Rumahtanggaku yang dibina ditambahkan seri d ngan kehadiran cahayamata.Khabar gembira aku akan bergelar ibu dan dia bakal bergelar bapa.
Segala puji bagi Allah ,masa yang aku tunggu akhirnya tiba jua.Hati siapa tidak gembira apabila sakit kepala dan loyaku disetiap pagi rupanya membawa khabar bahagia.Ada benih yang akan membesar di dalam perut ini.
Bagiku,itulah saat indah yang ditunggu-tunggu selama ini.Dan pastinya ianya juga menjadi idaman untuk semua pasangan.
Sebagai seorang wanita dan isteri,itulah memori terindah dalam kehidupan .Ingin merasai saat kehamilan dan melalui detik-detik kelahiran.
Alhamdulillah aku tidak banyak diuji ketika mengandungkan anak sulung.Tidak mengidam yang bukan-bukan.Malah rasanya aku tak tahu apa yang aku idamkan ketika itu.
Cuma hanya aku alah bau tumis lada.pasti aku akan rasa mual.Ketika mengandungpun aku tetap cergas seperti orang tidak mengandung.Berjalan tetap guna gear 4 gitu.
Pemeriksaan bulanan pula berjalan lancar.Seawal pukul 6.30 pagi aku dan suami dah pun terpacak depan klinik.Tujuannya hanya satu nak dapatkan giliran no 1,2 atau 3.Bukan apa ,aku takut pihak sekolah tersalah anggap ingat aku nak ponteng. Yang pastinya pukul 8.30 aku dah masuk semula ke sekolah,.Sebenarnya bukan payahpun nak buat..Bertindak mengikut pengalaman teman-teman .Melalui pemerhatianku,ada yang mengambil kesempatan menggunakan klinik untuk melewat-lewatkan masuk semula untuk bertugas.Ada tu kata sampai separuh hari diklinik.padahal situasi sebenar adalah pukul berapa kita keluar untuk pergi ke situ.Yang penting dalam hati kita.niat bukan.Tepuk dada tanyalah iman.
Waktu mengandungkan anak sulung masalah kewangan masih lagi membelenggu antara kami.Dalam hati bagaimana bila lahirnya anak ini.Takutpun ada.Cuma aku percaya rezeki untuk setiap hambanya telah pun ditetapkan oleh Allah.Keyakinan itu membuang keraguan pada memikirkan itu semua.
masih kuingat ..persiapan barang-barang keperluan bayiku ,aku dan suami hanya membelinya di pasaraya Mydin.Tiada jenama anakku,baby kiko dan jenama-jenama terkenal yang lain.Bagiku tika itu cukuplah melengkapkan segala keperluan bayiku tanpa memikirkan barang berjenama.Masa tu aku sedar kemampuan aku dan suami tidak memungkinkan untuk aku mengikut kemahuan hati.
Hari demi hari kandungan ku mula membesar.Orang yang memerhati perutku majoriti mengatakan aku akan melahirkan seorang bayi lelaki.Bila ramai yang menyatakan macam tu,aku tidak lagi beragan untuk mendapatkan bayi perempuan,walaupun aku sebenarnya mengharapkan anak pertamaku biarlah perempuan.Bagiku anak perempuan yang sulung lebih bertanggungjawab untuk menjaga aku dan adik-adiknya suatu hari nanti.
Suami pula ,mula membuat percarian nama anak.Semuanya nama anak lelaki.tapi awal -awal dia menyatakan keinginanku untuk memberikan nama hanya 4 huruf sahaja.Jika lelaki dihadapannya diletakkan Muhammad kalau perempuan pula aku nak letakkan Nur.
Aku berminat betul dengan nama Alif.Justeru kami memilih nama alif bila anakku lahir nanti.Nama untuk anak perempuan langsung aku tidak fikirkan.
Masa yang ditunggu tiba jua.Aku pula terlewat beberapa hari daripada tarikh yang dijangkakan,Doktor memberikan surat untuk aku mendaftarkan diri di hospital,Dengan semangat yang berkobar-kobar,menaiki motosikal Kris,dengan berbekalkan sebuah beg dan bakul aku ke Hospital tengku Ampuan Rahimah,Klang untuk pergi bersalin.Rasa takut tak ada langsung yang ada semangat berkobar-kobaruntuk nak dapatkan baby.
Beberapa hari dihospital aku masih belum menunjukkan tanda akan bersalin,walaupun sudah beberapa biji pil dimasukkan di dalam rahim ku.Aku masih tidak sakit.Tekanan mula terasa apabila melihat kawan sebelah katil yang sudahpun melahirkan anak.Akhirnya tanggal 25 September 1999 hari sabtu,pukul 6.30 pagi aku dibawa ke labour room.
Amat lucu bila ku kenang ,aku sempat minta dengan doktor aku nak mandi dan bersiap dengan pakai liptiks lagi tu.Dengan berkaki ayam aku diarahkan membawa sepasang baju baby,kain lampin ,aku pulak siap letak plastik gelenyar je orang terenggangu kata.
Bila masukdalam labour room barulah lutut kakiku bergegar.takut mendengar sana sini orang menjerit kesakitan.Ya Rabbi mulut tika itu tak lekang membaca beberapa surah yang aku ingat.Apabila tiub dimasukkan,aku mula rasa kesakitan yang amat sangat.yang buat aku tertekan bila doktor memberitahuku aku dijangkakan bersalin pada petang nanti.Alamak..tadi waktu aku nak masuk labour room siap aku khabarkan pada suami,pukul 8.30 saya bersalinlah.Aku bayangkan dirinya yang pasti tertunggu-tunggu diluar.Macam mana kalau betukl aku bersalin petang nanti..kesiannya dia seorang kat luar.
Semakin lama aku merasa kesakitan yang amat sangat.Dalam sedar tak sedar aku panggil doktor ,aku bagitahu aku nak bedah je..Apalagi kena berleterlah aku dengan doktor tika tu.
Kesusahan yang dihadapi ketika itu amat dirasa.Dari situ aku dapat membayangkan kesakitan sewaktu emak melahirkanku..Benarlah jika dikatakan syurga itu di telapak kaki ibu.Betapa peritnya untuk melahirkan zuriat.Seolah berada diambang maut,Dan ketika itu betapa aku menghargai jasa ibu..pergorbanan ibu yang tiada nilainya.Aduhai ibu...aduhai ayah..padamu ada syurgaku.
Ketika sakit kian memuncak aku hanya mengambil tindakan pejamkan mata semahunya..anggapkan kesakitan itu nikmat dan aku cuba melelapkan mata.Pukul 11.00 pagi datang jururawat melihat perkembanganku dan dia begitu terkejut kerana mendapati kepala babyku dah pun keluar.Mendengar kata-katanya aku menjadi bersemangat..tiada jeritan tiada juga aku merengek tika tu.Yang aku tahu cuma satu ,aku nak lahirkan babyku dengan selamat.Aku mengikut arahan jururawat dan begitu mudah bayiku keluar.Doktor bertanyakan padaku bayi ku ini anak keberapa.aku bagitahu itu bayi sulungku.Mereka memujiku kerana aku begitu kuat .kata mereka aku tidak seperti melahirkan bayi sulung seperti orang lain.Alhamdulillah..bayiku sempurna sifat.Yang paling membahagiakan bayiku itu perempuan seperti kemahuan hati kecilku sebelum ini.Tapi jauh disudut hati Alif seakan telah wujud antara kami.Dari nama Alif aku mencari nama perempuan yang hampir sama.Jadilah Nur Alya.
Di awal kelahiran,arwah mak mertua sempat menjaga beberapa hari.Di awal kelahiran juga ,kami diuji apabila 2 hari pulang dari hospital,bayiku disahkan mengalami penyakit kuning yang kronik.Aku dan suami tidak sampai hati melihat bayi ku diletakkan di bawah 4 lampu dengan ditutup matanya.Apa yang mampu tika tu hanyalah berdoa..Beberapa hari di hospital aku dibenarkan keluar.Alhamdulillah anakku tidak sempat menjalani pertukaran darah.Itulah ujian pertama yang aku dan suami tempuhi.
Selama tempoh berpantang,selepas ibu mertuaku pulang,suamilah yang menjaga makan minumku setiap hari.Aku pula berpantang seadanya..tiada barut ,tiada tungku,makan pula aku redah je jika suami tak nampak.Selama aku berpantang ini aku dapat melihat betapa tulusnya kasih sayang suami padaku..Dialah yang memasak makanan ku setiap hari.mengurut ku setiap malam.melihatkan aku yang berjaga malam menyusukan bayi suami telah berjanji bila bayiku menyusu botol nanti,dialah pula yang akan bangun membuatkan susu untuk bayiku nanti.dan janji itu telahpun ditepati.
kehidupan sebelum dan sesudah menpunyai cahayamata amat jauh bezanya.Putaran jadual semuanya berubah.Yang pastinya.dengan kehadiran cahayamata rezeki kami semakin hari hari semakin bertambah.Diusia Alya 8 bulan barulah kami mencari sebuah kereta terpakai jenama Malaysia.hanya sebuah Proton Saga Serdan berwarna biru gelap yang no pendaftarannya pun aku dah lupa.Kalau orang membeli kereta baru kami pula cukup bersyukur waktu itu walaupun hanya sebuah kereta terpakai.Alya pula dibesarkan dengan tiga orang pengasuh..Pastinya nama Kak Ana,Kak Ani dan Kak Imah tidak mungkin dilupakan.