Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 9 Mac 2013

Buah Limau Mengusik Kenangan..

Buah limau ini betul-betul mengusik jiwa saya.buah Limau ini saya beli ketika perjalanan balik dari Serian.Ada pasar orang Iban yang menjual kat situ.Harga buah ni murah jugak.Kebetulan isi yang dibeli pada hari itu sangat manis.namun buah ni tidak menarik hati anak-anak dan suami untuk menghabiskannya.Hanya saya seoranglah yang menghabiskannya.
Apa yang saya tertarik untuk post kan entri buah limau ni adalah kerana saya teringat kembali kenangan saya ketika kanak-kanak.
Saya selalu pergi mengaji dengan kakak saya yang bernama Kak Jan.Selalunya balik mengajilah pelbagai perkara yang kami buat.Salah satunya pergi mencari buah limau ni.Kebetulan pokok buah limau ini berada dalam semak.Jadi anggapan fikiran masa tu pokok ni mesti takde orang punya.Bila saya mengaji tempat nilah yang saya dan singgah.kami makan buah limau ni terus dan bila rasa puas makan barulah kami meneruskan aktiviti yang seterusnya.Noltagia sungguh bila kami kenangkan balik.Yelah masa tu kami susah nak beli limau sunkist tu jauh sekali..Limau ni lah yang paling sedap buat kami
Masa pantas beredar..20 tahun lepas saya tinggalkan makan buah limau ni..akhirnya saya temui kembali bila berada di Kuching ni...Selama tiggal di Bumi Kenyalang inilah saya kembali merasa buah limau ni..
makan buah ini pasti mengusik tangkai hati saya...

-Anak Pantai-