanding

Minggu 9
29/2 -4/3
·         Membuat rancangan jualan - modal

Minggu 10
7/3 -11/3
·         Membuat rancangan jualan - kualiti

12/3 -20/3 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA
Minggu 11
21/3 - 25/3
·         Membuat rancangan jualan – cara menjual

PROJEK JUALAN DIJALANKAN
Minggu 12
28/3 – 1/4
·         Membuat rancangan jualan – cara menjual

Minggu 13
4/4– 8/4
·         Cara menyediakan barang jualan – pengasingan barang

Minggu 14
11/4– 15/4
·         Cara menyediakan barang jualan – pecah pukal

Minggu 15
18/4– 22/4
MINGGU PENDIIDKAN KHAS
2016
Minggu 16
25/4- 29/4
·         Cara menyediakan barang jualan – pembungkusan

PROJEK JUALAN DIJALANKAN
Minggu 17
2/5- 6/5
·         Kemahiran membaca label pembalut

Minggu 18
9/5- 13/5
·         Kemahiran membaca label pembalut

Minggu 19
16/5 – 20/5
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PPKI 2016
16/5 – 24/5
Minggu 20
23/5- 27/5
·         Cara-cara mempromosikan barang - pembungkusan

PROJEK JUALAN DIJALANKAN
28/5 -12/6 CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2016
Minggu 20
23/5- 27/5
·         Cara-cara mempromosikan barang - poster

PROJEK JUALAN DIJALANKAN
Minggu 21
13/6- 17/6
·         Cara-cara mempromosikan barang – jualan murah

Minggu 22
20/6- 24/6
·         Menguruskan jualan – melayan pelanggan

Minggu 23
27/6- 1/7
·         Menguruskan jualan – melayan pelanggan

Minggu 24
4/7- 8/7
CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI
Minggu 25
11/7- 15/7
·         Etika jualan

PROJEK JUALAN DIJALANKAN
Minggu 26
18/7- 22/7
·         Etika jualan

Minggu 27
25/7- 29/7
·         Merekodkan barang jualan

Minggu 28
1/8- 5/8
·         Merekodkan barang jualan

Minggu 29
8/8- 12/8
·         Merekodkan pendapatan dan perbelanjaan

Minggu 30
15/8- 19/8
·         Merekodkan pendapatan dan perbelanjaan

Minggu 31
22/8- 26/8
·         Mengira untung atau rugi

Minggu 32
29/8- 2/9
·         Mengira untung atau rugi

PROJEK JUALAN DIJALANKAN
Minggu 33
5/9- 9/9
·         Mengira untung atau rugi

10/9- 18/9  CUTI PERTENGAHAN PENGGAL KEDUA
Minggu 34
19/9- 23/9
·         Menyediakan akaun ringkas

PROJEK JUALAN DIJALANKAN
Minggu 35
26/9- 30/9
·         Menyediakan akaun ringkas

Minggu 36
3/10 – 7/10
·         Menyediakan akaun ringkas

Minggu 37
10/10-14/10
·         Menyediakan akaun ringkas

Minggu 38
17/10- 21/10
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PPKI
Minggu 39
24/10- 28/10

28/10 -1/11 CUTI HARI DEEPAVALI
Minggu 40
31/10- 4/11
·         Penilaian

PROJEK JUALAN DIJALANKAN
Minggu 41
7/11- 11/11
·         Penilaian

Minggu 42
14/11- 18/11
·         Rancangan tahun hadapan

Minggu 43
21/11- 25/11
·         Rancangan tahun hadapan

26/11/2016-1/1/2017 CUTI AKHIR TAHUN 2016

6.0       STRATEGI PELAKSANAAN
5.1       Pembentangan Kertas Kerja
5.2       Pembentukan Jawatan kuasa kerja
5.3       Permohonan Kebenaran Pengetua
5.4       Pengagihan tugas
5.5       Tindakan
5.6       Pelaksanaan
5.7       Penilaian dan penambah baikan program

7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

BIL
PERKARA
KUANTITI
AMAUN
Pendapatan


1
Loan daripada guru-guru pendidikan khas

RM 1000
2
Sumbangan

RM 300

Jumlah Pendapatan
RM  1300.00




Perbelanjaan


1
Modal untuk membeli barang jualan:



a.    Ais krim
RM 26 x 15 =
 RM    390.00

b.    Makanan

RM    150.00

c.    Bahan mentah

RM    210.00

d.    Bungkah Cendawan Tiram

RM   500.00

e.    Keperluan lain

RM    50.00

Jumlah Perbelanjaan

RM    1300.00


8.0       JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung       : Tuan Haji Mohammed Nashan B Singgan (Pengetua)
Penasihat      : Puan Normala binti Misman ( Penolong Kanan Pendidikan
  Khas)
Pengerusi     :
Setiausaha   :
Bendehari     :
AJK                 :
9.0       PENUTUP

Program Transisi ke Kerjaya Murid Pendidikan Khas ini amat diperlukan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid PPKI mencungkil dan mengasah minat mereka dalam bidang kerjaya. Dengan latihan kemahiran pekerjaan yang disediakan, kami berharap murid-murid PPKI akan meningkatkan pengetahuan demi kemajuan kerjaya mereka dan akan memperoleh kerjaya apabila tamat persekolahan nanti.





















Disediakan oleh,                                                     


_________________                     

Pn Norzita Mohamed                                             
Guru              
Program Pendidikan Khas Integrasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jawa





Disokong / Tidak Disokong oleh,



_______________________________
Puan Normala binti Misman
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Program Pendidikan Khas Integrasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jawa






Dilulus / Tidak Lulus oleh,



_______________________________  
Tuan Haji Mohammed Nashan B Singgan
Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jawa.