Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 16 Mac 2012

Biarkan hati berkata-kata dan jemari menulis.


Nature
Cuti sekolah sudah hampir ke penghujungnya..Bermakna hanya 2 hari sahaja lagi untuk kembali mencurah bakti.Cuti kali ini seperti tahun yang lalu..biasa sahaja .Lantaran tidak seperti rakan-rakan guru yang lain dapat bersua dengan ibu ayah dan adik beradik tercinta.Tapi diri ini hanya suara penganti diri.Anak-anak menunjukkan reaksi boring ,mana tidaknya ayah mereka sibuk dengan pertandingan bowling dan olahraganya.Hanya aku yang dapat melayan karenah mereka.Tapi kali ini cuti ini ditemani sakit kepala yang berpanjangan.Hingga saat jemari ini menulis sakit kepala yang dialami sudah hampir seminggu.Kerana diri ini terlalu kuat cuba sebolehnya melawan tanpa menunjukkan reaksi tapi terkadang tewas bila sakitnya teramat dan tak terkawal oleh diri.Mengapa ekkk..selalu juga terfikir apakah mungkin ada sesuatu yang aku hidapi..Takut untuk berjumpa doktor kerana sebenarnya aku takut mengetahui kebenarannya.Bukan tidak tahu kesan sakit ini bila berpanjangan.Banyak  sudah berlaku dialam realiti ...Kalau sudah termaktub sebegitu siapalah kita untuk melawan takdir...Sebelum pergi ke alam abadi...apa yang diimpikan semahunya tercapai...yang paling utama dapat membahagiakan insan-insan tersayang...tapi yang paling takut ...dosa-dosa yang terkumpul bagaimana kesudahannya di alam sana....

Kawan...Dirimu amat kusayangi..

Roses
Kawan
Bermusim sudah
Kita berkongsi memori
Suka duka sentiasa menghiasi
Perjalanan hidup ini..
Kawan
satu janji yang tak mungkin kulupai
Tak akan hilang ingatan 
Selagi hayat dikandung badan.
Janji yang terlafazkan
Antara kita berdua
Lantaran
Bertahun kita mengikat tali
Talinya kini semakin tersimpul rapi
Amat kemas tanpa bisa diuraikan
termasuk kita sendiri
Airmata terkadang menguji
Bila kata-kata diluar kawalan diri
Tapi senjata saling memahami
dan saling mengerti
Menjadi tonggak kenapa persahabatan ini kukuh berdiri..
Tak tergoyah walau cuba dicemari
Kerana kau dan aku sahabat sejati
Yang terpisah adalah mati.
Kawan
Doa dan harapan
Semoga antara kita saling melengkapi
dan 
Saling memberkati.

Antara kau dan aku
Persahabatan sejati tak mungkin dikhianati.

Sajak Buat Guru 2

Flowers
Guru
Umpama
Sebatang lilin
Bisa memancarkan cahaya
Memberikan sinar
Untuk semua.
Biarpun diri terseksa
Sanggup membakar diri
Demi curahan ilmu
Pada anak-anak didik
Yang sikapnya pelbagai variasi
Baik,taat,nakal,degil 
Semuanya hadir dalam pelbagai situasi.
Menuntut kesabaran dan ketabahan diri
Demi melihat anak bangsa sendiri
Menjulang nama ibu bapa dan diri..
Tiada balasan yang dinanti
Cukuplah kejayaan anak murid miliki
Memberikan kebahagian dihati
Pada guru-guru yang berdedikasi.
Guru.
Engkaulah wira
Engkaulah srikandi
di hati anak didik yang menghargai
Jasa guru
Akan tersemat dihati
Terima kasih
Buatmu guru yang disayangi.