PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(BERMASALAH PEMBELAJARAN)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPONG JAWA
JALAN RAJA NONG
KLANG
KERTAS CADANGAN MEMOHON PERUNTUKAN PEMBELIAN PERALATAN UNTUK MENYERTAI KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
MURID BERKEPERLUAN KHAS
PERINGKAT DAERAH KLANG
SENI ITU INDAH
DISEDIAKAN OLEH
PN NORZITA MOHAMED
1.0 PENGENALAN
Pejabat Pendidikan Daerah Klang akan
menganjurkan Karnival Kesenian dan Kebudayaan. Pertandingan tersebut akan
diadakan pada 11 Ogos 2016 (Selasa) di Kompleks Rakan Muda ,Klang.Terdapat
pelbagai acara yang dipertandingkan antaranya ialah tarian tradisional kreatif,
mencanting batik,melukis,nyanyian solo dan batu seremban. PPKI SMK Kampong Jawa telah
bersetuju untuk menyertai semua acara yang
dipertandingkan.Para peserta adalah terdiri daripada pelajar berkeperluan khas
yang telah dikenal pasti bakat mereka oleh guru-guru .
2.0 RASIONAL
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan
pertimbangan dan kelulusan daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Kampong Jawa untuk membeli peralatan kesenian murid-murid berkeperluan khas menjalankan aktiviti kesenian dan kebudayaan
dengan lancar. Dengan sumber peralatan yang lengkap akan membolehkan
murid-murid berkeperluan khas ini melengkapkan diri mereka untuk menghadapi pertandingan
dengan lebih mantap dan seterusnya menaikkan imej PPKI SMK Kampong Jawa .
3.0
SASARAN
Bilangan guru dan murid PPKI PPKI SMK
Kampong Jawa yang terlibat dalam Karnival Kesenian dan Kebudayaan adalah:
3.1-
6 orang guru PPKI
3.2-
16 orang murid PPKI yang telah dikenalpasti
(Rujuk Lampiran)
(Rujuk Lampiran)
4.0
OBJEKTIF
Penyertaan pasukan PPKI SMK Kampong Jawa
bertujuan mencapai objektik-objektif berikut :
4.1 Mencungkil bakat-bakat pelajar berkeperluan khas dalam bidang seni tarian dan kebudayaan sekaligus mengetengahkan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
4.2 Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan memperlajari asas seni tari,nyayian, serta kebudayaan yang lain.
4.3 Memperkembangkan minat dan bakat dalam bidang muzik,mencanting batik,permainan tradisional ,melukis dan menari dalam kalangan murid berkeperluan khas.
4.4 Menonjolkan bakat pelajar berkeperluan khas kepada ibu bapa dan sekolah lain sebagai kumpulan pelajar yang mampu untuk bersaing dan aktif dalam seni kebudayaan.
4.5 Mewujudkan semangat kesenian budaya,setiakawan dan persaingan secara sihat antara pelajar berkeperluan khas SMK Kampong Jawa dengan pelajar berkeperluan khas dari sekolah yang lain.
4.1 Mencungkil bakat-bakat pelajar berkeperluan khas dalam bidang seni tarian dan kebudayaan sekaligus mengetengahkan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
4.2 Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan memperlajari asas seni tari,nyayian, serta kebudayaan yang lain.
4.3 Memperkembangkan minat dan bakat dalam bidang muzik,mencanting batik,permainan tradisional ,melukis dan menari dalam kalangan murid berkeperluan khas.
4.4 Menonjolkan bakat pelajar berkeperluan khas kepada ibu bapa dan sekolah lain sebagai kumpulan pelajar yang mampu untuk bersaing dan aktif dalam seni kebudayaan.
4.5 Mewujudkan semangat kesenian budaya,setiakawan dan persaingan secara sihat antara pelajar berkeperluan khas SMK Kampong Jawa dengan pelajar berkeperluan khas dari sekolah yang lain.
5.0
TARIKH/MASA
Tarikh : 11 Ogos 2016
Hari : Selasa
Tempat : Kompleks Rakan Muda Klang
Tarikh : 11 Ogos 2016
Hari : Selasa
Tempat : Kompleks Rakan Muda Klang
6.0 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Tuan Haji Mohammed Nashan B Singgan
(Pengetua SMK Kampong Jawa)
Timbalan Pengerusi : Puan Normala binti
Misman
(
Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Naib
Pengerusi 1 : Pn
Latifah bt Ahmad
(
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kg Jawa)
Naib
Pengerusi 2 : Pn Puziah bt Tuban
( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kg Jawa)
( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kg Jawa)
Naib
Pengerusi 3 : Tn Hj
Muzikir bin Mohamad
(
Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kg Jawa)
Naib
Pengerusi 4 : En Amir
Saifuddin bin Abdul Majid
(
Penolong Kanan Petang SMK Kg Jawa)
Penyelaras
Program : En Hairudin Md Zain
Setiusaha : Pn Suhana Hussin
6.1
JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : Tuan Haji Mohammed Nashan B Singgan
(Pengetua SMK Kampong Jawa)
Timbalan Pengerusi : Puan Normala binti
Misman
(
Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Setiausaha : Pn Norzita Bt Mohamed
Bendahari : Pn Haniezana Bt Wahid
JK Tarian : 1.Pn Faridah
binti Abd.Rahman
2. Pn Norzita Mohamed
JK Nyanyian Solo :
Pn Pn Miti Fateema Yusliza Bt Mohd Yusof
JK Batu Seremban : Pn
Auni Bt Amin
JK Mencanting Batik : En
Zawawi Bin Abdullah
JK Melukis :
Pn Nor Afifah Bt Yaakob
JK Dokumentasi : En Muhd Faried Shah Md Nor
JK Dokumentasi : En Muhd Faried Shah Md Nor
7.0
SKOP DAN KOMPONEN PERALATAN DAN
KEPERLUAN SERTA ANGGARAN KOS
Anggaran perbelanjaan bagi pembelian
peralatan adalah seperti butiran berikut
:
BIL
|
BUTIRAN
|
KUANTITI
|
JUMLAH(RM)
|
1.
|
Pakaian
Tarian/Aksesori
Pakaian
8 orang Penari
Kelengkapan
tarian
|
8
x RM 100.00
|
RM
800.00
RM
150.00
RM
950.00
|
2.
|
Mencating
Batik
|
1 set
|
RM
240.00
|
3.
|
Batu
Serembang
|
10 x RM 5.00
|
Rm 50.00
|
4.
|
CD
Lagu
|
2 x RM 30.00
|
RM 60.00
|
5.
|
Peralatan
Melukis
|
RM 100.00
|
|
JUMLAH KESELURUHAN
|
RM1450.00
|
8.0 SUMBER KEWANGAN
Semua perbelanjaan untuk membiayai bagi
pembelian di atas adalah daripada peruntukan PCG Elektif (Muzik) PPKI SMK Kampong Jawa sebanyak RM 1450.00.
9.0 PENUTUP
Kami berharap pihak sekolah dapat mempertimbangkan
permohonan kami ini. Sesunguhnya bantuan dan kerjasama dari pihak tuan akan
membantu PPKI sekolah ini untuk menyertai satu aktiviti yang dapat membina
peribadi murid bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Harapan kami juga,dengan adanya
peruntukan ini,pasukan kesenian PPKI SMK
Kampong Jawa akan muncul sebagai sebuah pasukan yang dikagumi hingga ke peringkat
yang lebih tinggi.
Disediakan oleh,
.........................................
(PN NORZITA MOHAMED)
Setiausaha
Karnival Kesenian Dan Kebudayaan
Karnival Kesenian Dan Kebudayaan
SMK Kampung Jawa
Disokong / Tidak Disokong oleh,
.............................................
(PN NORMALA MISMAN)
Penolong Kanan Pendidikan Khas
PPKI SMK
Kampung Jawa
Dilulus / Tidak Lulus oleh,
`````````````````````````````````````````````````````````````````
(TUAN HAJI MOHAMMED NASHAN B.SINGGAN)
Pengetua
SMK Kampong Jawa