Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 4 November 2012

TEKS PENGACARA MAJLIS MALAM JASAMU DI KENANG

 



UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA MAJLIS MALAM  JASAMU DIKENANG
SMK DEMAK BARU.

RIVERSIDE MAJESTIC HOTEL,KUCHING.
2 NOV 2012

MALAM YANG INDAH PENUH CERIA
PENGHULU HARI YANG  BERBAHAGIA PENUH BERMAKNA
KAMI BAWAKAN KEPADA ANDA “MALAM JASAMU DI KENANG”

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…

YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH  HAMID
PENGETUA SMK DEMAK BARU.


YANG  BERBAHAGIA ,TETAMU KEHORMAT PN HAJAH JUITA BINTI HAJI SENAWI ,
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUCHING,JUGA MANTAN   PENGETUA SMK DEMAK BARU. DARI 2003 HINGGA 2009.

YANG BERUSAHA EN RAMBLI HJ HASBI,MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU DARI 2009 HINGGA JUN 2012.

YANG BERUSAHA PN SABTUYAH ADENAN
PENGETUA SMK BATU LINTANG,
MENJALANKAN TUGAS PENGETUA DI SMK DEMAK BARU TAHUN 2002 HINGGA 2003

YANG DIKASIHI ,PN RAHMI ABDULLAH ,RAKAN YANG DIRAIKAN..
.


YANG DIHORMATI

BARISAN KEPIMPINAN PENOLONG KANAN,
 BARISAN KEPIMPINAN PIBG
 KETUA-KETUA BIDANG,
RAKAN-RAKAN GURU ,
KAKITANGAN SMK DEMAK BARU.
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YANG DIKASIHI SEKALIAN…

BAGI PIHAK JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE MALAM “JASAMU DIKENANG” SMK DEMAK BARU 2012 YANG BERTEMAKAN HITAM PUTIH BERKILAUAN..ALHAMDULILLAH KITA BERTEMU PADA MALAM INI ,MALAM YANG CUKUP BERMAKNA. KERANA KITA DIPERTEMUKAN KEMBALI   DENGAN MANTAN-MANTAN PENGETUA YANG BANYAK MENABUR JASA DAN BUDI DI SMK DEMAK BARU .






KUNING EMAS MASAKNYA PADI
MAWAR MERAH DAHANNYA BERDURI
TERIMA KASIH DAUN KELADI
KERANA SUDI MENGHADIRKAN DIRI.

PASTINYA MERIAH MAJLIS MALAM INI
BERSAMA INSAN-INSAN YANG PERNAH MENABUR BUDI
SEMEMANGNYA”JASAMU DIKENANG BUDIMU TAK TERBILANG.




BACAAN DOA

HADIRIN YANG DIHORMATI,

MENANDAH TANGAN TANDA KERENDAHAN
LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN


BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA DI MALAM YANG PENUH BERMAKNA INI,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DILAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN

AMIN AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN


MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ  BADRUL HISYAM BIN MAJID ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

 

UCAPAN PENGETUA

 BUKAN KERIS TANPA ULUNYA
BUKAN MAJLIS KALAU TANPA UCAPANNYA

SEBAGAI PEMBUKA PERSADA UCAPAN.MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH 



UCAPAN PUAN RAHMI ABDULLAH

 SUDAH BIASA KITA DENGARI
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
NAMUN TAK SAMA GURU YANG INI
TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.

SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN PUAN RAHMI BINTI ABDULLAH UNTUK MEMBERIKAN SEPATAH DUA KATA .MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN RAHMI ABDULLAH ATAS UCAPAN ITU TADI.

BANYAK DURI PERKARA DURI
TIDAK SAMA DURI MENGKUANG
BANYAK BUDI PERKARA BUDI
TIDAK SAMA BUDIMU SEORANG

UCAPAN EN RAMBLI HJ HASBI
MALAM HARI BERLAGU UNGGAS
MEMECAH KESUNYIAN DI DALAM HUTAN
WALAUPUN TERPISAH TEMPAT DAN TUGAS
BUDIMU TUAN DALAM INGATAN
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN  EN RAMBLI HJ HASBI ,MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU. UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN  MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN RAMBLI BIN HAJI HASBI ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.


KAIN SONGKET CANTIK KILAUAN
DITENUN OLEH ORANG KEMAMAN
TAK TERBALAS BUDIMU TUAN
KAMI MERAKAM SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN.

PASTINYA KAMI WARGA SMK DEMAK BARU TIDAK AKAN LUPA DENGAN EN RAMBLI.BELIAU MENINGGALKAN KITA DENGAN DAYA USAHA MEWUJUDKAN  LOGO BARU SEKOLAH DAN LAGU SEKOLAH YANG CUKUP BERMAKNA.



JAMUAN MAKAN


KEMBANG HARUM SIBUNGA SEROJA
BUAT HIASAN PENYAMBUT TETAMU
TERHIDANG SUDAH JAMUAN DIMEJA
DIPERSILAKAN SEMUA HADIRIN MENJAMU.

UNTUK ITU DIPERSILAKAN HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN UNTUK MENJAMU SELERA.


PERSEMBAHAN

TERBANG BEBAS SI RAMA-RAMA
TERATAI MEKAR DI TENGAH LEMBAH
JAMUAN MALAM DIIRINGI IRAMA
PERSEMBAHAN NYAYIAN TURUT DIPERSEMBAH.

SAMBIL-SAMBIL KITA MENJAMU SELERA ,KITA AKAN DIHIBURKAN OLEH PERSEMBAHAN DARI BIDANG MASING-MASING.


HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN DARI RAKAN-RAKAN GURU DAN STAFF YANG MEMPUNYAI BAKAT TERPENDAM.
DENGAN INI MAJLIS MEMULAKAN PERSEMBAHAN DENGAN MENJEMPUT PERSEMBAHAN PERTAMA UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN.






PERSEMBAHAN KEDUA

SETERUSNYA DIJEMPUT PULA KUMPULAN KEDUA UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN.DIPERSILAKAN.



TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

ACARA CABUTAN BERTUAH

KITA TERUSKAN MAJLIS PADA MALAM INI DENGAN ACARA YANG DITUNGGU-TUNGGU ,IAITU ACARA CABUTAN BERTUAH .UNTUK ITU,DIPERSILAKAN……………………………………………………

PERSEMBAHAN KETIGA


SETERUSNYA KITA NIKMATI PULA PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN  KETIGA.MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN .

TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.

PERSEMBAHAN KEEMPAT

KITA SERIKAN LAGI MAJLIS INI DENGAN PERSEMBAHAN KUMPULAN KEEMPAT . DENGAN SEGA HORMATNYA DIPERSILAKAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.

*ACARA CABUTAN BERTUAH

PERSEMBAHAN KELIMA
 HADIRIN SEKALIAN,
SETERUSNYA KITA DISAJIKAN PULA SATU PERSEMBAHAN DARIPADA PERSEMBAHAN KELIMA.DENGAN INI MAJLIS MEMPERSILAKAN

DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KELIMA.


PERSEMBAHAN KEENAM

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN
SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT STAF SOKONGAN UNTUK MEMBUAT KUMPULAN KEENAM.MAJLIS DENGAN INI MEMPERSILAKAN
 
DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KEENAM.




*CABUTAN BERTUAH


PERSEMBAHAN KETUJUH

PERSEMBAHAN SETERUSNYA IALAH PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KETUJUH .DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

ITULAH SEBENTAR TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KETUJUH,.

PERSEMBAHAN KELAPAN

SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN KUMPULAN KELAPAN UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN

DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN  DARIPADA KUMPULAN KELAPAN.


 PENYAMPAIAN CENDERAMATA

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,MAJLIS SETERUSNYA ADALAH PENYAMPAIAN CENDERAMATA SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN BUAT INSAN YANG KITA RAIKAN PADA HARI INI.

SEBELUM ITU ,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA INGIN MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN PN MISIA HJ ZAIN UNTUK MENGIRINGI CIKGU HAJAH FATIMAH ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MAJLIS PENYAMPAIAN TANDA HATI KEPADA EN RAMBLI HJ HASBI ,MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU,JUGA KEPADA PN RAHMI ABDULLAH RAKAN GURU YANG BARU MENAMATKAN PERKHIDMATAN BARU-BARU INI.


BEGITULAH TADI ,UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAMATA KENANG-KENANGAN KHUSUS UNTUK EN RAMBLI BIN HJ HASBI DAN PN RAHMI ABDULLAH.

TERIMA KASIH  DIUCAPKAN KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN HADIAH.

PENUTUP

TIBA WAKTUNYA UNTUK MENYUSUN JEMARI
MEMBUANG SEGALA KERIKIL BERSALUT DIHATI
MAAFKAN KAMI ANDAI ADA SALAH SILAP TANPA DISEDARI
AGAR SAAT PERPISAHAN INI INDAH
BERBUNGA MESRA DALAM JAMBANGAN INGATAN.

 PADA MANTAN-MANTAN PENGETUA DAN GURU YANG TELAH PERGI MENINGGALKAN KAMI DI SMK DEMAK BARU INI..
JELINGLAH KAMI JIKA RINDU MASIH BERTAMU
SAPALAH KAMI ANDAI MESRA AKRAB BERPADU
SELAMAT BERTUGAS DITEMPAT YANG  BARU
SELAMAT BERSARA MENJADI GURU
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI

 MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA TETAMU DAN HADIRIN YANG SUDI MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS “JASAMU DIKENANG “


DARI MANA ASALNYA USAH DIUSUL
MOLEK BUDINYA MENAMBAT HATI
DUA TIGA BICARA SALAH TERSASUL
JANGAN DISIMPAM DI DALAM HATI






UBI MANIS UBI KELADI
KALAU ADA DITAMBAH LAGI
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI
DI 31 DIS MERYUARAT GURU PERTAMA KALI.

SEKIAN SAHAJA ,SALAM HORMAT,
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

71 ulasan:

  1. Terima kasih atas post ini.
    Hanya Tuhan saja dapat membalas.
    Sangat indah bahasanya. Semoga lebih kreatif berkarya di masa hadapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama.sama...terima kasih juga kerana sudi mengunjungi blog memori seorang guru.

      Padam
    2. Terima kasih....indah sungguh bait2 kata2nya...alhamdulillah sgt mmbantu.

      Padam
    3. Terima kasih....indah sungguh bait2 kata2nya...alhamdulillah sgt mmbantu.

      Padam
    4. Terima kasih....indah bahasanya.

      Padam
    5. Terima kasih....indah sungguh bait2 kata2nya...alhamdulillah sgt mmbantu.

      Padam
    6. alhamdulillah terima kasih ya

      Padam
  2. boleh tak buatkan teks pengacaraan majlis maulidur rasul merangkap majlis perpisahan...aturcara majlis -bacaan doa,bacaan quran,bacaan berzanji dan selawat,nasyid,ucapan gb,ucapan pengerusi badan kebajikan sekolah ,ucapan guru yang diraikan,ceramah maulidur rasul,penyampaian cederahati,jamuan dan bersurai.minta tolong sangat....

    BalasPadam
  3. salam, terima kasih untuk teks ini.

    BalasPadam
  4. Mohon guna teks ini untuk majlis perpisahan disekolah saya..tqvm.

    BalasPadam
  5. Terima kasih sis, banyak membantu saya buat skrip emcee...tqvm yea.

    BalasPadam
  6. assalam...jika tidak keberatan
    pohon no hp Tn Pengetua SMK Demak Baru, pn. Hjh Fatimah Hamid, kenalan lama di MPSI 78/90. - Habib PIP

    BalasPadam
  7. slm perkenalan..
    kata2 puitis yg menarik...
    membuatkan hati ini terpanggil untuk mengenalimu dgn lebih mendalam..
    andai sudi, ingin tmbh kenalan kerana kita sama2 berjuang dlm arena penulisan...
    mohon bg alamat fb/no phone..
    tq.... rosma/tganu

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih..salam perkenalan dr saya jua.fb saya Cikgu Ita.
      blh col sy 0122537173..saya mengajar di SMK Demak baru kuching,jln diplomatik off jalan bako,93050 kuching sarawak..

      Padam
  8. assalam
    terima kasih atas post ini
    mohon digunakan....

    BalasPadam
  9. Menjadi Mcee bidang terjun nyata memenatkan..namun panduan teks Cikgu Ita byk mmbantu..maaf gunakn tanpa dmaklumkn..namun ribuan terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya...silakanlah ya :) semoga segalanya berjalan lancar

      Padam
  10. Terima kasih di atas ukiran minda yg sudi dikongsi... Semoga kreativiti idea akan terus mengalir... Menjadi jariah yg pasti hanya Allah yg dpt mbalasnya. Syukran. Tqvm.

    BalasPadam
  11. bahasa yang indah...
    mohon digunakan utk majlis perpisahan di sekolah esok 13/11/13
    terima kasih

    BalasPadam
  12. Terima kasih kerana keizinan ini.Tahniah atas cantiknya menyusun bahasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima ksih...semoga segalanya berjalan lancar ya

      Padam
    2. assalammualaikum...mohon share ucapan ini...terima kasih cikgu...

      Padam
  13. Assalamualaikum..

    Minta kebenaran untuk menggunakan sedikit susunan dan bahasa untuk majlis perpisahan pengarah jabatan saya pada 11 disember 2013
    terima kasih.

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Anak Pantai,
    Indah sekali bahasa puan. Saya tertarik dan mohon izin dikongsikan. Semoga diberkati Allah jua dan terima kasih daun keladi.

    BalasPadam
  15. Salam...mohon izin kongsi utk majlis perpisahan pk hem sek saya esok...tk byk2..teks byk membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya silakan...doa ..semoga segala ya berjalan lancar

      Padam
  16. Salam..Mohon izin kongsi untuk majlis di tempat saya..

    BalasPadam
  17. salam cikgu ita..teks yg sgt membantu..mohon izin gunakan teks untuk majlis perpisahan di sek..tqvm
    -maria

    BalasPadam
  18. as salam cikgu, mohon gunakan pantun2 cikgu yg indah dalam teks..thak you very much for this reference.

    BalasPadam
  19. Terima kasih untuk teks ini...izinkan saya jadikannya panduan...

    BalasPadam
  20. Bahasanya indah dan tersusun. Mohon jasa baik puan untuk saya jadikan panduan. sangat membantu. Terima Kasih Puan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gunalah adib mmg niat untuk membantu kepada sesiapa yg memerlukan

      Padam
  21. Susunan dan panduan yang amat membantu..Izinkan dijadikan panduan.Semoga ilmu yg dicurahkan dirahmati allah..amin

    BalasPadam
  22. Mohon guna ye cikgu..tak sempat nk buat sendiri

    BalasPadam
  23. terima kasih dari saya yang baru saja diberi tugas sebagai pengerusi majlis... mohon izin cikgu ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2...gunalah memang niat nak membantu sesiapa yg memerlukan

      Padam
    2. Sama2...gunalah memang niat nak membantu sesiapa yg memerlukan

      Padam
    3. Ambillah cgu.semoga segalanya berjalan lancar

      Padam
    4. Ambillah cgu.semoga segalanya berjalan lancar

      Padam
  24. izinkan saya gunakan utk majlis saya ye cikgu..moga manfaat dan d berkati oleh Allah..

    BalasPadam
  25. Salam cikgu. Mohon izin untuk saya jadikan bahan rujukan ya. Moga cikgu sentiasa diberkati Allah.

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum..mohon share idea cikgu...tkasih sgt2...

    BalasPadam
  27. Bagus sekali. Mohon digunakan ye. T kasih

    BalasPadam
  28. Mohon izin untuk dijadikan rujukan.terima kasih.moga sentiasa dicurahkan dengan ilmu yang bermakna :)

    BalasPadam
  29. jazakallahhukhoiran sis.. sy mohon sbg rujukan n tiru pantun ye...huhuhu...

    BalasPadam
  30. Terima kasih atas contoh teks ucapan yg sgt puitis ini.

    BalasPadam
  31. Bahasa yang sangat indah..mohon untuk share ye cikgu.

    BalasPadam
  32. Assalam puan, mohon izin puan utk saya rujuk. terima kasih atas perkongsian. Semoga ALLAH membalasnya.

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!