Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Terima Kasih Atas Kunjungan

Pengikut

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya

Jumaat, 8 Mac 2013

Minit Mesyuarat Disiplin Bil 1 2013



MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN

SMK DEMAK BARU
BIL. 1/2013


Tarikh              : 19 Februari 2013       
Masa                : 2.15 petang 
Tempat : Bilik Mesyuarat Demak 1


HADIR

1.      Hajah Fatimah Hamid                                       -           Pengetua  (Pengerusi)

2.      Pn Misia Hj Zain                                               -           PK Kurikulum

3.      En Razali  Bin Badar                                         -           PK HEM

4.      En Jamal Shukuri Bin Bolhassan                        -           PK PPKI

5.      Pn.Siti Aminah Binti Abdul Hamid                     -           Ketua Guru Disiplin

6.      Pn Norafizah Binti Ibrahim                                -           Timbalan Ketua Guru Disiplin
   
7.      Pn Norzita Binti Mohamed                                -           Setiausaha Disiplin 1

8.      En Muhammad Safwan Bin Alias                      -           Setiausaha Disiplin 2

9.       Pn Fathiah Binti Saini                                      -            AJK Disiplin  
      
10.   En Azman Bin Salleh                                        -           AJK Disiplin

11.   Pn Naterah Binti Yan                                       -           Ahli  Bersekutu

12.   En Francis Ak  Dangeh                                    -           Ahli Bersekutu

13.   Pn Zunainah  Binti Redzuan                              -           Ketua Guru Pengawas

14.   Pn Salbiah Mohammad                                    -           Guru Pengawas


15.   Pn Noor Asmara Binti Mohd Yusoff                -           Guru Pengawas




       TIDAK HADIR BERSEBAB

1.       En Selamat Masuni                                        -           PK Kokurikulum

2.       En Saee Bin Bisuni                                         -           Ketua Bidang

3.       Pn Wong Siew Ting                                       -           Ketua Bidang

4.       En Bandah Hassan                                         -           AJK Disiplin

5.       En Jeman Kerudin                                         -           Guru Pengawas



1.0              PERUTUSAN  PENGERUSI

Puan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam serta mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat dan selanjutnya memaklumkan berkenaan perkara-perkara berikut:-


1.1              Mesyuarat hari ini bertujuan untuk menambah baik tugas dan amanah kerana disiplin pelajar merupakan satu perkara yang amat penting .Segalanya bermula dengan disiplin. Mesyuarat pada hari ini  adalah khusus untuk ditumpukan kepada disiplin murid sepenuhnya.

1.2              Beliau menyatakan guru adalah role model kepada murid. Justeru itu, sebelum mendisiplinkan murid,guru seharusnya mendisiplinkan dahulu diri sendiri..Segala tindakan guru menjadi contoh kepada murid.

1.3              Pengerusi mengingatkan  ahli-ahli meyuarat supaya mesyuarat pada tahun ini  diadakan  sebanyak 4 kali.

                        Tindakan: Setiausaha Disiplin 1

2.0              PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Dicadangkan oleh         :            En Jamal Shukuri Bin Bolhassan 

Disokong oleh              :           Pn Norafizah Ibrahim
             

3.0              PERKARA BERBANGKIT

(Dibincang di bawah tajuk-tajuk yang berkaitan)




4.0       PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN
           
            Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan sepertimana berikut:-

            4.1       Pemantauan

                        4.1.1    Rekod Pemantauan Murid Lewat

4.1.1.1   Buku Log  Pemantauan Murid Lewat dikendalikan oleh guru bertugas harian,pengawas dan juga  pengawal keselamatan.
                                   
4.1.1.2  Guru bertugas harian bertanggungjawab  mengambil tindakan  terhadap murid yang datang lambat dengan melakukan kerja amal dan
 memberikan demerit (5M).

Keputusan


Murid  hadir selepas pukul 6.46 pagi pada hari Selasa dan Jumaat  dianggap lewat dan pada hari yang lain pula selepas pukul 7.01 pagi dianggap lewat .

Tindakan: Guru Bertugas Harian/Pengawas/Pengawal Keselamatan

                                   
4.1.2.   Buku Log Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran

Buku Log Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran  masih diguna pakai pada tahun ini..Buku tersebut akan diserahkan kepada guru tingkatan setiap hari untuk diambil tindakan.

Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran/Guru Tingkatan

4.1.3   Pengemukaan Usul

Satu usul  akan dikemukakan pada Mesyuarat Agung PIBG iaitu mengenakan bayaran kepada murid  yang digunting rambutnya,murid yang lewat dan yang membawa  handphone ke sekolah.

Keputusan

Pengerusi mengingatkan sebarang perubahan perlulah dimaklumkan awal kepada semua ibu bapa . Oleh itu,ibu bapa dapat mengemukakan usul lebih awal dan memudahkan pihak sekolah untuk menjawabnya.  

Tindakan: Setiausaha Disiplin/Setiausaha PIBG


                        4.1.2    Kad Kuning

                                    Berjalan dengan lancar.



                        4.1.3    SSDM

Setiausaha Disiplin 2 melaporkan statistik kesalahan tingkahlaku disiplin murid sehingga Disember 2012.(Rujuk lampiran)

4.1.3.1  Sesi Kaunseling Murid Bermasalah

Pengerusi memohon  penjelasan daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling  tentang pelaksanaan terhadap  murid yang bermasalah.
.
Guru Bimbngan dan Kaunseling  menjelaskan sesi kaunseling telah dijalankan untuk kesalahan disiplin pada tahun ini sehingga 17 Feb 2013 yang dijalankan oleh Pn Naterah Yan.

Keputusan

Murid-murid yang dikenakan tindakan disiplin haruslah dirujuk kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Makluman

4.1.3.2  Pil Khayal

Setiausaha Disiplin 2  memohon mesyuarat membuat ketetapan sama ada pengambilan pil khayal oleh murid dianggap sama seperti  mengambil dadah. Masalah wujud untuk merekod dalam sistem SSDM.

Keputusan

Mesyuarat ambil maklum dan akan diambil perhatian selanjutnya.

4.1.3.4 Pemantapan SSDM

Pengerusi menyatakan akan cuba menghubungi SMK Kidurong,
Bintulu  untuk membantu melancarkan lagi sistem yang sedia ada.

Tindakan : Pengerusi
                                   
                        4.1.4    Sistem Merit Demerit (akan dirujuk semula)

4.2       Sistem Kawalan Disiplin

            Timbalan Ketua Disiplin melaporkan sepertimana berikut:-

                        4.2.1    Pergerakan pelajar

                                    Teratur dan berjalan lancar

                        4.2.2    Penggunaan tangga

                                    Murid mengikut arahan yang ditetapkan


                        4.2.3    Penguatkuasaan pas keluar

Cadangan mewujudkan pas untuk  Ketua Tingkatan  .

Keputusan

Mesyuarat memutuskan cadangan itu akan diambil perhatian selanjutnya.

Tindakan: JK Disiplin

4.2.4   Sticker kenderaan

Guru dan murid boleh mendapatkannya di koperasi sekolah.

Makluman

                        4.2.5    “Spot Check”

4.2.4.1  Telah dilaksanakan sekali dan akan dilakukan lagi dari semasa ke semasa. Aktiviti ini memerlukan sokongan dan kerjasama guru- guru agar dapat mendidik murid SMK Demak Baru menjadi insan yang cemerlang.

4.2.4.2  PK HEM  memuji sikap murid pada tahun ini yang jauh lebih baik dibandingkan pada tahun lepas. Masalah rokok sahaja yang masih di luar kawalan.

                        4.2.5    Kekemasan Pelajar

Memerlukan teguran sepanjang masa.

Tindakan : JK Disiplin/JK Pengawas/Guru Bertugas


           




4.3       Program Khas Disiplin

4.3.1    Kajian Tindakan

Pn Fathiah  memaklumkan  bahawa beliau  dalam  proses  mengumpulkan data untuk kajian kes lewat dan ponteng .
                                               
                        Tindakan: Pn Fathiah


4.3.2        Sistem Perhimpunan  Rasmi Sekolah

Mesyuarat telah memutuskan Ahli Jawatankuasa Perhimpunan Rasmi sekolah iaitu:


Ahli Jawantakuasa Perhimpunan Rasmi Sekolah

Pengerusi                      - Hajah Fatimah Hamid  ( Pengetua)

Naib Pengerusi 1          - Pn Misia Hj Zain  (PK Kurikulum)

Naib Pengerusi 2          - En Razali Bin Badar (PK HEM)

Setiausaha                    - Pn Zunainah  Binti Redzuan (Ketua Guru pengawas)

Penolong Setiausaha  -- Pn Siti Aminah Abdul Hamid

AJK                             - Guru Bertugas Mingguan

                                      -   Ketua-ketua Bidang

                                       -  Guru –guru Pengawas

                                     -  Pengawas sekolah(Seorang wakil dari PPKI)

Keputusan 

Pengerusi mengarahkan sebarang agenda untuk perhimpunan hendaklah      dimaklumkan kepada beliau sehari sebelum majlis berlaku.

           
Tindakan: Jawatankuasa Perhimpunan Rasmi Sekolah/Setiausaha Perhimpunan Sekolah







5.0   PERANCANGAN AKTIVITI 2013


5.1  Unit Disiplin

5.1.1 Perancangan Aktiviti 2013

Ketua Guru Disiplin melaporkan sepertimana berikut:-

Sila lihat LAMPIRAN

5.1.2 Lagu Asma Husna
 JK Pengawas diingatkan  untuk memasangkan  lagu.Alunan Asma Husna.
Keputusan
Pengerusi  mengarahkan  Jawatankuasa Perhimpunan  Rasmi sekolah untuk membantu program yang akan dijalankan.
5.1.3  Kreatif Minda
Pengerusi menjelaskan adalah wajar  untuk mencungkil bakat murid. Beliau mengharapkan ramai murid dapat dicungkil  bakat mereka melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh pihak sekolah,
Waktu perhimpunan  6.45 pagi  digalakkan  mengutarakan lagu-lagu  patriotik serta lagu-lagu yang memberikan motivasi kepada murid
Tindakan : JK Pengawas/JK Perhimpunan Rasmi Sekolah
5.2       Jawatankuasa Pengawas Sekolah
5.2.1  Perlantikan  Jawatankuasa Pengawas
Ketua Guru Pengawas melaporkan  jumlah  pengawas adalah seramai 50 orang termasuk 6 daripada jumlah tersebut adalah murid PPKI.  Beliau turut memaklumkan perlantikan akan dijalankan dalam pertengahan bulan Mac .
Mesyuarat memutuskan AJK Tertinggi pengawas adalah seperti berikut.
Sila lihat LAMPIRAN
5.2.2  Tugas di kantin
Pengerusi menyatakan pengawas tidak perlu  lagi menjalankan  tugas di kantin kerana AJK Kantin telahpun melantik pengawasnya sendiri.Pengerusi menjelaskan akan berusaha memohon pihak kantin menaja  vass untuk pengawas kantin
5.2.3  Aktiviti/Mesyuarat
Sebarang mesyuarat yang melibatkan pengawas  dibenarkan menggunakan bilik mesyuarat (Demak 1)

Mesyuarat pada hari ini juga dikira sebagai Mesyuarat Jawatankuasa Pengawas Kali Pertama. Pengerusi mencadangkan mesyuarat akan datang diadakan pegabungan dengan mesyuarat Jawatankuasa  Disiplin. Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut.
.                       5.2.4  Uniform Pengawas.
Mesyuarat memutuskan pada tahun ini juga mengikut seperti yang dijalankan pada tahun lepas.Hanya baju batik dan vaz/blazer diberikan percuma oleh pihak sekolah.
Pengawas lelaki berbaju lengan panjang untuk menampakkan kelainan.

5.2.5  Tugas Pengawas
Pengerusi mahu perjelasan tugas pengawas.
Ketua Guru Pengawas  menjelasan semua pengawas sudah maklum tugasan masing-masing . Senarai tugas sudah ditampal pada papan kenyataan pengawas bermula bulan Januari .
.
5.2.6  Kebajikan Pengawas
Pengerusi menyatakan hasrat beliau supaya pada tahun ini kebajikan pengawas tidak diabaikan.Beliau juga berharap pengawas yang telah dilantik akan lebih berketrampilan agar lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan rakan-rakan dari sekolah lain.
Tindakan : JK Pengawas Sekolah

6.0       Pembahagian Tugas
            Rujuk lampiran



7.0       Hal-Hal Lain.

7.1       Pk Kurikulum menerangkan beberapa program  yang akan dijalankan pada 2 Mac 2013.

            Rujuk lampiran.
           
Makluman

7.2       Mesyuarat memutuskan aktiviti Anti Dadah diadakan  pada setiap hari Khamis  bermula pada pukul 6.45 pagi.Program ini akan bermula pada 28 Febuari 2013.
           
7.3       Majlis Pelancaran Program Minda Sihat  .(Akan dibincangkan kemudian).

            Tindakan : Guru Bimbingan dan kaunseling

7.4       Kursus Kepimpinan untuk Pengawas  ditukarkan kepada lawatan penanda aras ke SMK Siburan.

            Tindakan : JK Pengawas


7.5       JK Disiplin  dingatkan untuk menyediakan 20 orang murid termasuk perempuan   untuk dibuat ujian  saringan air kencing.

Tindakan: JK Disiplin

7.7       Pn Fathiah mencadangkan data SSDM diguna pakai untuk membuat pelaporan.            Dipesetujui oleh pengerusi dan mengingatkan pelaporan pertama adalah sebelum Mesyuarat Agung PIBG di adakan.

            Tindakan : Setiausaha 2

7.8       Pengerusi turut memaklumkan akan membuat satu perjumpaan  dengan –pemandu-pemandu van untuk membincangkan  masalah

            Tindakan :Pengerusi/ Setiusaha PIBG

7.9       Timbalan Guru Disiplin  mencadangkan supaya tanda nama murid ditukar kepada yang menggunakan pin. Perkara ini akan dimaklumkan pada semua murid dibawah pengurusan koperasi.

            Akan dikaji

7.10     Pengerusi mengarahkan  supaya PK Kurikulum  meneliti semula jadual waktu mengajar guru disiplin dan guru pengawas bagi memastikan tugas yang dijalanan berjalan lancar

            Tindakan : PK Kurikulum

7.11     Pn Zunainah  digugurkan daripada Guru Bertugas Harian.

            Tindakan : PK HEM


8.0       PENUTUP

Pengerusi mengharapkan  SMK Demak Baru lebih gemilang sesuai dengan judul   majalah sekolah iaitu Demak Gemilang.




Mesyuarat ditangguhkan pada jam  5.30  petang.

Disediakan oleh :                                                                       Disemak oleh:  
.....................................                                                                ........................................
(NORZITA BINTI  MOHAMED)                                           (EN RAZALI  BIN BADAR)
Setiausaha JK Disiplin                                                           Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Demak Baru.                                                                  SMK Demak Baru.

Disahkan oleh:

……………................
(FATIMAH HAMID)
Pengetua
SMK Demak Baru.

Bekas Anak murid SIF

Bekas Anak murid SIF

Bersama saudara mara

Bersama saudara mara

11 Sept 1998

11 Sept 1998