Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Ahad, 16 Mac 2014
LUAHAN DARI HATI....
Lama tidak meluahkan perasaan...kesibukan demi kesibukan ujian demi ujian yang mendatang apa yang di rasa hanya simpan dalam hati...sebenarnya saya rindukan awak ...awaklah tempat saya luah perasaan ...blogku...awak hanya mendengar apa yang saya tulis dari hati ini...tanpa prajudiskan..tanpa komen atau tanpa mempersendakan perasaan saya...hilang tekanan saya bila jemari ini menitipkan bicara pada dada awak...
Dalam hidup ini sememangnya tidak dapat dinafikan,ujian demi ujian melanda hidup semua orang.atas semangat kuat atau tidak je untuk menghadapinya kan...dulu diri ini seorang yang tabah dalam menghadapi segala ujian dan badai yang melanda namun kini diri tidak setabah dulu.mudah tewas dalam semua ujian..saya rindukan saya yang dulu sebenarnya..banyak dah berubah dalam hidup saya...adakah ini takdir saya...
segala tentang saya....semoga ada masa untuk saya kembali seperti saya yang dulu..
dalam kesibukan kecelaruan fikiran sentiasa menghantui...terlalu takut kehilangan...saya tak kuat untuk menghadapi segalanya..dimana diri berada sentiasa diganggui fikiran yang membimbangkan...kadang-kadang takdir seseorang itu diberikan Allah bahagia hingga ke hujung nyawa..ada pula derita bahagia derita ke hujung pula...ada pula yang seimbang..apa takdir saya ya....adakah derita bahagia dan kembali derita...rasa nya macam itu takdir saya...Semoga Allah panjangkan jodoh saya dengannya..terlalu sayang dirinya dan tak sanggup membayangkan tanpa dia disisi...
mencari rezeki di bumi kenyalang seakan dah tawar..semangat mula kurang..nampaknya tiba masa untuk kaki ini melangkah pergi.mencari satu tempat lain yang untuk berbakti ..Cukuplah rasanya di sini..berbakti hampir 8th disini..tapi bila ya...tak sabar dan tak sabar...berada dalam suasana yang semakin tegang...buat diri semakin memberontak..
-Anak Pantai-
Contoh Surat Jemputan
SMK DEMAK
BARU
JALAN DIPLOMATIK OFF JALAN BAKO
93050 PETRA
JAYA
Tel :082 311670
KUCHING. Fax:082 312721
_______________________________________________________________________________
Ruj. Kami JPS(W)SMKDB(mur)/153/02/03/04/( ) Tarikh :
22 Feb 2013
Kepada
Ketua Polis
Balai Gita
Batu 2 ½ Jalan Matang
93050 Kuching,
SARAWAK.
Tuan
JEMPUTAN UNTUK MEMBERI CERAMAH SALAHLAKU PELAJAR TINGKATAN 4
Sukacita
perkara di atas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.
2. Sehubungan dengan perkara di atas, pihak
kami ingin menjemput tuan untuk memberi
ceramah
berkaitan salahlaku kepada pelajar.
3. Untuk makluman pihak tuan,ceramah tersebut
akan di adakan pada:
TARIKH : 2 Mac 2013
MASA : 10.30-11.30 pagi
TEMPAT : KANTIN SMK DEMAK BARU
4. Semoga dengan kehadiran tuan dapat
menambahbaik pengurusan disiplin serta meningkatkan sahsiah diri kepada
pelajar..
5. Atas kerjasama yang tuan berikan kami
dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya Yang Menjalankan Tugas ,
…………………………………………
( FATIMAH HAMID )
Pengetua
SMK Demak Baru
Jalan
Diplomatik Off Jalan Bako
Kuching.
Sumbangan basikal oleh PPKI SMK Demak baru kepada adik Shahrul
Penyerahan basikal oleh PPKI SMK Demak baru kepada adik mohd shahrul pelajar PPKI yang sanggup berjalan kaki ke sekolah pergi dan balik hari 10 km...
Alhamdulillah hasil sumbangan pengetua ,guru dan ppm PPKI SMK Demak baru dapat meringankan beban adik Shahrul...
Langgan:
Catatan (Atom)