Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 8 Januari 2011

Ayah Dan Ibu

 

Ayah dan Ibu
Jika belum pernah
Kau dengar ucapan terima kasihku
Ketahuilah doaku ini
Moga Tuhan menyayangimu
Seperti mana kau mengasihiku
Dari dulu hingga kini
Untuk selama-lamanyaTiada dapat dinilaikan
Pengorbananmu selama ini
Terima kasih oh ayah dan ibu
Kasih sayang cinta murni
Tidak ku lupa erti kehidupan
Ibu dan ayah dikaulah yang tersayang

"Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia. Ayah dan ibu tak pernah meninggalkan kita, walaupun ada antara mereka tiada disisi kita. Di setiap saat nadi bernada, disetiap kali nafas dihela, disetiap sudut bayang tercipta, disetiap langkah bumi dipijak, disetiap inci langit dijunjung, disitulah wujud ibu dan ayah yang mengalir menjadi darah dalam diri, bersama kenangan, amanah dan pesanan, juga harapan bahawa mereka teramat ingin melihat kita bahagia..."



Anak Pantai

Mak....Semoga Dirimu Cepat Sembuh

Mak...dari kejauhan ini doa kudusku kupanjatkan pada Yang Maha Esa agar dirimu cepat sembuh...Risau hati ini Mak...pabila mengetahui Mak jatuh di tandas kerana licin...Tidak dinafikan hujan yang tidak berhenti di Pantai Timur kini menjadi antara faktor risiko Mak terjatuh...Tapi tahukah Mak..hati ini cukup bimbang apabila mengingatkan sejarah yang berlaku pada insan-insan yang pergi meninggalkan kita..Bukan mendoakan Mak..tapi sesekali fikiran ini melayang ke arah itu...
Mak.......Dalam kesakitanmu langsung tidak kau khabarkan pada diri ini walau pun disaat menghubungi dirimu melalui telefon...Mak sembunyikan kesakitan Mak bimbang anak-anak menjadi risau.Berita ini diperolehi oleh Ida..Dari kejauhan ini walaupun kita jauh terpisah diri ini ingin Mak tahu rindu sentiasa ada buat Mak di sana...Apakan daya demi sebuah penghidupan diri Mak terpaksa ditinggalkan..Doakanlah jua kesajahteraan anakmu di Bumi Kenyalang ini....
-Anak pantai*

Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu
sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu i
bu 
Dia ibuku...Fatimah Binti Ismail...


 Mak bersama dua orang cucunya Aqil dan Aimy.

Badai Di Hati

Di kala menghadapi perit getir,karenah pelajar-pelajar tidak melunturkan semangat diri ini...tetapi sindiran teman-teman guru lain pula terkadang mengundang rasa putus asa....

Namun aku pasti kata-kata perangsang dan dorongan daripada insan-insan tersayang membuat diri ini tidak keseorangan...Semoga diri ini sentiasa menjadi pendidik yang berdedikasi demi bangsa ,agama dan negara......Erti sebuah kehidupan seorang guru telahpun ku temui..... 
 
Ditelan Pahit di buang sayang.............
 Terima kasih ,Tuhan...
Kerana memberi hamba-Mu kekuatan berfikir,
Daya berkreatif dan kesihatan yang baik.

 Terima kasih pada suami dan anak-anakku....
Kerana tidak pernah merampas waktuku.
Kalian sentiasa dalam doa dan ingatanku.
Jua tidak kulupa,
Pada ibu tercinta...
Pada ayah  kukasihi...
Tanpa kalian berdua..
Hidup seakan tiada makna.......
Kerana kasih sayangmu membuatkan diri ini tabah....
Anak pantai