Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 17 Januari 2011

Jemputan Menghadiri Mesyuarat Lembaga Disiplin Kali Pertama




KERTAS MINIT
(Edaran Dalaman)
Rujukan Kami :JPS (W)SMKDB (Pent)153/07/04/Jld.1(6)                                17 Jan 2011

Kepada:

Tuan/Puan,
AJK Lembaga Disiplin

MESYUARAT JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN KALI PERTAMA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2              Sukacitanya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas dijadualkan seperti di bawah:
                Tarikh : 20 Jan 2011
                Masa   : 2.00 Petang
                Tempat: Bilik Mesyuarat         

3.            Agenda:
                                3.1 Kata-kata Aluan Pengetua
                                3.2 Sistem Pengurusan Merit Demerit
                                3.3 Program Disiplin 2011
                                3.4 Hal-Hal Lain
Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai.
Sekian,harap maklum.

(RAMLI BIN HJ HASBI)
Pengetua
SMK DEMAK BARU,


(kepada semua rakan-rakan guru yang terlibat...Tunggu ya edaran surat cinta nie akan sampai esok hari...)
SELAMAT BERMESYUARAT ...KITA AKAN KEMBALI BZ....JANGAN STRESS ARR...

getback.gif

Kesedihan ini hanya aku yang rasa

 Tika dan saat ini yang kurasa adalah kesedihan...kekosongan...keresahan dan keserabutan...Adoi...kenapa tertiba hari nie aku sedih sangat nie...Dari pagi airmata sentiasa je mengalir tengah memandupun dia keluar jugak walaupun kuhalang jangan sampai make up yang kupakai nie cair dan mencomotkan wajahku yang semakin berisi kini....
25.gifPedihnya rasa bagai ditusuk sembilu...

Pabila kesedihan ini datang hanya jari jemari dapat meluahkan apa yang terbuku.Menghilangkan segala kekusutan serta menceriakan hati yang suram....