Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 25 September 2012

Selamat Hari Lahir Alya


 Kakak montel masa kecik

 Ketika usia 6 bulan..Inilah kawan kakak yang pertama.Nama dia Amirul...
 Masa ni Alya baru berumur 19 hari bergambar kenangan dengan kakak Fatin..
 Masa ni kakak berumur 3 tahun..
 Atas katil Cek La kat UKM ketika umur kakak 1 tahun lebih..
 Kakak dengan mak dah jadi kawan baik...hmmm.

Kakak
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 13 tahun..
Doa dan harapan mak pastilah
mengharapkan permata hati yang pertama mak ni
panjang umur,murah rezeki..menjadi anak yang soleh
kakak yang baik
dan sebagai pelindung pada adik-adik.
Semoga Allah memberkati usia kakak dan
cemerlang dalam pelajaran.
AMIN..
 
Kakak..
Terima kasih kerana menjadi anak mak yang baik.
Mak sayang kakak 
jua anak-anak mak yang lain
Tiada beza kasih sayang mak dengan kakak,Alif,Adam ,Aimy dan Azib
Sebab semuanya permata hati mak yang lahir dari perut yang sama..
Mak tak tahu apa yang ada dalam hati kakak
justeru mak nak kakak tahu
mak sayang kakak
leter mak kerana mak nak kakak menjadi insan yang sempurna..
menjadi contoh pada adik-adik..
Maaf juga kakak
mak mungkin bukan emak yang sempurna yang kakak harapkan
tapi mak sentiasa ingin berusaha untuk menjadi yang sempurna..
Semoga hari-hari yang mendatang kita bisa menjadi kawan yang paling rapat.
Akhir kata..
SELAMAT HARI LAHIR ALYA..:)
 

Kawan


 
Kawan sentiasa ada di mana-mana
Kawan  datang dari pelbagai cara
Datang dan pergi 
sesuka hati.
Ada orang memerlukan kawan tika dia susah je.
Masa senang jumpapun buat-buat tak kenal
Ada pulak tu masa kita susah ramai yang tak nak mengaku kita ni kawan
Rasanya nak jeling sebelah matapun payah
Kalau berlanggar bahupun pura-pura buat tak tahu
Bila kita senang boleh pulak mengaku kita kawan sejati
Itulah realiti hidup ini 
Itutakpe lagi
Kawan yang tikam dari belakang ini yang bahaya.
Depan kita berjela-jela menyokong dan memuji kita
belakang kita Ya Rabbi
Berbakul-bakul kutuk kita.
Takut ada kawan yang macam ini 
walaupun diakui kawan yang kategori inilah
yang paling banyak disekeliling kita.. 
Pengajarannya yang boleh diambil
Jangan hanyut dengan pujian
Jangan lalai dengan kata-kata
Hati-hati berbicara
Musuh sentiasa menanti 
Kita lemah dan terus tersungkur...
Namun
Ada juga kawan yang sebaliknya
Kawan yang pantang dengar kita susah ..
Masa kita gembira dia buat-buat tak tahu je
rupanya dia nak buktikan dia kawan bukan waktu kita gembira
tapi dia kawan saat kita berduka
Sanggup memasang telinga 
mendengar rintihan hati kita.
Ada juga kawan 
Dia sentiasa ada
Waktu kita gembira
Mahupun waktu kita bersedih
Bahagia kita bahagia juga yang dia rasa..
Susah kita susahlah dia..
Kawan yang macam ni amat berharga sangat-sangat
Namun mungkin nanti kita kehilangan dia
Pada suatu masa yang kitapun belum pasti...



-Anak Pantai-