Hari itu begitu tenang..Cahaya mentari memancarkan sinar yang amat indah.Namun begitu,hari ini ke kuliah seorang diri tanpa kawan juga ibarat kembar,kerana dimana diri ini berada disitulah kawan saya pasti ada disisi.Kerana ketiadaan kawan saya ini bermulanya satu episod.suka duka kehidupan saya dikongsi bersama.
Masih kuingat saat itu,sewaktu kaki
melangkah ke PUSANIKA balikku dari dewan kuliah,mata ku tertiba terpandang
kelibatnya di Bilik PMUKM.Alamak "menatang beruk babi setan ni berada kat
situlah"hati kecil terus berkata-kata.bibir ini pantas akan memaki seorang
diri apabila terlihat sahaja kelibat "dia" ni.Ini kerana kejadian di
malam latihan kompang yang pertama kali aku hadiri.
Aku merasakan dia seperti memalukan
aku apabila memaksa aku memukul kompang berulang kali dan mengharapkan aku
pandai memukul kompang dalam waktu yang singkat.
Hakikatya "dia" ni tak tahu
aku pertama kali memukul kompang pada malam itu.Itulah malam pertama aku sentuh
dan memukulnya.Lantaran aku orang Terengganu yang tidak begitu menitikkan
permainan ini masa aku di kampung dulu.
Kesan pada malam
itu.."dia"lah insan yang paling aku benci di UKM .Nampak sahaja muka
dia pasti mulutku laju je memaki kata-kata
"menatang beruk,babi setan"hinggakan kawan kembarku begitu arif
sikapku.Aku sanggup melalui jalan yang jauh,asalkan aku tidak bertembung dengan
"dia".Bila terjumpa di fakulti ,biasanya aku pura-pura buat tak
nampak.Sebab aku malas nak bagi salam padanya.
Pernah juga berulang kali ,aku
menaiki bas yang sama dari Terengganu ke UKM,kerana dia pergi ke rumah
kawan-kawan dia di Terengganu.Dia senyum padaku sampai ke telinga senyumnya,
tapi aku buat -buat tak nampak.Bagiku aku cukup benci orang yang cuba memalukan
aku didepan orang lain.
Begitu juga tika Sukaneka yang
diadakan di Bagan Lalang oleh Kelab Kompang.
Lucu juga bila aku kenang
Pagi sebelum aku berangkat ,aku sidai
dulu baju-baju yang kubasuh dibelakang bilik ku.Aku sidai baju tanpa memakai
tudung.Selamba je masa tu dengan baju kurungku yang merah menyala tanpa aku
sedari ada mata yang memerhati dari jauh oleh seorang siswa.Rupanya dia yang
memandang aku.Cepat kakiku melangkah dari tempat sidaian baju ku.Mulut laju je
memaki lagi kat dia.Banyak pahala yang dia dapat yang aku bagi percuma kat
dia.Waktu dalam bas ke Bagan Lalang ,dia perli-perli aku tapi aku buat-buat tak
faham.Dia siap cakap pada kawan aku ZU..katanya dia senyum kat aku masa jumpa
dalam bas dulu.tapi aku buat-buat tak nampak je.Aku buat biasa je.Malas aku nak
layan dia.Tiba di Bagan Lalang ,aktiviti sukaneka bermula.yang aku tahu tiap
kali kumpulan aku bergambar pasti diapun ada juga.Ada gambar tu siap duduk
sebelah aku lagi.Tapi aku tidak menjangkakan yang sebaliknya dia suka kan
aku.Balik dari Bagan Lalang,masa aku nak turun bas ,aku terdengar
suaranya memerli dengan berkata
jangan lupa angkat baju ya..Hantu betul mamat ni bertambah kebencian aku pada
dia.
Begitu juga tika latihan kompang.Aku
begitu semangat memukul kompang dengan nota-nota dia sekali aku dah
hafal.Ternampak je dia hayunan tangan aku terus lemah.Nota kompang aku dah tak
ingat.Benci betul aku pada Yang Dipertua Kompang ni...
Padan muka dia sapa suruh dia malukan
aku.Kebencian aku pada dia tak pernah berubah walau hari dan masa pantas
beredar hinggalah Allah menentukan kebencian akunpada dia berakhir pada hari
itu.
Keluar dari kedai Pusanika sambil
membawa sedikit barang yang ku beli juga beberapa buah buku ,kaki ku laju
melangkah.Aku ni kalau jalan pasti lajuje..Tak suka nak jalan lambat-lambat
macam orang.Guna gear lima kata orang.Tapi langkah yang laju terpaksa aku
perlahankan.Kelibat dia yang keluar dari bilik PMUKM ,melemahkan hayunan kaki
aku ni.
Alahai kenapalah aku bertemu dengan
dia ni..hati kecil aku merungut-rungut seorang diri.Aku berjalan dibelakang dan
dia berjalan dihadapan.Aku perlahankan langkah kaki dia pun sama pelahan
jugak.Sebenarnya aku tak nak melintas dia,sebab aku tak nak bagi salam pada
dia.Yelah junior mesti hormat senior kan.
Rupanya dia sengaja perlahankan kaki
dia bila terlihat aku.Itu yang dia ceritakan ada aku.Sebab dia nak tegur aku
tapi waktu itu dia tidak berani.
Tiba di Kamsis Ungku Omar.Barulah
kami terpisah.Aku terus ke bilik untuk simpan dahulu barang dan buku yang ku
bawa tadi.Perut dah mula keroncong.Tiba waktu untuk makan tengahari.Tanpa
menunggu kawan-kawan yang lain aku seorang diri pergi ke Kafe untuk
mengalas perut.Waktu berbaris menunggu ikan bakar mata terus terhenti.Ada lagi
mamat ni..dalam hati merungut.Bila dia lalu depan aku,terus dia cakap "eh
jumpa lagi kita"
aku senyum badak je.Pukul 2.00 petang
aku seoarang diri lagi ke fakulti untuk kuliah yang seterusnya.Aku mengambil
jalan yang berbeza dari jalan tadi.Saje nak lepaskan angin melalui
jalan yang lain pula.Sewaktu menuruni bukit ke Fakulti Sains Hayat.dari
jauh aku ternampak dia menaiki bukit.Alamak jumpa lagi.Dia dengan selamba
bagitahu aku kelas dia batal dan cakap eh jumpa lagilah.Hai..apalah nak jadi
hari ini.hari ni dah berapa kali aku jumpa dengan dia. Merungut lagi aku dalam
hati.Siang hari berlalu macam itulah.
Malam aku ajak kawan ke library
Kamsis.Tapi semua kawan-kawan tak nak pergi malam tu.Terpaksalah seorang diri
lagi aku ke perpustakaan Kamsis dan pertama kali aku ke perpustakaan
tu.Biasanya tiap malam aku study di Perpustakaan Tun Sri Lanang,pepustakaan
yang terbesar di Asia Tenggara ketika tu.
Inilah bermulanya detik pertemuan
kami..Allah mengerak hati aku ke sana untuk aku membuang segala rasa benci yang
bersarang dihatiku pada dia selama ini .untuk aku tukarkan benci itu menjadi
rasa sayang .Sungguh selama ini aku mengjangkakan dia telah pun ada insan
istimewa.Kerana pernah sekali aku terjumpa dia belajar di perpustakaan dengan
seorang perempuan juga AJK Kompang yang aku kenal juga.Jadi di difikiran aku
dia dah berpunya.
Masuk
dalam perpustakaan aku mencari satu meja yang kosong.Mataaku sempat
memerhatikan dia dengan beberapa orang perempuan juga AJK Kompang yang aku
kenal juga salah satunya budak perempuan yang aku sangkakan makwenya.Selang
beberapa minit aku membuat kerja tertiba aku terdengar suara dia menegur
dan meminta izin untuk dia duduk semeja denganku.Dengan selamba aku katakan
padanya duduklah mejani pun bukan saya yang punya.Bila dia duduk mulalah dia
merapu yang bukan-bukab.Bajunyanya warna hijau.dia bagtahu aku.jampun warna
hijau.Segala yang hijau diberitahu kepadaku.Pelik aku dengan dia ni.Rupanya dia
dah selidik warna kegemaranku sebelum ini iaitu hijau.patutlah semua benda yang
hijau diberitahu kepadaku.
Apa yang aku perasan kemesraan dia padaku mula membuang sedikit demi sedikit perasaan benciku pada dia malam itu.Seakan ada aura antara kami.,kerana aku tidak langsung untuk segan menceritakan kisah aku dan keluargaku dari A hinngalah ke Z.dia pula begitu tekun mendengar.Begitu juga dengan dia segalanya diceritakan kepada ku hinggalah kami tidak sedar jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 malam.Sebelum beredar aku igin meminjamkan 2 buah buku namun hanya satu sahaja dapat aku pinjam.dia dengan pantas memijamkan buku itu aku.Dalam hati bagus juga mamat ni.Sebelum pergi sempat juga dia menanyakan kepada ku esok kuliah habis pukul berapa.aku memberitahunya kuliah ku esok habis pukul 5.
Keesokkan hari,habis kuliah pukul 5 aku terus ke bilik kerana aku belum menunaikan solat asar ketika itu.baru sahaja badan ini ingin berehat dikatil tertiba pintu bilikku diketuk oleh seorang kakak senior yang tidak aku kenali.Ditangannya sejambak ros merah yang masih segar.Melihat aku terus tangan kakak itu menghulurkan jambangan ros merah kepadaku.Tergamam seketika dan aku menanyakan siapakan yang memberikan ros itu untuk aku.
Kakak itu pura-pura tak dengar dan beritahu ku dia tidak kenal siapa dia hanya menolong memberikannya padaku.Aku berlari-lari anak mengejar kakak senior itu hanya berkaki ayam ke belakang blok.namun hampa tiada jawapan yang aku perolehi.Dengan jambangan ros ditangan aku berpatah balik ke bilikku dengan perasaan hampa.Mataku sempat terpandang sekumpulan siswa yang memerhatikan gelagat ku.tapi aku tidak mengjangka salah seorang siswa dalam kumpuan itulah yang memberikan jambangan bunga itu.
Malam aku menghadiri latihan kompang.Sebelum itu kami berkumpul bersembang dulu di foyer kamsis.Datang seorang abang senior menanyakan kepadaku dah tahu ke siapa yang memberikan bunga itu.Aku jawab tak tahu.Dia kata tunggu sebentar lagi insan itu akan datang nanti.Tertiba dia cakap ita pandanglah budak lelaki yang pakai baju warna putih tu.Dialah yang berikan bunga pada ita.Apabila mukaku berpaling, Ya Rabbi..rupanya mamat ini yang berikan padaku..Lantas peristiwa yang berlaku sebelum ini tergambar kembali.Malunya aku tika dia tengok aku pegang bunga dengan berkaki ayam kerana mengejar kakak senior itu.Patutlah dia tanya aku kuliahku habis pukul berapa.
Selepas latihan kompang aku balaskan sekeping kad terima kasih pada dia.Apabila berjumpa aku suruh dia nyatakan 10 alasan mengapa memberikan bunga kepadaku. Alasan yang ke sepuluh ialah kerana dia ingin kahwin denganku..eh gilake mamat ni..
Memandangkan aku pernah benci padanya lantas dimindaku aku ingin mempermainkan dirinya.Niat aku masa tu tidak bersungguh-sungguh .Sememangnya aku sukar untuk mempercayai lelaki semenjak peristiwa yang terjadi padaku.Pada dia aku anggap sebagai balas dendamku pada lelaki-lelaki.
Pada malam itu ,aku ke bilik dengan bermacam-macam perkara bermain di mindaku..adakah dia bersungguh-sungguh atau diapun sama dengan ku hanya untuk mempermainkan aku...Malam itu berakhir dengan tidurku penuh tanda tanya..

Bermulanya
episod menyulam cinta aku dan dia.seingat aku diawal perkasihan aku dengannya
pelbagai ujian datang menguji sejauhmana rasa cinta kami dapat mengatasi ujian
yang datang .
Masih
kuingat temu janji aku dengan nya.memang lucu.Aku dengan baju tshirt kuning dan
berseluar jeans manakala dia pula berbaju melayu berseluar hitam.Memang agak
berbeza penampilan kami.Sorang rock sorang lagi alim-alim gitu.
Dalam
hati aku cukup segan ketika itu.Kami menyusuri fakulti FSKK .hanya sekadar
berjalan sambil sesekali berborak kecil.Apa yang buat aku tabik kat dia ni.dia
berani menegur pemakaian aku yang bagi pendapat nya tidak begitu sesuai.Terus
terang dia cakap dia tak suka aku berseluar jean dan jika dia ternampak lagi
aku memakainya dia kata di nak cincang seluarku itu...amboi dalam hati
berkata-kata.berani dia kali pertama date dengan aku ni dah pandai-pandai pulak
menegur aku.Aku ni jiwa pemberontak pantang orang tegur mesti nak lawan.Tapi
malam tu aku diam je.kontrol ayulah masa tu. mungkin Allah sudah memberikan
petunjuk itulah insan yang akan berkongsi hidup dengan Ku.
Seingat
aku juga ,diawal perkasihan kami,akulah yang banyak menitiskan airmata.Bila
balik dari pertemuan dengannya pasti aku menangis mengenangkan sikapnya
yang suka menyebut-nyebut bekas kekasihnya dulu.Langsung dia tidak menjaga
hati dan perasaan aku ketika itu.Aku pulak masa tu masih lagi cuba bersabar.
Begitu juga ,bila dia bersama-sama dengan kawan-kawannya,aku macam tak pernah wujud.terkadang sampai nak tersentuh bahu ketika kami bertembung di kafe kamsis dia hanya mampu tersenyum atau pura-pura buat tak nampak.Tingkahlakunya itu buat aku dalam teka teki.betulke dia ni suka aku.betul ke aku ni dia anggap insan istimewa dia.Semasa latihan kompang pun langsung dia tidak menegurku.tapi yang buat aku hairan bila sampai je kat bilik mulalah dia lontar batu ajak jumpa.pada hal masa latihan kompang tadi bagitahu teruspun takpe..bayangkan betapa masa tu perasaan aku marahpun ada.
Situasi ini juga buat seseorang orang keliru.ada juga insan-insan yang cuba masuk ingat aku ni free lagi.Terpaksalah aku terus terang yang aku sebenarnya dah dimiliki oleh dia.Yelahkata mereka aku ni sekejap nampak macam orang punya sekejap macam takde.Aku ni bukan apa.masa mula-mula date dulupun aku masih ingat pesanan nya kata dia walau kita dan bercouple tapi kawan-kawan tetap kita jaga.aku pun sama gok macam dia sebenarnya taknak lah digelar macam belangkas kesana kemari sampai kawanpun kita lupa.hakikatnya dia tu kawan yang di jaga aku insan istimewa dia yang tak jaga masa tu.
Dengan kawan-kawan aku bercerita ,inilah insan pertama yang buat aku banyak menangis diawal perkasihan.betul-betul menguji sejauhmana kesabaran aku dengan dia.Ditambah lagi kawan-kawan perempuan yang rapat dengan dia yang kurang suka perhubungan kami.Pandang aku macam musuh.Peristiwa yang aku tak lupa ,aku dibiarkan terasing dirumah kakak angkatnya.sedih masa tu tuhan yang tahu.
Kenangan paling sedih juga ketika kelab kompang ke Genting Highland mengadakan sukaneka di sana.Dalam hati sebelum pergi tu mesti best sebab inilah masanya untuk aku bersama dia.Rupanya bila sampai disana impian tidak menjadi kenyataan.Dia lupa kewujudan aku.Boleh pulak dia menaiki perahu dengan orang lain.Kegembiraan terubat sedikit bila ada abang senior yang perasaan kesedihan aku masa tu.Di situ aku mula buat perkiraan,aku merasakan hubungan antara kami tidak dapat diteruskan kerana tiada langsung keserasian antara kami.
Malam berikutnya semasa kami berjumpa ,aku pun meluahkan apa yang terbuku di hati.Ketidakpuasan hati aku padanya semua aku ceritakan.dan aku katakan padanya anggaplah aku seperti adik angkatnya sahaja dan aku anggap dirinya seperyi abang angkat aku sahaja.Aku merasakan aku tidak begitu penting baginya,dan kawan-kawan serta kakak angkat dia masa itu yang lebih penting dalam hidupnya ketika itu.Aku cakap padanya sebolehya aku cuba menjaga hati dan perasaan insan yang aku sayangi tanpa menceritakan orang lain ada dia.kisah silam simpan je dalam hati.itu prinsip ku kecuali dia sendiri yang ingin mengetahuinya.
Perjelasanku buat airmatanya mengalir laju.Dia tidak boleh terima cadangan ku.Kerana dia kata kasih sayang dia padaku begitu ikhlas.Bagilah dia ,masa dan ruang waktu untuk memperbaiki mana kelemahan yang aku tidak suka.melihat airmatanya mengalir dalam hati aku ni tak sampai hati pulak nak biarkan dia dalam kesedihan.kami bersepakat untuk cuba meneruskan perhubungan ini.
Benar lah kata orang terus terang dalam perhubungan lebih baik daripada kita mendiamkan diri dan biarkan masalah itu berlarutan tanpa di atasi.Kesannya kita sentiasa dalam keadaan tekanan.
Alhamdulillah ,aku bersyukur menemukan seorang insan yang sanggup membuangkan egonya kerana ingin terus bersamaku.Teguranku malam itu telah mengubah diri dan sikapnya 100%.
Dia mula mengutamakan aku daripada kawan-kawannya.Dia mula menunjukkan keprihatinan yang amat tinggi dan sanggup bersusah payah agar dapat memastikan aku bahagia disisinya.Dalam hati aku berkata-kata...sesungguhnya sayang dan cinta dia padaku adalah amat tulus.Sejak itu dia pula yang sentiasa diuji.Banyak airmata dia yang mengalir kerana sikap dan tingkahlaku ku.Hanya orang -orang yang sabar sahaja yang boleh bertahan dengan aku ni.Aku sebenarnya mempunyai ego yang amat tinggi.Tapi adakalanya ego itu mudah sahaja dicairkan kalau tahu caranya.Dan dia tahu bagaimana nak menghapuskan ego ku.
Banyak kali aku cuba menguji kesetiaan dia,tapi ujian itu dia lulus 100%.Adakah belum cukup lagi untuk aku untuk menilai sejauhmana kejujuran dia padaku.Rasanya akulah insan yang menolak tuah kalau aku tidak memilihnya untuk berkongsi suka dukaku hidup bersamanya.
Peristiwa dia menghantar kerja kursus ku yang dia taipkan dan dibalas dengan kemarahan yang membuak-buak oleh aku juga menjadi salah satu kenangan yang masih segar hingga kini.Dia sanggup tak tidur menaipkan kerja kursusku dengan meminjam komputer kawan untuk memastikan kerja-kerja ku siap sepenuhnya.Tapi yang dia dapat kemarahan ku yang melampau kerana aku terbau rokok dibajunya.dan dia mengaku menghisapnya.Aku ni paling benci dengan orang yang menghisap rokok.Datanglah setampan manapun kalau merokok sah-sah bukan insan pilihan aku.Malam itu dia berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.Aku yakin dengan janjinya kerana dia bukan perokok tetapi hanya mengikut kawan-kawan yang merokok.Selepas malam itu,bau rokok di baju dia sudah tidak lagi aku cium.dan itulah juga menunjukkan betapa dia menyayangiku lebih dari segalanya.

Khamis, November 22
Perjalanan perhubungan cinta kami
begitu indah selepas ujian-ujian yang melanda sebelum ini.
Bunga-bunga kemesraan semakin lama
semakin mekar mewangi.
Baru aku perasan dia rupanya seorang
yang cukup romantik.Banyak kad-kad ucapan yang dia bagikan untukku .Seringkali
kata-kata semangat untuk aku terus berusaha demi mengejar cita-cita..Kad-kad
dan segala pemberiannya ku simpan rapi.kad nya pula semua ku tampal dipapan
kenyataan dalam bilik ku.Hingga kini surat -surat dan kad pemberiannya masih
elok tersimpan diadalam kotak dan sesekali aku membacanya kembali untuk terus
segarkan cinta antara kami walaupun dia ingat aku sudah tidak kisah lagi
surat-surat itu.hakikatnya sampai aku mati aku akan simpan warkah-warkah
daripada insan yang aku sayagi..Aku tidak kisah anak-anak membacanya
.Tiada yang teruk dalam surat itu hanya kata-kata indah dari ayah mereka untuk
insan yang melahirkannya.
bayangkan sentiasa ada
kejutan-kejutan yang tidak aku sangkakan.Paling aku tunggu bila tiap kali cuti
semester ,pastinya saban hari aku menerima warkah dari dia.Terkadang pagi dah
dapat petang posmen datang lagi .Hingga malu juga dengan posmen hari -hari
datang ke rumah menghantar surat untukku .Suratnya pula datang dalam pelbagai
variasi.Dibelakang surat khabarpun jadi tempat dia menulis.ada surat tu pulak
siap macam buat kerja kursus.hingga adakalanya surat tu sampai 25 muka
surat.Begitu setianya dia menulis demi memastikan aku tidak sunyi di
kampung.Dalam surat pulak pasti ada lagu-lagu yang dia tujukan buatku..Romantiklah
sungguh.
Kebaikan dia aku kongsikan dengan
keluarga di kampung.Menitis airmata bila dirinya menjadi insan kepercayaan
keluarga.Hinggakan mak masukkan duit untuk akupun dalam akaunnya.
Mak lebih mempercayai dirinya
daripada aku.Bila melihat kesungguhannya itu aku membawa dia pulang bertemu
keluargaku dikampung.Biar dia sendiri yang lihat keadaan aku dan keluarga
.Bagiku siapa yang dapat terima kekurangan keluargaku itu yang paling aku
pentingkan.Dan paling bahgia tiada batahan daripada ayahku..Ayah dengan senyum
katakan padaku ingatkan penjual jualan langsung mana yang datang.Yelah gayanya
yang bersahaja dan amat pediam ketika itu.Mungkin dalam hati dia duk menilai
kut..boleh ke dia masuk dalam keluarga kami nanti..penilaian aku macam
tulah.kakak-kakak ku pula mula buat penilaian katanya dia tu pediam sangat.tak
banyak cakap berbeza dengan kami yang semuanya peramah.jumpa pertama kali dah
macam kenal bertahun-tahun
.Cuti semester berakhir aku berjumpa
dengannya dan buat rumusan pertemuan dia dengan keluargaku.Aku kata pada dia
aku suka kalau dia banyak cakap dan menjadi peramah seperti keluargaku.katanya
perkara itu amat mudah untuk dilakukan.
sejak itu wataknya amat berubah
dialah orang yang kuat menyakat.
seingat aku ,kami bercinta bukan
seperti kekasih yang lain.adakalanya sebulan kami tidak berjumpa walaupun di
kamsis yang sama.bertemupun hanya di perpustakaan jarang kami melepak tanpa
arah tujuan.
kerana
bagi kami cinta dan cita-cita biarlah seiring.kami berdua sama menjadi harapan
orang tua dikampung untuk mengubah nasib keluarga.
Kuala
Lumpur banyaknya kenangan cinta aku dan dia.pastinya lagu alleycats akan
sentiasa mengingatkan cinta kami berdua.
Petaling
street,Metro Jaya,Pudu,Jalan Sultan Abdul Rahman.merupakan antara tempat yang
banyak kenangan aku dengannya.
Tidak
seperti pasangan yang lain ,aku dan dia hanya berjalan menyusuri bandaraya
.bila lapar sesekali singgah di gerai membasahkan tekak.Yelah waktu belajar
mana ada duit yang banyak jauh sekali untuk memiliki kenderaan.Satu hari
menyusuri bandaraya Kuala Lumpur.Bila pulang pulak terpaksa berebut untuk
menaiki bas ke UKM.
Pernah
juga dia belikan buah laici sekilo dan habis aku makan disitu juga tanpa
berkongsi dengannya.senyum terukir diwajahnya bila melihat telatahku yang
ghairah makan buah laici.
Pertama
kali aku masuk panggung wayang,yang lucunya aku tidur sampai habis cerita.Aku
ni kalau cerita kurang minat sedikit tapi kalau nak suruh dengar lagu sampai
pagipun aku boleh sanggup tak tidur.Hari tu kerana nak jaga hati dia ,aku
temankan dia tapi yelah aku buat tahi mata.Habis cerita dia kejutkan aku.
Pernah
juga aku ke Pelabuhan Kelang dengan dia menaiki komuter hanya sekadar nak makan
KFC je kat sana.Tapi satu tempat juga yang akan sentiasa segar dalam ingatan
iaitu
pantai
dalam dan pantai indah kat kuala lumpur tu.
masa
itu aku praktikal di Sk Bukit Bandaraya,dia pulak sebagai editor di salah sebuah
penerbitan buku.Ciri-ciri tanggungjawab dia pada aku begitu ketara.Sewa
rumah,bil telefon,tambang bas,makan minum semua itu dibawah
tanggungannya.Setiap petang pasti dia datang ajak makan di gerai bawah
pangsapuri tempat aku menyewa dengan kawan-kawan.tak lupa tiap kali berjumpa
duit-duit syiling yang dia kumpulkan diberikan padaku.Katanya senang untuk aku
membayar tambang bas nanti.
Sememangnya
dia begitu baik dipandangan mataku.jauh disudut hati begitu sekali dia buat
semata-mata kerana menyayangiku.Padahal banyak lagi tanggungjawab dia pada
keluarga.Dia lebih pentingkan diri aku daripada dirinya sendiri.Kalau orang
lain pastinya hendak memikirkan kenderaan yang baru.Dia waktu tu hanya menaiki
motosikal Honda Cup yang sudah takde rupa.Seringkali rosak pula tu.Pakaian dia
juga kurang berganti.apa lagi hendak bergaya seperti orang lain.
Sememangnya
Rabbul Izzati selalu adil dan sayang pada hambanya.Tidak semuanya kita berada
dalam kesedihan.Dia telah mengurniakan seorang insan yang bukan sahaja
membahagiakan aku malah keluargaku.
Seperti
yang dia selalu katakan padaku bila aku menerima nya sebagai teman hidup dia
akan menyayangiku hingga ke akhir hayat.
Alhamdulillah
,Allah juga memberikan aku pemikiran yang begitu matang dalam membuat
pilihan.Bagiku setampan mana pun dia kalau tidak ada ciri-ciri yang boleh
membimbing kita ke arah yang lebih baik,adalah bukan perwira yang boleh
melindungi kita.Kalau sikap dari awal sudah membenci keluarga kita,baik lupakan
saja.kalau dari awal hanya pentingkan diri sendiri tinggalkanlah dia.dia bukan
peneman kita tetapi hanya sekadar tempat berkongsi cerita.
Terima
kasih Allah kerana membibitkan rasa cintanya pada ku,terima kasih Allah kerana
membukakan pintu hatiku untuk dia.Terima kasih Allah kerana menciptakannya
buatku.
Terima
kasih Allah kerana memperliharakan cinta kami.
Hari
yang dinanti tiba jua.Sebelum ini aku hanya mendengar suara sahaja arwah ma dan
kelaurga mertua.Tapi hari itu mereka didepan mata. Ayah,Arwah Ma,E dan Cik Nor
serta Makcik Saudaranya aku temui.Ya allah dalam hati berdebar dan
tertanya-tanya adakah mereka boleh terima aku seadanya.Pada konvokesyen dia
hari tu aku hanya dapat memberikan sejambak bunga dan tiada barang lain sebagai
kenangan.Maklum statusku ketika itu sebagai seorang mahasiswa apalah
sangat.Duitpun masih bergantung pada pinjaman dan duit dia juga.Baju
warna kuning yang kupakai pada hari itu pula aku siap tempah semata-mata untuk
hari konvokesyennya.Sempat juga aku dan ibu bapa dan ahli keluarga dia
bergambar bersama.
Konvokesyen
dia sedikit menyedihkan.Lantaran dia belum lagi mendapat jawatan tetap
yang dia pegang sekarang ini.Andailah
masa dapat kita putarkan balik,pastinya aku ingin melihat kebahagiaan dihari
konvonya itu. Riak air mukanya pada hari itu cukup mengambarkan kehampaan
kerana tidak dapat memberikan kepuasan yang sebenarnya pada keluarga dia.
Sememangnya semua anak kalau diberi kesempatan pasti ingin membuatkan ibu bapa
mereka bahagia.Itulah juga impiannya,namun Allah ada sebab menguji
hambanya yang sabar.
.Malangnya
semua itu telah menjadi satu nostolgia yang hanya mampu dikenang.Dua insan
bagiku yang amat baik telah pun pergi menemu penciptaNya.Pergi tak mungkin
kembali..arwah ma dan arwah makcik...Semoga Allah sentiasa merahmati roh dua
insan yang terlalu istimewa ini bagiku.
Berbeza
pula di majlis konvokesyenku..ketika itu dia telahpun memegang status
tunanganku.Dan ketika itu,dia juga sudah mempunyai jawatan tetap.Suasana amat
berbeza.Dia sanggup menyewa pangsapuri untuk aku dan keluargaku tinggal.dari
sewa rumah ,makan minum ,filem gambar dan sewa jubah semua ditajanya untuk
aku.Kepuasan hati mak dan ayah jelas tergambar melihat sikap tanggungjawab yang
ditunjukkan ketika itu.
Ya
Allah...sepatutnya aku sentiasa harus bersyukur kerana Engkau sentiasa
memberikan kebahgiaan buat diri ini.Engkau kurniakan seorang insan yang
menghapus derita diriku.Engkau berikan cahaya ketika aku berada dalam kegelapan
dan penderitaan.Engkau hadirkan dia untuk sentiasa menceriakan
hari-hariku..
Jumaat, November 23
Hari yang cukup bermakna pada aku dan
dia tiba juga.Hari itu rombongan dari pihak dia datang untuk meminang dan
mengikat tali pertunangan.Ia menjadi sejarah dalam hidup apabila aku bakal
menamatkan zaman bujangku dengan insan pilihan ku sendiri.
Aku kira tidak salah lagi piihanku
kerana dia mempunyai ciri-ciri seorang yang berilmu,beragama dan berbudi
pekerti mulia seperti mana ciri-ciri suami yang diimpikan selama ini.
InsyaAllah ,apabila mengharapkan yang
baik pasti akan beroleh yang baik juga.Sesungguhnya dalam hati ku tidak putus
bersyukur apabila dipertemukan dengan lelaki yang bertepatan dengan ciri-ciri
yang diingini.Alhamdulillah.
Keluarga ku serta sanak saudara
menerima kunjungan pihak dia dengan hati terbuka.Pada hari itu nasi dan
lauk pauk menjadi hidangan .Yelah rombongan dia yang datang jauh dari Kota
Bharu .Aku berbaju putih hanya make up seadanya tanpa pelamin yang menghiasi.
Dia juga berbaju kameja berwarna putih ketika itu. Cincin pula pilihan kami
berdua berwarna hijau bermata belian yang harganya hanya sekadar sahaja.Itu
juga pilihan aku kerana ketika itu aku merasakan tidak payah membelikan cincin
yang mahal.Kerana rasa cintanya padaku sudah begitu mahal dan tidak ternilai
harganya. Perbincanganpun dilakukan ,hasilnya kedua-dua pihak telah bersetuju
akan disatukan pada masa yang akan ditetapkan oleh kami pada kemudian
nanti.Begitu juga hantaran.aku dan keluarga menyerahkan dia dan keluarga untuk
memberikannya berapa. dan Yang penting bagiku..cintaku dengan nya bukan hanya
sekadar cinta kampus tetapi cinta ke arah membina sebuah mahligai yang
mengharapkan mahligai itu sentiasa dalam ketenangan ,kerahmatan serta
kebahagian.
Aku juga mengharapkan agar aku dan
dia mampu mengemudikan kehidupan ini dengan redha Ilahi mahligai yang dibina
nanti berkekalan hingga ke akhir hayat.
Tidak perlu terlalu memilih kerana
sikap itu akan merugikan diri sendiri.
Keyakinan aku tanam dalam
hati..Setiap kurnian dan janji Allah itu amat indah dan itulah yang membawa
kita kepada kebahagiaan yang tiada bersyarat.
Apabila cincin itu sudah
dijemari...tandanya aku kini bergelar tunangan orang.Insan yang aku selalu maki
dengan "natang beruk babi monyet" inilah rupanya yang akan berkongsi
hidup dengan ku nanti.
Benarlah
kata-kata yang selalu kita dengari ,jangan terlalu membenci seseorang kerana
tidak mustahil kita juga akan terlalu menyayanginya suatu hari nanti. Kata-kata
itu telahpun terbukti pada diri ini.
Termenterinya Mahligai kita
Sebagaimana yang telah
dirancang,tanggal 11 September 1998,berlangsungnya majlis akad nikah antara aku
dengannya.Majlis ini hanya disempurnakan diteratak burukku sahaja,namun kemeriahan tetap terasa
dengan kehadiran saudara mara yang meraikan hari bersejarah ku ini.
Hati ini benar-benar terasa
lapang dan bahagia .Hingga kini masih jelas terbayang majlis akad ku yang penuh
kelucuan.Sempat jua dia buat lawak sewaktu akad nikah itu
Alhamdulillah segalanya
berjalan dengan lancarnya.Bimbang juga tika itu berlaku perkara yang tidak
diingini terjadi.
Jauh disudut hati berdoa agar
nanti rumahtangga yang dibina aman dan damai.
Keesokkannya 12 September
majlis persandingan ku dengannya .Tarikh itu juga tarikh aku dilahirkan.Ini
bermakna hadiah hari lahirku adalah seorang suami yang akan hidup bersamaku
disaat suka dan duka.
Betapa gembiranya aku tika
itu..dalam hati tidak putus mengucapkan syukur di atas jodohku ini.
Setiap manusia itu tidak pernah
tahu perjalanan sesuatu takdir,begitu juga aku,Walaupun aku tidak tahu
pengakhiran ikatan ini,namun kesyukuran kupanjatkan jua pada Rabbul Izzati.
Majlis berlangsung dengan
meriah sekali.Aku dan dia memakai baju songket berwarna pink terang.Lucunya
waktu itu aku sendiri sahaja yang menghias diriku sendiri.Amat berbeza jika
dibandingkan dengan majlis perkahwinan adikku baru-baru ini.Semuanya terhias indah.Aku
pula hanya pelamin alah kadar sahaja. Kerusi pelaminpun pinjam dari rumah
jiran.
Apa yang buat aku puas hati
waktu tu,majlis perkahwinan ku tidak menyusahkan sesiapa.Semuanya aku uruskan
perbelanjaannya.Nak buat macam mana kan keluarga bukannya senang sangat.
Alhamdulillah ,majlis
perkahwinan kami terhindar daripada perkara-perkara yang dilarang oleh
Islam.Walaupun tidak diadakan secara besar-besaran,tetapi kemeriahannya tetap
menyerlah dengan kehadiran saudara mara,tetamu dan sahabat yang tidak putus-putus
datang hingga ke malamnya.
Begitu juga majlis menyambut
menantu dirumahnya walaupun kecil tapi tetap juga meriahnya. Berdebar juga
waktu itu,bimbang adakah diri ini dapat berada dikalangan keluarga
suami.
Aku pula tersipu malu apabila
diperkenalkan dengan saudara maranya,Maklumlah,aku ini bukanlah terlalu
istimewa dan tiada apa yang hendak dibanggakan.Hendak dikira rupa ,cuma
seadanya jelah.Cuma hati ini sentiasa berazam untuk menjadi seorang isteri yang
disayangi suami.Selalu menjadi rindu akan masak-masakanku.gurauanku,belaian
mesra dariku.Juga seorang menantu yang disayangi oleh mertua serta adik-adik
ipar.
Jumaat, November 30
Episod Perjuanganpun Bermula(Suka duka awal perkahwinan)
Walaupun kami
telah bergelar suami isteri,tapi kami masih lagi tinggal berasingan.Aku
diasrama sekolah kerana aku masih menjadi warden asrama puteri di salah
sebuah sekolah menengah di Terengganu dan dia pula menyewa rumah di Kajang.
Biasanya ,akulah
yang akan menaiki bas setiap hujung minggu ke sana. Masa yang secebis dan
sesingkat itu kami gunakan untuk mengenali antara satu sama lain serta menyulam
rindu yang selama ini tersimpan.Terkadang juga sebulan baru kami berjumpa.Waktu
itu siang malam berdoa agar Allah mempercepatkan urusan pertukaran sekolahku ke
Selangor.
Alhamdulillah
,November memberikan khabar bahagia.aku berjaya berpindah ke negeri
Selangor.Cuma dalam hati tertanya-tanya dimanakah sekolah yang bakal menjadi
tempatku mengajar nanti.
Dalam hati
berbunga riang.Selepas ini aku akan sentiasa bersama suami ,susah ataupun di
dalam senang.December bersama mak,ayah dan ahli keluarga lain menghantar aku ke
Kajang. Walaupun sedih berpisah dengan keluarga tapi hati cukup gembira dan
teruja untuk bersama dengan suami.Siapa tak bahagiakan dapat bersama insan
tersayang ..biar dia selalu di depan mata,agar hilang rindu yang telah lama
terpendam.
Sayangnya rindu
aku pada dia tidak pernah hilang,walaupun dia di depan mata.Hatiku benar-benar
terisi dengan perkahwinan ini.Dia dapat menerima aku seadanya ,menerima
kekurangan ku menambahkan lagi rasa sayang dan hormat padanya.
Diawal pengkongsian
hidup kami untuk tinggal bersama,kami mula diuji ,aku terpaksa mengajar di
salah sebuah sekolah yang terletak jauh dari tempat kerjanya.Dia di Kuala
Lumpur dan aku pula di Kelang.Kami terpaksa berpindah dari Kajang ke
Kelang.Puas mencari rumah yang sesuai akhirnya kami temui sebuah apartment yang
sewanya amat tinggi.Penyewa pula turut meminta deposit dua bulan rumah ,air dan
api .Waktu itu kebingungan juga kami untuk mencari duit yang agak banyak bagi
membiyai pendahuluan rumah berkenaan.Alhamdulillah Allah membukakan pintu hati
kawan baikku dan suami untuk meminjamkan duitnya.Syukur masalah pertama hampir
selesai.Bila sudah mempunyai rumah ni,peralatan dalam rumah perlu juga
ada,setelah perbincangan antara kami suami isteri,kami bersetuju membeli perabot
seadanya.Masih kuingat satu set perabot di dalam bilik tidur kami beli dengan
harga RM600 sahaja,peti ais,dan mesin basuh semi auto.Tv pulak waktu tu hanya
14'in itupun masa dia beli waktu dia bujang dulu.Almari tvpun takde ,aku hanya
jadikan kotak dialas pula kain diatasnya sebagai tempat letak tv.bila pergi
rumah kawan-kawan ,sempat juga dalam hati terdetik bilalah agaknya kehidupan
kami akan senang seperti mereka.Tapi itulah ujian Allah untuk melihat
sejauhmana hambaNya bersyukur padaNya.
Jarak ke sekolah
dengan rumahku tidak begitu jauh,Pagi suami akan menghantar aku dengan
motosikal krisnya,balik pulak aku berjalan kaki atau sesekali menumpang kawan
baikku Abidah.
Aku juga masih teringat beria benar aku suruh suamiku membeli basikal untuk kegunaan aku berulang alik ke sekolah.Tidak tahan dengan rayuanku suami bersetuju dan membelikanku sebuah basikal.Lucunya sekali sahaja aku menggunakannya dan selepas itu basikal itu terus tergantung tidak digunakan lagi.
Waktu itu,kehidupan kami begitu teruji dengan masalah kewangan.Namun begitu masalah kami hanya kami berdua sahaja yang tahu.Pada keluarga di kampung kami rahsiakan .Duit pada mereka tetap tiap bulan aku masukkan.Terkadang pernah juga aku katakan pada suami..kalau bagitahu pada orang mungkin orang tak percaya,Suami ku pegawai dan aku ,guru sekolah menengah.keretapun kami takde hanya sebuah motosikal sahaja tika itu.Yang lucunya pernah 3 bulan motosikal itu tertunggak.bila suami nak membayarnya,hairan cina tu kerana surat tarik motor sudah lama keluar tapi motor tu masih lagi berada dengan suamiku.Ketawa kami waktu tu..Tapi waktu itu ,walaupun kami diuji dengan masalah kewangan tapi kehidupan aku dan suami cukup bahagia.Bangga aku tiap kali dia pergi ke kerja pasti akan dibawa bersama masakan yang aku buat untuknya.Apatah lagi dia boleh pula memberikan bekalnya itu pada kawan-kawannya.Akhirnya setiap pagi aku buat nasi berlauk kerana pesanan kawan-kawan sepejabat dengannya.

Waktu itu juga
kami bermacam cara mencari sumber pendapatan sampingan.Setiap petang aku dan
suami akan mengoreng keropok keping dan membungkusnya pula.Esok suami akan bawa
ke pejabat untuk dijual.Malu masa itu kami letak ke tepi.Alhamdulillah
duit itu juga sedikit sebanyak membantu kami.
Duit gaji antara
kami kami satukan jumlahnya..lepas itu mulakan kami agih-agihkan di dalam
sampul surat tertentu daripada bil air,api,untuk mak ayah dan
sebagainya.Terkadang negatifpun ada.
Pernah suatu
ketika pula,kami betul -betul kekeringan duit.Tabung menjadi sasaran.Strategi
seterusnya ialah berkongsi ke kedai membeli barang keperluan,kerana kami malu
semua yang dibawa menggunakan duit syiling.Susah sungguh waktu tu..Bila kenang
kini kami tersenyum fikir lucu pula.Kami pernah mengorengkan bee hoon kosong
tanpa apa-apa.dan makan nya dengan penuh syukur.
bab pakaian jauh
sekali untuk berkongsi baru.Waktu itu aku langsung tidak meminta itu dan
ini,kerana aku sedar kesusahan kami.Nasib lah semasa masa bujang dulu aku gila
menempah baju..baju-baju itulah yang aku pakai.Dia pula sama,langsung tidak mementingkan
pakaiannnya.Setiap minggu kemeja dan seluar yang sama di pakainya.Dalam hati
begitu kesian pada dia.Aku sedar selama ini dia begitu banyak berkorban untuk
aku.aku tidak salahkannya kerana tidak dapat memberikan kesenangan padaku
ini.Kerana waktu dulu dia habiskan begitu banyak duitnya untuk aku.
Pernah suatu
ketika ,aku kenakan suami aku terasa betul nak makan kfc.Aku ajak dia ke Subang
Jaya naik komuter sedang waktu tu hujung bulan.Dia ragu-ragu nak pergi ,dalam
komuter tertiba aku tunjukkan padanya aku masih ada duit RM150 yang aku
simpan.Jelas begitu gembira di wajah suamiku.Sempat juga dia memujiku kerana
simpan kan duit..kesian kan kehidupan kami masa tu hanya cukup-cukup
makan.Dalam hati risau juga bila mengenangkan suatu hari bila dah ada anak
macamana kami nak hadapi semua ini..Tapi Allah telah tetapkan rezeki seseorang
..Dia yang menentukan segalanya.
Memandangkan kami tida mempunyai kereta ,balik kampung masalah juga.Kepada adik iparlah yang selalu jadi mangsa kami untuk menumpang balik,terkadang pula tu menumpang dengan kawannya yang berasal dari Kelantan juga.Bas memang banyak menyumbangkan jasanya pada kami.Hentian Putra,Pudu Raya sudah tidak asing lagi buat kami. Bila kenangkan balik betullah kata orang ,kita akan lebih menghargai masa silam yang penuh kepayahan pada masa kini, kerana kesusahan dan kepayahan itu mengajar kita sebuah ketabahan.Membuatkan perhubungan antara kami bergitu bermakna.Susah senang sentiasa bersama.
Suatu ketika di sekolah baru itu,aku mula diuji dengan sikap anak murid yang cuba melaga-lagakan aku dengan murid yang lain.Hinggakan suatu hari datan kedua ibu bapanya ke sekolah untuk berjumpa dengan ku.memang betullah ,pelajar bermasalah pendengaran ini salah satu sikapnya selalu berprasangka, inilah yang terjadi padaku..setiap hari aku sedih dengan situasi yang berlaku,mengadu pada penyelaras,boleh pulak dia buat tak endah je..Pada suami tempat ku meluahkan isi hati dan selalu berdoa pada Allah agar suatu hari nanti tunjukkan kebenarannnya.Allah selalu mendengar rintihan hambanya,akhirnya kebenaran memihak padaku bila mana pelajar yang salah sangka denganku datang memohon maaf.
Disekolah baru juga aku diuji dengan satu masalah yang amat besar,melibatkan maruah aku begitu tercalar waktu tu..Betapa jahatnya manusia,sanggup memfitnah kawan sendiri.aku hampir goyah dengan apa yang berlaku.Suami lah juga memberi kata-kata semangat agar aku kuat.Yang mendengar rintihan ku tiap kali hendak tidur.sedangkan aku tahu waktu itu dia lebih banyak lagi permasalahan yang dihadapi.Apa yang berlaku itu menyedarkan ku.Dalam alam pekerjaan ,hati-hatilah memilih kawan.Pilihlah kawan yang sentiasa berfikiran positif terhadap setiap perkara.Elakkan berada di dalam kelompok kawan yang sentiasa membangkang dan sentiasa berfikiran negatif baik pada rakan-rakan,dalam bidang kerja dan sebagainya. Hati-hati dengan kawan-kawan yang suka menikam kita dari belakang demi kepentingan diri sendiri. begitu juga ,selagi kita berada di bawah pimpinan orang ,hormatilah dia sebagai ketua kita,kerana suatu hari nanti kita pula akan memimpin orang lain dan kita pula mengharapkan orang lain menghormati kita juga.
Ketika situasi genting itu,aku telah nekad bertemu dengan pengetua,aku ingin dia tahu siapa aku sebenarnya tidak seperti apa yang dijangkakan.3 jam berada di dalam biliknya tidak tersedar waktu begitu pantas berlalu.Dari A hingga Z aku ceritakan ,apa sebenarnya matlamat aku disekolah ini.Kenapa berlakunya salah faham ini.Alhamdulillah ,Allah menunjukkan kebenarannya sebelum aku meninggalkan sekolah itu.Maruah yang tercalar dapat aku kikis sebelum aku pergi.Kebenaran terserlah jua.Yang paling mengharukan perhubungan antara aku dan pengetua kembali bersatu.Bagiku dalam pekerjaan sebagai seorang pendidik,sekolah itulah yang banyak mengajar aku sebuah perjuangan,pengorbanan dan kesabaran.Betul-betul menguji keimanan.Hinggakan bila kini aku lalu sahaja di sekolah tersebut,aku tiada perasaan langsung .Puas mengingatkan kembali mana manisnya.tapi gagalku temui.Yang ada semua nostalgia yang pahit sahaja.
Pada suami aku mengadu,aku ingin berhijrah ke tempat baru.Sekolah itu bukan tempatku.Dia bersetuju untuk aku berpindah.Pada jabatan aku meluahkan perasaan dan mohon tukarkan aku ke sekolah di daerah yang terdekat dengan suamiku bertugas.Permohonan pertukaran ku diluluskan dan aku dikehendaki membuka program baru yang berbeza dengan sekolahku ini.Aku menyahut cabaran itu,kerana aku ingin membersihkan namaku yang tercalar gara-gara hasad dengki orang lain.
Di Kelang inilah aku berjaya membuatkan roti jala untuk suami aku.Bangganya rupanya bila mana mengetahui itulah antara makanan kegemaran suami dan keluarganya.Sesekali aku menerima tempahan buat roti jala daripada pejabat suami.Dalam hati tiada keyakinan tapi suamilah juga yang memberikan kata-kata semangat.
Kasih sayang suami ku jelas terbukti bila mana demi kasihnya dia padaku ,dia sanggup memutuskan tali persahabatan dia dengan kawannya .Telinga aku sendiri mendengar kata-kata ketika dia berbicara di telefon.Dia tidak mahu hatiku terluka kerana dia.jauh disudut hati buat aku tersedar dan berfikir mampukah aku melakukannya sebegitu demi dia.Itulah bukti kasih sayangnya padaku bukan hanya sekadar kata-kata tapi juga perbuatannya.
Oh ya..bila tinggal bersama ini,aku dan suami sentiasa membuat perbincangan demi perbincangan.Agihan kerja di rumah turut kami buat.Yang buat aku lega suami memilih untuk mengosok baju .Tugasan gosok baju serah padanya .hingga kini tugasan itu tetap dilaksanakan dan aku pula telah hilang kemahiran ini semenjak dia menjadi suami ku.Kalau masa tidur akulah insan yang paling malas untuk menyediakannya tapi paling rajin bila masa mengemas balik.Itulah juga menjadi tugasnya bila masa tidur ,dia yang akan memastikan tempat tidur itu akan sempurna.Basuh baju,lipat baju kami lakukan bersama bila berkesempatan.Selalunya aku akan pastikan semua telah siap sebelum dia balik kerja.Ringan tulang suami ku ini aku perhatikan bukan sahaja dirumah sendiri,malah dirumah ibu bapaku dan ibu bapanya juga.Hingga kini dialah yang tukang gosok baju untuk kakak,mak dan adik-adikku bila ada sesuatu majlis.Betullah dalam hubungan suami isteri perbincangan hendaklah selalu diadakan.Luahkanlah ketidakpuasan hati antara pasangan ,pasti rumah tangga berjalan dengan tenang dan membahagiakan.Agihan tugas diawal perkahwinan membuatkan aku tidak menghadapi masalah suami berat tulang.Di rumah segala kerja kami kongsikan bersama.Bila dengar rintihan kawan-kawan terhadap suami masing-masing,buat aku bersyukur dan bangga,aku punya suami yang bagiku adalah terbaik.Setiap malam dari malam pertama hingga kini ,pasti jemarinya laju mengurut kakiku yang sakit.Aku ni menghadapi masalah lenguh-lenguh kaki akibat kerja berat di zaman remaja dulu.kesannya hingga kini aku lenguh-lenguh betis,kaki bagai ditusuk.
Lucu dan ketawa aku apabila suami kata dia nak cari kerja sampingan sebagai tukang urut sebab dia dah punya pengalaman yang cukup lama mengurutkan kaki aku.Sememangnya itu aku akui,selama tempoh kami berkahwin selama itulah pengalamannya mengurutkan kaki aku.Ada juga kerja gila yang dia lakukan ketika aku berpantang ,dia menggunakan iron sebagai tungku untuk aku.Bila makcik tukang urut pulang dari rumahku ,dia pulalah yang urut aku balik kerana aku tetap suka urutan dia daripada urutan makcikku.Terbalikkan selalunya kita dengar isteri yang selalu mengurut suami tapi itu tidak terjadi pada ku.
Rumahtangga kami sentiasa berjalan dalam suasana yang begitu mendamaikan.Sikap gila-gila aku dan dia tetap ada .Sesekali aku suruh dia jadi kuda dan aku naik dibelakangnya.Puas dia bawa aku pusing -pusing diruang tamu.Gelak sakan kami.
Terkadang kami buat perbincangan ala-ala forum perdana.Kami bayangkan ramai tetamu yang datang,dan kami pula panelnya.Luahkan segala terbuku antara kami dalam bentuk gurauan.Sesungguhnya cara itu amat berkesan untuk menegur pasangan kita tanpa buat dia kecik hati.Kadang-kadang kami mandi bersama.menyapu sabun dan syampu rambut antara aku dan dia,terkadang pula tu waktu menonton tv pun dia syampukan rambut aku.kadang akupun buat begitu juga pada dia.Hingga kan dia potongkan kuku untuk aku.
Aku dan dia tetap menjalani kehidupan dalam suasana romantik ,kejutan demi kejutan yang dibuat antara kami.pernah juga satu ketika dia membelikan beberapa pasang kasut tanpa pengetahuanku.kasut itu pula siap dia letakkan di depan pintu.terkejut dan gembiranya aku ketika itu.Sejambak bunga dihantar ke sekolah buat aku betul-betul terharu.Kadang -kadang antara kami titipkan kata-kata cinta antara satu sama lain.aku juga terkadang tu dalam diam belikan baju untuknya dan gantungkan dalam almari buatnya.Terkejut suamiku tertiba ada baju baru.
Sesungguhnya dalam meniti alam rumahtangga sentiasa aku mencari petua-petua kebahagiaan rumahtangga .Biasanya majalah Mingguan Wanitalah yang menjadi sumber rujukan.Lengkap segalanya dalam buku tersebut,daripada resepi hinggalah petua zahir dan batin.Hingga kini majalah itu menjadi antara koleksiku.Petua yang ada di dalam buku itu kujadikan panduan dan aku praktikkan.Bukan payahpun untuk mengikat suami ,tawan hati dia dengan masakan kita,berhias diri dan sentiasa nampak cantik di matanya,sebab itu make -up aku tidak lupa gunakan dirumah.Berkongsi minat yang sama ,walaupun hakikatnya minat dia tidak sama dengan minat kita.Itulah yang terjadi pada aku.Berkahwin dengannya ,aku letakkan minat menonton bola,gusti,lumba kereta motor dan semua jenis sukan yang lain menjadi minatku kini.Aku ingin menjadi peneman tika dia menonton rancangan kesukaannya.Dengan cara itu juga,dia tidak rasa kesunyian menonton di rumah sendiri.dan tidak perlu pula dia mencari tempat di luar bersama rakan-rakannya.Dan kini ,semua rancangan sukan menjadi rancangan yang paling aku gemari.Hanya satu yang masih belum kami serasi, dia lebih suka menonton filem dan aku pula lebih ke arah lagu.Sentiasa bersama ketika susah senang,memperlihatkan kasih sayang ,senyuman manis serta paling utama juga,menerima seluruh keluarganya seperti keluarga sendiri.

Lahirnya cahayamata pertama.
Rumahtanggaku yang dibina
ditambahkan seri d ngan kehadiran cahayamata.Khabar gembira aku akan bergelar
ibu dan dia bakal bergelar bapa.
Segala puji bagi Allah ,masa
yang aku tunggu akhirnya tiba jua.Hati siapa tidak gembira apabila sakit kepala
dan loyaku disetiap pagi rupanya membawa khabar bahagia.Ada benih yang akan
membesar di dalam perut ini.
Bagiku,itulah saat indah yang
ditunggu-tunggu selama ini.Dan pastinya ianya juga menjadi idaman untuk semua
pasangan.
Sebagai seorang wanita dan
isteri,itulah memori terindah dalam kehidupan .Ingin merasai saat kehamilan dan
melalui detik-detik kelahiran.
Alhamdulillah aku tidak banyak
diuji ketika mengandungkan anak sulung.Tidak mengidam yang bukan-bukan.Malah
rasanya aku tak tahu apa yang aku idamkan ketika itu.
Cuma hanya aku alah bau tumis
lada.pasti aku akan rasa mual.Ketika mengandungpun aku tetap cergas seperti
orang tidak mengandung.Berjalan tetap guna gear 4 gitu.
Pemeriksaan bulanan pula
berjalan lancar.Seawal pukul 6.30 pagi aku dan suami dah pun terpacak depan
klinik.Tujuannya hanya satu nak dapatkan giliran no 1,2 atau 3.Bukan apa ,aku
takut pihak sekolah tersalah anggap ingat aku nak ponteng. Yang pastinya pukul
8.30 aku dah masuk semula ke sekolah,.Sebenarnya bukan payahpun nak
buat..Bertindak mengikut pengalaman teman-teman .Melalui pemerhatianku,ada yang
mengambil kesempatan menggunakan klinik untuk melewat-lewatkan masuk semula
untuk bertugas.Ada tu kata sampai separuh hari diklinik.padahal situasi sebenar
adalah pukul berapa kita keluar untuk pergi ke situ.Yang penting dalam hati
kita.niat bukan.Tepuk dada tanyalah iman.
Waktu mengandungkan anak sulung
masalah kewangan masih lagi membelenggu antara kami.Dalam hati bagaimana bila
lahirnya anak ini.Takutpun ada.Cuma aku percaya rezeki untuk setiap hambanya
telah pun ditetapkan oleh Allah.Keyakinan itu membuang keraguan pada memikirkan
itu semua.
masih kuingat ..persiapan
barang-barang keperluan bayiku ,aku dan suami hanya membelinya di pasaraya
Mydin.Tiada jenama anakku,baby kiko dan jenama-jenama terkenal yang lain.Bagiku
tika itu cukuplah melengkapkan segala keperluan bayiku tanpa memikirkan barang
berjenama.Masa tu aku sedar kemampuan aku dan suami tidak memungkinkan untuk
aku mengikut kemahuan hati.
Hari demi hari kandungan ku
mula membesar.Orang yang memerhati perutku majoriti mengatakan aku akan
melahirkan seorang bayi lelaki.Bila ramai yang menyatakan macam tu,aku tidak
lagi beragan untuk mendapatkan bayi perempuan,walaupun aku sebenarnya
mengharapkan anak pertamaku biarlah perempuan.Bagiku anak perempuan yang sulung
lebih bertanggungjawab untuk menjaga aku dan adik-adiknya suatu hari nanti.
Suami pula ,mula membuat
percarian nama anak.Semuanya nama anak lelaki.tapi awal -awal dia menyatakan
keinginanku untuk memberikan nama hanya 4 huruf sahaja.Jika lelaki dihadapannya
diletakkan Muhammad kalau perempuan pula aku nak letakkan Nur.
Aku berminat betul dengan nama
Alif.Justeru kami memilih nama alif bila anakku lahir nanti.Nama untuk anak
perempuan langsung aku tidak fikirkan.
Masa yang ditunggu tiba jua.Aku
pula terlewat beberapa hari daripada tarikh yang dijangkakan,Doktor memberikan
surat untuk aku mendaftarkan diri di hospital,Dengan semangat yang
berkobar-kobar,menaiki motosikal Kris,dengan berbekalkan sebuah beg dan bakul
aku ke Hospital tengku Ampuan Rahimah,Klang untuk pergi bersalin.Rasa takut tak
ada langsung yang ada semangat berkobar-kobaruntuk nak dapatkan baby.
Beberapa hari dihospital aku
masih belum menunjukkan tanda akan bersalin,walaupun sudah beberapa biji
pil dimasukkan di dalam rahim ku.Aku masih tidak sakit.Tekanan mula terasa
apabila melihat kawan sebelah katil yang sudahpun melahirkan anak.Akhirnya
tanggal 25 September 1999 hari sabtu,pukul 6.30 pagi aku dibawa ke labour room.
Amat lucu bila ku kenang ,aku
sempat minta dengan doktor aku nak mandi dan bersiap dengan pakai liptiks lagi
tu.Dengan berkaki ayam aku diarahkan membawa sepasang baju baby,kain lampin
,aku pulak siap letak plastik gelenyar je orang terenggangu kata.
Bila masukdalam labour room
barulah lutut kakiku bergegar.takut mendengar sana sini orang menjerit
kesakitan.Ya Rabbi mulut tika itu tak lekang membaca beberapa surah yang aku
ingat.Apabila tiub dimasukkan,aku mula rasa kesakitan yang amat sangat.yang
buat aku tertekan bila doktor memberitahuku aku dijangkakan bersalin pada
petang nanti.Alamak..tadi waktu aku nak masuk labour room siap aku khabarkan
pada suami,pukul 8.30 saya bersalinlah.Aku bayangkan dirinya yang pasti
tertunggu-tunggu diluar.Macam mana kalau betukl aku bersalin petang
nanti..kesiannya dia seorang kat luar.
Semakin lama aku merasa
kesakitan yang amat sangat.Dalam sedar tak sedar aku panggil doktor ,aku
bagitahu aku nak bedah je..Apalagi kena berleterlah aku dengan doktor tika tu.
Kesusahan yang dihadapi ketika
itu amat dirasa.Dari situ aku dapat membayangkan kesakitan sewaktu emak
melahirkanku..Benarlah jika dikatakan syurga itu di telapak kaki ibu.Betapa
peritnya untuk melahirkan zuriat.Seolah berada diambang maut,Dan ketika itu
betapa aku menghargai jasa ibu..pergorbanan ibu yang tiada nilainya.Aduhai
ibu...aduhai ayah..padamu ada syurgaku.
Ketika sakit kian memuncak aku
hanya mengambil tindakan pejamkan mata semahunya..anggapkan kesakitan itu
nikmat dan aku cuba melelapkan mata.Pukul 11.00 pagi datang jururawat melihat
perkembanganku dan dia begitu terkejut kerana mendapati kepala babyku dah pun
keluar.Mendengar kata-katanya aku menjadi bersemangat..tiada jeritan tiada juga
aku merengek tika tu.Yang aku tahu cuma satu ,aku nak lahirkan babyku dengan
selamat.Aku mengikut arahan jururawat dan begitu mudah bayiku keluar.Doktor
bertanyakan padaku bayi ku ini anak keberapa.aku bagitahu itu bayi
sulungku.Mereka memujiku kerana aku begitu kuat .kata mereka aku tidak seperti
melahirkan bayi sulung seperti orang lain.Alhamdulillah..bayiku sempurna sifat.Yang
paling membahagiakan bayiku itu perempuan seperti kemahuan hati kecilku sebelum
ini.Tapi jauh disudut hati Alif seakan telah wujud antara kami.Dari nama Alif
aku mencari nama perempuan yang hampir sama.Jadilah Nur Alya.
Di awal kelahiran,arwah mak
mertua sempat menjaga beberapa hari.Di awal kelahiran juga ,kami diuji apabila
2 hari pulang dari hospital,bayiku disahkan mengalami penyakit kuning yang
kronik.Aku dan suami tidak sampai hati melihat bayi ku diletakkan di bawah 4
lampu dengan ditutup matanya.Apa yang mampu tika tu hanyalah berdoa..Beberapa
hari di hospital aku dibenarkan keluar.Alhamdulillah anakku tidak sempat
menjalani pertukaran darah.Itulah ujian pertama yang aku dan suami tempuhi.
Selama tempoh
berpantang,selepas ibu mertuaku pulang,suamilah yang menjaga makan minumku
setiap hari.Aku pula berpantang seadanya..tiada barut ,tiada tungku,makan pula
aku redah je jika suami tak nampak.Selama aku berpantang ini aku dapat melihat
betapa tulusnya kasih sayang suami padaku..Dialah yang memasak makanan ku
setiap hari.mengurut ku setiap malam.melihatkan aku yang berjaga malam
menyusukan bayi suami telah berjanji bila bayiku menyusu botol nanti,dialah
pula yang akan bangun membuatkan susu untuk bayiku nanti.dan janji itu telahpun
ditepati.
membesarkan alya tidak susah sangat.jarang dia jatuh sakit dan demam.antibodinya kuat.yang lucunya tentang alya adalah kemana saya pergi orang akan tanya lelaki ke perempuan sebab masa kecik mukanya macam lelaki.lagi satu anak angkat k..anak cina k..ayah dia cina k.itu dah biasa ditanya bila jumpa orang sebab masa kecil muka alya macam cina kulit putih mata sepet..terkadang menjadi gurau kami menyakat alya katakan dia ni anak angkat.mata sepet tu sebenarnya mewarisi saya kut..sebab orang selalu tanya saya ada keturunan cina k.
sebenar nya rahsianya sebab mak saya masa mengandung dulu asyik terkejut dengan jiran cina sebelah rumah. Mana taknya tiap pagi Mek Yam mesti terjerit panggil mak saya dah nak ajak bersembang .alya pulak masa mengandungkan dia jiran-jiran saya masa duduk kat Kelang tu semuanya cina..keluarlah anak macam cina..
boleh pakai jugakkan logik citer saya ni...
Alya ni ketika umur 8 bulan dia pernah hilang kat pasaraya.paniklah jugak kami ketika itu..nasiblah kami jumpa dia..
dia nilah sangat pendiam..susahlah nak dengar dia bercakap dulu.masa kat tadika abim waktu tamat persekolahan dia pernah dapat anugerah pelajar Mithali..dialah pulak mangsa keadaan juga..umur 6 tahun baru dia bersekolah..alhamdulillah dia dapat membaca cepat..

Lahirnya permata hati kedua
Permata hati kami yang kedua lahir jaraknya dua tahun.bila lahirnya bayi lelaki tanpa fikir panjang kami memanggilnya Alif kerana telah lama bagi kami Alif telahpun wujud.
Ujian ketika mengandungkan Alif seingat aku setiap petang dalam perjalanan ke rumah pasti minta suami berhenti di perhentian tol kerana aku alah waktu petang.bila petang je mesti nak muntah.yang hairan bin ajaib tuwaktu pagi masa kat sekolahpunyalah cergas macam aku langsungtak mengandung.Seolah berlakon pulak depan suami.pada mak aku mengadu masalah pelik ni.mak kata dia pernah alami situasi ni.kalau mengandungkan anak lelaki.rupanya aku sama dengan mak.lahirnya anak lelaki.
ujian ketika mengandungkan alif ni dua kali pergi ke hospital barulah bersalin.kali pertama pergi sebab ada tumpahan darah ingatkan dah nak bersalin rupanya tidak.dua minggu berikutnya barulah bersalin.2 pagi suami bawa ke Hospital Kuala Lumpur..dan Alif lahir pada pukul 11.00pagi lebih kurang dengan kakaknya jugak..bezanya cuma setengah jam awal pada 14/10/2001.
Alhamdulillah aku bersalin normal dan tiada masalah yang besar melanda.lahir alif lah selepas itu kami banyak diuji bermula ketika umurnya 6 bulan alif demam dan terkena sawan.bila bawa ke hospital doktor mengatakan anakku mungkin akan terencat akal.ujian untuk mengambil air tulang belakang bagi kami amat sukar.nasiblah aku dan suami tidak bersetuju sebab jangkaan doktor amat salah..alif membesar dengan sempurna dan lebih pandai berbanding darah dagingnya yang lain.Alif ditahan selama 2 minggu dihospital dan aku pula terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.Masa tu kewangan juga melanda..ujian juga buat kami ketika duit ada hampir nak beli kereta waja.khabar duka dikg kedaimak kena roboh.bimbangkab kerisauan mak yang berada bersama aku di kuala lumpur.suami bersetuju korbankan kemahuan kami dulu dan utamakan dulu untuk mak.hanya ucapan terima kasih dan syukur kerana suami amat memahami..Kedai baru sehingga siap ..barulah mak mengetahui dengan senyum dibibir.dan kepuasan yang dapat bagi saya dapat membahagiakan mak..
bermula usia 6 bulan inilah alif sentiasa terkena sawan bila dia demam.tiap kali dia demam pasti saya dan suami bergilir menjaganya terkadang adik-adik saya turut sama membantu.keluar masuk hospital dah jadi mainan.bila dia demam selalu saya redamkan dia dalam besen dengan saya sekalilah basah..mengiggil sebab pukul 2.00 pagi main air.Ingatlah ya bila anak demam tu keraplah mandikan anak..petua lama dah tak boleh pakai.
Masih saya ingat.tiap kali alif terkena sawan saya dan suami akan buat test macam-macam kat dia,test pendengaran ,daya ingatan dan juga pergeerakan motor halus dan kasar.maklum saya ni guru khas yangmemang tahu risiko terhadap penyakit terkena sawan ni.Apa yang saya perhatikan hanya motor halus dan kasar alif ini ada kesan sampingan.dia tidak boleh membawa barang yang berat.selalu bila tuangkan air pasti tumpahlah..antara sifatnya pulak sangat skima..penjimat orangnya dan tak suka membazir..terkadang tu siap diategur pulak saya saya ni terlalu boros.
sekarang alif telahpun berada di tahun 6..
upsr pulak tak lama lagi..
semoga dia berjaya dengan cemerlang.
Tiga tahun kemudian lahirnya Adam permata hati ketiga
24/10/2004 lahirlah pulak permata hati yang ketiga pada bulan puasa pukul 12.00 malam.Mengandungkan Adam ni tidaklah alah mana tapi alahan waktu petang tetap ada.Mengandungkan adam ni aku sudah mula berdikari.Rutin pemeriksaan setiap bulan dan minggu aku pergi sendiri je naik teksi waktu petang lepas waktu sekolah.bagi aku tak perlulah nak susahkan suami setakat mampu lagi aku lakukan.lucunya masa nak bersalain kan adam aku sakit main-mainnya tapi suami hantarlah ke hospital putrajaya pada pukul 5.oo petang.selepas selesai proses masud wad suami terus balik bawa anak-anak.hanya aku soranglah kat hospital..tapi tak sedihpun walaupun anak yang 3 suami ttetap tidak dapat melihat aku bersalin kerana terpaksa menjaga dua lagi anakku yang lain.yang lucunya bila balik rumah dia tidur lena..lastnya bila lahirkan adam orang pertama yang aku bagitahu adalah mak..mengalir airmata mak bila tahu aku dah selamat.adam pulak lahir dengan mudah jugak tidak ada masalah..cuma adalah kuning sikit dan seminggu juga kami bawa ke hospital untuk cek tahap kuningnya.Tentang adam pulak..dia ni dari lahir lagi masa kat hospital ramai jugaklah jururawat yang ambil gambar dengan dia kata adam ni comel sangat..memang tak dapat dinafikan masa adam ni kulit dia lagi cerah..apa yang pasti ketiga2 anak lahir dengan kulit bersih ini mungkin sikap aku yang suka amalkan makan buahan ketika mengandung..dan sehingga anak kelimapun boleh dikatakan tiada masalah ruam atau masalah kulit seperti bayi yang lain.
adam ni masa kecik dijaga oleh adikku acik..kiranya aciktu mak dia jugalah
Satu peristiwa tragis yang pernah buat aku dan suami pucat lesi ialah ketika umur adam 2 tahun lebih..hanya beberapa hari berada di kuching kami pergi melawat Waterfront.,ketika orang ramai itulah adam hilang ditengah orang ramai..rezeki kami masih ada..adam dijumpai ketika dia sedang termangu2 mencari kami ,mak dan ayahnya..kesian dia masa tu..
adam ni watak dia lain sikit..susah nak dijangka.tapi dia rajin dan manja orangnya.sangat sukalah sampai sekarang orang belai dia.tak sangka pulak dia minat dalam tahfiz dan tak nak tukar sekolah..
_Bersambung-