Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 8 Mac 2010

Hari-Hari yang Penuh Kesakitan

Beberapa hari ini ,sakit kepala menjadi-jadi...Migrain yang teruk jugak lah sebab makan pil tahan sakit pun tetap jua terasa sakitnya..Baru 2minggu lepas dah terkena migrain..Nie datang balik..Lucunya dalam kesakitan mampu lagi tersenyum..dibelakang hanya Allah je yang tau sakit macam nak pecah kepala...Bermula Isnin petang ,bawa kereta dah tak mampu tapi terpaksa tahan jugak nak angkut anak-anak bawak balik..Kat rumah terus terbaring tak boleh bukak mata..keadaan ini berlarutan hinggalah hari Jumaat  dah tak boleh tahan dan sembunyi lagi..
Kerana tak tahan balik terus tanpa bagitau kat sesapa...Dalam perjalanan aku menangis sepuasnya sebab tak tahan sakit..Hinggalah hari nie  akhirnya aku tewas jua..Terpaksa col pengetua mohon cuti dan pergi klinik....(dalam minda aku nie sebenarnya asyik duk fikir adakah ajalku dah hampir.....)