di keterbatasan waktu
menghitung jejak-jejak memori itu
muncul satu persatu
mengetuk hati jadi pilu
hari ini
kita hanya mengingati memori
tidak mungkin lagi untuk kita ulangi
sejarah silam yang hanya mampu tersimpan di sudut hati
biarpun memori membuat hati dilukai
bila dimbas lagi
namun aku bisa tersenyum mengenangkan saat itu
biarpun hanya Tuhan yang tahu
pedih di hati umpama tertusuk sembilu
namun mengapa masih ada rindu
hari ini
kita tidak lagi seperti dulu
kau dan aku kini tiada lagi bertemu
jarak dan waktu
jua
takdir penentu
terpisah oleh kehendakNya
jua kemahuan mu
-Anak Pantai-
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Isnin, 29 Mei 2017
Ujian Buat Kita
Ujian itu datang pelbagai cara
dan kali ini ujian itu betul-betul menguji ketabahan ,minda dan emosi diri ini
kerana awak sakit,saya belajar banyak perkara
ketabahan melawan emosi,bagaimana nak teruskan pelbagai perkara serta membuatkan saya berani menempuh apa sahaja..paling ketara saya boleh tempuh jalan yang sibuk tanpa getar.yang ada difikiran saya nak tengok awak sihat
5 malam awak di wad sudah banyak menguji saya dan akhirnya sayapun tewas juga dengan kesihatan saya sendiri..
apapun mr budu semoga awak kembali sihat seperti sediakala
Langgan:
Catatan (Atom)