Raya dah dekat dah...tinggal 4 je lagi..Cepatnya pulak masa beredar ...Lihat sekeliling betapa semangatnya masing-masaing nak sambut raya,...tengok fb macam-macam kawan-kawan postkan ...ada yang seronok main main bunga api dengan anak-anak di kampung halaman.siap pasang pelita lagiAda pulak yang berkongsi buat kuih raya dengan adik beradik..paling best dan cemburu tengok ada yang berpeluang berbuka puasa dengan semua ahli keluarga ...bestnya ..bertuahnya mereka..tapi aku ...tahun ini hanya melihat kegembiraan orang...tiada kemeriahan ..kalau tidak fikirkan anak-anak taknak rasanya nak buat persiapan..mereka masih tidak tahu lagi nilai hari raya dan kampung halaman .ini mungkin mereka masih punya mak dan ayah iaitu aku...yang penting ada baju dan kasut raya itu yang buat anak-anak ni gembira... Perasaan aku ni...jauh berbeza dengan anak-anak...maklum kita orang kampung ..bila raya mesti nak balik kampung..apatah lagi tahu perasaan terutama mak yang sedih sebab anaknya tak balik.. akupun sudah mula membayangkan jika umur ini masih panjang dan diberikan kesempatan melihat anak-anak dan cucu ..pasti aku juga merasa sedih bila hari yang mulia nanti anak-anak tiada di sisi.. suatu hari nanti itu juga yang aku rasa seperti mak merasa pada hari ini...
hingga ke hari ini rasanya boleh dikira berapa kali je aku dengar lagu raya ...itupun kebetulan ke pasaraya atau bila dengar iklan kat tv..kalau dalam kereta jangan harap aku buka radio ..masuk kereta je terus buka cd...malas nak dengar celoteh orang tentang raya kat radio tu..sedih..tapi ada juga hiburkan hati sibukkan diri jugak pergi ke kedai-kedai beli barang-barang yang aku suka saje nak terkenang kalau kat kg pun pasti aku sibuk borong barang-barang keperluan raya..namun..walau apa cara yang aku buat..tak akan sama kalau raya tanpa keluarga dan sanak saudara..kawan -kawan mampu membuat ceria tapi tak mampu buat kita bahagia..Indahnya raya kan...
kalau boleh biarlah tahun depan Ramadan cepat hadir...nak sambut raya dengan insan-insan tersayang...mudah-mudahan masih diberi kesempatan..andai ini Ramadan yang terakhir..maknanya tiada lagilah peluang itukan..
Sebenarnaya jemari ini rancak lagi ini menuliskan apa yang dirasa..yelah hanya disini yang dapat diluahkan..nak luahkan pada orang tak pasal-pasal diperlinya kita balik..orang tak akan faham perasaan kita hanya kita sendiri je yang faham perasaan kita sendiri Sesekali ambil masa menyendiri..pejamkan mata..bayangkan semua memori-memori terindah tika dekat raya dan berhari raya bersama ..bayangkan saat itu buat aimata ini mengalir...
hanya beberapa tahun kebelankangan ini diri ini berpeluang solat hari raya bersama adik beradik tapi tahun ni dan tahun lepaspun takde lagi
seperti kelaziman dan inilah saat diri ini tunggu lihatmak mengayam ketupat nasi dan tugas aku pulak letak beras dalam sarung ketupat lepas tu tukang rebus dengan kakak..sebolehnya tiap kali raya aku nak mak buat ni..ini yang paling aku suka..hanya mak yang perasaan hobi aku tiap raya.sebab tu mak akan usahakan jugak kalau aku ada..
bab bunga pulak ni satu lagi tak sah rasanya kalau takde bunga baru yang menghiasi..pastinya aku usahakan jugak bunga yang baru...ini dua penting...indahnya beraya di desa...ok..tertiba aku tak dapat nak menulis...jemari terhenti air mata laju mengalir,....
mak...saya selalu pejam mata rasa mak ada di sisi..
-Anak Pantai-