Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 31 Oktober 2012

Semoga KIta Bahagia..

Photo: awesome click <3 
Suka betul tengok gambar itik dan familynya.
Sejak bila saya suka itiknya.
Entahlah terjumpa gambar itik dengan bilangan yang sama dengan keluarga saya ini buat saya tertarik.
Diibaratkan mengambar kan saya,suami dengan 5 orang anak.
Alhamdulillah ribut badai melanda tapi saya bahagia.
kerana disisi saya seorang suami yang cukup tabah.
jauh disudut hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya begitu menyayangi insan ini.
Pada Allah saya memohon agar 
kebahagiaan dan ketenangan kami sekeluarga akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Seperti kata suami andaikata kami berhijrah ke destinasi seterusnya hijrahkanlah kami ke satu tempat yang boleh membawa kebahgiaan dunia dan akhirat.
 

Takdir Untukku

 
Hidup ini sukar untuk dijangkakan.
Ada pasang ada surutnya.
terkadang ada ketika begitu menguji diri .
ketabahan yang tinggi
amat dituntut untuk mengatasinya..
Jalan yang berliku gelap dan kelabu
adakah itu mungkin jalan ku
Namun padamu Ya Allah kuserahkan segalanya.
Ketentuan yang kau tetapkan untukku.
Bibir tersenyum tapi dihati hanya Allah yang tahu.
Mungkin juga ini satu pembalasan pada sebuah kekhilafan..
Mungkin ini takdirku..