Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 14 Februari 2016

Biarlah Allah Menilai

Biarlah diri ini kelihatan sederhana pada pandangan orang lain,rendah pada pandangan diriku sendiri dan tinggi pada pandangan Allah..

hidup kita ini bukan persaingan sesiapa. Cukuplah kita bersaing dengan diri sendiri 
Sentiasa cuba menjadi yang lebih baik dan lebih lagi dari hari ke hari .
kita tak punya hak untuk menilai sesiapa...

-Anak Pantai-


Kuih Bakul Celup Telur....

Terlepas jua rindu nak makan kuih bakul celup telur ni...puas rasa hati dapat makan...dalam aku membuatnya tertiba wajah arwah ayah bermain di ruangan mata...kerana inilah salah satu makanan kegemaran ayah yang selalu arwah ayah suruh aku buatkan suatu ketika dulu...bila ada je kuih ini pemberian jiran sebelah rumah,pasti ayah pantas suruh gorengkan kuih bakul celup telur ni...aduhai ayah....bila dirimu telah pergi tak kembali pelbagai kenangan bersama ayah sentiasa datang silih berganti kini..akulah anakmu yang sentiasa melawan cakapmu dan akulah jua anak yang sukar kau nak marah...andailah dapat diulang semulakan...
Ayah....rindu ini tak pernah terpadam buatmu....damailah dikau di sana..
Al- Fatihah buat ayah..

Kenangan Di Desa Tercinta

Semenjak kembali semula ke semenanjung ni satu nikmat yang diri ini dapat adalah bersama keluarga tercinta lebih kerap...lebih sentiasa dapat lihat wajah ibu dan adik beradik tercinta..Alhamdulillah..perpindahan yang memberi seribu nikmat...

Usaha demi peraduan

Susahnya nak mencari gambar yang terbaik untuk peraduan....cuba2 mana tahu ada rezeki